CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Cinta Itu Membunuhnya.

[Copy link]
Post time 6-8-2009 03:25 PM | Show all posts
kalau la zikri bersikap adil n rasional...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2009 03:33 PM | Show all posts
Zikri bangun keluar dari kamar dan sebentar kemudian terdengar pintu depan rumah dihempas dengan kuat dan derap sepatu Zikri menuruni anak tangga flat sayup-sayup dan hilang di pendengaran Ija.


Zila menelepon Ija untuk mengetahui perkembangan selanjutnya. Uteh Somlah yang beriya-iya menyuruh Zila menepon Ija takut kalau-kalau Zikri mengapa-apakan Ija. Langsung bertanya juga adakah Ija mengalami pendarahan lantaran terkena sepakan Zikri.
Ija tidak bercerita apa yang telah terjadi antaranya dan Zikri, dia juga tidak bercerita dia kini sendirian dengan Muhammad. Rasa perit dan berdenyut-denyut di bahagian pembedahan ditahannya. Dia membritahu Zila semuanya baik dan berjanji menjaga diri dan kesihatan demi Muhammad. Dia tak nak merisaukan Uteh Som dan semua orang yang menyayanginya.


Hal rumahtangganya dengan Zikri biarlah dia saja yang menangganinya, apa pun berlaku antara dia dan Zikri dia sudah tidak kisah. Dia sudah ada Muhammad penyeri hidupnya kini.


Muhammad di sebelahnya sudah lama lena. Ija merebahkan diri perlahan-lahan di sebelah Muhammad. Rasa ngilu dibahagian perutnya masih terasa. Sehari dua lagi jika Zikri pulang dia ingin berbincang lagi, dia nekad untuk berpisah dengan Zikri. Dia terus menerus berfikir jika kelak dia berpisah dengan Zikri, kerja apa yang hendak dilakukannya nanti buat menyara Muhammad dan dirinya sendiri. Ah, rezeki ada di mana-mana di bumi Tuhan yang luas ini. Dia tidak ingin lagi memberatkan kepalanya, matanya dipejam dan sebentar kemudian dia pun lena.


Dua hari meninggalkan Ija, Zikri pulang kembali.  Dia menghampiri Muhammad yang masih nyenyak tidur.  Entah kenapa dia terasa dingin. Dia masih belum menyentuh Muhammad.  Benar kata Ija, semenjak Ija mengandungkan Muhammad dia tidak pernah membelai perut Ija, tidak pernah merasai pergerakan Muhammad sewaktu dalam kandungan Ija seperti yang selalu dilakukan terhadap Mila.  Kehadiran Muhammad terasa sangat asing padanya.  Mungkin kerana itu dia merasakan Muhammad bukan dari benihnya walaupun kadang-kadang dia turut merasakan perasaan itu terlalu kejam untuk menuduh Ija curang.


’’Abang dah fikirkan?’’ Ija duduk di sisi Zikri yang masih memandang Muhammad.  Ija dapat merasakan Zikri tidak menyayangi Muhammad. Kelahiran Muhammad seperti sia-sia.

’’Fikirkan apa?’’ Zikri pura-pura tidak faham.

’’Demi kebaikan bersama. Abang akan lebih prihatin kepada isteri abang di sana.......’’

’’Ija pun isteri abang,’’ cepat Zikri memotong cakap Ija dan dia menyentuh pipi Muhammad dengan belakang jari telunjuknya.

’’Abang sudah lama tidak hargainya sehingga Ija rasa seolah-olah Ija hanya punyai suami di kertas cuma. Cinta kita sudah pudar...’’

’’Siapa kata?’’

’’Tak perlu perkataan. Abang menampakkan semuanya. Dulu Ija sering rindukan abang, memeluk baju-baju abang bila ditinggalkan lama dan abang tidak pernah untuk sms atau menelepon Ija seperti dulu-dulu, sebelum abang bernikah lagi. Lama Ija merasa kecewa dan tertekan akhirnya ia sudah menjadi sebati. Cinta dan rindu pudar perlahan-lahan...’’

Zikri diam.

Ija menyambung lagi, ’’Ija penat menangis, abang pun penat ke sana ke mari. Saat ija perlukan abang, isteri abang di sana juga perlukan abang. Jikalah abang boleh dibelah dua.... tapi itu mustahil dan abang harus memilih antara dua. Ijalah yang sering menjadi mangsa, Ijalah yang abang sering nasihatkan harus mengalah dan fahami abang. Sebab sering mengalahlah Ija diamkan saja saat-saat perit Ija mula mengandungkan Muhammad. Kerana abang takkan dapat menjaga Ija, kerana di sana lebih memerlukan abang...’’


