CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 25-10-2023 11:21 AM | Show all posts

Budak panjat bumbung cari ayam terpengaruh video YouTube



Nathan memanjat bumbung rumah tiga tingkat kerana mahu mencari ayam seperti dalam lagu ‘Bortolito-Kids Songs & Nursery Rhymes’. – TikTok

JAKARTA – Anak bekas finalis pertandingan Puteri Indonesia 2018, Firsi Alda Feligia menjadi perhatian netizen  baru-baru ini selepas dia memanjat ke atas bumbung rumah tiga tingkat kerana mahu mencari ayam, lapor laman berita Republika.

Kanak-kanak bernama Nathan Aqshel Flynn itu dikatakan mencari ayam seperti watak yang sering ditontonnya dalam sebuah lagu kanak-kanak di platform perkongsian video, YouTube.

Lagu tersebut berjudul ‘Bortolito-Kids Songs & Nursery Rhymes’ dan disiarkan di saluran YouTube, The Children’s Kingdom Nursery Rhymes. Ia memaparkan aksi ayam jantan melompat di atas bumbung rumah.

Menurut Firsi, ketika kejadian, mereka sekeluarga gempar kerana Nathan hilang dan gagal dikesan.

Namun, selepas mendengar tangisan kanak-kanak itu, mereka berjaya menemuinya sedang berdiri di atas bumbung rumah setinggi tiga tingkat.

Firsi turut menunjukkan ketinggian bumbung rumah tersebut sambil berkata, dia sukar mempercayai bagaimana anaknya boleh memanjat sendiri.

“Dia naik ke atas sendiri. Ia amat tinggi dan bahaya,” ujarnya.

Tambah Firsi, selepas suaminya berjaya membawa turun Nathan, dia bertanya kepada kanak-kanak itu tujuan dia memanjat bumbung.

“Katanya, dia mahu bertemu dengan ayam kerana menurutnya, setiap bumbung rumah pasti ada ayam,” jelas Firsi pada hantarannya di platform Instagram.

Firsi turut mengingatkan orang ramai agar memantau aktiviti tontonan anak-anak mereka yang masih kecil kerana menurutnya, imaginasi kanak-kanak ada masanya berbahaya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... aruh-video-youtube/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 11:22 AM | Show all posts

Kilang siasat lelaki buang air kecil dalam ramuan bir



Pihak berkuasa awam dan pihak kilang menyiasat tentang seorang lelaki kencing di dalam bahan membuat minuman keras di China baru-baru ini. - Foto AFP

BEIJING  – Rakaman video menunjukkan seorang individu membuang air kecil ke dalam bahan yang digunakan untuk membuat minuman keras jenama Tsingtao mendorong kilang bir itu dan pihak berkuasa China melakukan siasatan, lapor portal berita Fox News semalam.

Kilang Bir Tsingtao turut memaklumkan kepada pengguna dan pelabur tentang siasatan yang dilakukannya selepas video menunjukkan seorang lelaki memakai topi membuang air kecil ke dalam sebuah tong besar di salah satu kilangnya di Pingdu, menjadi tular.

Video itu mendapat perhatian meluas di platform media sosial, Weibo lewat minggu lalu.

“Syarikat itu meletakkan kepentingan utama kepada laporan media dan telah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa keselamatan awam. Pihak berkuasa keselamatan awam kini terlibat dalam siasatan,” kata syarikat tersebut seperti dilaporkan portal berita CNBC.

Selain China, bir Tsingtao dijual di lebih 100 negara di dunia, demikian menurut laman webnya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... l-dalam-ramuan-bir/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2023 11:45 AM | Show all posts
mattzzx replied at 25-10-2023 11:07 AM
Juruterbang ditahan cuba matikan enjin pesawat dalam penerbangan

matt, check dulu post sbb post
hari ni je dah 2 post sama dgn id lain
tkkn semua benda nak bgtau
hang org lama, sepatutnya hang lagi faham perkara ni
jgn asal ada berita je terus tepek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2023 11:47 AM | Show all posts
mattzzx replied at 25-10-2023 11:22 AM
Kilang siasat lelaki buang air kecil dalam ramuan bir

sbb tu dulu aku close tered karoks kat lirik, kat sini
hang main tepek je buat post berturut wpun dah dibagitau byk kali
klu hang blh ikut peraturan bod lain, buat mcmtu jgk kat sini
aku tak suruh hang respek aku tapi tolong respek peraturan

