bukan down bro, cuma culture shock je.maklumla orang baru.haha
yang nak pro, nak kontra, nak bagi pendapat, nak bangkang, nak maki, nak kondem, silakan takde masalah untuk aku. yang penting aku harap kau orang faham apa yang cuba aku nak ketengahkan. xde hal la beb. no heart feelings punya.......
ooo kat sini ada otai2 ke? otai2 cinta ek? nice. tumpang lalu kepada otai2 cinta sekalian. saya budak baru kalau salah tolong tunjuk ajar.huhu
” Perempuan suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah SWT,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah terlalu mencintainya,tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimanakah Allah untuk …menjaga kita ?? Allah seperti melepaskan kita kpd manusia yg lebih bnyk mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dlm diri supaya menin...ggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk jagaanNya.Mengapa masih ragu-ragu ??Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yg Allah berikan.Sebesar-besar dosa adalah dosa yg kita rasa berdosa melakukannya”-Imam Ghazali
tanya orang yang pernah bercinta pulak... rasa banyak dah post kat sini.
AzzaAzman Post at 9-1-2012 23:43
Pengalaman dari orang yang pernah bercinta banyak kalik .Cinta sebenarnya bukanlah suatu pilihan tetapi lebih kepada anugerah. Kita cuma boleh memilih kriteria apa yang kita mahu pada pasangan hidup dan kemudian kita membentuk diri kita. Dan biasanya kita akan bertemu pasangan yang mempunyai ciri dan kualiti yang sama dengan kita. Tetapi tetap, kita sama sekali tidak boleh memilih dengan siapa kita akan jatuh cinta.
Kedua. Bila jatuh cinta, tentulah nak kawin, ye dop? Bila nak berkahwin, maka pernikahan itu sebenarnya akan melengkapkan agama seseorang. Justeru, carilah cinta yang akan "melengkapkan" agama. Maksudnya cenggini :
1. Dengan cinta kepada Saidina Yusuflah, Siti Zulaikha di akhir kehidupannya menjadi seorang abid/ahli sufi dan kemudiannya bernikah dengan Saidina Yusuf. Makanya, kerna asbab cintanya pada Yusuflah lalu Siti Zulaikha menemui cinta yang lebih agung dan hakiki.
2. Ketika mana Siti Balqis menemui Saidina Sulaiman a.s., beliau kemudiannya tersedar akan kesilapannya lalu berkata kepada Sulaiman,"Sungguh aku menyerahkan diri kepadamu..."Apabila seseorang wanita berkata seperti itu kepada seorang lelaki, ertinya wanita itu sebenarnya telah jatuh cinta. Maka, dengan cinta kepada Sulaimanlah lalu ia menjadi asbab kepada Balqis mencari dan menemui kebenaran dan kesejahteraan, iaitu menyerahkan dirinya kepada Allah.
3.Saidatina Kadijah r.a., pernah mengungkapkan bahwa seandainya beliau memiliki segala kesenangan/emas di atas dunia dan kekuasaan Kaisar Rom dan Parsi, tetapi tidak mampu untuk berada di samping Rasulullah s.a.w., maka semuanya itu tidak lebih dari sepasang sayap nyamuk baginya......Itulah penangan cinta apabila ia hadir dalam dada. Dan dengan cintanya kepada Rasulullah s.a.w., maka Siti Khadijah menemui cinta yang lebih agung, cinta kepada Allah dan Rasul.
Tetapi ada juga beberapa manusia yang menemui CINTA YANG HAKIKI tanpa perlu kepada cinta makhluk sebagai asbab, contohnya adalah seperti Rabiatul Adawiyah.
Jadi kesimpulannya, carilah cinta pada makhluk ( CINTA YANG BAHARU) yang muleh menjadi asbab kepada cinta pada Tuhan (CINTA YANG HAKIKI).
Cinta yang baharu itu adalah cinta yang bersyarat. Ko cintakan seseorang kerana budi bahasanya, pekertinya and etc. Contoh :Kalo pasangan korang kener tangkap basah beromen kat hotel, adakah korang akan terus menyintainya? Atau, jika salah seorang dari pasangan menemui cinta yang lain, adakah korang akan terus mendambakan cintanya?
Cinta yang hakiki pula adalah cinta yang tidak bersyarat, cinta semata-mata kerana cinta.......untuk cinta semata-mata kerana cinta, makanya dalam perjalanan itulah harus membersihkan hati dari sifat-2 mazmumah tercela supaya kita tidak merasa ujub kerana cinta kepada Tuhan, tetapi merasa hamba kepada-Nya. Inilah cinta sejati seorang hamba kepada khalikNya...................Sebab itu dalam tahiyat awal dan tahiyat akhir makna ayat pertama yang kita sebut adalah "Segala kehormatan, barokah, solawatuh(yang nih aku luper makna dier) tut toyiba tu lillah (dan segala yang BERSIH hanya untuk Allah).