|
Tamar Jalis manusia misteri-Bercakap dgn Jin
[Copy link]
|
|
Ops... tapi kepada Tamar Jalis dan peminat SBDJ dlm trade ini jangan risau, aku mengumpul SBDJ ni bukan nak menjualnya @ mencari keuntungan peribadi ttp hanya ingin membuat koleksi peribadi sahaja kerana pd aku buku ini penuh dengan nilai kerohanian & keyakinan yg tinggi terhadap kekuasaan Allah swt. dalam menghadapi musuh kita hingga hari kiamat iaitu iblis, jin & syaitan. |
|
|
|
|
|
|
|
Wacana Siri Bercakap Dengan Jin
Oleh ANI AWANG
[email protected]
IPOH 7 Jun - Wacana Siri Bercakap Dengan Jin akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di sini pada 20 Jun ini pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Pengarah JKKN Perak, Abdul Mutalib Abdul Rahman berkata, wacana itu akan menampilkan sembilan tokoh penulis yang akan mengupas apa itu Siri Bercakap Dengan Jin sebagai karya kreatif Melayu tersohor dan memperkenalkan penulis Tamar Jalis yang sering menulis kisah tersebut.
Beliau berkata, mereka ialah Zabidin Ismail dari Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Perak), Dr. Shaharudin Shaari (Institut Pendidikan Guru (IPG) Ulu Kinta) dan Profesor Madya Dr. Talib Samat (Karyawan Perak).
Penulis, Mohd. Zamberi Malik, Profesor Madya Datuk Paduka Rosli Saludin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Bazrul Bahaman (UPSI), Dr. Mohd. Affndy Yusof dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad (Karyawan Perak) dan Mohamad Paris Arshad (Karyawan Perak).
Katanya, wacana berkenaan dipengerusikan oleh Suhaimi Ahmad dan Chai Loon Guan.
"Wacana ini untuk memberi ruang menjana perbincangan kreatif, kritis dan jujur.
"Ia sekali gus dapat memberikan kefahaman kepada khalayak akan intipati wacana itu supaya ia diterima oleh setiap golongan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Mutalib yakin wacana itu dapat merungkai misteri tersebut agar ia tidak menjadi satu tanda tanya oleh segelintir masyarakat.
Menurutnya, khalayak dijemput hadir dan masuk adalah percuma.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0608&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm&arc=hive |
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by robotech at 8-7-2011 11:08
Mengenali pengarang Bercakap Dengan Jin
Oleh TALIB SAMAT
([email protected])
TAMAR Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ),16 daripadanya sudah dibukukan dan jualannya menurut suatu kajian Prof. Adnan Nawang melebihi sejuta naskhah.
Hal ini memperlihatkan sambutan meluas pembaca terhadap siri novel itu yang sudah bermula sejak tahun 1981 hingga 2005.
Jualan hingga lebih sejuta naskhah siri novel SBDJ membuktikan karya itu lebih banyak terjual berbanding mana-mana buku Sasterawan Negara yang pernah diterbitkan setakat ini. Jualan besar SBDJ termasuk naskhah cetak rompak menunjukkan pembaca daripada pelbagai kaum menggemari SBDJ yang mempunyai resipi tersendiri, teknik penulisan kreatif tertentu dan strategi memikat pembaca.
Di samping itu strategi jualan SBDJ yang mudah diperoleh sama ada di kedai besar, kecil, pasar , malam, kedai mamak, Cina dan sebagainya yang rakyat sifatnya. Hal ini secara tidak langsung mencetuskan fenomena dan budaya membaca yang positif di kalangan rakyat Malaysia.
Generasi pembaca Malaysia era 1980-an, 1990-an dan 2005 kebanyakannya pernah membaca siri novel SBDJ atau mengikuti siri ini dalam majalah Variasari. Malah ada segelintir mereka masih memiliki koleksi Siri novel ini yang diterbitkan dalam pelbagai versi dan ilustrasi kulit depannya untuk menarik perhatian pembaca meskipun kisahnya bukanlah sekadar tentang makhluk jin tetapi disulami dengan ilmu perubatan tradisional Melayu, sejarah, ilmu persilatan, psikologi Melayu, kosmologi Melayu, perbomohan Melayu dan petua-petua untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.