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:30 PM | Show all posts
Juventus belum mampu buru gelaran Serie A
Oleh KOSMO
25 Oktober 2023, 11:30 am


JUVENTUS dibarisi pemain-pemain muda menyebabkan Allegri belum yakin pasukan itu mampu mencabar kejuaraan Scudetto. - TWITTER JUVENTUS

TURIN – Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri mengakui pasukannya masih belum mencapai tahap prestasi ampuh untuk menamatkan penantian meraih kejuaraan Serie A pertama sejak musim 2020.

Menurut Allegri, masih terlalu awal untuk membuat ramalan mengenai kejuaraan kerana pasukannya ketika ini diwakili ramai pemain muda yang tidak berpengalaman.

Pengendali kelahiran Itali itu berkata, sasaran sebenar yang diletakkan oleh pihak pengurusan pada musim ini hanyalah berada di kedudukan empat terbaik liga sekali gus layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Saya rasa kita tidak boleh diletakkan sebagai pilihan untuk menjulang Scudetto musim ini. Peminat harus sedar kami belum lagi berada di tahap terbaik kerana hanya menduduki tangga ketiga liga musim lepas.

“Berdasarkan kedudukan liga, Napoli adalah pilihan utama kerana mereka adalah juara bertahanan disusuli dengan Inter yang memiliki barisan pemain cukup lengkap.

“Bagi pasukan kami mula, musim ini kami perkenalkan ramai pemain muda seperti Dean Huijsen, Fabio Miretti dan Kenan Yildiz yang semua berusia bawah 20 tahun. Malah, Dusan Vlahovic juga baru berusia 23 tahun dan tidak pernah memiliki pengalaman menjulang Serie A.

“Justeru, saya lebih suka ambil pendekatan bertenang kerana enggan memberi sebarang tekanan buat pasukan kerana fokus utama hanya berada di kedudukan empat terbaik liga,” katanya.

Juventus kini menduduki tangga ketiga Serie A selepas mengutip 20 mata dengan dibezakan dua mata berbanding skuad Nerazzurri yang mendahului carta selepas sembilan perlawanan. – AGENSI

Kredit: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:34 PM | Show all posts
13 polis maut tiga serangan bersenjata di Mexico


PASUKAN keselamatan memeriksa lokasi kejadian anggota polis terbunuh akibat diserang kumpulan penjenayah di Coyuca de Benitez, negeri Guerrero, Mexico. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
25 Oktober 2023, 12:00 pm

ACAPULCO: Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 24 orang maut termasuk 13 anggota polis dalam tiga serangan bersenjata berasingan di Mexico.

Insiden terbaharu itu berlaku di wilayah yang terkenal dengan jenayah pengedaran dadah.

Menurut pendakwa raya, Alejandro Hernandez, sekumpulan individu tidak dikenali menyerang anggota keselamatan yang melakukan rondaan di perbandaran Coyuca de Benitez, negeri Guerrero.

“Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan dua lagi cedera dalam serangan itu,” jelas pejabat pendakwa raya dalam kenyataan.

Terdahulu, Hernandez mengesahkan sekurang-kurangnya 11 daripada mangsa maut merupakan anggota polis.

Pihak berkuasa memaklumkan seorang pegawai kanan keselamatan negara diserang ketika beliau dalam perjalanan berkonvoi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mengesahkan laporan media mendakwa pegawai kanan itu dibunuh bersama beberapa polis.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan lima orang termasuk seorang anggota polis maut manakala dua lagi cedera dalam satu lagi serangan berlaku di negeri Michoacan.

Berdasarkan laporan pejabat pendakwa raya negeri, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang abang kepada Datuk Bandar Tacambaro.

Jelas laporan, seorang pekerja restoran dan anggota polis antara mangsa yang terbunuh, manakala abang kepada Datuk Bandar Tacambaro hanya mengalami kecederaan.

Serangan ketiga membabitkan kejadian berbalas tembakan antara geng pengedar dadah di negeri Puebla, tengah Mexico yang mengakibatkan sekurang-kurangnya enam maut dan dua cedera.

Insiden itu berlaku di komuniti San Miguel Canoe, kira-kira 120 kilometer (km) dari Mexico City.

