|
[Tempatan]
EDISI U-TURN dan edit berita oleh harakah (PKR tak jadi boikot)
[Copy link]
|
|
SPR akan adakan pilihan raya kecil
Oleh FAIZAH IZZANI
[email protected]
KUALA LUMPUR 13 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan kerusi ekoran tindakan wakil rakyat pembangkang yang mahu memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu juga sekiranya berlaku akan menyusahkan dan membuang masa rakyat serta kewangan banyak pihak.
"Sekiranya pilihan raya kecil terpaksa dijalankan, memang benar ia memerlukan perbelanjaan yang besar, membuang masa dan tenaga banyak pihak. SPR berharap itu tidak berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pada 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu, boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59(1) Perlembagaan.
Abdul Aziz berkata, walaubagaimanapun beliau difahamkan semua wakil rakyat pembangkang akan hadir mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.
Namun, katanya, sekiranya wakil rakyat tidak hadir dalam tempoh demikian, Yang Dipertua Dewan Negara mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR bahawa telah berlaku kekosongan kerusi.
"Kemudian SPR akan membuat keputusan muktamad sama ada berlaku kekosongan luar jangka atau tidak dan seterusnya menentukan untuk mengadakan pilihan raya kecil," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mengikut kawasan kerusi yang dikosongkan dengan melihat kepada faktor-faktor seperti jumlah pengundi dan keluasan kawasan.
"Sekiranya keluasan kawasan kerusi besar dan pengundi pula ramai, maka lebih besar perbelanjaan yang perlu dikeluarkan SPR," katanya.
Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini apabila wakil rakyat tidak mahu mengangkat sumpah tanpa sebab yang munasabah sehingga terpaksa diadakan pilihan raya yang lain.
Namun beliau percaya, wakil rakyat pembangkang tidak akan melepaskan dengan mudah kerusi yang telah dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan tidak mengangkat sumpah di Parlimen nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
melia_star posted on 14-6-2013 11:56 AM
aku spt lelain penyokong PR bukan tak nk melayan tred ko tp tgk cara ko mcm emo tersgt sampai repl ...
sblm ni mat sabu beria ia nak arahkn pemimpin PAS boikot.....skrg ni tak jadi boikot, isu yg aku nak bincangkn kenape pemimpin PR ni cakap tak serupa bikin, dah tu nak salahkn NGO la bagai.....
aku nak tanye ko la knp pemimpin ko ni cakap berdegar2 tapi tak serupa bikin......ni yg aku nak sangat dengar komen membangun dari acai2 PR....persoalannye, kenape PR cakap tak serupa bikin?
|
|
|
|
|
|
|
|
snipersnake posted on 13-6-2013 10:40 AM
tak matang langsung.
kamon la PR, buat penat org undi lu orang. patutnya korang submit la petitio ...
tak matang langsung.
kamon la PR, buat penat org undi lu orang. patutnya korang submit la petition tuh. lepas tuh buat kerja. jaga kawasan masing2. claim itu claim ini, tapi sibuk demo je. last week masa pi pasar, aku terserempak ngan Tian Chua. aku kata kat dia, camne dia nak kerja utk rakyat kalo asyik masuk jel je.
majukan kawasan masing2. kita lawan dari segi itu pulak. yg jalan tar takder atau berlopak, buat la jalan tar baru. yg takder jambatan, buat la jambatan. yg kena ada sekolah, buat la sekolah. fight la gitu. unless nak buat tapi kerajaan puasat tak bagi, ha lain cerita. nak tunggu sampai ada kemalangan jiwa ke mcm kat sarawak tuh sbb takder jalan raya walaupun pengundi BN bertawun2? nak jadik gitu? kalau gitu baik org undi BN hari tuh, sama je |
exactly.
kerja buat. nak perjuang ideologi go ahead, jgn sampai melebihi kepentingan utk bekerja kpd rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 13-6-2013 07:34 PM
Kalau gitu, elokle org rumah dia gi tinjau bod gossip, sner mmg ramai porumer2 yg menepati kriteri ...
kat sana ramai calon wooo....terhangat dari ladang
|
|
|
|
|
|
|
|
suke ati ke nk pegi ke tanak pegi majlis angkat sumpah tu.? Anda da diamanahkan rakyat utk sampaikan suara rakyat yang dizalimi ke parlimen katanya. pastu suke hati korang jek tanak pegi?. abeh tu mmg tade la suara rakyat yang dizalimi di dengari. |
|
|
|
|
|
|
| |
|