|
[Tempatan]
Rekod Malaysia: Kenduri ramai tetamu. Bukan 130,000 tapi 180,000
[Copy link]
|
|
izamasha posted on 2-10-2012 10:27 AM
terjeghombab tu apa nor...hehehe
terjerumus...
|
|
|
|
|
|
|
|
ct ni baju2 dia semua cantik2....baju pengantin yg super cream koko tu bawahnya ala2 corak jawa ?? mmg sewel...sorry bukan taste aku...nak nampak cantik terlampau sheingga ajdi hodoh tercela...ampun . |
|
|
|
|
|
|
|
cupin_cipin posted on 2-10-2012 08:34 PM
pakcik pegilah tanya ularmak umngok tentang perkara ni, tentu mereka pon akan bg hukum yg sama
ma ...
lagi ko duk merepek..,.ko ingat ulamak umno tu macam ustad ko ke...tak tengok situasi dah jatuh hukum..kalau tuan rumah sambut dan suruh makan....tang mana haramnya ko tak cakap plak...kasilah dalil ka, nas alquran ka, kisah para nabi atau para sahabat ka...ni satu je bende yg ko pegang...matlamat tak menghalalkan cara..matlamat tak menghalalkan cara mende kalau dah tuan rumah sendiri yg terima dgn tangan terbuka dan tuan rumah sediri jemput makan...apmende lah ko mende yg halal ko pi haramkan...ko tak takut telah beri salah hukum ke?....lainlah kalau tuan rumah halau..tu baru haram dia dtg dan makan tidak dijemput...aku boleh lah terima kalau tu jatuh haram...mendelah ko ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
cupin_cipin posted on 2-10-2012 08:34 PM
pakcik pegilah tanya ularmak umngok tentang perkara ni, tentu mereka pon akan bg hukum yg sama
ma ...
jgn jadi bodoh alang la
org kata hitam, ko ikut je kata hitam,
xleh pikir sendiri, akal letak kat kepala lutut,
jgn nak tukar hukum2 manusia ni jd hukum tuhan plak,
hukum tuhan mmg xbleh debat, hukum manusia ko bleh ubah, debat sesuka ati ko
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 2-10-2012 08:52 PM
lagi ko duk merepek..,.ko ingat ulamak umno tu macam ustad ko ke...tak tengok situasi dah jatuh hu ... Kehadiran seseorang tanpa undangan, keizinan, kebenaran atau pengetahuan tuan punya majlis, maka makanan yang dimakan oleh tetamu yang tidak diundang itu umpama memakan sesuatu yang haram. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa diundang, lalu dia tidak memenuhi undangan itu, sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa masuk (ke majlis) tanpa diundang, maka dia masuk sebagai pencuri dan dia keluar sebagai perampas harta orang.”(Hadis riwayat al-Baihaqi)
and i rest my case
|
|
|
|
|
|
|
|
cupin_cipin posted on 2-10-2012 09:12 PM
and i rest my case
bila kita baca hadis..jangan telan bulat2 je..hadis tu menjelaskan kalau tuan rumah tak jemput dan tanpa pengetahuannya terus pi makan memang lah hukumnya haram..tapi kalau situasi yg aku cakap tu..boleh guna kah hadis tu?.
camnilah..tadi ko suruh aku tanya ulamak umno..sekarang aku suruh plak ko pi jumpa tok guru ko ustad ko tu...tanya dia situasi yg aku cakap tu...tanya dia..haram ka halal ka?..bila dah dapat hukumnya....ko datang sini semula utk membetulkannya kalau ianya halal dimakan...tu tangungjawap ko utk membetulkan hukum ko tu..jangan dibawak sampai kemati..tak pasal2 ko menyesal nanti.....ingat..ni bab hukum.,..bab pegangan....bukan bab cerita kedai kopi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak dia. Majlis kawin dia di buat majlis politik. Apa punya ayah. |
|
|
|
|
|
|
|
lelakinaive posted on 2-10-2012 08:53 PM
jgn jadi bodoh alang la
org kata hitam, ko ikut je kata hitam,
xleh pikir sendiri, akal letak ka ...
silap ustad dia gak..ajar yg bukan2..ke dia spesis yg haram tu tetap haram..tak da dah jadi halal dah...mahruh ka...atau dia berpegang yg hahal tu tetap halal..dia tak berpegang ada masa dia jadi haram plak..
|
|
|
|
|
|
|
|
100 ribu hadir kenduri sbg sokongan pd Ali R0setam
Tinjauan: 100,000 hadir majlis kahwin 'mega' tanda sokongan
Beberapa orang individu yang ditemui wartawan Malaysiakinimempertahankan penganjuran majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran lebih 100,000 orang.
Walaupun ada yang menyatakan rasa tidak senang dan mempersoalkan tujuan majlis sebesar itu diadakan, tetapi individu-individu tersebut, ketika ditemui di Bandar Melaka semalam, tetap menganggap bahawa isu pembaziran yang cuba dibangkitkan itu bermotifkan politik.
Seorang daripadanya, Zawiyah Abdul Rahman, 60, menganggap tiada salahnya Mohd Ali mengadakan majlis besar seumpama itu.
"Majlis berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin nombor satu di negeri ini, apatah lagi yang dijamunya juga adalah rakyat.
"Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan anak sulungnya dan saya rasa tidak salah beliau membuat majlis agak besar sedikit," kata surirumah tersebut.
Seorang lagi Mohd Khahar Mohtar, 26, berkata, jumlah kehadiran tetamu jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit.
