assalam,
banyak sebenarnya orang yang belajar dari mimpi. semua pun bermimpi berjumpa dgn cekononnya wali. Syaitan (jin) nie boleh berupa semua orang kecuali Rasullulah. The masalah is, rupa rasullulah pun kita pun tak tahu.
mostly yang belajar dari mimpi nie kebiasaanya jadi tok bomoh, tok bidan, tok mengurut dan sebagainya. Sebenarnya bab ilmu nie sihir nie banyak benda yang berlaku kat dunia nie yang tak pernah didengar. At least hari amirizu dah dengar.
kalau mimpi jumpa dgn wali tu lagi, cakap aje...takpelah. Ilmu yang Allah turunkan kepada manusia lagi tinggi dan hebat berbanding kamu wali jin. tak belajar pun tak rugi apa.
terima kasih atas penjelasan ini. tapi..boleh tak kalau diterangkan dengan bahasa yang lebih mudah dan tersusun? maaflah, saya betul2 tak dapat tangkap maksudnya secara zahir
daripada kuliah agama yang saya pernah ikut dulu, maksud syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad s.a.w. ialah syaitan tidak sekali-kali akan mengatakan bahawa dia adalah Nabi s.a.w. dalam mimpi. jadi tak timbul masalah kita tak pernah melihat Nabi s.a.w. ini setakat apa yang saya faham melalui kuliah tersebut.
tentang belajar daripada mimpi, betul juga bagai dikata. ilmu dari mimpi kemungkinan besar adalah ilmu daripada jin. saya ada terbaca tentang sorang perawat Islam (kononnya) yang mendapat kebolehan untuk merawat hasil daripada mimpi. akhirnya pesakit mengadu masalah yang dihadapinya makin teruk dan bila disiasat oleh perawat lain, rawatan si perawat tadi disertakan dengan jin yang lain pula.
tapi dalam mimpi saya ni bukanlah berbentuk ingin menurunkan ilmu kepada saya melalui mimpi. mungkin saudara 800wg tersilap baca. kalau dinilai, ianya berbentuk satu pemberitahuan. cuma...kita tak tahu ianya betul2 pemberitahun atau sekadar mainan tidur.
Salam Amirezu
Begini saudaraku, mimpi adalah satu pesanan dalam bentuk kiasan. Tak ada yang diarek macam alam nyata. Biasanya dalam bentuk nasihat dan amaran. Itulah anugrah Allah SWT kepada kita manusia. Makin kita pegan teguh kepada agamaNya makin DIA memberi.
Maksud mimpi amirezu ialah pasal diri kamu sendiri. TAK ADA mengena dengan orang yang hidup atau mati bernama itu. Nama itu merupakan perangai, sifat, tebiat amirezu sendiri. Mana yang tak betul, amerizu sempurnakan dan mana yang dah sempurna diperkukuhkan. Jadi kata suara cari lah orang bernama Abudullah Tahirani. Masudnya carilah dan kaji diri kamu sendiri dalam bentuk nama tu.
Dah dikatakan mimpi adalah bentuk ghaib dan hanya berlaku dimasa kita tidur dan juga perangai, tebiat, sifat2 kita hanya berada dalam diri kita juga dalam bentuk ghaib hanya diperlakukan atau ditunjuk olih tuan punya yang milikinya. Bersukur terhadap Illahi amerizu kerna mendapat nasihat sebegitu dari DIA.
Jadi amirezu, ketahuilah pasal diri kamu sendiri, jangan leka dengan mencari kat luar.
Satu pesanan : Syetan dah bersumpah akan menyesat anak cucu Adam, maka jangan terperangkap dalam strategi dia.
Wassalam
owh macam tu. kesimpulannya, "Carilah Abdullah Tehrani" bermaksud cari siapa diri saya sendiri, ye? saya rasa tafsiran ni mungkin tepat. dengan mengenal diri sendiri, kita dapat mengenal Allah s.w.t. Itulah yang saya cari sebelum tunaikan Haji baru-baru ni. mungkin agak terlewat nak mencari, tapi itu lebih baik daripada langsung tak berusaha untuk mengenal diri sendiri.
mungkin itu yang dimaksudkan oleh Ustaz Yusuf Amirul Salleh, ulama muda yang menjadi guru agama sepanjang saya kerjakan Haji baru-baru ni. beliau tak nyatakan secara jelas kepada saya makna mimpi ini, hanya sekadar menyuruh saya 'rasa' dan ditunjukkan ke arah Kaabah pada masa tu.
wali datang dalam mimpi tu sebenarnya hanya introduction sahaja tu. Nanti lama kelamaan cekononnya wali ini akan mengajar secara sedikit demi sedikit. Carilah abdullah tehrani tu cuma satu puzzle semacam puzzle sahaja. Sebenarnya takde apa pun maksud abdullah tehrani tu. Sesaja nak menconfusekan manusia sahaja.
ayat ke 500 dalam al-quran pun sama juga. Nak mencofusekan amirizu sahaja tu. Permainan jin nie amat licik dan amat bermuslihat.
saya sebenarnya tak ada niat nak mempersendakan atau apa-apa niat buruk terhadap amirizu. Saya faham maksud tuan posting kat sini dan saya hanya bersangka baik sahaja. Takpelah at least amirizu dah dapat jawapannya.
