RIBUAN LAPORAN POLIS OLEH JUAK-JUAK UMNO MENYEBABKAN PERHIMPUNAN GERAKAN TURUN KOS SARA HIDUP (TURUN) MALAM INI HAMBAR, LESU, LEMAH LONGLAI, LEMAU, SUNYI SEPI DAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG
Setelah beribu laporan polis di buat oleh para balaci UMNO termasuk dari Perkasa, Pekida, Pesaka, wanita UMNO, Puteri UMNO, Pemuda UMNO, Ali Tinju .. yang muda tua, wanita dan gadis berduyun- duyun kebalai polis untuk membuat repot maka akhirnya kerja "suci murni bersih " demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara berbaloi??????.
Penat lelah kerja kuat menjerit terpekik terlolong sambil membawa bunting bergambar depan balai polis telah mendapat hasil yang diharapkan?????.
Rakyat terutamanya anak-anak muda begitu semangat sekali turun beramai-ramai tanpa ada rasa gentar, cuak dan takut dalam suatu Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) malam ini 31hb Disember 2013 di Dataran Merdeka.
Sebenarnya jika macai-macai, balaci-balaci dan juak-juak UMNO tidak buat kecoh membuat laporan polis serta media lidah biawak UMNO hebohkan di akhbar dan telivisyen sertta radio mungkin sambutan tidak sehangat ini.
Kerajaan masih degil dan tidak mau belajar dari sejarah Perhimpunan Bersih dulu bagaimana berpusu-pusu rakyat turun memberikan sokongan hanya disebabkan ada tekanan kuat dari kerajaan UMNO/BN.
Lagi kuat di tekan lagi kuat rakyat memberikan sokongan.
Post time 31-12-2013 10:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Xtau nak ckp apa..harap semuanya berjalan dgn baik.rakyat msia ssh dgn kenaikkan ni.tp jg takut untuk turun bsama.jd aku kirimkan doa jela.tahniah sbb anda berani.