Masih diam dan Ija menyambung lagi, ’’Ija tahu semua ni takkan berhenti, abang tak akan dapat berlaku adil. Akan sering ada halangan dan penyebabnya. Ija tahu abang bukan inginkan semua ini, tapi ia berlaku. Sekarang anak abang di sana sakit, abang harus selalu temani dia lagi pun isteri abang juga di dalam pantang. Kerana Muhammad sihat saja dan Ija ini tak apalah sudah biasa ditinggalkan.....’’ Ija berhenti sekejap, menahan sebak. Dia tidak ingin menangis kali ini. Dia berjanji untuk menjadi kuat.


’’Bagilah abang peluang membetulkan semua kekhilafan ini,'' suara Zikri mendatar. Dia menelan ego diri merasa benar kata-kata Ija.

’’Sampai bila? Ija sudah penat bersedih, penat menunggu abang. Abang bahagia sedang Ija mederita, adilkah?’’

’’Katakan saja Ija mahu berkahwin dengan Amir yang siang malam duk menatang Ija tuh.’’

’’Abang Amir sudah macam abang Ija sendiri. Jika Ija mahukan dia dari dulu Ija akan tunggu dia bukan mengahwini abang.’’

‘’Sekarang menyesallah mengahwini abang?’’

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 03:41 PM | Show all posts
kalau amarah menguasai diri....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 05:33 PM | Show all posts
kesiannya ija... ...tabah betul...
kalu free letak n3 lagi k...x sabo nak tau n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 05:45 PM | Show all posts
kesian ija tapi baik lagi tak ada suami  dari ada suami sengal & ego

zikri tu buat perabih oksigen kat muka bumi saja...... hampehh

sambung lagi bintang...best citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 08:35 PM | Show all posts
kesiannya ija..sabaq ja la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2009 09:55 PM | Show all posts
Terimakasih kepada pembaca yang telah memberi respon kepada kisah ini...

endingnya tak lama lagi.... tapi satu hal yang patek jadi serba salah, ada orang mnyuruh patek endingkan citer ni dengan mmbiarkan Zikri bersama Ija akhirnya dan Amir kawen dengan orang lain.

korang rasa bebaloi tak?

patek nak dengar dulu pendapat korang cmne sebelum patek habiskan citer neh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 10:06 PM | Show all posts
Wah... Thread cerpen seksis rupanya. Patut la berbondong-bondong kaum hawa datang bertandang...

Jahat betul si Zikri ni yek. Tapi part sini takde yang nak komen ke?
Dan kenapa ntah, tiba-tiba Amir menarik lengan Ija sehingga badan Ija berpusing bergerak mengikut langkah Amir. Zila membuntuti dari belakang.



juwaini Post at 4-8-2009 19:27


tuan hamba juwaini, seharusnya tuan hamba baca betul2 pasai pe Amir menarik lengan Ija. Amir takmo Ija duk melolong situ tengok sominya duk gendeng isteri mudanya sedang Ija dia Zikr suruh pi sorang jek beli keperluan bayi.

Amir lak takde ambik kesempatan, cuma kerana cintanya terlalu lama terhadap Ija dan dia telah membendungnya terlalu lama. Perasaan itu tiada siapa bleh mnyekatnya. Amir pun masih mengawal perasaan tersebut dan tidak menonjolkannya kepada Ija.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 11:08 PM | Show all posts
tuan hamba juwaini, seharusnya tuan hamba baca betul2 pasai pe Amir menarik lengan Ija. Amir takmo Ija duk melolong situ tengok sominya duk gendeng isteri mudanya sedang Ija dia Zikr suruh pi sora ...
bintang Post at 6-8-2009 22:06

Hang nak bagitau kat aku yang Tuhan izinkan perlakuan tu ke? Awat hang tak cerita kat dalam tu samada Ija mintak izin suami dia atau tak untuk keluaq dengan jantan lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 11:12 PM | Show all posts
149# juwaini

eleh, garang pulak dia neh, hempuk karang...


tak baca betul2 ler tuh..

Ija bukan keluar dgn Amir dan tidak mengajak Amir utk kuar sama2 dia. tp Zilalah yg menelepon Amir ajak kluar sbb Amir ada keje disekitar situ....maka jadilah cerita mereka kuar bertiga....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 11:16 PM | Show all posts
147# bintang

ikut kata hati bintang la


janji sambung sampai habis
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 11:16 PM | Show all posts
149# juwaini

eleh, garang pulak dia neh, hempuk karang...


tak baca betul2 ler tuh..

