CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fast-N-Furious

Tahukah Anda

[Copy link]
Post time 11-2-2010 11:39 PM | Show all posts
Tahukah anda,
8 Petua Keselamatan Jalan Raya
Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 11:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by bhf3856 at 11-2-2010 23:50

Tahukah anda,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:55 PM | Show all posts
Tahukah Anda? Macam mana mau buat jika kereta terkunci

Anda tertinggal kunci dan remote device dalam kereta yang terkunci dari
dalam. Atau anak kecil anda tertekan butang central lock.

Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki / berhampiran
tayar kanan pemandu (alarm receiver). Call your wife di rumah dan minta dia
RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta your wife tekan unlock
button sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang
sesuai ).

Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave
Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave Radio
Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm Device.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:59 PM | Show all posts
banyaknyer yang aku tak tahu.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:05 AM | Show all posts
Tahukah Anda?
jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:25 AM | Show all posts
Tahukah Anda?

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh
membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yan g boleh anda
lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
-
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon
adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan
untuk semua talian telefon bimbit yan g anda gunakan, cuba dail nombor
kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yan g tiada
liputan dan lebih m ena rik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan
kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2010 12:28 AM | Show all posts
Tahukah Anda?

KUASA BATERI TERSEMBUNYI
-
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yan g telah kehabisan
bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia
mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Ba yan gkan jika
bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda
perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon
bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk
mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan
berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon
tentang p ena mbahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan
ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:28 AM | Show all posts
Tahukah Anda?

TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda
boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri
yan g terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit
nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah
unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya
di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi
pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri
tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit
anda dan sesiapa sahaja yan g mencurinya pasti hampa kerana walaupun
kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali
telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun
sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh
menggunakannya ataupun menjualnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 12:39 AM | Show all posts
Tahukah Anda?

CARA MENGELAK DARIPADA MENJADI MANGSA JENAYAH GANAS

Berikut adalah beberapa perkara terpenting:

1. Tiga sebab mengapa wanita merupakan sasaran mudah bagi tindakan ganas secara rawak adalah:
a) Kurang Kesedaran r11; Anda MESTI tahu di mana anda berada dan apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.
b ) Bahasa Gerak-geri r11; Tegakkan kepala anda, ayunkan tangan anda, berdiri tegak.
c) Tempat Yang Salah, Waktu Yang Salah r11; JANGAN berjalan seorang diri di lorong, atau memandu di kawasan yang tidak selamat pada waktu malam.

2. Wanita sering memasuki kereta mereka setelah membeli-belah, makan, bekerja, dan sebagainya, dan kemudian duduk sahaja di situ (sambil menyemak buku cek atau membuat senarai, dan sebagainya). JANGAN LAKUKAN INI! Pemangsa akan memerhatikan anda, dan ini merupakan peluang terbaik bagi dia untuk memasuki tempat duduk penumpang, mengacukan pistol ke kepala anda dan mengarah ke mana anda harus pergi.



....bersambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:40 AM | Show all posts
SEBAIK SAHAJA ANDA MEMASUKI KERETA ANDA, KUNCI PINTU DAN BEREDAR.

Beberapa peringatan berkenaan cara memasuki kereta di medan letak kereta atau tempat menyimpan kereta:
a) Berjaga-jaga: Perhati di sekeliling anda, lihat di dalam kereta anda, pada lantai di tempat duduk penumpang, dan di tempat duduk belakang.
b ) Jika anda meletakkan kereta bersebelahan sebuah van besar, masuk kereta anda melalui pintu penumpang. Kebanyakan pembunuh bersiri menyerang dengan menarik mangsa mereka ke dalam van sewaktu wanita tersebut sedang cuba memasuki kereta mereka.
c) Perhatikan kereta yang terletak bersebelahan kenderaan anda di sebelah tempat duduk pemandu, dan sebelah tempat duduk penumpang. Jika ada lelaki sedang duduk berseorangan di tempat duduk yang terdekat dengan kereta anda, mungkin wajar untuk anda berpatah-balik ke dalam pusat membeli-belah, atau tempat kerja, dan dapatkan seorang pengawal atau pegawai polis untuk menemani anda keluar. BIAR LAMBAT, ASALKAN SELAMAT. (Lebih baik paranoid daripada mati.)