"Beliau seorang pemimpin dan jumlah kehadiran tetamu jelas menunjukkan rakyat memberikan sokongan padu terhadap beliau apatah lagi bakal berdepan pilihan raya dalam masa terdekat ini.
"Bagi saya, orang yang cuba membangkitkan isu kononnya ketua menteri membazir, mereka sebenarnya sakit hati dan bermotifkan politik," katanya yang bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Namun berlainan pula dengan seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan.
"Saya melihat sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan," katanya.
Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Neo berpendapat, penganjuran majlis besar sebegitu merupakan usaha "menunjuk-nunjuk" dan bermotifkan politik.
"Pada saya tidak perlu membazirkan wang untuk jamuan majlis perkahwinan sebegitu rupa," kata kerani kewangan itu.
Seorang lagi individu yang ditemui Malaysiakini, Ahmad Firdaus Mohd Piah, 26, juga mempersoalkan kos untuk jamuan sebesar.
Katanya, sekiranya benar ia mencecah jutaan ringgi, jumlah itu lebih sesuai dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.
"Wang sebanyak itu lagi elok disalurkan untuk membantu memenuhi permintaan rumah untuk orang miskin seperti permohonan program perumahan rakyat termiskin (PPRT).
"Masih banyak lagi permohonan PPRT yang tidak dipenuhi dan masih banyak lagi laluan di kampung-kampung yang tidak berturap," dakwanya.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
Last edited by the_killer on 3-10-2012 08:29 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
puankhairil posted on 3-10-2012 09:22 AM
xdo gambir ke
gambir ade pengantin lelaki simpan le tu lps pegi sarawak
|
|
|
|
|
|
|
|
KM Melaka: Majlis kahwin anak saya tak mewah
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini menafikan cakap-cakap berhubung kemewahan majlis perkahwinan anak lelakinya.
Beliau dipetik laman Star Online sebagai berkata, kos untuk menganjurkan majlis tersebut sebenarnya murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah individu yang hadir - dilaporkan lebih 100,000 orang.
Laporan itu juga memetik kenyataan seorang setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan yang berkata tiada sesiapa dipaksa menghadiri majlis tersebut.
Malah, kakitangan kerajaan negeri juga tidak dipaksa menghadirinya, kata Mahadevan lagi.
Beliau juga mendakwa, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".
Dakwanya lagi, kalangan penyedia makanan dan perkhidmatan lain untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali di Bukit Katil itu juga berbuat demikian secara percuma.
Sementara itu, laporan The Malay Mail hari ini menyebut, Mohd Ali menjelaskan bahawa kos untuk jamuan tersebut adalah RM600,000 dan bukannya RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan Rakyat, atau RM13 juta seperti dianggarkan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ketua menteri itu (kiri) memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau mengupah 30 tukang masak untuk memasak nasi beriani campur kepada 2,000 tetamu, dengan kos RM10 untuk setiap tetamu.
Setiap hidangan boleh dinikmati oleh tiga orang tetamu, katanya.
Ia memberi jumlah RM600,000 untuk jamuan tersebut, yang boleh dihidangkan kepada seramai 180,000 tetamu, katanya lagi dalam kiriman SMS.
Ditanya sama ada majlis tersebut melibatkan tajaan, Mohd Ali berkata terdapat syarikat yang mengiklankan produk dalam buku cenderahati majlis tersebut.
Pengiklan itu membayar kos iklan dengan mengedarkan produk mereka, termasuk 50,000 minuman Kacip Fatimah, katanya.
Antara syarikat yang mengiklan adalah syarikat Orang Kampung Drinks Sdn Bhd dan syarikat Mamee Sdn Bhd, katanya.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka
| - Aidila Razak
- 6:57PM Okt 3 2012
| |
Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.
Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat
PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.
Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.
Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.
Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.
Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.
|
|
|
|
|
|
|
|
SPRM perlu siasat Mohd Ali
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
AYER KEROH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perbelanjaan majlis perkahwinan anak Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi mengenal pasti punca dana bagi majlis itu.
Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, ia penting kerana wujud keraguan dan persoalan mengenai punca dana yang digunakan untuk majlis perkahwinan berkenaan.
Menurutnya, ini kerana sekiranya mengikut pengiraan konservatif RM10 untuk setiap pengunjung, jumlah 130,000 sebagaimana dilaporkan menghadiri majlis itu membabitkan belanja RM1.3 juta.
Sehubungan itu katanya, Ketua Menteri perlu membuat pengisytiharan mengenai perbelanjaan untuk majlis itu sama ada ia ditaja pihak tertentu, menggunakan dana kerajaan ataupun duit persendirian.
"Jika beliau ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan jika ia ditanggung individu tertentu, tolong nyatakan siapa yang taja.
“Tiada apa yang perlu beliau takutkan jika SPRM menyiasat kes ini sekiranya dana bukan daripada sumber yang salah, malah secara tidak langsung membantu membersihkan namanya," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi yang timbul akibat majlis perkahwinan anak lelaki Mohd Ali pada Ahad lalu, di mana 130,000 pengunjung dilaporkan hadir, sekali gus membolehkan majlis itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Beberapa pihak, terutama pembangkang menggunakan portal media alternatif untuk meminta Mohd Ali mengisytiharkan perbelanjaan dan punca dana yang digunakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
hajat asal nk cipta rekod Malaysia. alih2 byk perkara tersembuinyi semakin terlondeh |
|
|
|
|
|
|
|
klu ditaja tu kira rasuah ke? artis2 tu ditaja takpe sebab diorang retis? tp ahli politiktak bleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Pikir posted on 1-10-2012 09:44 AM
sian kat tukang kira tetamu 130ribu tu....ape kabo dia
terbaik bro....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|