Nazrulism posted on 2-11-2012 12:44 AM
okeh .. - saya anggap " You may be a victim of software counterfeiting "
Bintang sudah membalas dengan baik sekali dengan argumen yang bertepatan tanpa ada salah sangka. Kerana buruk sangka itu amat buruk. Baca dengan hati syiar-syair Hamzah Fansuri juga Ibn árabi, abang Ngah akan menemukannya dengan hati juga. Tade salah sejenak kita lebih bersikap optimis dari pesimis terhadap seseorang yang jelas syairnya penuh dengan cinta kepada Tuhan, bukan mengajak menduakan Tuhan, menolak Quran atau menidakkan Nabi.
Oh abang Ngah, senja ini ada darah mengalir, dari pinggir kota kita
Bagaimana nk dakwah dan tarbiyah
kpd mereka yg jahil dan degil terutamanya
kpd ibu, ibu, ibu dan bapa?
Tanpa tercatat satu pn dosa dlm kitab amal kita?
Dh tanyakn para anbiya ke?
p/s: Pandan dan Daik tu kata nama kn?
Bkn dipetik2 dr kamus kot...cer try.
Bagaimana nk dakwah dan tarbiyah
kpd mereka yg jahil dan degil terutamanya
kpd ibu, ibu, ibu dan bapa?
Tanpa tercatat satu pn dosa dlm kitab amal kita?
Dh tanyakn para anbiya ke?
Bil hikmah abang Uteh. Kita bermula dari kita, perbuatan baik dari kita adalah cermin.
p/s: Pandan dan Daik tu kata nama kn?
Bkn dipetik2 dr kamus kot...cer try.
Cantik pantun neh;
Pulau pandan jatuh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga
~ abang Uteh, tolong doa dan hembus-hembus angin sampaikan pada bintang, sihat dan sembuhlah demam
Nazrulism posted on 3-11-2012 02:26 AM
Maaf.... mungkin perkataan saya kasar
Tapi bila menyentuh Bab Aqidah... kena berterus ...
Maaf.... mungkin perkataan saya kasar
Tapi bila menyentuh Bab Aqidah... kena berterus terang !
Wahdatul-adyan Hallaj telah menjadi Liberalism sekarang ini.
Hehee,,, tadelah.. bintang tade rasa abang Ngah berkasar pun. Kalo abang Ngah berkasar pun bintang pelangkong jek
Sebab bintang tak nampak ini isu Aqidah. Hanya kerana mereka (termasuk abang Ngah) tak faham konsep serta intipati syair sufisme dan ketelusannya dalam memahami mertabat sufi perihal memperkatakan Ketuhanan.
Kesesatan oranglah yang membuat liberalism dalam Wahdatul-adyan al Hallaj demi menghalalkan cara. Atau demi menampakkan ada unsur falsafah dalam liberalism. Ramai saja di kalangan quranist yang mengambil kata-kata Ibn árabi dan Hallaj dan ini bukanlah mereka menganut ajaran Wahdatul Wujud, tetapi meminjam dari diri terjerat.
As-Salam~
saya juga berminat dengan puisi/syair/pantun dan madah2 indah yg lain..
namun, atas dasar memelihara maslahat umat..
saya 'tidak menggalakkan' penyebaran puisi/syair yg terlalu 'berat'..
ini kerana jika diperhatikan,
orang yg berilmu juga boleh salah faham dengan maksud yg ingin disampaikan..
apatah lagi orang yg kurang ilmunya (contohnya saya sendiri)
Zackmaster posted on 4-11-2012 08:56 PM
As-Salam~
saya juga berminat dengan puisi/syair/pantun dan madah2 indah yg lain..
Oleh kerana itu juga bintang cakap, untuk yang tidak memahami berdiam diri itu lebih baik. Kerana puisi berat ini memerlukan orang yang ahli dalam bidang ini, yang tahu skruktur puisi, tipografi, majas, metafora, simbolik etc
biasa aahh .. musim orang balik haji .. bersamaan pulak musim sekejap hujan tidak .. h ...
biasa aahh .. musim orang balik haji .. bersamaan pulak musim sekejap hujan tidak .. hehe
nanti semboh aahh .. insyAllah .. amiin
Terima kasih abang Usu, bintang da makin sihat sikit belah petang tadi dan malam ni da boleh minum susu panas. Alhamdulillah, bintang tahu abang Uteh da doa buat bintang, post kot angin... heheee....
bintang posted on 1-11-2012 11:21 AM
Owh,, asyiknya lagu dan puisi dari abang Syeikh
Bintang rasa lagu ni sesuai gak d ...
salam
waahhh .. best aahh ..
ni pun dah dekat macam musim hujan .. hehe
teringat .. lagu November Rain .. hehe
air pasang penoh ..darat dan laut tiada ombak .. tiada alun luas saujana .. Nun d'sana .. bilaa 'ain .. yaaa rabbbbiiii bertembong bercantum langit dan bumi d'ufuk terbit kilauan pertunjok .. bilaa mim .. yaaa ahmadiiii bahtera nahoda mahkota belayar .. d'lautan ahadiah .. laa hawla walaa quwata ila billah salamun salamun salamun .. marhaban salamun qaulan mir rabbir rahim
jaga jaga jaga jagaaaa .. lautan bergelora .. taufan ribut apiii .. alQaari'ah mal Qaari'ah .. jaga kemudiiii .. patah haluan .. laa-ilahaa illa-allah .. terlambat sudah .. harapan tiada lagi .. dalam lautan d'telan .. karam tenggelam d'muka bumi tolong tolong .. tiada siapa boleh menolong wamtazul yaa aiyuhal mujrimun ..
Heheheee.... gelak, sebab sudah 10 minit berlalu lagu November Rain duk tersekat-sekat cam nak jadi topan sandy lak dah, dek tenet menyengal
Ini puisi hasil dari orang demam .. huhuuu
Dari Tubir Jiwa
sekeping bulan bertengger di balik ranting kering
memancarkan cahaya menyapu dedaun
sesisa air hujan mengkristal bergelantungan di hujung daun tak bertulang
dan malam menyahut tari gemalai dari selokan angin
di tubir jiwaku nan fakir
tergeletak getir rasa menyelingkuhi pekat malam
nafas berderit melengking
suara melipat mimpi gagap bergema
menerpa dinding jiwa yang semakin rengit
aku ingin memadu asmara bersama Khalik
pintaku pada raga
ah! seperti kicau burung di pagi yang mancung
aku diketuk lelah yang rakus
melahirkan ratusan warna di sudut mimpi yang tercibir.
bintang posted on 4-11-2012 09:40 PM
Heheheee.... gelak, sebab sudah 10 minit berlalu lagu November Rain duk tersekat-sekat cam nak jad ...
salam
fuhyoooo .. powerrrrrr .. hehe
jalan cinta ..
cinta itu sedap dan lazat ..
cinta memerlukan kasih dan sayang ..
kalau kasih .. hendaklah .. d'bela dan d'pelihara
kalau sayang .. hendaklah .. d'bela dan mencantik kan
kalau tidak timpang dan pincang ..
maka timbul rahman dan rahim ..
terjadilah kalimah .. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
akhiri dengan .. kaseh mesra .. ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