CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 12-10-2010 09:03 AM | Show all posts
dah dtg dah mama kira... pasti kecoh lepas ni... next n3 fazss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 09:15 AM | Show all posts
tq tuan umah atas titipan n3...reesya rasa teruja gak tgk reza buat suprise cam 2 but x terburu2 ker?banding ngan ayah kira yang lebih matang, slow n steady cos dia berpengalamankan..erm maybe kira tgh pikir2 nak pilih reza@pun ayah kira...tapi kalo sebabkan kasih kat kira pilih ayah dia xmo la...so reesya ttgu n3 lagiks..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 10:52 AM | Show all posts
ckitnya faszz.....xcukup......
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 09:09 PM | Show all posts
nk n3 ag....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 09:20 PM | Show all posts
mama kira dah datang...
mesti ada adegan tarik rambut lepas ni
mesti mama kira akan halang shah dgn lisa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 08:03 AM | Show all posts
jujurnya...x sempat nak review balik , he3
kalau ada error jangan segan2 komen...

*************************************************************************

Tiada sudah makhluk di ruang tamu, aku berlalu ke dapur. Segala bahan di peti sejuk aku selongkar, aku letak di atas meja. Banyak sayuran yang ada, pasti berselera Kira nanti, berwarna warni. Aku tersenyum sendiri.

“cik masak untuk sapa?” hampir terlepas pisau di tangan ku, entah dari mana datangnya Mak Som, pembantu rumah Mak Yah, tiba2 datang.

“terkejut Lisa, untuk kira…”

“maaf, tak sangka cik terkejut begitu..”

“tak pe la.. Mak Som..” pantas tangan aku mula mengandun semua bahan.. selepas mengelap ruang membuat air, Mak Som meletakkan semug air untuk ku di atas meja di sudut dapur. Aku duduk bersamanya sementara menunggu bubur masak.

“Mak Som..jangan panggil Lisa cik lagi yer… panggil nama je”

“dah biasa la cik, cik Lisa kan kawan keluarga Datin” ujarnya, menolak permintaan ku. Masalah aku, aku bukan majikan nya, tak perlu lah ber ‘cik’ bagai. Rimas nya aku.

“tak pe la Mak Som, tak ada sape yang kisah pun Mak Som panggil Lisa nama jer…” pujuk ku.

“tak berani Mak Som , Cik Lisa…” aku hanya menggeleng. Dari dulu aku memujuk nya , dah berbulan masih nak panggil ‘cik’. Penghujungnya aku biarkan sahaja, lain kali aku pujuk lagi.

Mak Som bangun dan mengacau bubur yang sedang menggelegak di atas dapur, di ambil
sedikit, di tiup dan di letakkan di tapak tangannya. Lalu terus di rasa.. dia tersenyum meleret.

“pandai Cik Lisa masak bubur ayam ni.. bau sahaja dah menyelerakan, dah rasa lagi la..”

“campak2 aje la Mak Som..tak payah la puji macam tu” dalih ku.

“mana Puan Karina tadi?” Tanya ku kemudian, perlahan.

“dah balik cik Lisa, masa Cik kat atas tadi” katanya bersahaja. Aku mula pelik, balik? Balik ke mana?

“dia dah balik mana?” aku bertanya seperti kanak2 yang lurus.

“rumah dia la Cik”

“rumah dia?” aku makin kusut. Dia tinggal asing ke dengan Shah? Shah kan tinggal sini. Mak Som melihat ku tak berkelip, seakan menanti soalan dari ku lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2010 08:04 AM | Show all posts
Api dapur di padam, tangan ku di raih dan di pimpin ke taman belakang rumah. Kami duduk, aku pasti Mak som ingin menceritakan sesuatu yang agak sulit. Terlalu jelas, banyak perkara yang aku tidak tahu  kisah di sebalik banglo yang indah ini.

“Cik tahu tak yang Puan dan Tuan dah lama bercerai?” aku menggeleng. Dia mula mengeluh.

“ini kisah yang mendalam, bagaimana mereka bercerai itu Cik akan tahu jugak nanti. Yang penting, Mak Som nak Cik tahu.. mereka dah lama bercerai sejak umur Kira setahun. Kesian Kira, dia memang tidak pernah merasa bukan saja kasih ibu, paling teruk..susu ibu pun dia rasa masa dilahirkan aje. Selepas tu, dah tak merasa pun.”

