CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

[Pelbagai] Tips menulis buku,novel,skrip etc

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2013 08:06 AM | Show all posts
PLAGIAT

Tiada manusia boleh menulis 100 %  dr kepalanya kecuali SUPER GENIUS.Semua penulis mendapatkan rujukan dr buku,web,jurnal,tesis dll.

Plagiat adalah hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yg disiarkan kembali sbg karya sendiri (biasanya dlm hal karang-mengarang). memplagiat mencedok karya atau tulisan orang lain dan menyiarkannya sbg karya sendiri

memplagiat mencedok kata-kata, idea, dsb drpd orang lain dan menggunakan-nya sbg karyanya sendiri, menjiplak.


itu dr DBP punya kamus on9.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=plagiat

CONTOH AYAT :


Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin ASEAN yang cemerlang dengan wawasan strategik kerana memahami bahawa China yang lebih besar dan kukuh akan memanfaatkan jiran-jirannya. (UTUSAN )

" Bekas Perdana Menteri,YAbhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemimpin yang cemerlang dan berwawasan ,malah wawasan strategik beliau dipuji Menteri Luar China,Wang Yi.Dr Mahathir dilihat sebagai seorang pemimpin yang memahami bahasa kuasa besar China akan memanfaatkan jiran-jirannya jika negara tersebut semakin kukuh ekonominya"

(MENULIS SEMULA DENGAN AYAT SENDIRI )

Sbg penulis,kita perlu bijak menceduk maklumat penting dan menulisnya mengikut pemikiran dan kefahaman kita,bukan PLAGIAT.

sejarah kegiatan plagiat boleh dibaca di sini :


http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_plagiarism_incidents






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2013 08:09 AM | Show all posts
   


kita dpt byk idea menulis buku dgn membaca status ini :

1.Merokok menghabiskan wang.
2.Jika aku x merokok...
3.Mahu buang wang atau tambah isteri?

Idea dtg dgn spontan jk kita peka dgn apa dibaca dan dilihat...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 08:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 04:28 PM | Show all posts
JUALAN EBOOK DAN BUKU

JIka kita terbitkan sendiri,kita boleh membuat dua jenis iaitu BUKU & EBOOK



HARGA BUKU : RM39.90  (1 Malaysia )
RM69.90  ( 1 Dunia )

HARGA EBOOK : RM30.00





   



Hari ni siap ebook pertama aku....





Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 07:02 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 22-10-2013 06:08 PM
DAH SAMBUNG!

orite....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:37 PM | Show all posts
Boleh berikan tips macam mana nak jadi penulis skrip?
Terima kasih di atas perkongsian yang diberikan..Susah rupanya nak jadi penulis ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2013 08:25 AM | Show all posts
trap1208 posted on 26-10-2013 11:37 PM
Boleh berikan tips macam mana nak jadi penulis skrip?
Terima kasih di atas perkongsian yang diberik ...

soalan yg baik.malangnya aku  masih belajar menulis skrip dr otai2 dan ebook.baru siap satu skrip tp masih dalam komputer.

http://www.penulisanskrip.com/

https://www.facebook.com/groups/gbpsm/

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1

http://bengkelsenilayar.webs.com/

http://zainulfilem.blogspot.com/2012/01/saya-hj.html

http://skrapskrip.blogspot.com/

https://www.facebook.com/maizura.ederis


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 03:33 PM | Show all posts
SEMAKAN PRUF

    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2013 08:40 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 28-10-2013 08:25 AM
soalan yg baik.malangnya aku  masih belajar menulis skrip dr otai2 dan ebook.baru siap satu skrip  ...

terima kasih atas link yang diberikan...
setakat ni saya cuma join grup persatuan penulis lakon layar dan selangor aje..
teringin jugak nak tulis skrip..
tapi disebabkan kurang ilmu,terpaksa batalkan hasrat tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 03:15 PM | Show all posts

SOALAN DR EMEL :osnita@gmail.com

Assalamualaikum Encik Saat.

Saya ada terjumpa tulisan dan maklumat yang Encik Saat kongsikan di forum Cari tentang Tips Menulis Buku.

Maklumat yang sangat berguna kepada diri saya yang baru ingin berjinak-jinak di dalam bidang penulisan.

