CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: imayronster

Bayar muka kereta dan peratus faedah 2012

[Copy link]
Post time 20-6-2012 03:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by zuraida8177 at 20-6-2012 15:05
owh terima kasih zuraida..
saya tgh berkira-kira nak beli persona base line ( OTR RM49699) ...
potatochip Post at 20-6-2012 11:57

      Aku dah tengok laman web proton.Persona base line Auto OTR with insurance RM49713.Insurance RM1471.Apa yg aku diajar oleh salesman cara nak kira berapa yg perlu dibayar setelah ditolak NCD adalah insuran kereta baru -RM10 x Nilai NCD semasa Bahagikan dengan 100.Malah duit NCD ni juga boleh dijadikan duit muka untuk kereta baru.

   Mcm kes ko ni, RM1471-RM10 x 25%=RM365.25.
Maknanya ko dapat diskaun sebanyak RM365.25 dari nilai insurance sebenar ko.Dan sebenarnya insurance kereta baru ko adalah lebih kurang RM1105.75 je sekarang.kalau tahun depan kereta baru ko automatik dapat NCD 30%.Cuma ko kena tambah sikit duit untuk insurance kereta lama ko tu sbb ko dah ambil NCDnya.Thn depan bila kena renew road tax memang kereta lama 0 NCD.

  Mcm aku buat dengan Takaful malaysia.Sebelum aku datang pejabat dia untuk buat sendiri insurance aku call Takaful malaysia sendiri.Pegawai tu tanya aku agen yg akan datang berurusan atau aku datang sendiri.katanya klu aku datang dapat diskaun 10%.bila aku dengar macam tu aku pun terus je msg salesman bg tau aku nak uruskan sendiri pemindahan NCD kereta lama aku ke kereta baru.Dia pun ok je.Dapat la aku jimat dalam RM90.Cuma ramai org yang tak nak susah nak suruh salesman buat.mcm aku, aku dah biasa bersusah payah ni.

  Hari aku nak buat insurance tu,aku msg salesman bg tau org insurance nak detail kenderaan yg aku beli.So dia faxkan ke takaful dan aku terus bayar duit insurance kereta baru RM791.25 setelah tolak NCD 55%.Kalau tak der NCD Exora tu insurancenya RM1939.Untuk kereta lama pula aku kena bayar RM131.05.

  Harap ko faham apa yang aku terangkan.Harga yang aku kirakan kat atas tu adalah lebih kurang je.kalau ko buat sendiri mungkin akan dapat murah berbanding dengan salesman buatkan.

  Aku masa gi servey kereta, aku tanya pd salesman boleh  ke klu aku nak pilih insurance mana yang aku suka.Ada Proton Edar yang kata tak boleh bila aku request Takaful Malaysia.So aku pergi ke salesman ni dia kata boleh.Pengalaman ni bukan selalu kita boleh dapat so aku ambil ia sebagai cabaran untuk aku buat.Entah bila tahun pulak nak beli kereta baru nnt adalah pengalaman.kalau tak sendiri beli ada orang tanya boleh la aku cerita pengalaman aku ni.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 21-6-2012 08:29 AM | Show all posts

zuraida8177 Post at 20-6-2012 15:02

ok.. aku smalam tanya salesman aku..dia kata harga kereta skali dengan insuran.. so aku cakap la aku nak buat insuran sendiri.. dia kata polisi company kalo beli kereta kene tie ngan insuran tempat beli keta 1 year.. pastu kalo nak renew boleh dah pergi ke mana mana insuran.. nilai NCD tetap boleh transfer.. cuma insuran je berbeza brand.. brand yg dia ada etiqa.. aku plak nak takaful ..cammana ni? betul ka?kalau aku berkeras juga nak buat insuran sendiri ada efek kat mana2 ka? salesman aku cakap nak memudahkan prosedur.. ke dia nak makan wang rm90 tu?

sebab dia dah banyak bagi diskaun kat aku so aku dah macam berat nak tolak soh dia uruskan, dalam masa yang sama, aku perlu tau cara nak transfer NCD.. kalo aku transfer NCD ke keta baru insuran etiqa.. abih keta lama xkan buat insuran takaful plak? macam dah lain lain plak..

nak tanya juga.. insuran nih kan tie dengan road tax.. so kira ko buat road tax sekali la kan? cammana dpt geran nak buat road tax tersebut? thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 09:48 AM | Show all posts
Syukur Alhamdullilah. Loan kereta dah lulus. tp lulus 85% jer. Bersyukur sngt. Dah sebulan lebih menunggu.
Mmg la, loan dgn toyota capital senang sikit dr bank lain. Instrest pun rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 10:32 AM | Show all posts
Syukur Alhamdullilah. Loan kereta dah lulus. tp lulus 85% jer. Bersyukur sngt. Dah sebulan lebih men ...
jjkrim Post at 21-6-2012 09:48

brape interest nye?
kene beli kete toyota ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 10:36 AM | Show all posts
ok.. aku smalam tanya salesman aku..dia kata harga kereta skali dengan insuran.. so aku cakap la ...
potatochip Post at 21-6-2012 08:29