3. Sentiasa gunakan lif dan bukan tangga. (Ruang tangga adalah tempat yang menakutkan apabila bersendirian dan merupakan tempat yang terbaik untuk melakukan jenayah).
a) Jangan memasuki lif jika ada orang pelik di dalamnya. (Sudah tentu lelaki jahat tidak selalunya nampak jahat).
b ) Jangan berdiri jauh di penjuru lif, beradalah hampir dengan hadapannya, berdekatan pintu, sambil bersiap-sedia untuk keluar atau masuk.
c) Jika anda menaiki lif di tingkat 25, dan si Penjahat masuk di tingkat 22, keluarlah semasa dia masuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:42 AM | Show all posts
4. Jika pemangsa mempunyai pistol dan anda bukan di bawah kawalannya, LARI!
a) Hanya 4 daripada 10 tembakan polis terkena sasaran apabila mereka berada pada jarak 3 r11; 9 kaki. Ini disebabkan tekanan.
b ) Pemangsa hanya akan terkena anda (suatu sasaran bergerak) 4 dalam 100 kali. Dan walaupun terkena, besar kemungkinan TIDAK AKAN terkena organ penting. LARI.

5. Sebagai wanita, kita sentiasa cuba bersimpati: HENTIKAN! Ini mungkin boleh menyebabkan anda diperkosa atau dibunuh.
a) Ted Bundy, seorang pembunuh bersiri, adalah lelaki yang tampan dan berpelajaran tinggi, yang SENTIASA mempermainkan simpati wanita-wanita yang tidak menaruh syak wasangka. Dia berjalan menggunakan tongkat, atau menempang, dan selalu meminta "bantuan" untuk memasuki kenderaannya ataupun dengan kenderaannya, dan pada ketika itulah dia menculik mangsa seterusnya.

b ) Pat Malone menceritakan kepada kami kisah anak perempuannya, yang keluar daripada pusat membeli-belah dan sedang berjalan menuju keretanya apabila dia ternampak 2 wanita yang lebih tua di hadapannya. Kemudian, dia ternampak sebuah kereta polis mara ke arahnya dan pegawai-pegawai polis di dalamnya mengucapkan salam. Dia juga perasan yang kesemua 8 petak meletak kereta bagi orang cacat yang terdapat di kawasan itu kosong. Sedang dia menghampiri keretanya, dia ternampak seorang lelaki di beberapa barisan di hadapan memanggilnya untuk meminta pertolongan. Lelaki itu memintanya menutup pintu keretanya di sebelah penumpang. Dia sedang duduk di tempat duduk pemandu dan berkata yang dia cacat. Dia terus memanggil, sehingga wanita itu berpatah-balik menuju semula ke pusat membeli-belah, kemudian dia mula memaki wanita itu. Sementara itu, wanita itu berasa hairan mengapa lelaki itu tidak meminta pertolongan daripada 2 wanita yang lebih tua tadi, atau pegawai polis yang berada di situ, dan mengapa dia tidak meletakkan keretanya di salah sebuah petak kosong yang dikhaskan untuk orang cacat itu. Sedang dia memasuki pusat membeli-belah itu, dua orang kawan lelakinya sedang menuju keluar. Sambil dia menceritakan kejadian tersebut kepada mereka, dan berpusing untuk menunjuk mereka kereta berkenaan, lelaki itu keluar daripada tempat duduk belakang untuk ke hadapan, dan kereta tersebut memecut pergi. JANGAN TERKENA PERANGKAP INI.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:42 AM | Show all posts
6. Nasihat untuk menyelamatkan nyawa anda, jika anda terperangkap di dalam keadaan ganas.
a) BERTINDAK DENGAN SEGERA r11; Jika dia menculik anda di medan letak kereta, dan sedang membawa anda ke tempat yang sunyi, JANGAN BIARKAN DIA MEMBAWA ANDA KE TEMPAT ITU. Jika anda yang memandu, bertindak segera dalam situasi itu, dan rempuhkan kereta anda semasa masih bergerak pada kelajuan 5 bsj. Jika dia yang memandu, tunggu sehingga waktu yang terbaik, kemudian cucuk matanya dengan jari anda. Dia terpaksa memerhatikan jalan, jadi pilihlah waktu yang tidak disyaki, dan cungkil matanya. Inilah satu-satunya pertahanan anda. Sedang dia dalam keadaan terkejut, KELUAR. (Ini mungkin berbunyi tidak munasabah, tetapi apa yang berlaku sebaliknya adalah akibat kesilapan anda jika anda tidak bertindak).

