CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] KEMAS KINI: Faisal Halim mula berjalan, mahu balik. Faisal selamat jalani pembedahan ketiga. Faisal alami lecur tahap empat. KES: Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid.

  [Copy link]
Post time 7-5-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ironi nya FH penah ckp ramai nak jatuhkan selangor
Tapi masa tu ramai troll dia semula...pastu siap kena gantung lg
Percayalah, hanya kamben hitam je yg kena nanti
Jgn usik dewa tu...

Byk insiden bola yg lenyap mcm tu je bila libatkan geng2 tertentu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, berani betul mamat tu reveal yer
Siap petik DAK lg...smlm ak jumpa sape?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurkaseh01 at 7-5-2024 07:03 PM

Kesian dah la muda lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2024 07:04 PM | Show all posts
ISN akan pastikan Faisal Halim kembali bermain bola sepak, tanggung kos pemulihan sepenuhnya


Oleh NAZREEN IZAHAR
PODIUM

Selasa, 07 Mei 20246:48 PM MYT



Hannah sahkan ISN akan tanggung sepenuhnya rawatan pemulihan Faisal.


PIHAK Institut Sukan Negara (ISN) memberi jaminan akan menanggung sepenuhnya kos pemulihan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim yang mengalami kecederaan akibat disimbah asid.

Pada masa sama, ISN berazam untuk memastikan Faisal akan kembali semula beraksi semula sebaik saja dia telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, buat masa sekarang tumpuan Faisal adalah untuk kembali pulih terlebih dahulu sebelum turun semula ke padang beraksi. — Majoriti


https://majoriti.com.my/sukan/20 ... emulihan-sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya, semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget replied at 7-5-2024 06:38 PM
senoga Allah permudahkan, nangis akak baca

I literally nangis baca pasal adik Faisal ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya weii
Ni memang simbah nak kasi tamat terus
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap dipermudahkan semuanya buat Faisal dah keluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2024 08:42 PM | Show all posts
Rosak kulit, otot dan tulang, melecur tahap empat – Doktor

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

7 Mei 2024, 8:02 pm



Faisal Halim


KARIER bintang bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim mungkin ‘di hujung tanduk’ sekiranya benar fizikalnya melecur tahap keempat susulan disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada Ahad lepas.

Ketua Unit Dermatologi, Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohan Arumugam mengesahkan, melecur tahap keempat adalah kece­deraan yang serius dan mungkin boleh menjejaskan masa depan pemain Selangor FC itu.

Kata Mohan Arumugam, situasi itu disebabkan kecederaan melecur tahap keempat boleh me­rosakkan lapisan kulit sepenuhnya termasuk bahagian otot dan tulang tetapi individu berkenaan tidak akan merasai kesakitan.

“Melecur tahap keempat adalah kecederaan yang serius sebab melibatkan kerosakan kulit sepenuhnya (epidermis dan dermis) termasuk lapisan-lapisan otot, tendon serta tulang.

“Kes melecur tahap tiga dan ke atas, pesakit tidak akan me­rasai kesakitan kerana ia sudah melibatkan kerosakan saraf.

“Kebiasaannya bila mula-mula terkena simbahan asid, sudah tentu akan sakit, tetapi apabila sudah di peringkat parah selepas saraf rosak, kemungkinan pesa­kit tidak rasa sakit.

“(Mengenai karier bola sepak Faisal akan terjejas) saya rasa ada kemungkinan, tetapi perlu dapat pencerahan lengkap daripada doktor yang merawatnya melainkan disahkan tahap ke­empat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Mohan Arumugam mendedahkan Malaysia juga memiliki kepakaran untuk merawat kes melecur akibat simbahan asid dan tidak perlu mendapat rawatan di luar negara.

“Saya tidak dapat jawab secara spesifik kerana tidak tahu laporan rasmi, namun kita memang ada kepakaran untuk merawat kes melecur atau kebakaran.