Mexico dilanda pertumpahan darah berkaitan kartel dadah yang menyaksikan lebih 420,000 orang terbunuh sejak kerajaan mengerahkan tentera dalam perang melawan dadah pada 2006.

Sejak itu, statistik kes pembunuhan di negara itu meningkat tiga kali ganda kepada 25 bagi setiap 100,000 penduduk.

Guerrero dan Michoacan merupakan antara kawasan paling ganas di Mexico, disebabkan konfrontasi antara pengedar dadah yang melawan pasukan keselamatan. – AFP

Kredit: Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 12:38 PM | Show all posts
Kanak-kanak antara 5 maut ditembak



Ottawa: Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada, lapor Xinhua.

CTV News melaporkan, pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.20 malam waktu tempatan pada Isnin.

Polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian di sebuah rumah di Sault Ste Marie, Ontario dan menemukan seorang individu berumur 41 tahun meninggal dunia akibat ditembak.

Kira-kira 10 minit kemudian, satu lagi panggilan kecemasan diterima pihak berkuasa mengenai insiden tembakan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian pertama.

Polis kemudian menemukan seorang lelaki berusia 45 tahun dan tiga kanak-kanak berumur enam, tujuh dan 12 tahun maut dengan kesan tembakan.

Penyerang berusia 44 tahun juga ditemukan maut, menurut laporan itu.

Sementara itu, polis tempatan berkata, kedua-dua kes itu mempunyai kaitan dan dipercayai berpunca daripada keganasan pasangan.

Disiarkan pada: Oktober 25, 2023 @ 12:23pm

Kredit: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:40 PM | Show all posts
543 pekerja lombong emas 'dikurung' bawah tanah



Johannesburg: Seramai 543 pekerja sebuah lombong emas di timur Johannesburg, Afrika Selatan dijadikan tebusan sejak Ahad lalu, lapor Xinhua pada Selasa.

Setiausaha sementara bagi National Union of Mineworkers (NUM) Afrika Selatan, Mlulameli Mweli berkata, pekerja syarikat Gold One Mine masih berada di bawah tanah dan dihalang daripada keluar oleh beberapa kumpulan bersenjata.

Menurut jurucakap NUM Livhuwani Mammburu, sebahagian daripada tebusan menghidap penyakit kencing manis dan mereka tidak ada makanan.

"Ketika saya bercakap dengan anda, saya berada Gold One Mine, ahli kami ditahan. Sembilan anggota NUM cedera selepas diserang oleh samseng yang menghalang mereka daripada keluar," katanya.

Mammburu berkata, NUM telah meminta agensi penguat kuasa undang-undang negara itu untuk campur tangan dan menahan samseng-samseng berkenaan.

Katanya, pekerja lombong itu ditahan pihak Association of Mineworkers and Construction Union, satu lagi kesatuan yang mahu mendapat pengiktirafan syarikat perlombongan itu.

Gold One Mine dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang berhubung dengan Jabatan Sumber Mineral dan Tenaga serta polis untuk menyelesaikan perkara itu.

Disiarkan pada: Oktober 25, 2023 @ 12:15pm

Kredit: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 12:43 PM | Show all posts
Menteri pertahanan China paling singkat berkhidmat
Reuters



Beijing: Selepas dua bulan menghilang, Menteri Pertahanan China, Li Shangfu akhirnya dipecat daripada kabinet Presiden Xi Jinping.

Beliau juga digugurkan daripada ahli majlis negara.

Beliau adalah menteri kanan kedua yang dipecat dalam tempoh tiga bulan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kestabilan pasukan kepimpinan Xi.

Rombakan kerajaan itu diumum semalam, dengan China turut mengumumkan pengguguran Qin Gang daripada jawatan ahli majlis negara.

Gang dipecat daripada jawatan Menteri Luar pada Julai lalu.

Penggubal undang-undang tertinggi China, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan meluluskan pemecatan kedua-dua lelaki itu tanpa memberi sebarang penjelasan.

Difahamkan, tiada pengganti Li yang dinamakan buat masa ini, secara tidak langsung meninggalkan negara itu tanpa menteri pertahanan ketika China bersiap sedia menjadi tuan rumah sidang pegawai pertahanan asing di Forum Xiangshan Beijing pada 29 Oktober depan.