Saya sedang merancang untuk menulis buku tentang penjagaan bayi. Namun, setiap kali saya membaca semula tulisan saya, saya selalu terfikir, alangkah baiknya jika penerangan disusuli dengan gambar.

Tetapi, saya tidak ada bakat untuk melukis. Kalau nak tangkap gambar mungkin boleh, tetapi tidak pasti samada kualiti gambar yang macamana yang akan diterima oleh penerbit buku.

Soalan saya :
1. Patutkan saya memikirkan tentang gambar yang ingin diletak ketika sedang menulis? Atau siapkan manuskrip sahaja tanpa gambar?

2. Gambar yang hendak digunakan mesti asli dan bukannya milik orang lain, bukan?

3. Apakah cara terbaik sekiranya saya ingin menulis buku yang mempunyai gambar-gambar tertentu sebagai pelengkap isi kandungan yang ditulis? Contohnya, buku cerita kanak-kanak. Lebih menarik jika disertakan dengan gambar.

Mohon bantuan dari Encik Saat untuk memberikan tunjuk-ajar.

Terima Kasih


JAWAPAN :

1.Manuskrip bersama gambar lebih menarik kerna gambar akan mencantikkan buku.

2.Gambar mesti asli dan bukan milik org lain.Jk milik org lain,sila dptkan kebenaran bertulis.

3.Utk mendapatkan gambar cantik perlu mengupah fotographer yg bertauliah.Gambar cantik dan terang.Sebaiknya belajar fotografi jk x mahu upah org.

TERIMA KASIH BERTANYA


https://www.facebook.com/groups/302501596460349/


https://www.facebook.com/groups/forum.editor/

P/S : Tolong jgn panggil sy encik,TUAN HAJI...












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 03:16 PM | Show all posts
KURANG AJAR PUNYA PUSTAKAWAN!

Assalamualaikum
Saya telah berkunjung ke Perpustakaan Matrikulasi Londang Masjid Tanah Melaka untuk menyumbang buku-buku,namun pegawai perpustakaan melayan saya seperti sampah.Pelbagai ayat nista dan kejian dilemparkan.

Buat pengetahuan Tuan,itulah kali pertama saya masuk ke Kolej tersebut dan mungkin kali terakhir kerna inilah pertama kali saya dilayan seeprti anjing kurap oleh pegawai perpustakaan.

Rakaman perbualan telah dirakam dalam telefon bimbit dan telah diserahkan kepada peguam sebagai bukti.

Antara ayat pegawai tersebut "Kamu ni kaya sangat ke nak sumbang buku?"

"Syarikat apa?tak pernah dengar pun?"



Saya mahu mendapat jawapan pegawai tersebut dalam masa 7 hari bekerja MENGAPA MELAYAN SAYA SEPERTI SAMPAH.

Jawapan beliau akan diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam sama ada mengambil tindakan saman atau memaafkan.

Buat pengetahuan Tuan,saya telah menyumbang ribuan buku kepada perpustakaan seluruh negara dan simpan surat TERIMA KASIH  sebagai bukti.Sebagai warganegara,saya mahu menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

“Ask not what your country can do for you; ask what you can do for your country.”John F. Kennedy




Mohon emelkan jawapan pegawai tersebut kepada saya dalam masa 7 hari bekerja.

1Malaysia pencapaian Diutamakan

Tuan Haji Saat Bin Haji Sulaiman


tam@pcb.gov.my

En. Faisal,
Untuk susulan dan kemukakan maklum balas kepada pengadu.
Terima kasih.
Hee
31 Okt. 2013


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 03:30 PM | Show all posts
ISBN

PERMOHONAN ADALAH PERCUMA

       






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 03:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 05:12 PM | Show all posts
SMS DR KETUA MENTERI MELAKA


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 06:06 PM | Show all posts
              BUKU POLITIK/SEJARAH DLL