Mata kami bertemu, merenung mengerti erti kisah disebalik kata2 Mak Som. Apa yang berlaku sehingga semua ini terjadi? Lisa rasa perempuan itu adalah perempuan yang dia dan Shah bertemu beberapa minggu yang lalu di Restotoran Nara. Dia bersama seorang lelaki, mesra.

“lepas bercerai Puan tak datang jumpa Kira ke?”

“tak pernah Cik, hari ni tetiba dia datang. Mak som pun terkejut tadi. Entah apa yang dia nak.” Bersungguh bercerita.

“bila dia sampai? Kenapa dia tak datang? Ada yang menghalang ke?” aku bertanya sekadar untuk mencari kepastian. Mana lah tahu, mungkin terselit sesuatu.

“Puan sampai tak lama sebelum Cik sampai tadi. Puan berbual dengan Datin kat ruang tamu saja, tapi tak tahu la apa yang di bincang..” aku mengangguk, mungkin aku tak perlu tahu kisah antara mereka. Aku di sini hanya untuk Kira.

Telefonku bergegar, pesanan ringkas dari Reza. Mak Som masuk ke dalam rumah, tinggal aku bersendirian .

‘salam.. u sihat?’

‘waalaikummusalam.sihat, u?’

‘sihat, malam ni boleh jumpa tak?’

‘sorry, mungkin tak boleh’

‘mungkin? Why?’

‘something came out’ ,ringkas aku menjawab. Apa reaksinya andai aku berterus terang apa yang berlaku sekarang. Aktiviti ku dengan Kira, mungkin ke dia menerima dengan hati terbuka.

‘ermmmm…so bila?’

‘I let u know’ , oh lelaki.. aku mengeluh. Aku bangun bergerak ke dapur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 08:05 AM | Show all posts
dah dtg dah mama kira... pasti kecoh lepas ni... next n3 fazss
asnita Post at 12-10-2010 09:03



   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2010 08:07 AM | Show all posts
Reply 142# aireesya


    reza ada kisah tersendiri...Shah pun sama.. jadi peribadi mereka tak sama...
ada N3 baru... selamat membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 08:08 AM | Show all posts
ckitnya faszz.....xcukup......
bb_75 Post at 12-10-2010 10:52



    ada yang baru...

selamat membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 08:11 AM | Show all posts
mama kira dah datang...
mesti ada adegan tarik rambut lepas ni
mesti mama kira akan halan ...
mijot Post at 12-10-2010 21:20



    tarik rambut!!! tak mau la.. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 08:13 AM | Show all posts
nk n3 ag....
mawar65 Post at 12-10-2010 21:09



    dah ada sayang!!!! selamat membaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 08:14 AM | Show all posts
thanks to all my beloved reader...

jumpa lagi k.... hari ni mungkin buzy skit, kena kemas pejabat....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 08:32 AM | Show all posts
salam pagi rabu...tinggal jejak sb nk kuar...keje luar ari nie kat putrajaya..arap lunch ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 09:14 AM | Show all posts
morning fazss.. mekasih for n3... selama nilisa blm tahu lagi ke shah dgn karina dah bercerai?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 09:14 AM | Show all posts
harap2 tetap ada n3 untuk ari nie w/pun lambat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2010 09:47 AM | Show all posts
morning fazss masih menunggu n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 11:58 AM | Show all posts
salam semua.. maaf lambat hari ni.. hehehe

hari ni kena jd cleaner kt pej, penat main habuk..

**********************************************************************

Aku hidangkan bubur di atas dulang, aku sediakan juga buah-buahan, bagi terbuka selera si kecil. Sedang khusyuk aku bersendirian, Mak Yah muncul bersama Mak Som. Bahu ku di sapa, dua2 tersenyum.

“rasa lapar la..nak makan bubur jugak la makan pagi ni”

“Mak Yah nak? Ada lagi ni..kebetulan Lisa memang masak banyak tadi. Mak Som nak?” ujar ku tersengih.

Mak Som menghidangkan bubur untuk dia dan Mak Yah, aku senyum dan mohon ke atas. Sudah masa untuk Kira makan ubat.

Tubuh kecil itu ku usap, perlahan aku kejutkan dia. Puas hati aku melihat dia berselera , habis semangkuk bubur di telan. Sejurus ubat di makan, dia tidor kembali. Aku berbaring di sebelahnya, rasa nyaman begini. Tubuh ku dapat merasa bahang tubuh kecil ini, erat ku peluk.
******
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 11:59 AM | Show all posts
Hari ini Shah pulang awal, banyak perkara yang mula timbul menutup rasa semangatnya untuk mencari rezeki. Lebih baik melayan anak yang tidak sihat dari memikir perkara yang tidak di sukai. Entah apa yang patut di selesaikan dahulu, penat otak nya menanggung semua ini serentak. Senyum mula meleret bila melihat ada Myvi hitam di halaman rumah ibu nya ini.