Ija bukan keluar dgn Amir dan tidak mengajak Amir utk kuar sama2 dia. tp Zilalah yg menelepon Amir ajak ...
bintang Post at 6-8-2009 23:12

Hang tak jawab soalan aku...

Kalau ikut agama hang, boleh ke tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 11:17 PM | Show all posts
151# sang_arjuna

timekasih, arjuna... endingnya udah memang ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 11:21 PM | Show all posts
152# juwaini


adeh masuk bab hukum lak dah...


hidup neh mmg ler dlm ketentuan agama... tp manusia neh xsempurna, ada gak terlepas pandang dan engkar kepada Khalidnya.. itulah hidup sebenar, ada hari silap dan ada hari yg penuh ibadah dan taqwanya..


amboi ngata org... yg hang tuh hr2 pi balik opis tak intai pompuan noo...?? isk2.... hempuk dulu....:@
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 08:32 AM | Show all posts
Bintang, jgn layan kata org...teruskan perjuangan...
x kisalah ija ngan siapa...yg penting ija bahagia...
x sabo nak tunggu n3 citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 09:53 AM | Show all posts
bintang, izinkan sya mencelah....

Kadangkala kita tak dapat memuaskan hati semua org hanya dengan satu tindakan. Di laman ini hanyalah tempat bersenda. Kita lihat di luar sana maka di sini kita cuba bercerita. Bukan untuk sesiapa hanya untuk tatapan bersama. Lumrah alam tidak semua yang indah belaka. Ada dosa, ada pahala hanya DIA yang tentukannya. Kita hanya memandang dan boleh bercerita. Akibatnya bukan ditangan kita. Teruskan bintang bercerita moga insan2 diluar sana dapat menerima siapa dan dimana mereka. Niat kita hanya DIA yang tahu....

Keep it up dear....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2009 10:13 AM | Show all posts
aduh.....susah sungguh bercakap ngan orang yang tak faham bahasa cam zikri nih {:2_77:}
{:2_77:}  {:2_77:}  {:2_77:}  {:2_77:}  {:2_77:}  {:2_77:}  {:2_77:}  {:2_77:}  {:2_77:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 11:08 AM | Show all posts
157# yaya130501

marah tul yaya dgn zikri tu ekkk...hehe

biasala org yg bkahwin dua ni mana blh nak btul2 blaku adil....  x bnyk sikit mesti ade yg akn buat slh sorg isterinye trasa hati.....  so bintang bg ana,  elok la zikri lepaskan ija spya ija blh mcari bahgianye sndri tmpa bsuamikan zikri...... lbh lg prasaan  rindu & hrpan ija thdp zikri  pun dah luput  dlm hatinye tu lantaran dah tbiasa dgn layanan ktidak adilan zikri thdp ija smenjak dia bkahwin lain....

PECAYALAH,  hati & prasaan ni klau dah slalu sgt dpendam rasa kcewa & mjeruk rasa kat dlm tu  mmng akn pudar rasa sayang yg dah bsemi slama ni thdp si suami tu.....  lbh lagi bg sorg wanita yg bjiwa lembut dan bralah speti ija ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 12:46 PM | Show all posts
herb nyampah bebenar kat mamat sorang tu.  bintang mestinya kahwinkan amir & ija.  jgn lak ija mati sebab tumpah darah.  biar la mamat tu aja mati sbb eksiden.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 12:55 PM | Show all posts
juwaini..adakah anda zikri itu??
ini hanya cerpen. harap saudara ambil iktibar.

zikri terlalu banyak mengabaikan ija. cerpen yg bintang gambarkan ini menggambarkan betapa zikri tidak rasional dalam menentukan keadilan kepada dua orang isterinya.sekalipun ija seorang yg sangat bersabar, dia hanya manusia biasa, sabar ada hadnya.

terpulang kepada bintang untuk membuat ending yg macam mana. kalau ija setia bersama zikri, syurga untuknya, balasan neraka untuk zikri. kerana semua ini akan dipersoalkan kelak, ia melibatkan tanggungjawab. dia juga ketua keluarga.

kalau ija berpisah dengan zikri x bermaksud dia akan bersama amir kan?? kerana cinta dan sayang dia mungkin masih pada zikri. semua terpulang pada zikri untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik. walaupun tidak dapat jadi yang terbaik. itu pun jika ija masih mahu memberi peluang.

zikri perlu muhasabah diri. apa yg patut, dan apa yg x patut. ija perlu bertabah demi anaknya.

~jika tidak dapat apa yang dihajati, bersyukurlah dengan apa yang dimiliki~

tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.144053 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list