1.      UMNO parti JAHANAM?
2.      Mengapa PAS gagal majukan Kelantan?
3.      Ahmad Maslan yang kukenali
4.      Dr M akitek otak Melayu
5.      PKR parti SAMPAH!
6.      Kritikan Dr M kepada UMNO
7.      Pemimpin UMNO yang cemerlang
8.      Ali Rustam kurang tidur banyak bekerja
9.      UMNO dulu lain,sekarang LAIN
10.   Jambatan Bengkok yang dibatalkan
11.   Pemimpin Sampah,Pegawai Sarap
12.   Sumbangan UMNO islamisasikan Malaysia
13.   Sejarah Bank Islam
14.   mengapa Datok Onn keluar UMNO?
15.   PAS biro agama  UMNO,kini musuh sejati
16.   Berjubah tapi BODOH?
17.   Sifat MUNAFIK  pemimpin PAS
18.   1000 mutiara sampah pemimpin PAS
19.   Tender Telus vs Tender kroni
20.   Usahawan  Berjaya hasil UMNO
21.   Mengapa PR berjaya menawan Penang& Selangor PRU 12 dan PRU13?
22.   U sape?Gua tak kenal sama lu……
23.   Dulu susah,kini Senang
24.   Mengapa guru sokong Pembangkang?
25.   1000 kesilapan UMNO
26.   Negara kaya,rakyat Miskin?
27.   Rumah Rakyat RM1
28.   Kereta Rakyat RM1
29.   Bank Melayu ganti Bank Bumiputra
30.   Mengapa bank kerajaan LEMAU?
31.   JAKIM yang LAHABAU
32.   TV Hijrah pencetus kemajuan Islam diMalaysia
33.   Terima kasih BN
34.   Syukur aku anak Malaysia
35.   Kuala Lumpur  jemmmmmmm
36.   Kuala Lumpur ibukota paling bersih didunia
37.   Penjara  menjadi Universiti?
38.   Air Air Air PERCUMA?
39.   Singapura kawan tapi lawan
40.   Idris Haron Pemimpin Teladan
41.   YB tidur…………zzzzzzz
42.   Pemimpin UMNO Cemerlang
43.   Pemimpin PAS cemerlang
44.   DAP parti cauvinisme
45.   Banyak cakap banyak tidur
46.   Free WIFI
47.   KJ perosak UMNO?
48.   Jasa Pak Lah memajukan Pertanian
49.   Atas Pagar vs Dalam Jamban
50.   Mengapa aku undi BN?
51.   BN  Jahanam?
52.   Pemimpin  UMNO  ygBODOH
53.   YB Teladan
54.   YB Jahanam
55.   AKU BUKAN AHLI UMNO!
56.   Mengapa aku benci PAS?
57.   Kelantan KAYA  rakyat MISKIN
58.   MENTERI BANGANG!
59.   BN MASUK MUZIUM…
60.   PDRM YANG KU KAGUMI
61.   TOKOH CEMERLANG TAN SRI AZIZAN
62.   DAIM YG BANYAK KERJA
63.   MENTERI KEWANGAN  CEMERLANG : DAIM ZAINUDDIN
64.   PUTRA JAYA HASIL DR M
65.   MENGAPA PR BERJAYA MENAWAN PENANG?
66.   MENGAPA PR BERJAYA  TAWAN  SELANGORDUA KALI?
67.   KELANTAN DARUL JAHIM
68.   PAS PARTI CELAKA
69.   PKR PARTI KENCING RAKYAT
70.   ANWAR RM1
71.   DUIT NEGARA LESAP 100 BILION?
72.   GUAN ENG KETUA MENTERI TELADAN
73.   RUMAH BANGLO RM1
74.   GHAFFAR BABA POLITIKUS CEMERLANG
75.   MELAKA MAJU DI BAWAH BN
76.   BAS MINI VS INTRAKOTA
77.   KENANGAN DI KL
78.   MENTERI BIJAK
79.   1000 JASA DR M KEPADA DUNIA
80.   CERDIK ALA CHE DET
81.   JUBAH DAN SERBAN ITU SUNAT
82.   BUAT  SUNAT TINGGAL WAJIB?
83.   MELAYU BANGSA MAJU
84.   MELAKA MAJU DI BAWAH SULTAN MANSYURSYAH
85.   SEJARAH MASJID DI KOTA FAMOSA
86.   MELAKA KALAH 1511
87.   CHAMPA YG GEMILANG
88.   TUNKU ABD RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN
89.   TUN DR ISMAIL YANG GEMILANG
90.   TV3 OTAK 3 SUKU
91.   MENGAPA UTUSAN MALAYSIA SELALU KENASAMAN?
92.   PENULIS MISKIN PENERBIT KAYA
93.   MENGAPA RAKYAT MALAYSIA MALAS MEMBACA?
94.   100 TIPS ATASI JEMMM DI KL
95.   MALAYSIA PELANCONG 100 JUTA?
96.   PEMBOHONG MENJADI YB
97.   KJ VS MUKHRIZ
98.   AUDIT OWH AUDIT!
99.   MENGAPA JENAYAH BERLELUASA?
                HIDUP MISKIN MATI KAYA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 06:09 PM | Show all posts
100 CO-AUTHOR DIPERLUKAN :