Kali terakhir Li, 65, kelihatan pada majlis rasmi adalah pada 29 Ogos lalu dan Reuters bulan lalu melaporkan Li sedang disiasat kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah berkaitan perolehan dan pembangunan peralatan kerajaan.

Beliau memegang jawatan itu pada Mac lalu apabila Xi menerajui negara buat penggal ketiga.

Li yang dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) susulan pembelian pesawat perang dan peralatan dari Rusia merupakan menteri pertahanan paling singkat berkhidmat di China.

Qin juga berkhidmat kurang setahun selepas hilang daripada majlis umum dan digantikan penyandangnya Wang Yi.

Disiarkan pada: Oktober 25, 2023 @ 11:40am

Kredit: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:44 PM | Show all posts
Selamat tengahari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 02:40 PM | Show all posts
Lapan maut kemalangan 168 kenderaan
GAMBAR dikongsi polis Louisiana menunjukkan kemalangan yang berlaku di lebuh raya Interstate 55 pada Isnin. FOTO AFP.


New Orleans: Angka kematian akibat nahas jalan raya yang membabitkan 168 kenderaan di lebuh raya Interstate 55 di Louisiana, Isnin lalu meningkat kepada lapan orang.

Insiden itu berlaku dikatakan berpunca daripada kabus tebal yang mengehadkan penglihatan pemandu dan ia diburukkan lagi dengan kebakaran hutan paya berhampiran.

Pihak berkuasa mengesahkan angka korban terkini nahas itu, semalam dan memaklumkan 63 orang lagi cedera.

Gabenor John Bel Edwards merayu orang ramai menderma darah untuk mangsa kemalangan dan berdoa buat mereka yang cedera serta terkorban.

Video kemalangan yang diibaratkan bencana itu menunjukkan kenderaan remuk selepas merempuh satu sama lain dan sebahagiannya terbakar.



Ramai orang yang berdiri di tepi jalan, terpinga-pinga dengan kejadian yang berlaku dan sebahagiannya duduk di atas bumbung kenderaan sambil menunggu bantuan tiba.

Saksi memberitahu mendengar bunyi rempuhan bertalu-talu ketika kejadian pada 9 pagi itu, di sepanjang 1.6 kilometer laluan antara Tasik Pontchartrain dan Maurepas.

Selain kereta dan kenderaan utiliti sukan, kemalangan turut membabitkan lori dan treler traktor.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 03:03 PM | Show all posts
Edited by tari at 25-10-2023 03:04 PM

Misi Liverpool baham Toulouse

ROBERTSON tidak dapat beraksi lawan Toulouse.


London: Liverpool menerima kunjungan Toulouse di Anfield dalam aksi Liga Europa awal pagi Jumaat ini dengan misi mengekalkan permulaan cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan.

Reds antara pasukan pilihan menjuarai kejohanan itu dan bermula dengan sempurna menerusi dua kemenangan dalam dua perlawanan.


Skuad Jurgen Klopp kembali mendapatkan momentum dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas membenam Everton 2-0 Ahad lalu dan berharap rentak kemenangan dapat diteruskan.

Pertembungan antara Liverpool dan Toulouse adalah yang ketiga membabitkan kedua-dua pasukan.

Dua perlawanan awal pada 2007 apabila Reds membelasah lawannya itu 5-0 secara agregat dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara dan kelab Perancis itu bermula hambar musim ini apabila hanya menang dua kali dalam sembilan aksi Ligue 1.


Liverpool pula bakal beraksi tanpa Andrew Robertson susulan belum pulih kecederaan bahu dan Thiago Alcantara serta Stefan Bajcetic juga belum pasti diturunkan.

Sementara itu, kunjungan skuad pelawat juga tanpa Zakaria Aboukhal dan Oliver Zanden sementara Ibrahim Cissoko juga terpaksa menunggu saat akhir untuk mengetahui sama ada dia beraksi atau tidak selepas berdepan masalah kaki.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 03:30 PM | Show all posts
Anjing tertua dunia mati
Lisbon: Anjing tertua di dunia, Bobi dilapor mati pada usia 31 tahun dan 165 hari, kata Guinness World Records (GWR) pada Isnin.
Kematian Bobi disahkan Dr Karen Becker pada Jumaat, yang memuat naik hantaran di Facebook dengan berkata, "walaupun hidup lebih lama dalam sejarah anjing, 11,478 hari Bobi di bumi tidak pernah cukup terutama buat mereka yang menyayanginya."