Tamar Jalis adalah nama samaran penulisnya yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Penggunaan nama Tamar Jalis memang sesuai dengan penulisan SBDJ hingga kebanyakan pembaca tidak menyedari nama sebenar penulis yang sudah berusia 71 tahun ini dan masih sihat walafiat.
Tamar Jalis dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Perak. Beliau mendapat pendidikan Melayu dan lnggeris serta Sekolah Rendah Teknik, Ipoh (bahagian tukang kayu dan binaan).
Dalam sejarah hidupnya, beliau pernah menjadi buruh, berniaga, pemberita bebas dan kerani pengedar akhbar Utusan Melayu (1970) dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Editor kumpulan majalah Variapop Group sebelum bersara dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah berkhidmat dalam tentera Wataniah antara tahun 1964 hingga 1966.
Tamar Jalis mula menceburkan diri dalam dunia penulisan sejak tahun 1955 melalui Utusan Kanak-Kanak dan Tunas, tetapi cerpen dewasanya yang pertama tersiar dalam majalah Mutiara pada tahun 1958 berjudul Berhari Raya di Kampung.
Kekuatan
Di samping menulis SBDJ yang tersohor dalam sejarah kesusasteraan Melayu itu, beliau juga menulis novel dan cerpen. Cerpen-cerpennya tersiar dalam pelbagai majalah seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat , Mastika dan Widya, dan akhbar-akhbar Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan Watan.
Dua buah cerpennya, Menanti Ayah (1971) dan Samad Toja (Mingguan Malaysia, 26 Mei 1974) memenangi Hadiah Karya Sastera pada era tersebut yang memperlihatkan kekuatan dan ketinggian mutu cerpen karya Tamar Jalis. Cerpen Samad Toja termuat dalam Antologi Hadiah Karya Sastera 1974 terbitan DBP (1976).
Panel Hadiah Karya Sastera (1974) antara lain menyebutkan, Samad Toja menceritakan kisah seorang tua yang memegang teguh kepada kepercayaan terhadap kuburan datuknya yang dianggap keramat. Dan ini didramakan dalam satu situasi di mana kekolotan watak ditimbulkan dengan jelas. Samad Toja sanggup mati kerana mempertahankan kepercayaannya. Cerita diselesaikan secara ironis dengan Samad Toja terselamat sedangkan pemuda yang cuba menyelamatkannya mati menjadi korban di suraunya."
Tiga buah cerpennnya iaitu Jaril,Jangan Tinggalkan Emak (Dewan Bahasa, September 1973), Paman (Dewan Sastera, Januari 1977) dan Cincin Berlian Bermata Dua (Dewan Sastera, April 1980) dimuatkan oleh Hamzah Hamdani dalam buku selenggaraannya Di Bawah Bayang Kemboja terbitan DBP (1981).
Tuah menyebelahi Tamar Jalis bila cerpennya Paman dan cerpen- cerpen pengarang lain yang termuat dalam antologi Suatu Subuh Yang Bening selenggaraan Othman Puteh dan Ramli Isin terpilih dan menjadi teks kesusasteraan Melayu peringkat SPM pada era persekolahan tahun 1980-an dan menjadi bahan kajian pelajar untuk lulus peperiksaan SPM.
Antara novel Tamar Jalis yang lain ialah Pucuk-pucuk Yang Mati (1967), Lorong-Lorong Hitam (1969) dan Rumah Urut (1970). Hamzah Hamdani dalam ulasannya ada menyebutkan “Walaupun novel-novel Ahmad Mahmud cenderung mengemukakan persoalan-persoalan seks, tetapi dalam perkembangannya kemudian, melalui cerpen-cerpennya, beliau telah mengemukakan persoalan-persoalan kehidupan manusia yang lebih serius. Ahmad Mahmud sering melukiskan jiwa manusia yang gigih menghadapi hidup walaupun akhiran cerita-ceritanya sering menyayat hati."
Menerusi nama samarannya Atma A.M beliau menulis novel-novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan berjudul Bukan lmpian Hati setebal 126 halaman terbitan Variapop Group (Kuala Lumpur) pada tahun 1987. Beliau kemudiannya menulis novel Bukan Impian Hati(2) dengan menggunakan nama Atma A.M setebal 111 halaman terbitan Variapop Group (Kuala Lumpur) pada tahun 1988.