emel nama penuh,alamat,mykad,telefon kpd bukusaat@gmail.com


seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 iaitu:-

memudaratkan ketenteraman awam
memudaratkan keselamatan
memudaratkan kemoralan
menggemparkan fikiran orang ramai
berlawanan dengan mana-mana undang-undang
memudaratkan kepentingan awam
memudaratkan kepentingan negara bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disiarkan di dalam sesebuah penerbitan.

Takrif Istilah

Istilah-istilah berikut ditakrifkan mengikut Seksyen 2 Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984:

Penerbitan

Dokumen, akhbar, buku, komik, perekat, poster dan majalah sama ada berkala ataupun tidak berkala;
Semua bahan bertulis atau bercetak dan segala- galanya sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat;
Apa-apa jua yang mengikut rupa, bentuknya atau dengan apa jua cara boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea;
Rakaman suara; dan
Bahan-bahan penerbitan dalam bentuk digital.

Sedang memikir-mikirkan penerbitan BUKU "ANDA BIJAK ATAU BODOH?"

Ia penuh dengan kebijaksanaan dan kebodohan manusia ...adakah ia akan termasuk

"memudaratkan ketenteraman awam
memudaratkan keselamatan
memudaratkan kemoralan
menggemparkan fikiran orang ramai
berlawanan dengan mana-mana undang-undang
memudaratkan kepentingan awam
memudaratkan kepentingan negara bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disiarkan di dalam sesebuah penerbitan."

"Ramai penulis sebenarnya telah digari walaupun belum masuk penjara "

-Cendekiawan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2013 06:09 PM | Show all posts
Jika negara kita mempunyai 500,000 penulis dan mereka mampu menulis dua buah buku setahun,maka lahirlah 1 juta buku setahun.

Jika 1 juta buku berjaya diterjemahkan ke 10 bahasa dunia dan dicetak 100 ribu naskah setiap bahasa ,maka jumlahnya 100 bilion buku tulisan anak-anak Malaysia akan menerjah dunia..dikira paling teruk 1% berjaya dihantar ke luar negara ,ada 1 juta buku tulisan warga Malaysia ke pelusuk dunia...

Ramai menganggap ia cerita dongeng namun hakikatnya tiada yang mustahil dalam dunia ini.Adalah mustahil jika manusia mahu mencipta 'nyawa" yang boleh memanjangkan usia.Ianya mustahil.

5 ribu tahun lampau,seorang saintis mengatakan besi boleh terbang dan membawa manusia ke sana sini dan saintis itu dikata gila.Hakikatnya ramalan saintis itu benar.

Maaf,ramai bertanya mengenai kursus penulisan kreatif dan saya menjawab 10 sen .

Hah?sepuluh sen?

ya Benar.10 sen untuk 1 saat.bukan 1 jam atau sehari semalam.

Teringat manusia yang dambakan ilmu,sanggup terbang ke Tokyo dan London semata-mata mahu mendapat ilmu.

Namun wargaku masih mahukan 10 sen...apa nilainya 10 sen pada zaman ini?

Sebenarnya sy sudah x larat menulis....terlampau banyak beban dalam dunia penulisan namun tetap tekun menulis..Mengapa?

Teringat Imam Nawawi rahimullah..menulis dalam gelap gelita dipancar pelita minyak yg kehabisan...hanya kerlipan bintang memberi sinaran.

