|
wah.. penulis tu mesti dah wat research plot mane yg tak teroka lagi.. lepas ni plak lesbi lesbo plak yg disalaherti ker..
oh.. bab iskang aka isketambola tu saje je bg masalah baru kat mamat ...
Kia_picanto Post at 6-4-2010 20:20
Yup.... memang dia dah buat research..... |
|
|
|
|
|
|
|
144# qimi08
aku setuju tuh.. letak cap mohor.. ni baru pes time aku cop maa.. lepas ni aku bg kat hang.. |
|
|
|
|
|
|
|
tuan rumah, buat citer nie Adham kawen ngan Najlah blh x?... |
|
|
|
|
|
|
|
124# sang_arjuna
“ Okay Uncle. We’ll see you in KL” Senyuman Najlah semanis madu
Mulut Adham terlopong.
Yang part 'uncle' tu buat I ketawa... TK Arjuna..Teruskan... |
|
|
|
|
|
|
|
148# bunick
sementara detox nk kerah idea utk citer tu..
ko g la bleaching dulu...
by the time citer siap..
mesti kulit ko dh cerah.. |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa..takde lg ke n3???? |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa..takde lg ke n3???? |
|
|
|
|
|
|
|
Bunick......tungo (slang abg midon) Hero Bintang belum keluar lagikan....
Tajuk patrick x semestinya hero apa ha ha ha.... |
|
|
|
|
|
|
|
gelak baca speku semua
ada yg bagi idea kat smiley gak.... keh keh keh
..................................................................................
Najlah menarik muka cemberut. Tak habis habis lagi si Adham. Dah bertubi tubi dia melemparkan missile. Ya lah… aku tahu aku salah.
“ Naj, kalau kita tak dapat projek ni macam mana? Semua mulut kau punya pasal.”
“Come on lah. We are a good team. Ini bukan kali pertama Bukhary Group deal dengan Akitek Karyabina. Datuk Badri kenal bosses kat Bukhary. Takkanlah pasal benda kecil macam tu dia nak tarik balik projek ni. “
“ Benda kecil kau kata? Dia belum award lagi projek tu kat Karyabina. Kita belum sign apa apa lagi, tak ada black and white. Takkan kau tak tahu selok belok dunia business. Macam mana bagus pun kerja kita, kalau tak pandai jaga hati pelanggan , habuk pun kita tak dapat. Datuk tu suka kat kau, gunalah peluang tu.”
“ Excuse me, aku ada maruah tau. Aku tak nak berlagak macam GRO nak goda orang tua gatal tu sebab nak dapat business.”
“ Aku bukan suruh kau duduk atas riba dia atau usap perut dia. Tapi janganlah panggil dia Uncle. Kesian orang tua tu. Aku tengok muka dia macam kena sembelit”
“ Sorry. Tapi dia macam kawan Abah aku. Panggilan Uncle tu datang cara spontan.”
Adham menyembunyikan senyum. Terkejut beruk Datuk Bustami tadi. Merah padam mukanya.
“Balik KL nanti baik kau ajak Datuk Bustami keluar lunch. Aku tak peduli. I want this project”
“ Ya lah, ya lah. Aku bawa dia makan kat hotel yang best. Tapi kau ikut sekali tau.” Najlah terpaksa mengalah. Diktator!
Adham mengangguk. “ OK, set” Mereka berbalas senyum. Najlah semakin menarik di matanya. Kalau aku nak kahwin gadis serupa inilah yang aku cari. Independent, smart, ada prinsip hidup, sedap mata memandang. Kenapalah aku jumpa the right girl under the wrong circumstances.
Hujan di luar mula mencurah turun. Angin semakin kencang bertiup. Najlah menutup penghawa dingin. Tangannya di gosok untuk memberi haba. Awan hitam yang berarak membuat sekitar bandar nampak gelap walaupun baru pukul 2 petang. Alahai…. Janganlah terkandas di Kuantan.
“ Hujan lebat sangat. Kita berhenti rumah mak saudara aku sekejap. Takut aku nak drive dalam ribut petir macam ni” Kenderaan bergerak dengan kelajuan kura kura. Nak sampai lebuhraya pun berjam jam kalau nak balik sekarang.