b ) MENENTANG r11; Jangan mengikutinya. Lari, jika anda terdaya: JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA! Anda TIDAK ingin pergi ke tempat kejadian jenayah.

7. Sentiasa jarakkan diri anda apabila berjalan melintasi orang yang tidak dikenali di jalan atau di tempat yang gelap.

8. Dapatkan telefon bimbit.
a) Terdapat pakej yang membenarkan anda memprogramkan hanya nombor 911 ke dalam program dail keluar. (Ini merupakan alternatif untuk ibu bapa yang merasakan adalah terlalu mahal untuk anak mereka memiliki telefon bimbit).
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:43 AM | Show all posts
9. Kerosakan: Berikhtiar sedaya upaya bagi mengelakkan ini dengan SENTIASA memastikan kereta anda dalam keadaan yang baik.
a) Jika kereta anda rosak: KUNCI PINTU ANDA. Anda sepatutnya mempunyai telefon bimbit untuk mendapatkan pertolongan.
b ) Jika anda tidak mempunyai telefon bimbit: (sungguh memalukan) simpanlah selimut, pakaian panas, sepasang but, dan lampu suluh di dalam kereta anda pada setiap masa, untuk kecemasan.
c) Jika waktunya tengah hari pada hari bekerja, mungkin wajar untuk anda memasang lampu petanda bahaya dan berjalan ke tempat yang selamat.
d) Jika waktunya pukul 2 pagi, pakailah pakaian panas anda, dan berjalanlah menuju ke tempat yang terang. Anda merupakan sasaran terbaik jika anda duduk di dalam kereta anda yang rosak. Pemangsa mencari-cari sasaran mudah seperti anda di lebuh raya.
e) Jika anda berada di jalan yang sunyi: tinggalkan kereta (dengan memakai pakaian panas anda) dan berjalanlah menuju ke pokok-pokok, atau kawasan lain yang JAUH daripada kenderaan anda. Ianya tentulah sejuk dan tidak selesa, namun anda TIDAK ingin duduk di dalam kereta anda, dan tiada penjahat gila sedang menunggu di celah pokok, yang tahu kereta anda akan rosak di tempat dan pada waktu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:43 AM | Show all posts
10. Pertahan fizikal yang boleh kita gunakan terhadap pemangsa ganas:
a) MATA adalah bahagian tubuh yang paling mudah tercedera. Cucuk matanya. Dengan KUAT. Ini mungkin satu-satunya peluang yang terbuka untuk anda.
b ) Leher juga mudah tercedera, tetapi anda MESTI tahu tempat untuk mencengkam, DAN MESTI CUKUP KUAT untuk menyekat nafasnya.
c) Tempat terakhir ialah LUTUT. Lutut setiap orang amat mudah tercedera, dan satu tendangan pantas di situ akan menumbangkan sesiapa sahaja.