Ya Allah..lahirkan 1 juta dan lebih lagi penulis berbakat..agar aku mampu bercuti dan berehat.Aku bukan bosan menulis,cuma aku penat.Anak-anak kdg mengeluh,papa lebih sayangkan komputer dari anak sendiri?Merembes...kdgkala amat menyedihkan.

Sudah ku bosan menonton drama dan filem sampah...

Malu dengan Korea yg lebih maju namun menggayakan telefon bimbit dan kereta buatan negara sendiri dalam drama dan filem mereka ...bukan BMW atau Blackberry.

Kita boleh membina kembar batu nisan paling canggih di dunia ,namun gagal membina walaupun 100 tingkat perpustakaan mempunyai 100 buku bahasa dunia.

Kita ada KR1M,Br1M dan ntah apa2 lagi...tp kita gagal membukukan rakyat dan jiwa kita...

Jangan pandang rendah pada BUKU.Kita maju dan berjaya pada hari ini kerna BUKU.Namun malangnya bak kata Imam Syfaei ;

“Knowledge without action is arrogance.”

Alhamdulillah idea keyboard menaip sendiri sudah dihantar kpd pihak berkaitan dan pihak berkaitan mahu menciptanya.

Kita tunggu sahaja "cakap dan tulis" akan wujud dilahirkan........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2013 07:54 AM | Show all posts
NOVEL



menulis novel mudah namun nka menulis novel yg boleh laku keras spt Ombak rindu,PAYAH............

Ramai penulis novel kaya raya spt Ahadiat Akasyah....bgtu jg Ain Maisarah yg mmapu membeli kondo di KL dgn wang royalti...

aku?

sampai sekarang x siap2 novel...almaklum sibuk tulis buku ilmiah/motivasi/parenting dll.

ni aku kopipes dalam sebuah blog


Bahagian Pertama

Terlalu banyak surat dan e-mel yang saya terima meminta saya memberi beberapa tips untuk menulis. Sesungguhnya saya tidak dapat membalasnya kerana masalah masa yang seperti tidak cukup rasanya.

Melalui ruangan ini saya ingin berkongsi dengan para peminat, pembaca dan mereka yang berminat untuk menulis beberapa tips. Memang saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran penulis baru bagi memeriahkan bidangpenulisan tanah air.

Menulis dan menjadi penulis bagi saya perlukan kesabaran dan ketabahan (tip pertama saya). Ini yang paling utama dan paling perlu ada pada setiap orang yang bercita-cita mahu menjadi penulis. Ketabahan dan kesabaran ini akan dilalui dalam beberapa peringkat ketika menulis dan selepas tulisan kita sudah sedia diterbitkan (kadangkala kita rasa karya kita boleh diterbitkan tetapi penerbit rasa sebaliknya).

1. Kesabaran dan ketabahan

Dalam proses permulaan menulis, seseorang penulis baru harus sabar dan tabah bagaimana mahu mencari idea untuk menulis. Kadangkala penulis baru menghadapi masalah bagaimana mahu bercerita, mencari bahan cerita atau bagaimana membina plot-plot dalam cerita itu nanti. Di sini kesabaran paling utama kerana proses membina cerita bukanlah proses yang mudah.

Proses pertengahan adalah proses yang cukup mencabar kesabaran penulis, ketika cerita sudah dibina. Sedang sedap menulis atau menaip tiba-tiba si penulis kehilangan idea. Apa nak ditulis? Idea terbang melayang, cari tak jumpa-jumpa. Kalau idea dah terputus macam mana nak menulis, kan?
Sabarlah… ada cara untuk menanganinya.

2. Selepas menghabiskan karya, mencari tajuk buku pun satu hal
Tetapi perkara ini boleh dibantu oleh penerbit. Kadangkala dalam proses ini membuatkan kita boleh jadi tidak sabar kerana kita tidak suka dengan tajuk yang diberikan oleh penerbit. Sabarlah….

Dan paling penting, seorang penulis baru perlu sabar dan tabah dalam menghasilkan karyanya, tabah ketika mengetahui karya mereka dibakul sampahkan dan sabar apabila mendengar komen daripada editor penerbitan yang mengatakan buku awak ni rubbish!, buku awak ni tak ada nilai!, apa buat cerita macam ni?, atau bermacam-macam lagi.