Beliau kemudiannya meneruskan penulisan novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan dengan menggunakan nama samaran Ramadhan A.M menulis novel Kasihku, Sewangi Cempaka setebal 127 halaman (1988) dan Kukirim Rindu Untukmu setebal 127 halaman (1988) terbitan Variapop Group, Kuala Lumpur.
Pada bulan April 1985 hingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun enam bulan, beliau mula menggerakkan penulisan novel SBDJ dalam majalah Variasari untuk meningkatkan jualan majalah itu dan mencipta rekod sebagai siri novel terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan sekali gus dunia antarabangsa. Pada era 1980-an, majalah Variasari pernah dicetak 120,000 naskhah sebulan kerana wujudnya siri SBDJ itu sebelum beransur menurun kini.
Paling lama
Menurut Presiden Persatuan Karyawan Perak, Zabidin lsmail, SBDJ karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama dalam sebuah majalah tempatan. Sebanyak 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan, termuat dalam 16 buah buku. Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri. Namun demikian terdapat sebanyak 63 siri iaitu siri 222 hingga 284 belum lagi dibukukan."
Dengan tema Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor telah diadakan Wacana Siri Bercakap Dengan Jin di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak baru-baru ini.
Wacana anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Yayasan Perak dan Persatuan Karyawan Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah menampilkan pembentangan sepuluh buah kertas kerja menarik yang mengangkat dan mengiktiraf sumbangan besar SBDJ karya Tamar Jalis dalam dunia kesusasteraan.
Dalam memperkasakan lagi ketokohan Tamar Jalis dan SBDJ, Persatuan Karyawan Perak, Nafiela Books (penerbit SBDJ) dan pihak tertentu akan mengadakan wacana SBDJ di seluruh negara. Di samping itu ada pihak yang sedang membuat dokumentari The Making of SBDJ untuk merakamkan lokasi-lokasi khususnya di Perak, Malaysia dan Sumatera yang menjadi latar sebenar penceritaan SBDJ yang pastinya akan mempopularkan lagi siri novel seram, misteri dan unik ini.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0703&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm&arc=hive |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by robotech at 8-7-2011 11:10
Tamar Jalis pelopor novel mistik
Oleh ANI AWANG
Tamar Jalis (duduk) menandatangani buku para peminatnya ketika wacana siri bercakap dengan jin di Ipoh baru-baru ini.
KEMUNCULAN penulis novel mistik di negara ini memang tidak dinafikan kerana kesan penerimaan masyarakat terhadap karya bentuk itu masih mendapat sambutan.
Ini terbukti apabila Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) karya Mohamad Radzi Mahmud atau lebih dikenali sebagai Tamar Jalis, 71, merupakan sebuah karya menarik pada era 1980-an.
Karya tersebut digarap bercirikan sastera genre memoir dengan pendekatan autobiografi yang mampu menarik perhatian pembaca dalam menghayati rentetan peristiwa melalui penceritaan orang pertama iaitu Tamar Jalis bersama datuknya (Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah).
Ketua Jabatan Kesusasteraan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Rosli Saludin dalam kertas kerja Alam Bunian dan Jin Dalam SBDJ berkata, karya itu mengajak orang Melayu berfikir di sebalik kehidupan orang Melayu.
Katanya, SBDJ sebuah novel yang baik kerana ia disampaikan dalam bentuk pemaparan yang menarik dan mempunyai banyak pengajarannya.
Beliau berkata demikian pada Wacana SBDJ: Memperkayakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak di Ipoh baru-baru ini.
Mengikut kajian SBDJ, sebanyak 284 siri itu telah disiarkan di majalah Variasari terbitan Variapop Group selama 23 tahun enam bulan mulai bulan April 1981 hingga Januari 2005. Ia sekali gus mencatatkan rekod dunia, siri terpanjang dan lama disiarkan di majalah.
Daripada jumlah itu, sebanyak 221 siri telah dibukukan dalam 16 buah buku.
Terdapat 63 siri iaitu siri 222 hingga 284 yang belum dibukukan.
Meskipun SBDJ tersohor dengan kisah hantu, jin dan makhluk halus yang melingkari kehidupan orang Melayu zaman dahulu, tetapi secara instrinsik manipulatif ia memaparkan sosio-budaya, psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi, Krinchi, Bangkahulu dan Aceh) serta kepakaran menundukkan makhluk halus.