Pemilik Bobi, Leonel Costa memberitahu GWR, Februari lalu bahawa terdapat beberapa 'rahsia' umur panjang Bobi.

Antaranya, anjing jantan itu bergerak bebas tanpa dirantai, tinggal dalam persekitaran yang 'tenang dan damai' serta makan makanan manusia yang direndam dalam air untuk menghilangkan perasa.


Bobi menghabiskan usianya di perkampungan kecil Portugis di Conqueiros, kira-kira 150 kilometer di utara Lisbon. Ia juga dikatakan selalu merayau bersama kucing.

Bobi adalah baka Rafeiro do Alentejo iaitu jenis anjing pengawal yang mempunyai jangka hayat antara 12 ke 14 tahun, menurut American Kennel Club.

Namun, Bobi hidup lebih dua kali lama daripada jangka hayat itu, melepasi anjing tertua sebelum ini yang dilahirkan pada 1910 dan hidup selama 29 tahun lima bulan.


Disiarkan pada: Oktober 25, 2023 @ 3:19pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 03:56 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 25-10-2023 11:45 AM
matt, check dulu post sbb post
hari ni je dah 2 post sama dgn id lain
tkkn semua benda nak bgtau




ip-lepat, maaf atas kesilapan matt menepek berita yg telah ditepek
memang matt akan check sebelum menepeknya
mungkin itu kelalaian matt atas terlepas pandang
kesulitan amat lah dikesali

sekali lagi matt memohon maaf


Comments

orite beb  Post time 25-10-2023 08:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 03:58 PM | Show all posts
Edited by mattzzx at 25-10-2023 04:00 PM
ip_lepat replied at 25-10-2023 11:47 AM
sbb tu dulu aku close tered karoks kat lirik, kat sini
hang main tepek je buat post berturut wpun d ...

sekali lagi matt memohon maaf diatas kesilapan matt itu
matt berjanji perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi

matt respek ip- lepat sebagai mod dan juga respek peraturan disini





Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 05:17 PM | Show all posts
Selamat petang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2023 08:52 PM | Show all posts
anniez08 replied at 25-10-2023 11:10 AM
Pesawat dilencong selepas juruterbang cuba matikan enjin

ada 3 post yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:08 PM | Show all posts

Minta maaf momod.. tak perasan ada yg tersama..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:04 PM | Show all posts
Anggota militia bakar 35 bas di Rio de Janeiro



Gambar menunjukkan rangka bas selepas disyaki dibakar oleh anggota militia separa tentera di stesen Notre Dame di Rio de Janeiro kelmarin. — Gambar AFP
BRASILIA: Anggota militia separa tentera yang disyaki telah membakar 35 bas dan sebuah kabin untuk pemandu kereta api di Rio de Janeiro kelmarin, melumpuhkan beberapa bahagian dari bandar menarik di Brazil ini selepas salah seorang ketua mereka terbunuh dalam operasi polis, menurut pihak berkuasa.

Keadaan tegang meletus selepas satu operasi yang menurut Gabenor negeri Claudio Castro telah membunuh anak saudara lelaki dan orang kanan kepada ketua militia yang dikenali sebagai “Zinho”.

Castro berkata pihak polis telah memberikan “pukulan yang kuat kepada salah satu militia paling besar di barat” Rio, menggambarkan anak saudara tersebut, yang dikenali dengan nama samaran “Faustao” sebagai seorang “ketua perang terkenal”.

Pihak polis kemudian menangkap 12 orang bagi “tindakan keganasan” yang disyaki dan dewan bandar raya mengeluarkan amaran tahap ketiga daripada skala lima tahapnya, memberikan amaran kepada penduduk dan pelancong mengenai “insiden dengan impak tinggi”.

Datuk Bandar Rio Eduardo Paes menggelar anggota militia sebagai “si dungu termasuk kriminal,” dalam satu kenyataan dalam X, dulu dikenali sebagai Twitter.

“Anggota militia di bahagian barat sedang membakar bas–bas awam dibayar dengan wang awam untuk memprotes operasi polis,” tulisnya.