Bahagian Kedua

Daya Khayal(Imaginasi)dan sifat rasional yang seimbang.

Tip kedua saya, seseorang penulis mesti mempunyai daya khayal (imiginasi) dan sifat rasional yang sama seimbangnya. Seorang penulis memang perlukan daya khayalan bagi merangka dan mencorak segala karektor dan plot dalam sesebuah cerita. Namun di masa yang sama, sifat rasional diperlukan supaya sesuatu cerita itu tidak dicorakkan dengan cara yang keterlaluan. Contohnya:

1.Apabila seorang penulis, melihat sesuatu kejadian atau kemalangan, dengan daya khayal anda yang tinggi sudah tentu anda dapat mereka atau membentuk satu cerita ringkas dalam kepala anda sebab dan akibat kemalangan itu berlaku. Contohnya, sebab kenapa kemalangan itu berlaku mungkin si pemandu leka berSMS sehingga terlanggar lembu yang sedang bercanda dengan kekasihnya (lembu pun ada perasaan juga). Akibat kemalangan tersebut anda boleh reka dengan mengatakan yang jalan raya menjadi sesak selama lima kilometer (walaupun jalan tersebut jarang dilalui oleh orang ramai).

Mangsa kehilangan kakinya dan akibat kehilangan kakinya ia kehilangan kekasih yang sudah tidak mahu pada dirinya lagi. Dengan daya khayal anda sebagai seorang penulis anda boleh pergi lebih jauh lagi dengan rekaan cerita yang lebih menarik dan cantik.

2.Dalam masa yang sama, jangan mereka cerita anda dengan daya khayal yang keterlaluan. Ianya perlu sederhana dan sifat rasional anda diperlukan di sini. Seperti contoh diatas, kemalangan mungkin disebabkan oleh lembu. Tetapi janganlah sampai anda membuat cerita, lembu membantu orang yang kemalangan keluar dari kereta atau lembu bercekak pinggang mentertawakan mangsa. Itu sudah tidak rasional dan mungkin novel anda bertukar menjadi novel lawak pula nanti.

Anda sudah mempunyai sifat tabah dan sabar, daya imiginasi yang tinggi dan sifat rasional yang seimbang?
Anda boleh memulakan penulisan dengan satu keazaman. Janganlah anda menulis kerana nama, glamor atau wang ringgit. Tetapi menulislah dengan hati terbuka kerana ingin berkongsi cerita dan ilmu dengan pembaca.
Hidupkan komputer anda… kemudian bertekadlah dalam hati. Cerita ini akan habis ditulis dan diterbitkan walau apa pun berlaku.

Anda mahu tip lagi?



Bahagian Ketiga

Kali ini saya mahu membawa pembaca kepada perkara yang perlu difikirkan sebelum seseorang itu memulakan penulisannya.

1. Pemilihan nama
Nama-nama karakter amatlah penting dalam sesebuah buku, supaya nama itu mudah dingati oleh seseorang. Jangan sesekali nama karakter terutamanya hero dan heroinnya sama dalam dua buah buku yang berlainan tajuk. Saya pernah melakukan kesilapan begitu sehingga pembaca jadi keliru.
Nama yang sedap didengar dan mengandungi maksud tertentu akan menggembirakan hati pembaca untuk membaca.

2. Karakter hero dan heroin
Manusia dijadikan ALLAH dengan sifat yang tidak lengkap. Mencari manusia yang lengkap lapan puluh peratus pun amat payah di dalam dunia ini. Tetapi di dalam sebuah buku, hero atau heroin selalu digambarkan seorang yang cukup lengkap sifatnya. Baik budi bahasa dan juga fizikalnya. Tidak salah menggambarkan pasangan hero dan heroin yang begitu (saya juga sering melakukannya) tetapi biarlah berpada-pada. Dan perlu diingatkan kedua-dua karakter ini janganlah digambarkan seseorang yang terlalu buruk perangainya sehingga mematikan selera pembaca untuk membacanya

3. Nama lokasi
Nama lokasi juga memainkan peranan yang penting. Kalau boleh gunakanlah nama lokasi yang wujud di alam nyata tetapi kalau penulis mahu menulis nama lokasi rekaan sendiri, biarlah ianya mudah diingati dan senang
Bahagian Keempat
Bagaimana mahu memulakan penulisan?