Tamar Jalis dilahirkan di Beruas, Perak. Antara novelnya ialah Selembut Bayu, Selembut Angin Senja, Seraut Wajah Kekasih, Di Sini Cintaku Berbunga, Sebening Sinar Matamu danBukan Impian Hati.
Prof. Madya Dr. Talib Samad dari UPSI dalam kertas kerja Stategi dan Teknik Naratif dan Penggunaan Kaedah Penulisan Memoir Dalam SBDJ berkata, Tamar Jalis menggunakan teknik yang tersendiri untuk menyampaikan cerita alam jin, makhluk halus dan iblis dengan menggunakan teknik naratif yang menjadikan cerita disampaikan lebih kreatif, berkesan dan realistik.
"Teknik yang digunakan itu cukup popular pada waktu itu dan mempunyai peminat yang tersendiri dalam sejarah kesusasteraan tanah air," katanya.
Menurut beliau, karya yang dihasilkan itu memberikan pengajaran kepada manusia agar bersedia dengan ilmu agama dalam menghadapi kewujudan alam jin dan iblis yang tidak dinafikan dalam kehidupan manusia.
Pensyarah Institut pendidikan Guru Kampus Hulu Kinta, Mohamad Paris Arshad dalam kertas kerja 'Penilaian Kritis Tentang Jampi, Serapah dan Petua Dalam SBDJ' berkata, penulis mengetengahkan cerita yang berkisar tentang alam ghaib dan makhluk halus sebagai cerita rakyat yang mengandungi unsur kepercayaan.
Beliau berkata, watak penting yang diketengahkan penulis adalah bomoh, pawang atau dukun yang menjadi tonggak dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu.
"Ini bermakna peranan bomoh, pawang atau dukun sebagai orang tengah untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan kuasa ghabib, penunggu, makhluk halus dan jin, hantu dalam menangani makhluk itu dari mengganggu kehidupan manusia," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Kebudayaan dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ketika menutup majlis itu berkata, Tamar Jalis merupakan penulis Perak yang hebat kerana karyanya itu mampu mengangkat dunia penulisan di negeri itu.
Menurutnya, karya yang dihasilkan itu merupakan satu khazanah yang sukar dan perlu dipelihara bagi tatapan generasi akan datang.
Katanya, kerajaan negeri percaya SBDJ adalah sebuah karya mistik yang menarik dan mempunyai peminat yang tersendiri.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0708&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hive |
|
|
|
|
|
|
|
TAMAR JALIS
Nama Tamar Jalis ada tercatat dalam Hikayat Inderaputera yang menyebut bahawa Tamar Jalis adalah anak raja jin Tamar Bunga (Tamar Boga) yang telah dibunuh oleh Inderaputera. S.W Rujiati Mulyadi mencatatkan bahawa Tamar Jalis adalah anak jin kafir;
"….sebagai contoh umpamanya diceritakan bahawa Tamar Jalis, anak seorang raja jin kafir, berperang dengan Nobat Rum Syah, anak seorang jin Islam. Pada akhirnya Inderaputera datang membantu barisan jin Islam dan Tamar Jalis dapat dibunuhnya. Dendam akan hal ini ayah Tamar Jalis – Tamar Boga – mencari-cari Inderaputera, yang ditemukannya sedang tidur terlena di bawah pohon.
Sehubungan itu, Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis adalah nama samaran Ahmad Mahmud, seorang penulis anak kelahiran Beruas, Perak. Beliau memilih Tamar Jalis kerana nama yang terdapat dalam Hikayat Inderaputera itu, amat sesuai dengan tajuk siri yang berkaitan dengan mahkluk jin.
Latar Belakang SBDJ
SBDJ karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama bersiaran dalam sebuah majalah tempatan. Sebanyak 284 siri disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group, Kuala Lumpur berterusan selama 23 tahun enam bulan mulai bulan April 1981 hingga Januari 2005.
Sebanyak 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan, termuat dalam 16 buah buku. Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri.
Menurut Prof. Dr. Adnan Nawang pernah membuat anggaran bahawa SBDJ tercetak lebih sejuta naskhah. Sayangnya, disebabkan siri itu teramat popular, ia dicetak rompak dan dijual di mana-mana, sehingga di pekan-pekan kecil, kedai runcit Mamak dan Cina pun menjual siri itu. Namun demikian terdapat sebanyak 63 siri iaitu 222 hingga 284 belum lagi dibukukan.
