CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Masalah Rumah Tangga Buat Awie Mahu Jadi Bapa Terbaik #pg6

[Copy link]
Post time 18-8-2014 08:10 AM | Show all posts
myariesa posted on 16-8-2014 04:56 PM
awie ada buat repot..duit hilang n brg kemas dia rozana gadai

ada ye report on that? maybe ini salah satu sebab agaknya macam mana awie boleh dapat hak penjagaan anak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 10:30 AM | Show all posts
budakmanentah posted on 15-8-2014 02:53 PM
masa awie bercerai dgn arni...arni amik anak2

awie hari2 menangis sebab rindu anak2 dia...smpaila ...

kenapa pulak awie yg menangis, sepatutnya Arni yg terlebih sedih sebab hak penjagaan anak2 mereka awie yg dpt...Arni hanya dibenarkan jumpa hari minggu saja alasanya sebab Arni tiada kediaman tetap...masa jadi suami isteri bukankah kewajipan sediakan tempat tinggal tu jatuh ke bahu suami?Bayangkan perasaan seorg ibu mcmana? ini berita semasa perbicaraan kes cerai mereka..

“Mahkamah membenarkan saya berjumpa mereka setiap hujung minggu berbanding hanya sebulan sekali, termasuk cuti sekolah.

“Namun, saya akan terus berdoa dan berusaha bagi memastikan hak penjagaan kekal berpihak kepada saya.

“Saya kini menetap di Taman Saga, Cheras, Kuala Lumpur kerana berhampiran dengan tabika anak kedua saya itu,” katanya.

Pada 11 Disember tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah hanya membenarkan Arni mengambil dua anaknya daripada jagaan bekas suami bermula jam 9 pagi Sabtu hingga jam 5 petang Ahad setiap hujung bulan.

Semalam, permohonan Arni bagi membatalkan hak jagaan sementara diberikan kepada Awie ditolak Mahkamah Tinggi Syariah.

Hakim Datuk Abdul Rahman Md Yunus memutuskan Awie berhak mendapat hak jagaan sementara, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa hingga perbicaraan hak jagaan kekal dijalankan.

Menurutnya, Arni sebagai ibu perlu menyediakan tempat tinggal yang tetap demi keselamatan kedua-dua anaknya berikutan alamat yang diberikan agak berjauhan dengan alamat rumah Awie.
Last edited by abbyhoney on 18-8-2014 10:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:44 AM | Show all posts
abbyhoney posted on 18-8-2014 10:30 AM
kenapa pulak awie yg menangis, sepatutnya Arni yg terlebih sedih sebab hak penjagaan anak2 mereka  ...

ade sekejap tu arni amik anak2 utk jaga sblm mahkamah putuskan...aku bkn nak citer psl sape layak sape xlayak

point aku kat sini nak citer psl awie mmg sayang sgt anak2 dia...xmcm edel n ac
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:54 AM | Show all posts
salute awie.. walaupun ayahanda but tanggungjawab kt anak tetap no.1..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:00 AM | Show all posts
awie memang sayang kt anak2 dia ...memang nmpak sikap kebapaan dia tu...tapi yg sedihnya anak2 dara dia tu bila duduk dgn dia aurat mereka awie tak jaga..tak kisah pun tak bertudung...bila balik dgn arni elok je bertudung dan jaga aurat masing2...sedih saya tengok....

sebelum makhmah putuskan hak penjagaan anak2 kekal kpd awie, arni hanya dibenarkan melawat anak2nya pada hujung minggu  dan cuti saja..mana ada arni bawak anak2 dia jauh dari awie...melawat je boleh ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:05 AM | Show all posts
Pailang posted on 15-8-2014 04:57 PM
orang panas baran ni biasanya orang yg baik2. tapi kejahatannya mudah terserlah walaupun bunuh semut ...

kenapa la bini dia pegi bwk awie smpai kaunter ASB tu
ptt tunjuk je baki buku tu dh tinggal RM200..abis cerita
mesti la ego lelaki tercabar depan2 org ramai duit 200k jd rm200
apa pun kena la tu pempuan tu buat awie mcm ni
baru kena buku dgn ruas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2014 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgn anak terlampau over protective
Dgn org lain pukul bantai jln terus..






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 07:18 AM | Show all posts
oh abam awie..

Masalah Rumah Tangga Buat Awie Mahu Jadi Bapa Terbaik
Awie



PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Awie mengakui hubungannya dengan anak-anaknya menjadi lebih erat berbanding sebelum insiden kontroversi  rumah tangganya bersama isteri, Rozana Misbun, 36.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia kini sedang berusaha untuk menjadi bapa yang baik dan menjalankan tanggungjawab yang seharusnya dijalankan sebagai seorang bapa.

"Kalau dulu saya hanya kerja dan cari rezeki untuk keperluan mereka sahaja, tetapi sekarang saya sentiasa berada bersama mereka. Kadang-kadang saya terpaksa curi-curi masa untuk balik ke rumah melihat keadaan mereka dan masak untuk mereka.

"Ketika sedang bekerja pun saya sering menghubungi anak saya yang sulung untuk tanya apa yang terjadi di rumah, bila balik rumah saya akan periksa bilik mereka dan cium satu-satu anak saya.