Tip dibawah adalah perkara biasa yang saya buat sebelum memulakan sesuatu penulisan tetapi terpulang pada pembaca semua sama ada mahu mengikutinya atau tidak.

1.Senaraikan nama-nama watak yang perlu ada di dalam buku yang bakal ditulis. Nama, usia, status, kalau bekerja apa pekerjaannya, kalau belajar di mana dan sebagainya. Ini untuk memudahkan bakal penulis menulis dan membuat rujukan nanti. Ingat nama-nama tersebut supaya anda dapat menyebatikan diri dengan nama-nama itu.



2.Rangkakan cerita yang mahu ditulis secara kasar. Plot dan sub-plot yang perlu ada di dalam cerita tersebut. Ini akan memudahkan anda menulis ketika berada di komputer nanti.

3.Jangkakan berapa bab yang perlu anda tulis dalam cerita anda dan setiap bab kalau boleh jangan melebihi sepuluh muka surat dan tidak kurang daripada lima muka surat.

4. Tuliskan lokasi-lokasi yang perlu ada. Nama-nama jalan sebagainya.

Membiasakan diri dengan lokasi yang anda tulis memudahkan anda ‘bermesra’ dengan tulisan anda.

Catatan boleh dibuat di kertas terlebih dahulu sebelum menulis di komputer. Tetapi saya amat jarang sekali menulis sebarang catatan dikertas kerana tidak mahu membuang masa. Bahkan apa yang saya fikirkan biasanya saya simpan di dalam otak sehingga beberapa hari bahkan beberapa bulan (syukur kepada ALLAH memberi saya ingatan yang sebegini).

Namun perlu ditegaskan di sini tidak salah, mana-mana bakal penulis mahu mencatatkan sesuatu dikertas untuk senang diingati. Terpulang kepada daya kebolehan dan ingatan seseorang.

Nah! Mulakan cerita anda sekarang ini dan berseronoklah…


Bahagian Kelima

Anda semua sudah mempunyai nama-nama watak, tempat, bangunan dan juga cerita yang perlu ada dalam setiap buku anda?

Anda sudah mula menulis, tetapi sayang ketika dalam ghairah menulis, idea anda hilang, cerita anda terbantut di tengah jalan. Apa yang harus anda lakukan?Ada beberapa tip yang boleh diikuti dan moga-moga ianya dapat membantu.

Tinggalkan sahaja komputer dan tulisan anda. Bawa diri bertenang begitu juga dengan fikiran anda. Perhatikan pohon-pohon menghijau atau bayangkan air laut yang berombak tenang. Perlahan-lahan apabila fikiran anda sudah mula tenang, anda boleh berimaginasi sesuka hati anda.



Kalau imaginasi anda mengenai air laut dan pohon hijau tidak dapat membantu anda, bawa-bawalah kaki anda pergi ke tempat yang anda suka.

Macam saya... saya suka ke tempat membeli belah. Seluas mana tempat membeli belah yang terpaksa saya redah pun, jiwa saya akan tenang walau tidak membeli apa-apa. Saya pernah melawat seluas lima juta enam ratus ribu kaki persegi tempat membeli-belah di Zhienjain, China balik ke hotel saya boleh menulis dua puluh muka surat tanpa penat.

Jika ke pusat membeli belah tidak dapat menjalankan otak anda, ada satu lagi cara untuk anda mendapat idea. Pergilah ke kedai buku atau perpustakaan. Beli atau pinjamlah mana-mana buku yang boleh menarik minat anda. Benamkan diri anda di kerusi atau tilam. Membaca dan membacalah... Petua ini sering saya lakukandan alhamdulillah ia sangat membantu.

Kalau itu masih tidak dapat membantu, telefonlah kawan-kawan anda atau berbual dengan adik beradik,bapa atau emak saudara, sepupu atau sesiapa sahaja yang boleh membuat otak anda mula bergerak semula.