Meskipun SBDJ tersohor dengan kisah hantu, jin dan makhluk halus yang melingkari kehidupan orang Melayu zaman dahulu, tetapi secara instrinsik manipulatif ia memaparkan sosio-budaya, psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi, Krinchi, Bangkahulu dan Aceh) serta kepakaran menundukkan makhluk halus.
Karya ini digarap bercirikan sastera genre memoir dengan pendekatan autobiografi yang mampu menarik perhatian pembaca dalam menghayati rentetan peristiwa melalui “orang pertama” iaitu Tamar Jalis bersama “datuk”nya (Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah) yang berkonsepkan penulisan memoir.
Semenjak terbitnya SBDJ hingga kini, karya tersebut sangat diminati ramai dan mempunyai “peminat” tersendiri sehingga wujud facebook dan blog yang menggunakan nama Tamar Jalis dengan kendalian peminatnya. Melalui laman sosial dan blog berkenaan para peminat sering bertukar maklumat / pandangan mengenai SBDJ
Zabidin Hj Ismail |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA DIA PENGARANG SBDJ YANG MENGGUNAKAN NAMA PENA TAMAR JALIS
Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ),16 daripadanya sudah dibukukan dan jualannya menurut suatu kajian Prof.Adnan Nawang melebihi sejuta naskhah.Hal ini memperlihatkan sambutan meluas pembaca terhadap siri novel itu yang sudah bermula sejak tahun 1981 hingga 2005.
Jualan hingga lebih sejuta naskhah siri novel SBDJ membuktikan karya itu lebih banyak terjual berbanding mana-mana buku Sasterawan Negara yang pernah diterbitkan sehingga kini.Jualan besar SBDJ termasuk naskhah cetak rompak menunjukkan pembaca daripada pelbagai bangsa di Malaysia menggemari SBDJ yang mempunyai resipi tersendiri,teknik penulisan kreatif tertentu dan strategi tersendiri memikat pembaca .
Di samping itu strategi jualan SBDJ yang mudah diperolehi sama ada di kedai besar ,kecil,pasar , malam, kedai mamak,Cina dan sebagainya yang merakyat sifatnya memudahkan pembaca memperolehinya untuk dibeli dan dibaca.Hal ini secara tidak langsung mencetuskan fenomena dan budaya membaca yang positif di kalangan rakyat Malaysia.
Generasi pembaca Malaysia era 1980-an,1990-an dan 2005 kebanyakannya pernah membaca siri novel SBDJ atau mengikuti siri ini dalam majalah Variasari terbitan Variapopo Group.Malah ada segelintir mereka masih memiliki koleksi Siri Novel Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis yang diterbitkan dalam pelbagai versi dan ilustrasi kulit depannya untuk menarik perhatian pembaca meskipun kisahnya bukanlah sekadar kisah tentang makhluk jin atau yang sejenis dengannya tetapi disulami dengan ilmu perubatan tradisional Melayu, sejarah, ilmu persilatan, psikologi Melayu,kosmologi Melayu,perbomohan Melayu dan petua-petua untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.
Tamar Jalis adalah nama samaran penulisnya yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional.Penggunaan nama Tamar Jalis memang sesuai dengan penulisan Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ) hingga kebanyakan pembaca tidak menyedari nama sebenar penulis yang sudah berusia 71 tahun ini dan masih sihat walafiat.
Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36,Jalan Sitiawan,Beruas, Perak.Beliau mendapat pendidikan Melayu dan lnggeris serta Sekolah Rendah Teknik,Ipoh(bahagian tukang kayu dan binaan).
Dalam sejarah hidupnya, beliau pernah menjadi buruh,berniaga, pemberita bebas dan kerani pengedar akhbar Utusan Melayu(1970) dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Editor kumpulan majalah Variapop Group sebelum
bersara dan kini menetap di Kuala Lumpur.Beliau juga pernah berkhidmat dalam tentera Wataniah antara tahun 1964 hingga 1966.
Tamar Jalis atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud mula menceburkan diri dalam dunia penulisan sejak tahun 1955,melalui Utusan Kanak-kanak dan Tunas,tetapi cerpen dewasanya yang pertama tersiar dalam majalah Mutiara pada tahun 1958 berjudul “Berhari Raya di Kampung”.