WALI=WAKIL
ya dulu pun saya guna istilah PENGANTI
maklumlah masih sedang belajar
tapi bila belek betul2 AL QURAN:
AN NISA :139. Orang-orang yang mengambil orang-orang yang tidak percaya sebagai wali
selain daripada orang-orang mukmin, adakah mereka mencari kemuliaan di sisi mereka?
Tetapi kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah.
AL ARAF:30. Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan;
mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali , selain daripada Allah,
dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."
HUD:20. Mereka tidak boleh mengandaskan-Nya di bumi, dan mereka tidak ada wali selain daripada Allah.
Bagi mereka azab akan dilipatgandakan; mereka tidak dapat mendengar, dan tidak juga mereka melihat.
dan adakah kita boleh WAKILkan pada ALLAH????
dan
sejak bilakah ada istilah WALI ALLAH ni????
ini yg saya mushkilkan sedangkan sepatutnya ALLAH ADALAH WALI
Sekadar untuk berkongsi saudara, mungkin ada baiknya saudara buat kajian sedikit mengenai mimpi.
Contoh kajian yang boleh dibuat, bagaimana bentuk mimpi2 yang telah diiktiraf... seperti mimpi Nabi Allah Yaakub AS dan mimpi Nabi Allah Yusof AS.
Kajian lain, bentuk mimpi Nabi SAW sekiranya ada... lepas itu turun hingga ke bawah... seperti mimpi ahli-ahli zaman yang telah banyak diriwayatkan.
Bagaimana bentuk mimpi mereka? Adakah, sekiranya ia perlu penafsiran, tafsirannya itu terlalu complex sehingga memerlukan kepakaran ahli penafsir mimpi.
Semoga bermanfaat... untuk diri sendiri juga. Wallahualam.
Ini saya sertakan terjemahan ayat2 yang dinyatakan oleh orangbesi dalam ayat yang lebih mudah difahami untuk kita semua.
Surah An-Nisa, ayat 139: (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
Surah Al-A'raf, ayat 30: Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang engkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
Surah Hud, ayat 20: Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka daripada seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan agama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya, dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya.
berkenaan dengan wali pula...jika Allah adalah Wali sebagaimana yang dikatakan oleh orangbesi, macam mana pula dengan Wali 7, Wali Songo dan sebagainya? adakah Wali 7 bermaksud Allah 7? Wali Songo pula bermaksud Allah Songo? apa maksud Wali sebenarnya ye? maaflah, ilmu saya sangat cetek dalam hal ni. harap kita dapat bincang dengan baik
terima kasih bagi idea ni. insyaAllah kalau ada kelapangan saya akan buat kajian tentang mimpi ni. mungkin agak mustahil bagi orang macam saya yang kurang ilmu dalam hal kajian mimpi. saya cuma pegang kata-kata ni: "orang yang mencari akan mendapat jawapannya", insyaAllah.
Alang-alang thread ni berkenaan dengan mimpi, ini ada satu video yang baru dikeluarkan kepada umum dalam sehari dua ni, iaitu video Mimpi Ustaz Haron Din Bertemu Nabi Muhammad S.A.W.
tertarik dgn cerita TT ni... jika benar (mmg benar punn) TT dpt mimpi begitu,bersyukurlah krna itu adalah anugerah Alllah yg hanya Dia shj yg tahu hikmah dberikn pd TT... nmun kta sbgi makhluk yg bnama manusia tidak terlepas dr mnghadapi ujian demi ujian,dugaan & cabaran dlm meningktkn quality hidup maupun diri kta sendiri.... status kdudukn TT sendiri pun TT dah tau (wpun tak sepenuhnya,begitu jgk kami niee..) cuma utk melepasi ujian demi ujian hnya ksungguhan,keikhlasn sabar dan yg pasti bantuan dr Allah shja yg dpt mnolong TT... utk menjadi pohon yg rendang,tegap dan kukuh haruslah sihat dan kuat dari akarnya...sepa tau dari kaum kerabat TT yg akan dtg lahirlah pemimpin yg bleh dteladani seluruh umat Islam...wallahualam.
Saya kongsikan denga amirezu pengalaman saya mengenai mimpi.
Saya jarang bermimpi... 1 kali setahun pun susah.
Mimpi ni mengenai arwah abang no.2 saya sebelum dia ditemui keesokan harinya dalam sungai mati lemas. Cerita ni pun dah lama, lebih satu dekad.
Saya mulakan kisahnya pada hari terakhir saya berjumpa dengan dia iaitu selepas solat jumaat. Masa tu saya tinggal kat asrama, dia pulak tinggal dengan ibu saya. Kami tak bertegur-sapa, sebab jarak terpisah jauh, kami cuma melambaikan tangan sesama kami. Masa tu langsung tak ada perkara ganji atau perasaan tak sedap hati.