Hati berbunga, seperti terbau wanginya keindahan itu menjelma.
Sengaja dia mengambil masa untuk masuk ke rumah, risau ada yang perasan, perasaan nya ketika ini alamat seribu malam dia akan di usik. Langkah di atur, tertib. Shah hampa apabila tiada siapa di ruang tamu dan di taman belakang. Mana agak nya? Shah mula berfikir, beg kerja masih di tangan. Shah masuk ke dapur, Mak Som dan ibunya sedang memasak.

“awal balik? Dah lunch ke?” jelas Mak Yah agak terkejut dengan kehadiran shah. Bukan kebiasaan anaknya itu pulang sebelum masa makan tengah hari.

“tak ada mood la mama” Mak som menghidangkan air orange untuk Shah, separuh di minum, di letakkan semula di atas meja.

“mood ada kat rumah ke sekarang? Masuk rumah pun dah meleret senyum tu..” usik Mak Yah, tangan nya masih ligat bermain dengan senduk dan bahan2 masakan nya.

“mana ada mama..” shah agak gugup menjawab, tak di sangka, langkah yang telah di kawal rapi terbayang juga.

“ye la tu..mama kenal anak mama, dari dalam perut mama jaga awak” Mak Yah makin galak mengusik Shah.

“ tengok tu, punya la nak mencari si dia, beg pun tak sempat nak simpan dulu. Kot yer pun letak la dulu kat depan..” melirik mata Mak Yah melihat Shah yang terkulat2 malu. Jelas di mata Mak Yah semua nya, Cuma Mak Yah akui, soal hati tiada siapa yang mampu menduga. Kehebatan cinta juga tidak siapa tahu ketahanannya.

“pegi tengok diaorg kat dalam bilik Kira, jap lagi boleh turun makan” ringkas kata2 Mak Yah, tanpa menjawab Shah terus bangun menuju ke atas. Beg kerja disimpan di bilik bacaan, berdekatan dengan ruang tamu. Langkah kaki di ayun menuju ke bilik Kira.

Tiada perkataan yang mampu di gambarkan keindahan suasana ini. Nyenyak sekali tido mereka, bunyi pintu yang di buka agak kuat tadi langsung tidak menjejaskan lena mereka. Saling berpelukan, rambut Lisa yang agak kerinting dan panjang itu cantik terletak di atas bantal. Kira lena berbantal lengan kanan Lisa, dengus nafas mereka lembut senada. Tangan Kira melingkari dada Lisa, manakala tangan kiri Lisa melingkari pinggang kecik Kira. Erat tautan tubuh mereka.

Lama Shah duduk di birai katil kecil itu, merasai kemanisan hubungan dua insan ini. Ikut kan hati ingin juga dia bersama berbaring bersama mereka. Dia tersenyum gatal, Lisa memang cantik tika ini. Solekan nipis nya saja dah mendebarkan hati lelaki nya, blaus longgar dan seluar jeans sahaja pun dan seksi pada jiwa Shah.

Badan Kira mengguit sedikit, sambil merenggek manja. Tanpa membuka mata, tangan Lisa menepuk lembut belakang Kira, cepat sahaja tubuh kecil itu diam semula. Mudah sekali Lisa mengawal keadaan, Shah pantas beredar. Cukup gembira hatinya, dia menghilang ke bilik nya.

Selesai membersih kan badan, Shah turun ke bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 12:00 PM | Show all posts
“mama makan dulu, Shah tunggu Lisa nanti” Shah duduk di meja makan bersama Mak Yah, Mak Som sibuk mengangkat hidangan.

“kenapa Lisa tak makan lagi, dari tadi dia tak makan” jelas kerisauan Mak Yah. Risau Lisa kelaparan melayan kerenah cucu nya itu.

“dia tido. Tak sampai hati Shah nak kejut, penat sangat kot melayan cucu mama tu.”

“tido?” macam tak percaya telinga nya mendengar.

‘Som, mari kita makan. Kita berdua je ni. Lisa dan Shah makan kemudian” Mak Som lantas duduk bersama dua beranak itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065321 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list