Di samping menulis Siri Novel Bercakap Dengan Jin(SBDJ) yang tersohor dalam sejarah kesusasteraan Melayu itu ,beliau juga menulis novel dan cerpen. Cerpen-cerpennya tersiar dalam pelbagai majalah seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera,Dewan Masyarakat , Mastika dan Widya, dan akhbar-akhbar Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan Watan.
Dua buah cerpennya “Menanti Ayah”(1971) dan “Samad Toja” (Mingguan Malaysia, 26 Mei 1974) memenangi Hadiah Karya Sastera pada era tersebut yang memperlihatkan kekuatan dan ketinggian mutu cerpen karya Ahmad Mahmud atau Tamar Jalis itu sendiri. Cerpen “Samad Toja” termuat dalam Antologi Hadiah Karya Sastera 1974 terbitan DBP(1976) iaitu di halaman 43 hingga 51.
Panel Hadiah Karya Sastera(1974) antara lain menyebutkan “Samad Toja” menceritakan kisah seorang tua yang memegang teguh kepada kepercayaan terhadap kuburan datuknya yang dianggap keramat.Dan ini didramakan dalam satu situasi di mana kekolotan watak ditimbulkan dengan jelas.Samad Toja sanggup mati kerana mempertahankan kepercayaannya.Cerita diselesaikan secara ironis dengan Samad Toja terselamat sedangkan pemuda yang cuba menyelamatkannya mati menjadi korban di suraunya.”
Tiga buah cerpennnya iaitu “Jaril,Jangan Tinggalkan Emak” (Dewan Bahasa, September 1973),” Paman”(Dewan Sastera, Januari 1977) dan “Cincin Berlian Bermata Dua”(Dewan Sastera,April 1980) dimuatkan oleh Hamzah Hamdani dalam buku selenggaraannya Di Bawah Bayang Kemboja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981).
Tuah menyebelahi Ahmad Mahmud bila cerpennya “Paman” dan cerpen- cerpen pengarang lain yang termuat dalam antologi Suatu Subuh Yang Bening selenggaraan Othman Puteh dan Ramli Isin terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. terpilih dan menjadi teks kesusasteraan Melayu peringkat SPM pada era persekolahan tahun 1980-an dan menjadi bahan kajian pelajar untuk lulus peperiksaan SPM.
Di antara novel Ahmad Mahmud ialah Pucuk-pucuk Yang Mati(1967), Lorong-lorong Hitam (1969) dan Rumah Urut(1970).
Hamzah Hamdani dalam ulasannya ada menyebutkan “Walaupun novel-novel Ahmad Mahmud cenderung mengemukakan persoalan-persoalan seks,tetapi dalam perkembangannya kemudian, melalui cerpen-cerpennya,beliau telah mengemukakan persoalan-persoalan kehidupan manusia yang lebih serius.Ahmad Mahmud sering melukiskan jiwa manusia yang gigih menghadapi hidup walaupun akhiran cerita-ceritanya sering menyayat hati.”(1981:44).
Ahmad @ Mohd.Radzi Mahmud menerusi nama samarannya Atma A.M menulis novel-novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan berjudul Bukan lmpian Hati setebal 126 halaman terbitan Variapop Group(Kuala Lumpur) pada tahun 1987.Beliau kemudiannya menulis novel Bukan Impian Hati(2) dengan mengguna- kan nama Atma A.M setebal 111 halaman terbitan Variapop Group (Kuala Lumpur) pada tahun 1988.
Beliau kemudiannya meneruskan penulisan novel bercorak percintaan dan kemasyarakatan dengan menggunakan nama samaran Ramadhan A.M menulis novel Kasihku,Sewangi Cempaka setebal 127 halaman(1988) dan Kukirim Rindu Untukmu setebal 127 halaman (1988) terbitan Variapop Group,Kuala Lumpur.
Pada bulan April 1985 hingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun enam bulan,,beliau mula menggerakkan penulisan novel Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ) dalam majalah Variasari untuk meningkatkan jualan majalah itu dan mencipta rekod sebagai siri novel terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan sekali gus dunia antarabangsa menggunakan nama samaran Tamar Jalis yang mempunyai sejumlah pembaca dan peminatnya yang tersendiri di negara ini. Pada era 1980-an, majalah Variasari pernah dicetak 120,000 naskhah sebulan kerana wujudnya siri SBDJ itu sebelum beransur menurun kini.