Minggu kejadian ialah minggu keraian yang disambut seluruh negara, perisian program pelbagai, diadakan siang dan malam, seperti malam budaya, malam agama, pertandingan bayi dan lain2.
Hari Sabtu petang, dalam perjalanan saya menuju kedai pekan, saya terserempak dengan seorang rakan. Dia bertanya samada saya ada berjumpa atau tahu dimana abang no.2 saya. Saya bagitau terakhir saya terlihat dia ialah selepas solat jumaat.
Saya tanya kenapa mencari. Dia jawap, abang no.2 saya belum balik ke rumah sejak dia keluar melihat keramaian pada hari jumaat malam, dan tidak datang bekerja pada hari sabtu. Dia bagitau semua ahli keluarga sedang sibuk mencari termasuk bertanya kepada rakan2 abang no.2 saya.
Selepas kami berpisah, hati saya mula risau sedikit. Balik kat asrama, saya ceritakan kisah abang no.2 hilang dengan seorang sahabat.
Malamnya, saya gelisah dan berpindah tidur kat bilik seorang lagi sahabat yang kebetulan balik kampong. Masa nak tidur saya tak adalah ambil air sembahyang ker atau membaca ayat-ayat tertentu, kerana belum belajar ketika itu.
Bab mimpi bemula dari sini.
Malam tu saya bermimpi. Senario mimpi, saya seperti melihat satu tayangan gambar, dengan scene yang berlainan. Scene kejadian dalam mimpi itu sama dalam realiti.
Mula-mula, saya melihat abang no.2 saya duduk kat kerusi panjang di luar rumah. Kemudian ada orang memanggil dia dari hujung beranda. Yang memanggil beliau adalah kawan-kawan rapat beliau, dan kami memang mengenali sesama kami. Selepas itu ada semacam suasana pergaduhan menggunakan sebatang kayu.
Lepas tu, scene berpindah kat jeti tak jauh dari scene pergaduhan. Kat scene ni, saya melihat abang no.2 saya duduk-duduk kat tangga jeti semacam membuka kasut.
Scene seterusnya, saya melihat abang no.2 saya kat sungai sambil kedua tangannya menggapai meminta tolong. Kawan-kawan beliau yang kat jeti hanyak ketawa terbahak-bahak.
Saya terbangun dalam keadaan berpeluh. Oleh sebab masa kurang percaya pada mimpi, saya merasa sedikit senang hati kerana saya percaya mimpi itu tanda kejadian tak benar-benar berlaku. Saya sambung tidur kerana saya rasa matahari pagi belum keluar dan kebetulan hari minggu.
Bangun tidur pagi minggu itu, saya terus berjumpa dengan sahabat yang saya telah ceritakan padanya mengenai kehilangan abang no.2 saya. Saya ceritakan padanya mengenai mimpi itu dan memberitahu saya sedikit senang hati sebab mimpi itu alamat kejadian tak berlaku.
Selepas sarapan pagi, seorang budak asrama memberitahu ada orang cari saya dan menunggu dekat dewan makan. Saya pergi dan melihat adik tiri saya (anak kepada bapa tiri saya dengan isteri tuanya). Nampak muka dia kelam, lantas terus berkata, abang no.2 dah dijumpai, kat sungai dekat dengan jeti. ada orang menemui mayatnya timbul pada pagi minggu itu.
semua ahli keluarga saya percaya beliau dibunuh lebih-lebih lagi apabila bersandarkan fakta berikut:
1) kawan-kawan beliau yang terakhir bersama beliau didapati meninggalkan pekan awal-awal pagi
2) ketika mayatnya ditemui, ada kesan lebam kat leher
3) tali-kasutnya terikat sesama kiri & kanan
saya berkecuali sebab mimpi tersebut. saya cuba memikirkan kerasionalan mimpi tersebut, kenapa ada wajah kawan2 abang saya dalam scene mimpi itu. masa itu saya mengambil kesimpulan bahawa abang no.2 saya tidak dibunuh, selepas meneliti scene2 mimpi tersebut, saya tetap berpendirian begitu sehingga sekarang. alasan utama saya, scene2 mimpi itu boleh saja dimanipulasi oleh syaitan.
kadang2 ada rasanya saya hendak bertanya pada rakan2 abang no.2 saya yang wajah mereka hadir dalam mimpi itu, tetapi berfikir panjang, lebih baik saya tidak mengetahui perkara yang telah terjadi. seperti kata amirezu, biarlah nanti masa yang menentukan, dan saya tetap bertegur-sapa secara baik dengan mereka walaupun sehingga sekarang keluarga saya masih berpendapat kes itu adalah kes bunuh. Pihak polis tak meneruskan siasatan, kerana zaman itu bukan zaman yang efisyen, stail menyiasat pun stail ala kampung jer.