      Mungkin ko punyer salesman susah untuk bawa berunding.Sama mcm aku masa gi servey yg Proton Edar mula2 tu kata untuk tahun pertama insuran terikat dengan insuran yg telah kompeni tetapkan.tahun kedua baru boleh ubah ke takaful Malaysia.Pastu aku gi proton Edar yang kedua aku tanya soalan yg sama barulah salesman tu kata tak der masalah klu aku nak buat insuran takaful Malaysia.masa tu aku juga suruh dia kira NCD kereta aku berapa dapat dan bagaimana cara pengiraannya.Aku tanya sekali lagi confirm boleh buat Takaful aku nak ambil kereta dengan dia.Alhamdulillah aku berurusan dengan salesman ni dia ok.Dia utamakan apa yang aku nak.Mcm aku nak buat loan dengan Public Bank pun dia sumbitkan loan ke sana walaupun mula2 dia cadangkan ke Maybank.

   Lepas tu bila aku call Takaful Malaysia dan dapat tahu aku boleh dapat penjimatan sedikit berbanding kalau agen uruskan aku terus je msg salesman tu bagi tau aku nak uruskan sendiri dan aku tanya berapa baki deposit yang perlu aku bagi kat dia.Masa tu aku ada buat pengiraan sendiri berapa baki deposit tu tapi sebenarnya salah.Aku kira lebih sikit berbanding baki deposit yg sebenarnya.

  Masa au kat Takaful malaysia aku msg dia yg pihak takaful Malaysia nak details tentang kereta terus dia minta no fax dan dia terus faxkan butir2 kereta.lepas siap je insuran aku terus jumpa dia serahkan dokumen takaful dan bayar baki deposit.Aku malas nak berurusan di JPJ untuk daftar kereta.Aku suruh dia buatkan.Insuran tak terikat dengan road tax.Buatlah di mana2 sekalipun syarikat insuran lepas tu baru boleh buat road tax di JPJ.Untuk buat road tax tu aku tak tahu sbb salesman yang uruskan.

   Cara pengiraan baki deposit kereta aku adalah RM65273.00(OTR price without insurance) tolak dengan RM60400(loan bank).Maknanya aku bayar RM4873 pada salesman.tapi ni belum termasuk bayaran insuran di Takaful Malaysia yang aku bayar RM791.25.So totalnya adalah RM5664.25.

    Berbanding kalau aku suruh salesman buatkan insuran cara pengiraannya 10% daripada RM67212 adalah RM6812 tolah NCD kereta aku yang 55% adalah RM1060.95.Maknanya aku kena bayar pada salesman adalah RM5751.05 dan boleh ambil kereta tanpa susah payah ke takaful malaysia.Kalau nak tahu untung ke rugi buat sendiri ko tolakkan je lah RM5751.05-RM5664.25 = RM86.80.Inilah nilai penjimatan aku bila aku buat insuran di takaful Malaysia sendiri.Mungkin bagi org lain duit RM86.80 tu celah gigi je tapi boleh isi full tank kereta lama aku tu.

  Aku dah berkongsi pengalaman aku cuma mungkin ko punyer salesman yang tak open minded.Mcm aku memang sangat2 puas hati dengan salesman ni.Dari mula2 berurusan sampai serahkan kunci kereta memang dia jaga customer.Aku ni jenis banyak tanya dia sabar je layan kerenah aku.Dia cakap kat aku, aku ni prihatin sampaikan masa deliver kereta dia suruh aku check lampu kereta berfungsi elok atau tak.dia tak suruh pun hubby aku tu.Pd aku tu satu penghormatan sbb dia faham cara aku mcm mana.bak kata dia aku ni bukan tanya macam2 tapi memang perlu macam2 tanya sbb beli kereta bukan seribu dua.mesti nak puas hati punyer.

*Padahal aku dan hubby tak der pun nak merancang beli kereta seawal tahun ni.paling awal pun pertengahan tahun depan.Tapi dah ditentukan oleh-Nya utk pakai kereta baru awal.Yang penting plate no kereta baru aku dan lama secara tak sengaja belakangnya sama.kereta lama AEY sekarang AHY.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 12:20 PM | Show all posts
Reply 144# cutebaby5907

Intrest die x bgi tau lg..tp die ckp mmg rendah dalm 2.9 kebawah..
Beli produa alza. mmg produa boleh pakai toyota capital.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2012 12:53 PM | Show all posts
Reply  cutebaby5907