“ Isshh… aku seganlah nak pergi rumah orang yang aku tak kenal. Baik kau tinggalkan aku di Kuantan Mall. Bila kau nak balik nanti, kau jemput aku.”
“ Naj, air dah mula naik. Aku tak nak patah balik pergi ke bandar. Kalau kereta aku stuck dalam air , kau nak tolong tolak?”
Muncung Najlah makin panjang. Minta mintalah ini kali pertama dan terakhir aku kerja dengan Adham. Heii… tak sanggup! Akitek lain macam Shahrul, Wan dan Alex tak lah teruk macam dia ni. Semua kena ikut cakap dia saja. Geramnya aku! Kepala Najlah terasa berat. Pelipis nya di urut perlahan.
“ Mak Tam aku tu baik orangnya. Lagipun tak ada sesiapa kat rumah dia. Dia tinggal seorang. Kalau dia tahu aku datang ke Kuantan tapi tak jenguk dia, kecil hati pula orang tua tu. Dia yang besarkan aku lepas mak aku meninggal. Kau faham, kan” Adham memujuk.
“ Okay. Mak kau dah meninggal? I'm so sorry. Kau ni anak yatimlah?"
"A'ah... berdosa tau kalau kau aniaya aku"
" Berdosa apa pula? Kau tu dah besar panjang"
" Panjang? Mana kau tahu?" Usik Adham. Najlah mencebik. Lelaki kalau tak buat lawak gatal dan bangang tak sah. Dia memalingkan muka ke luar tingkap.
“ Hujan berhenti saja kita terus balik ,okay? Aku tahu kau rindu nak jumpa tunang kau”
Najlah membisu. Aku tak teringat pun kat Iskandar. What is wrong with me? Dia pun tak telefon aku hari ini. Nasiblah…
“ Kenapa sedih saja muka kau? Dia tak telefon?” Adham membaca fikirannya
“ Ceritalah macam mana kau jumpa your husband to be?”
“ Abah aku dengan bapa dia kawan lama. Dia join syarikat guaman Abah aku bila balik dari luar negara. Aku jumpa dia masa aku buat interior upgrading untuk ofis Abah aku. Tak lama kemudian keluarganya datang meminang. ”
“ Cinta pandang pertama?”
Najlah mengimbau kembali waktu dia pertama kali berjumpa Iskandar. Iskandar memang kacak, tinggi lampai macam model. Kalah sikit saja berbanding Dr Sheikh Muzaffar Shukor, angkasawan negara itu. Tapi nak kata jatuh cinta pandang pertama , tidak sama sekali. Cinta pandang kedua, ketiga dan seterusnya pun belum ada.
“ Aku tak percaya pada cinta pandang pertama. Love at first sight untuk budak sekolah saja. Bagi aku baik bercinta selepas kahwin. Belajar mengenali hati budi masing masing bila dah ada ikatan yang sah. Kalau bercinta sakan sebelum kahwin, lepas kahwin dah tak exciting” Adham tersenyum sinis mendengar jawapan Najlah. Ha..ha ha... exciting sangat lah nanti bila kahwin dengan Iskandar. Tapi lain di ucapnya.
“ Aku doakan kau dapat apa yang kau cari. Aku harap kau bahagia. You are a nice girl Najlah. ”
Najlah mengilas pandang pada Adham. Kenapa mamat ni tiba tiba emosional semacam ? Dialog macam skrip drama swasta. Tadi bukan main lagi marah aku.
Beberapa minit kemudian mereka sampai ke Kampung Selamat. Adham memandu masuk halaman sebuah rumah banglo setingkat. Perasaan dejà vu menyapa Najlah.....macam aku pernah tengok rumah ni. Kereta di parkir bawah porch depan rumah.
Adham mengetuk pintu dan memberi salam. Tak sampai seminit pintu depan terkuak. Seorang wanita separuh abad memincing mata kemudian terus memeluk Adham.
“ Yem… lama nya tak datang jenguk Mak Tam. Apa khabar kamu, nak?”