“Jika tahap empat, biasanya luka akan berparut dan tempoh berapa lama rawatan yang wajar diterima bergantung kepada ­tahap kecederaan,” jelasnya.



https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... tahap-empat-doktor/
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa org lagi besar dr agong dan pmx kat malaysia ni???
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:08 PM | Show all posts
mejaputih replied at 7-5-2024 08:51 AM
sinki dapur ke?
iols beli serbuk soda tu kat mr diy yg dalam kotak tu...kat kotak tu ada tulis mcm ...

yes2 sinki dapur. Sebelum ni pon iols penah sekali curah asid, tu yang terus jadi tersumbat gitu hahaa...ala curah sikit2 je. Maybe tak sesuai kot, sebab asid tu untuk lubang toilet yang tersumbat. Tobat takmau guna lagi untuk sinki thanks chuols...harus iols cuba esok sebab dah tak larat nak tunggu air sinki tu turun slow yaamat yachh yihhh sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih lahai baca berita faisal halim ni
Jahat betul sapa yg buat
Bola je pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh dan dapat beraksi di padang seperti sediakala. Kita tangan tertoreh dan terkena perahan lemon pon mcm udah gaya mencarutss. Apatah lagi kena asid. Sakitnyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 7-5-2024 07:26 PM
I literally nangis baca pasal adik Faisal ni

Yer betul tu sedih sama
Tgk video intvw pasal dia buat utk balas jasa fmly dia...org kmpg dia
Wpun dia jenis byk mulut tp mmg nmpk jenis baik hati
Bagi moto, tlg org kmpg, bg duit raya....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Duriand24 replied at 7-5-2024 08:42 PM
Siapa org lagi besar dr agong dan pmx kat malaysia ni???

7 dragon? Kesian wei i xboleh la baca kes2 simbah acid pd org awam or org xbersalah. Kalau simbah ke pedo or perogol xpe
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 7-5-2024 03:40 PM
[VIDEO] Faisal Halim turut alami kerentungan dalam badan

Oleh FATIN FILZATI BADRUL

I pernah tgk House MD pasal graf skin ni seksa betul . Sakit sgt sbb kulit sensitive. Klau tido kan (induce coma) pon pesakit masih rasa sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 7-5-2024 06:19 PM
dia krtikal kan skrg

Ada risiko jangkitan lg. Klau kata xpnjang umur, i doakan syurga buat FH sbb sakit klau libatkan skin graft ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni akan terkambus percayalah sbb asiah dh bg hint bunga2 cinta layu d pusara
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2024 12:02 AM | Show all posts
Faisal Halim akan berada di ICU 10 hari

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

7 Mei 2024, 11:32 pm



FAISAL dikatakan menerima ubat khas dari Australia untuk membantu memulihkan luka di bahagian melecur.


SHAH ALAM – Pemain sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim memohon doa daripada rakyat Malaysia sebelum menjalani pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam petang tadi.

Ucapan tersebut dikirimkan kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang hadir hospital untuk melawat Faisal sebentar tadi.

“Saya baru sahaja melawat Faisal. Alhamdulillah dia sedar dan stabil, tapi dia dijadualkan untuk jalani pembedahan kedua kira-kira jam 5.30 petang selepas pembedahan pertama dua hari lalu.

“Jadi kita doakan supaya pembedahan kedua akan berjalan lancar. Saya sempat jumpa Faisal, dia kata doakan dia supaya dia cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.

“Saya fikir akan ada lagi pembedahan yang seterusnya. Benda ini makan masa, saya difahamkan sekurangnya-kurangnya 10 hari Faisal akan berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, Shahril mengakui hampir keseluruhan badan Faisal dibalut yang mana kecederaan paling teruk dialami di bahagian tangan kiri.

“Doktor tak bagi tahu spesifik (asid), tapi saya dimaklumkan asid sulfurik yang sangat berbahaya. Jadi kita doakan supaya dia cepat sembuh,” kata Shahril. – KOSMO! ONLINE.


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ada-di-icu-10-hari/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 2066 Replies : 14
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 213521 Replies : 5168
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz sah bercerai
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz sah berce
Views : 7043 Replies : 109
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74834 Replies : 3019
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8069 Replies : 65
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30651 Replies : 193
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
prettygoodIsyarat baharu MH370 dikesan di Australi
Views : 3490 Replies : 14
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 14218 Replies : 223
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 12766 Replies : 50
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7975 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.075774 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list