Peringatan berjaga-jaga tentang perkara ini: Sekiranya anda tidak bertindak dengan betul pada kali pertama, anda dalam bahaya, kerana ini hanya akan menyebabkan penyerang itu marah, dan kemarahannya akan DITUJUKAN KEPADA ANDA. Bukan maksud saya supaya anda tidak mencubanya (ini mungkin satu-satunya harapan anda), tetapi bertindaklah dengan kuat.

11. Jika anda berjalan seorang diri di tempat gelap (sepatutnya tidak) dan anda mendapati seorang lelaki mengekori / mengejar anda:
a) Jeritlah "API!" dan bukannya "Tolong!". Orang ramai tidak mahu terlibat apabila orang menjerit "Tolong!", tetapi "API!" akan menarik perhatian kerana pada lazimnya ramai yang penyibuk.

b ) LARI!

c) Carilah suatu perintang, seperti kereta yang terletak, dan lari mengelilinginya, seperti permainan kanak-kanak 'Ring Around the Rosie'. Ini mungkin berbunyi bodoh, tetapi sepanjang tahun-tahun ini, 5 wanita telah memberitahu Pat Malone bahawa ini telah menyelamatkan NYAWA MEREKA.

d) Harapan terakhir anda ialah untuk masuk di bawah kereta. Sebaik sahaja anda berada di bawah, anda boleh berpaut pada berbagai benda, dan dia tidak akan dapat menarik anda keluar dan tidak akan masuk di bawah untuk mendapatkan anda (kemungkinan besar). Selalunya mereka akan mengaku kalah pada ketika ini. Tetapi ANDA MESTI BERLATIH UNTUK MASUK DI BAWAH KERETA. Anda hendaklah bersedia dengan satu rancangan (dia akan mempunyai rancangan); tentukan sama ada anda akan masuk secara berbaring, meniarap, dari sisi atau belakang kereta. Ini mestilah dilatih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:45 AM | Show all posts
12. Jangan biarkan diri anda atau sesiapa yang anda kenali menjadi "penutup kedai" bagi apa-apa jenis perniagaan (bar minuman, gedung jualan, restoran, stesen minyak). Pat mengenali Danielle, seorang gadis yang baru sahaja mati ditembak pada jarak dekat oleh beberapa orang remaja semasa dia sedang menutup kedai di sebuah stesen minyak tempatan. Pat berbual dengannya pada malam sebelum kematiannya, dan bertanya sama ada dia berasa takut semasa menutup kedai bersendirian. Jawabnya ya, tetapi berkata, "Saya akan selamat, Pat. Saya akan selamat." Dia tidak selamat. Dunia kita tidak seselamat yang kita sangka, dan hidup di dalam dunia fantasi lama-kelamaan AKAN memudaratkan kita.

Pat Malone kerap kali mengatakan bahawa wanita-wanita yang mati SETIAP MINIT akibat jenayah ganas menjangka akan tidur pada malam itu, dan bangun pada keesokan harinya. Tiada siapa dapat menduganya, tetapi kita mestilah bersedia dan berjaga-jaga supaya kita MEMPUNYAI SATU RANCANGAN. BERSEDIA UNTUK BERTINDAK! DAN BERTINDAK DENGAN KUAT! SEDIAKAN RANCANGAN!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:03 AM | Show all posts
Tahukah Anda? Macam mana mau buat jika kereta terkunci

Anda tertinggal kunci dan remote device dalam kereta yang terkunci dari
dalam. Atau anak kecil anda tertekan butang central lock.

Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki / berhampiran
tayar kanan pemandu (alarm receiver). Call your wife di rumah dan minta dia
RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta your wife tekan unlock
button sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang
sesuai ).

Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave
Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave Radio
Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm Device.
bhf3856 Post at 11-2-2010 23:55



tak paham....betul ke nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 01:07 AM | Show all posts
TAHUKAH ANDA

10 Kereta Termahal Di Dunia

1 . Bugatti Veyron - $US 1,700,000
2 . Ferrari Enzo - $US 1,000,000
3 . Pagani Zonda C12 - $US 741,000
4 . Shelby SSC Ultimate Aero - $US 654,440
5 . Leblanc Mirabeau - $US 645,084
6 . Koenigsegg CCX - $US 600,910
7 . Saleen S7 Twin Turbo - $US 555,000
8 . Porsche Carrera GT - $US 484,000
9 . Mercedes SLR MClaren - $US 455,500
10. Maybach 62 - $US 385,250
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:08 AM | Show all posts
TAHUKAH ANDA

BUGATTI VEYRON mampu dipecut sehingga mencapai kelajuan tertinggi 407 km/jam. Dikeluarkan sejak September 2005. Pemecutan untuk 96 km/jam, Veyron memerlukan 2.5 saat. Dikeluarkan oleh Bugatti Automobiles SAS, dibawah kelompok Volkswagen. Nama Veyron adah penghormatan buat pelumba Le Mans pada 1939 yang menggunakan Buggati, iaitu Pierrre Veyron. Kereta ini menggunakan W16, terdiri dari 16 silinder dan berkapasiti 8.0 liter. Satu baris terdiri dari empat mesin. Menurut VW tenaga yang dihasilkan kereta ini ialah 1006 - 1026 PS. Namun diiklannya di Eropah dan Amerika tertera '1001PS'.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:08 AM | Show all posts
TAHUKAH ANDA

PAGANI ZONDA C12. Namanya tidak begitu akrab di tanah airnya. Sebaliknya di Eropah, Pagani yang berasal dari Itali ini cukup dikenali. Model yang termahal dari Pagani adalah Zonda C12F yang diperkenalkan kepada umum pada Geneva Motor Show 2005. Menggunakan mesin 7.3 liter, V-12. Tenaga yang dihasilkan mencapai 602 PS dan untuk clubsport mencapai 650 PS. Dakwa Pagani, pemecutan 96 km/jam dalam waktu 3.2 saat dengan kelajuan tertinggi 374 km/jam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:15 AM | Show all posts
TAHUKAH ANDA


BERHATI-HATI DENGAN KERTAS YANG DILETAK DI CERMIN BELAKANG – TAKTIK   TERBARU MENCURI KERETA ( INI BUKAN JENAKA)

Anda berjalan menuju ke kawasan parkir, anda membuka pintu kereta dan masuk. Anda hidupkan enjin kemudian berundur ke belakang. Ketika anda melihat cermin belakang kereta, anda dapati ada sekeping kertas dilekat di cermin belakang yang mengganggu pandangan anda.

Tindakan anda, tentunya masuk semula ke kawasan parkir dan buka pintu kereta serta keluar untuk mendapatkan kertas tersebut. Ketika inilah pencuri kereta muncul dan menerpa masuk ke kereta dan terus melarikan kenderaan tanpa anda sedari yang itu hanyalah satu taktik jahat mereka semata-mata.

Anda terpinga-pinga dan tidak sempat berbuat apa-apa. Sedarkah anda segala barangan berharga seperti beg tangan, telefon, segala dokumen penting dan kunci rumah berada di dalam kereta. Kini semuanya sudah berada di tangan penyamun.


Sekali gus identiti dan segala tentang anda sudah diketahuinya!

BERHATI-HATI DENGAN TAKTIK LICIK YANG KINI GIAT DIGUNAKAN.   

Jika anda ternampak ada kertas di cermin belakang dan kebetulan anda berada di kawasan yang tiada orang, biarkan sahaja kertas itu terlekat di situ buat sementara waktu. Selepas anda keluar dari kawasan parkir dan berada di tempat selamat, barulah anda berhenti di tepi dan membuangnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.473827 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list