Salah satu siri atau buku novel SBDJ sewajarnya diangkat menjadi teks KOMSAS musim yang akan datang untuk membolehkan pelajar generasi baru mempelajari dan mengetahui pelbagai ilmu dunia Melayu yang terungkap dalam buku itu.Hal ini lebih bererti sebagai menghargai sumbangan besar Tamar Jalis dalam dunia kesusasteraan dan penulisan di samping membantu ekonomi penulisnya berbanding pujian semata-mata.
Menurut Zabidin Hj lsmail ,Presiden Persatuan Karyawan Perak,”Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama bersiaran dalam sebuah majalah tempatan. Sebanyak 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan,termuat dalam 16 buah buku.Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri. Namun demikian terdapat sebanyak 63 siri iaitu siri 222 hingga 284 belum lagi dibukukan.”
Dengan tema “Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor” telah diadakan Wacana Siri Bercakap Dengan Jin pada 20 Jun 2011 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak,Jalan Raja Di Hilir, lpoh, Perak.
Wacana anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,Yayasan Perak dan Persatuan Karyawan Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah menampilkan pembentangan sepuluh buah kertas kerja menarik yang mengangkat dan mengiktiraf sumbangan besar SBDJ karya Tamar Jalis dalam dunia kesusasteraan. |
|
|
|
|
|
|
|
TAMAR JALIS KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN
PENULIS karya kreatif seram popular, Tamar Jalis kali pertama memperkenalkan diri selepas 30 tahun 'menyembunyikan' identitinya daripada pengetahuan jutaan peminat karya seram, Siri Bercakap Dengan Jin (SBJD).
“Secara peribadi saya tidak mahu dikenali ramai kerana tujuan sebenar saya menulis siri itu untuk dihayati oleh pembaca dan bukan untuk meraih publisiti daripada peminat, tetapi seorang rakan memujuk memandangkan karya saya sudah diiktiraf sebagai khazanah.
"Lagipun, wacana ini diadakan di negeri kelahiran saya dan terpanggil untuk mengikutinya. Saya sendiri terkejut dan teruja selepas melihat ramai peminat SBDJ hadir memberi sokongan pada wacana ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Wacana SBDJ - Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor', di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, di Ipoh, baru-baru ini.
Majlis berkenaan disempurnakan, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta turut dihadiri isteri Mohamad Radzi, Maznah Mohd Isa, 63.
Beliau yang nama sebenarnya, Mohamad Radzi@Ahmad Mahmud, 73, berasal dari Beruas mengakui sebelum ini ramai yang memujuknya memperkenalkan diri sebagai Tamar Jalis, tetapi enggan berbuat demikian.
Sebanyak 284 siri SBDJ disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group sepanjang 23 tahun enam bulan, bermula April 1981 hingga Januari 2005 dan digarap dalam bentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya, Kulup Muhamad Diah@Long Mat Piah.
Percetakan semula siri itu bakal dikeluarkan pada September ini dengan 50,000 naskhah dicetak sebagai permulaan, selain bakal muncul dalam versi Bahasa Inggeris tahun depan untuk pasaran luar negara.
Beliau berkata, karya SBDJ itu bukan digarap sembarangan, sebaliknya 60 peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja.
Selain dikenali sebagai penulis siri seram terkenal, beliau turut mengakui menjadi buruan pembaca kerana menyangkakan dirinya sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.
"Ramai yang ingin mengenali Tamar Jalis kerana inginkan 'sesuatu' atau berubat dengan saya. Namun, hakikatnya saya bukan seorang pengamal perubatan tradisional seperti disangka ramai," katanya.
Zainol Fadzi ketika menutup wacana terbabit mengingatkan khalayak bahawa Kerajaan Negeri Perak menghargai program anjuran Persatuan Karyawan Perak bersama JKKN kerana ia satu daripada usaha untuk memartabatkan karya Melayu khususnya yang ditulis anak Perak.
"SBDJ berjaya mencipta rekod tersendiri di Malaysia apabila diangkat sebagai karya bersiri paling panjang dan paling lama bertahan di negara ini. Ia sewajarnya diangkat sebagai khazanah berharga di Perak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ALAM BUNIAN DAN JIN DALAM SBDJ
Kajian Alam Bunian dan Jin ini melihat apa yang jelas ada dalam Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ). Banyak terdapat cerita-cerita yang menarik dalam siri tersebut dan cerita tersebut banyak dalam bentuk pemaparan yang boleh menarik minat pembaca. Pembaca yang tidak ada asas agama dan budaya yang kukuh akan jadi keliru. Ada juga yang akan jadikannya sebagai contoh dan panduan. Hal seperti ini yang kita tidak mahu kerana kita ingin melahirkan masyarakat yang benar-benar berilmu dalam semua segi. Jangan timbul ketaksuban dalam soal Jin dan Bunian ini.