Masih lagi tidak boleh berjalan otak anda? Satu ketika dahulu saya selalu duduk melepak di tangga-tangga pusat membeli belah Sogo, melihat kerenah orang ramai yang hilir mudik. Di situ saya mendapat banyak idea untuk menulis...

Kadangkala berchatting di internet dapat juga membantu. Tetapi jangan pula anda terlibat dengan perbualan ‘sampah’ yang tidak mendatangkan faedah. Lebih elok kalau dapat berbual dengan rakan dari luar negara, bertukar fikiran mengenai budaya mereka dan sebagainya (Jangan berbual kosong, mengutuk orang sana sini penghabisan idea masih tak ada, dosa yang dapat.).

Kalau semua yang saya nyatakan tidak dapat membantu, bahkan idea lain pula yang timbul untuk membuat cerita baru. Bagi saya tidak salah kalau anda menulis cerita baru. Simpan cerita lama yang terbantut di tengah jalan itu buat sementara waktu. Bagi diri saya, penulisan tidak boleh dihentikan. Cerita yang terbantut di tengah jalan itu Insya-ALLAH satu masa nanti boleh disambung semula.



Bahagian Keenam

Saya rasa ketika ini sudah ramai yang mula menulis dan mungkin ada yang sudah menyelesaikan sebuah novel. Tahniah diiucapkan. Saya sudah pun memberi beberapa tip menulis untuk diikuti dan harap pembaca berpuas hati dengan apa yang saya berikan. Kali ini saya tidak akan memberi apa-apa tip bagaimana untuk menulis.

Namun saya mahu memberi sedikit nasihat kepada penulis baru yang baru menghasilkan satu dua karya.

Jangan sesekali memperendah-rendahkan karya orang lain. Sebagai penulis, setiap detik dan setiap bacaan adalah proses pembelajaran.



Saya sendiri walau sudah banyak menghasilkkan karya, masih suka membaca apa sahaja walaupun karya penulis baru. Kita perlu melihat karya orang lain sebagai satu keupayaan yang menakjubkan. Jangan sesekali membuat komen atau menghentam secara peribadi seseorang penulis. Komenlah karya penulis lain dengan cara yang lebih terbuka. Saya pernah mendengar seorang penulis yang baru ketika itu menghasilkan 2 buah novel membuat komen, “Saya menulis kerana saya tahu saya boleh menulis dengan baik, kerana banyak karya orang lain tidak sedap dibaca dan entah apa-apa”.

Saya rasa komen yang dibuat adalah komen yang benar-benar tidak bertanggungjawab.

Jangan malu untuk belajar dan memerhati. Belajar buka sahaja di universiti tetapi di mana-mana sahaja. Televisyen benyak memberi saya ide untuk menulis walau waktu menonton saya begitu terhad sekali. Saya menonton apa sahaja yang saya rasa logik di fikiran saya seperti CSI(New York, Miami, Vegas), drama bersiri ‘Dunia Baru’, Al-Kuliyyah, Midsomer Murder, Travel and Living, English League, Dr. Fadhila Kamsah, bahkan sesekali kalau ada masa, Trek Selebriti, Chit Chat Azwan atau Beat TV juga saya tengok.

Jangan terlalu bangga dengan pujian yang diterima dan melihat kritikan sebagai sesuatu yang melemahkan. Bagi saya pujian untuk memberi dan memulihkan semangat dan tidak pernah mengenepikan kritikan. Walau pahit bagaimana sekali pun sesuatu kritikan itu, saya terima asalkan tidak menyentuh peribadi dan juga keluarga saya.

Itu serba sedikit nasihat yang dapat saya beri kepada penulis muda.

Sentiasa merendah diri, merasakan diri sentiasa kekurangan dalam bidang penulisan dan dapat menerima apa sahaja kritikan, resipi terbaik untuk berjaya.

Sekian... Selamat menikmati keenakan berkarya.

NBKARA.COM



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 01:03 AM | Show all posts
Alhamdulillah buku PERIBADI DR M telah siap dan akan dicetak tidak lama lagi.

Sekarang mahu menulis buku "JASA POLIS KEPADA NEGARA" dan
"MASJID ADALAH GEDUNG PAHALA"

Doakan berjalan lancar....................................



JOM TULIS!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 10:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.101491 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list