Intrest die x bgi tau lg..tp die ckp mmg rendah dalm 2.9 kebawah..
Beli pro ...
jjkrim Post at 21-6-2012 12:20

untung betul beli kete perodua leh dpt interest bawah 3.0
proton blh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 01:46 PM | Show all posts
untung betul beli kete perodua leh dpt interest bawah 3.0
proton blh?
cutebaby5907 Post at 21-6-2012 12:53

   proton persona base line  loan aku dah lulus 2.88 je interestnya.. tapi sebab aku dpt bayar cash..so loan tu cancel ..hheheeh
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 21-6-2012 01:59 PM | Show all posts
Mungkin ko punyer salesman susah untuk bawa berunding.Sama mcm aku masa gi servey yg Pro ...
zuraida8177 Post at 21-6-2012 10:36

   terima kasih atas maklumat yg sangat berguna. insya Allah kalo xde aral..minggu depan saya nak selesaikan baki duit utk selesaikan duit keta tu.. duit booking no pun dah bagi salesman.. alhamdulillah dia caj rm250 je.. kalo gi buat sendiri cajnye dalam rm210.. upah standard rm90.. so total rm300 la.. bodek punya bodek dapat la kurang rm50..
harap harap dapat la merasa kereta baru sebelum raya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 04:15 PM | Show all posts
salam.nak tanya...sy baru ni ada buat loan bank 95K untuk beli kereta A..pastu loan dah lulus.last minit,tuan kereta jual kat org lain (kwn dia).xsempat nk sain agreement...boleh ke guna kelulusan loan tu untuk beli kereta B. sebab nk tunggu loan lulus pon dekat 2 minggu. kereta A dan B model yg sama.harga pon lebih kurang sama. A dan B kereta 2nd.not new car
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 06:09 PM | Show all posts
nak tanya,

gaji bersih sy Rm2000,sy cadang nk beli honda civic 1.8 2nd hand,harga Rm78000..dp 20% ...
kainbaju Post at 15-6-2012 02:06

bayor downpayment tinggi..for sure lepas..even gaji ko rm2k jek..;)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 10:51 AM | Show all posts
Semalam aku sempat tengok promosi kereta jepun pemasangan tempatan. Bayaran muka 15% dan kalau tidak ...
imayronster Post at 18-2-2012 21:17

    mmg bank nk mcm2...
tp interest kire rendah gak lar kan...
ngan rhb aku dapat 2.78%...
ngna kuwait finance dapat 2.8%...
ngan kuwait 2 dp rm19,500 jer...
ngan rhb nk sampai rm22,000...
kalau aku xcukup lg 2k xboleh wat ngan rhb...
skrang nie aku decide amik jer lar 2.8 yg kuwait bg 2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 11:05 AM | Show all posts
Gaji bersih sekurang-kurang rm1,500- sebulan. Syaratnya, nama clear, belum lagi ada kredit kad ...
bro_kr Post at 27-2-2012 16:44

    dan umur kene lebih 25 tahun maa...
kalau xnk ade grentor...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:21 PM | Show all posts
Boleh tak saja apply loan kereta untuk test market bank lulus atau tidak? Tak pedajalkan sa ke uols?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:29 PM | Show all posts
adiraa posted on 5-6-2012 09:36 AM
Just to share..

Kalau nak beli kereta baru terutama proton, lebih baik berurusan dengan proton ed ...

Mungkin kamj silap konsep, yang full loan executive itu sa akan mark up harga seolah kamu beli premium model untuk cover harga executive itu, kalau dah full loan, kenapa kamu insist nak bayar deposit lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 11:42 AM | Show all posts
Changa posted on 5-9-2012 10:21 PM
Boleh tak saja apply loan kereta untuk test market bank lulus atau tidak? Tak pedajalkan sa ke uols?

napa saja nak tgk nama dah clear ker sebab utang blacklist
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-10-2012 12:03 PM | Show all posts
ada sape2 tau x kalau kita pegi sendiri nk beli no plet yg tgh "running" kat jpj, brp rm yg perlu kita byr ?

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 09:06 AM | Show all posts
tuan_wu posted on 7-10-2012 12:03 PM
ada sape2 tau x kalau kita pegi sendiri nk beli no plet yg tgh "running" kat jpj, brp rm yg perlu ki ...

nanti bile pergi kat jpj tu ada tulis harga kat senarai no tu...
kalu ko redha je no yg dia bg so kenalah rm150... kat nak up sikit, cantik sikit no tu kenalah dlm rm300 cam tu.
kalu nak lagi canggih lagi mahal lah harga dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 12:49 PM | Show all posts
Ada sesapa lg amik kete baru bln ni? Interest naik ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 11:08 AM | Show all posts
tuan_wu posted on 7-10-2012 12:03 PM
ada sape2 tau x kalau kita pegi sendiri nk beli no plet yg tgh "running" kat jpj, brp rm yg perlu ki ...

kalau di jpj selangor .... beli running no. kena rm210 je ..

bolehh pilih no. ikut list  yg dipaparkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067234 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list