Pertubuhan syarikat perkhidmatan bas awam Rio Onibus berkata 35 bas telah dibakar – yang paling banyak dalam masa sehari dalam sejarah bandar tersebut.

Ia termasuk lima bas yang digunakan di laluan khas transit rapid  dilancarkan bagi Olimpik Rio pada 2016.

Pertubuhan operator kereta api Supervia menyatakan sebuah gerabak kereta api turut dibakar selepas pemandunya diarahkan keluar.

Pengangkutan awam di bandar itu telah separuh terhenti.

Operasi polis terhadap kumpulan penjenayah bersenjata berat adalah biasa di Rio de Janeiro, di mana kawasan kejiranan miskin ‘favela’ sering terperangkap dalam pertempuran senjata.

Kumpulan militia separa tentera mengawal lebih separuh daripada wilayah di bandar tersebut, mewujudkan pemerintahan ganas di kawasan kejiranan miskin itu yang merupakan kediaman kepada lebih dua juta orang, menurut kajian 2020 oleh sebuah konsortium bagi beberapa universiti, platform pemerhati dalam talian dan talian bantuan antijenayah kerajaan. — AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... s-di-rio-de-janeiro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:07 PM | Show all posts
11 polis Mexico terbunuh dalam serangan bersenjata



Anggota pasukan keselamatan melintasi mayat mangsa yang terbunuh dalam serangan oleh lelaki bersenjata di Coyuca de Benitez, Guerrero kelmarin. — Gambar AFP
ACAPULCO: Dua serangan bersenjata kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terkorban, termasuk 11 anggota polis, di beberapa wilayah di Mexico yang dibelenggu oleh keganasan berkaitan dengan pengedaran dadah, menurut pihak berkuasa.

Di wilayah selatan Guerrero, penyerang yang tidak dikenali menyasarkan pasukan peronda keselamatan di pekan Coyuca de Benitez, kata pendakwa raya Alejandro Hernandez.

Menurut maklumat awal, 11 anggota pasukan polis bandar ini telah terkorban, kata beliau, sambil menambah bahawa motif pembunuhan beramai-ramai itu masih disiasat.

Seorang pegawai kanan keselamatan negara melakukan perjalanan dalam konvoi ketika diserang, kata pihak berkuasa, tanpa mengesahkan laporan media bahawa beliau telah dibunuh bersama dengan pengawal keselamatan polisnya.

Pasukan keselamatan kemudian dilihat meronda kawasan, di mana beberapa mayat terbaring di atas tanah, ketika sebuah helikopter polis berlegar-legar di atas.

Serangan kedua, di daerah barat berhampiran Michoacan, menyebabkan lima orang awam terbunuh dan dua lagi tercedera, kata pihak berkuasa.

Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang saudara lelaki kepada datuk bandar Tacambaro, menurut pejabat pendakwa raya negeri.

Seorang pekerja restoran dan seorang anggota pasukan polis adalah antara mereka yang terkorban, sementara adik lelaki datuk bandar itu tercedera, katanya.

Dalam video yang dipaparkan di media sosial, penyerang dilihat melepaskan tembakan sebelum melarikan diri dengan menaiki beberapa kenderaan.

Mexico telah dibelenggu oleh pertumpahan darah berkaitan dengan kartel yang menyaksikan lebih 420,000 orang dibunuh sejak kerajaan mengerahkan pasukan tentera dalam perang antidadah pada 2006.

Sejak itu, kadar pembunuhan meningkat tiga kali ganda kepada 25 bagi setiap 100,000 penduduk.

Mexico turut menyenaraikan lebih 110,000 kehilangan sejak 1962, kebanyakannya dikaitkan dengan pertubuhan jenayah.

Guerrero dan Michoacan adalah antara kawasan paling kejam di negara ini, disebabkan oleh konfrontasi antara pengedar dadah bermusuhan dan pasukan keselamatan.

Walaupun ia adalah kawasan bagi pusat peranginan pantai terkenal seperti Acapulco, Guerrero merupakan wilayah paling miskin di Mexico.

Keganasan, terutama yang menyasarkan pegawai peringkat rendah, sering berlarutan di sekitar negara ketika peringkat awal pilihan raya. Pilihan raya presiden dan parlimen dijangka akan diadakan pada tahun depan. — AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... serangan-bersenjata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.104087 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list