Pengkaji juga ingin mengkaji sebaik mungkin dengan menggunakan teori agama dan budaya supaya masyarakat boleh memahaminya secara ilmiah dan bukannya berpersepsi dan berprasangka sahaja. Kajian ini bukan untuk menafikan kebenaran yang diceritakan oleh penulis. Pengkaji cuma ingin merasionalkan masyarakat supaya sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan tidak berpaksikan kepada cerita-cerita lisan dan dunia khayalan sahaja. Teori agamanya adalah berdasarkan kupasan yang diambil dari Surah Jin dan Surah Yassin. Teori budayanya adalah berdasarkan kata-kata teromba yang boleh menjelaskan tentang Alam Bunian dan Jin tersebut.
Dapatan awal didapati masyarakat begitu meletakkan kepercayaan yang penuh kepada Alam Bunian dan Jin ini, sehingga ada yang dikatakan berkahwin dengan bunian dan bersahabat dengan Jin. Dikatakan juga Jin adalah sahabat rapat mereka untuk mendapatkan hajat yang tertentu. Orang yang bersahabat dengan Jin ini dikatakan mempunyai banyak kelebihan dan menjadi rujukan kepada masyarakat. Orang yang berkahwin dengan Bunian itu dikatakan orang yang jujur. Bunian juga dikatakan suka kepada tempat yang bersih dan mereka akan marah jika masyarakat mengotorkannya. Jin juga selalu dijadikan perantaraan dalam pekerjaan yang tidak dapat dijelaskan oleh manusia.
Pengkaji akan mencari bukti dan rasionalnya berdasarkan Surah Jin, Surah Yassin dan kata-kata teromba. Di sini terdapat banyak perkara yang boleh dijelaskan tentang Alam Bunian dan Jin ini. Kajian ini diharap akan dapat dijadikan panduan oleh pengkaji lain dan masyarakat dan dengan harapan akan diperdebatkan lagi untuk mencari isinya yang benar dan menarik.
Dato’ Paduka Dr Rosli Saludin Ketua Jabatan Kesusasteraan,
Fakulti Bahasa dan komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak |
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap Dengan Jin
Zaman-zaman aku muda dulu aku suka baca novel tamar jalis bercakap dengan jin....sampai nak p tandas pun takot (tandas kat luar rumah)....cerita dia btl2 seram. rasanya cerita real sbb tempat2 yg dia cerita tu semuanya memang betul...baru-baru ni aku jumpa balik novel yg telah diupgrade kat sebuah blog....korang leh baca kat cni >>>>>>
http://komuniti-sbdj.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah ada benang pasal SBDJ ni |
|
|
|
|
|
|
|
siang tadi ms di kl sentral ada MPH Book Fair...memula ingat nak rembat gak buku ni tp tak jadi plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Blog tu tak lengkap..ada lagi buku-buku yang belum di upload |
|
|
|
|
|
|
|
siang tadi ms di kl sentral ada MPH Book Fair...memula ingat nak rembat gak buku ni tp tak jadi plak ...
ana_una Post at 18-1-2012 22:50
Ada book fair ke kat KL central Ana?....sampai bila ek?....dari pukol berapa ek?....
alamak, tertinggal train le pulak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada book fair ke kat KL central Ana?....sampai bila ek?....dari pukol berapa ek?....
al ...
jazaa Post at 19-1-2012 12:48
dari 7 Januari - 20 Januari 2012..... waktu plak 9.30pagi - 9.30malam... smalam ralit tgk buku seb baik tak telepas train... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# ana_una
TQ Ana....Rasanya tak sempat pergi...... |
|
|
|
|
|
|
|
ana una susah2 ko copy cerita ssbj kat blog tu....print buat buku sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
ana una susah2 ko copy cerita ssbj kat blog tu....print buat buku sendiri
garyura Post at 19-1-2012 14:59
skang ni tahun 2012.. paperless maaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# sepaileman
mod tolong merge |
|
|
|
|
|
|
| |
|