BAB 18
Alisha Hanif! Azmal menyebut nama itu dua, tiga kali. Azmal mengeluh pula. Rawan rasa hati, hanya dia yang tahu. Puas dia berfikir, mengapa rasa itu hadir menghantui hidupnya namun, sungguh, dia gagal menemukan sebarang jawapan. Rasa itu menghantui, buakn mewarnai! Jika sebelum ini, mengingati Alisha sering menghadirkan warna pelangi tapi kini, warna itu tiada lagi. Yang ada hanya warna mendung. Langsung tidak melahirkan rasa ceria! Azmal hampa!
Itulah Azmal, cepat sangat pasang angan- angan! Padahal, bagi dia kau sekadar kawan, kau pula yang lebih- lebih menyulam mimpi indah! Aduh Mal, mana logiknya rasa itu Mal? Huh... Dalam cinta tak pernah ada logik, yang ada cuma keindahan kan? Cepat- cepatlah buang rasa yang bertunas tu Mal, semakin parah nanti jadinya. Pesanan Akrami tempoh hari membuatkan dia berfikir lagi.
Akrami kata, “Mal, mungkin dah tiba masanya untuk kau pula cari pasangan di alam realiti. Kalau tak, camni lah jadinya!” Aduh Mi, orang yang aku suka dah di milik orang!
Bagpipe berbunyi nyaring dari telefon bimbitnya. Pantas dia menyelak segala macam kertas kerja yang berselerak di atas mejanya. Oh ada SMS dari Abul. Dia menyandar ke kerusi sambil membaca SMS itu. Kata Abul, “Mal, aku dah upload show kita kat Youtube. –BETTER MAN(COVER) AT KDRP- Check it out man!” Azmal tersengih usai membaca pesanan ringkas itu. Semangat sungguh Abul.
Pantas jarinya membuka aplikasi Youtube. Tidak sampai 5 saat hasil cariannya keluar di hadapan mata. Dia membawa anak panah ke butang Play. Azmal tersengih melihat persembahannya sendiri. Singing is his passion dan mempunyai kumpulan muzik sendiri memmang menyemarakkan minatnya pada nyanyian. Sesuatu yang kerap dia kongsikan bersama Alisha dan perempuan yang manis itu sedia membalas segala omelannya di Facebook.
Alisha... Apa benar itu kekasih hatimu? Sigh... Jejaka itu nampak amat padan denganmu Alisha. Siapalah aku... Oh Azmal, sudah- sudahlah! Desis hati kecilnya buat sekian kalinya.