“ Sihat Mak Tam. Yem baru balik dari Dubai. Tadi ada meeting dengan klien di sini. Yem singgah kejap nak jumpa Mak Tam. Rindu dengan Mak Tam”
”Ya lah tu. Kamu ni pandai bodek Mak Tam. Entah entah kamu singgah sebab hujan lebat” Najlah tersengih. Pandai Mak Tam teka. Kenapa Mak Tam panggil Adham “Yem”. Dia pelat masa kecil agaknya
“ Siapa ni?” tanya Mak Tam
“ Ini Najlah. Kita kerja satu pejabat”
Mak Tam memandang tajam pada Najlah. Najlah terus menyesal membuat keputusan mengikut Adham. Tengok tu, Makcik ni dah pandang semacam kat aku. Mesti dia ingat aku ada apa apa dengan Adham.
“ Ini Adik kah?” terketar ketar suara Mak Tam.
Najlah terkejut. Dah lama aku tak di panggil Adik. Bila Kakak dah tak ada, aku bukan Adik lagi. Siapa Mak Tam? Adham pula menggaru kepala sambil meneliti wajah Najlah. Adik?
“Najlah anak Fuad dengan Ainul ?” soal Mak Tam.
“ Saya. Mak Tam kenal mak dengan abah saya?”
Mak Tam terus memeluk Najlah. “ Subhanallah! Masyaallah! Mak Tam tak sangka dapat jumpa kamu lagi. Masa kamu kecil dulu, mak kamu selalu bawa kamu bercuti ke sini. Kamu dengan kakak kamu suka bermain di pantai” Airmata Mak Tam gugur ke pipinya.
Adham turut tergamam. Patutlah aku rasa pernah jumpa Najlah. Inikah Adik, budak kecil yang selalu jadi mangsa buli aku dulu? Kecilnya dunia.
Najlah menelan airliur. Segala fragmen memori silam kembali menerjah. Kakak, aku dan seorang budak lelaki sering bermain di pantai. Hinggalah tragedi meragut nyawa kakak dan kami sekeluarga tidak lagi menjejak kaki ke Kuantan. Aku pun dah lupa pada teman sepermainan aku dulu. Macam mana rupanya pun aku sudah tak boleh bayangkan. Mungkin sebab aku trauma selepas kakak mati lemas, membuat kau ingin lupakan segalanya. Adakah Adham " Yem"? Adoyaiii....
“ Mak Tam, kalau ya pun nak berjejak kasih, ajaklah kami masuk. Baju Yem putih. Kena tempias ni, nanti terlebih seksi pula. Malu kat Najlah”
Mak Tam mencubit lengan Adham. “ Masuk… masuk. Mak Tam panaskan lauk. Kita makan dan sambung cerita. Rindu sangat Mak Tam kat Adik” |
|
|
|
|
|
|
|
Bunick......tungo (slang abg midon) Hero Bintang belum keluar lagikan....
Tajuk patrick x semestinya hero apa ha ha ha....
qimi08 Post at 7-4-2010 11:16 tungo tu hapa?? tongong I tau lah..hahahahah..sempat lagi I masuk campur |
|
|
|
|
|
|
|
gelak baca speku semua
ada yg bagi idea kat smiley gak.... keh keh keh
..................................................................................
Najlah menarik muka cember ...
sang_arjuna Post at 7-4-2010 11:18 What a small world!!! Org Penang kata ..Pi mai, pi mai dok tang tu jugak!! |
|
|
|
|
|
|
|
" Yem" Adoyaiii cute nya nama manja adham....
lepas ni kita panggil dia YEM |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 7-4-2010 11:31
tungo tu hapa?? tongong I tau lah..hahahahah..sempat lagi I masuk campur
cmf_blingblings Post at 7-4-2010 11:18
Hha la .... bling hang x habis baca cite DETOX......
ni pakcik midon tu diupah mak si nadeem culik Ensha anak dira...
tungo tu trademark pakcik midong (ha ha ha ha)
sms pakcik midon guna phone ensha.
Ensha 09:18:19 pm
Kami tungo. Ingat jgn bawak Nadim. Kalo mau anaksalamat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|