"Saya tidak dapat bayangkan kalau saya tidak dapat bersama mereka atau mungkin saya akan mati jika berpisah dengan anak-anak saya itu," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran Supermokh Sebuah Muzikal di Istana Budaya, di sini, Selasa.


Teater berkenaan yang diulang pemementasan itu akan berlangsung dari 8 September hingga 21 September depan yang mengisahkan kehidupan bintang bola sepak legenda, Mokhtar Dahari.

Selain Awie, ia bakal dilakonkan oleh Maya Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Dalam pada itu tambah Awie, anak-anaknya merupakan keutamaan dan harta yang perlu dipelihara biarpun dirinya dipandang negatif oleh masyarakat berikutan isu tersebut.

"Saya tidak kisah apa masyarakat nak cakap pada saya yang penting saya tahu apa yang sedang saya lakukan dan menjaga kebajikan serta kepentingan mereka. Anak-anak saya menangis bila baca tentang hukuman yang bakal saya hadapi jika sabit kesalahan hingga membuatkan saya sendiri menangis sama," ujarnya.




[size=0.75em]Gambar kenangan Awie bersama isteri dan anak-anaknya.


Sementara itu, Awie turut mengakui tertekan dengan keadaan tersebut sehingga dia tekad untuk menolak semua tawaran lakonan dan nyanyian.

Dia juga terfikir untuk berhenti daripada dunia hiburan dan memulakan hidup baharu dengan menguruskan perniagaan.

Bagaimanapun, hasrat tersebut dihalang banyak pihak yang tidak henti-henti memberi nasihat dan menyokong kerjaya seninya.

"Saya tertekan dengan keadaan ini, saya tolak semua tawaran termasuk Supermokh ini, tetapi bila dipujuk oleh penerbitnya Hans Isaac dan menasihatkan saya supaya meneruskan hidup barulah saya setuju.

"Saya tolak sebab saya tidak mahu imej buruk saya ini akan terpalit kepada mereka,” ujarnya.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ekoran kegagalan Rozana hadir pada rundingan proses sulh yang dijalankan pada 6 Ogos lalu, mahkamah telah menetapkan 3 September ini untuk sebutan kes berkenaan untuk dibicarakan.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 08:02 AM | Show all posts
xyah lagi la kot bersara dari dunia seni ni..walaupon awie ni cenggitu...tp aku suka je dia berlakon watak2 sengal..sbb muka dia mmg selamba..lagu2 dia yang lama2 pon byk yang best2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 20-8-2014 07:18 AM
oh abam awie..

Masalah Rumah Tangga Buat Awie Mahu Jadi Bapa Terbaik

Segangster2 awie tp anak totap no 1.huhu..stress bila tgk bapak kt rmh sebelah yg kedekut taik idung masin .dgn anak2 pun berkira..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:16 AM | Show all posts
awie gangster & kekonon byk buat jahat rasa nk mati kalau jauh dr anak....
lelaki2 yg tak gangster & junjungan kaabah senang jer lepas anak kat bekas isteri sambil nafkah pun tak bayaq
doniaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:37 AM | Show all posts
Innrukia posted on 20-8-2014 08:16 AM
awie gangster & kekonon byk buat jahat rasa nk mati kalau jauh dr anak....
lelaki2 yg tak gangster  ...

sepatutnya lelaki kecut telor berguru dgn awie ni hah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:10 AM | Show all posts
respek kat awie dlm bab kebajikan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:13 AM | Show all posts
pinkzara posted on 15-8-2014 03:52 PM
aku pun rasa camtu.
Anak EF nan sorg pun ex dia yg jaga..inikan pulak nk tlg jaga 5 anak awie..la ...

aku rasa erra pun tak sanggup nak jaga anak awie yg 5 org tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:11 AM | Show all posts
dah besar anak2 awie dgn arnie tu..cantek juga yg sorang tu.putih muka sebiji mcm arnie
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:24 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 20-8-2014 08:37 AM
sepatutnya lelaki kecut telor berguru dgn awie ni hah..

Serahkan sume anak-anak tu kat si somi, InshaAllah,
ramai lelaki kecot telo boleh jadi macho macam Sawie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
biggirlduncry posted on 15-8-2014 08:42 AM
aku tak gemar mamat ni tapi bila baca hat t/jwb kat anak2...bangun sahur masak, nak anak2 besar dpn  ...

I am strongly agree with ur statement
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie posted on 15-8-2014 09:30 AM
jantan mmg ramai yang macam tu kan sis. bila cerai .. anak2 kat bekas bini .. part nafkah buat tak ...

Btul tu..siap blh kawen baru buat secara besar-besaran..bila dh kawen siap bg alasan xblh bg nfkh ank secukupnya sbb nk kne tanggung bini baru..yg bini baru lak siap bangga sbb dpt laki yg konon btanggungjwb krn menunaikan tnggungjwb sbg laki dgn baik walhal ank dgn x wife terabai ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 02:48 PM | Show all posts
sedihnya baca. bertabahlah wahai uncle awie. dugaan dalam rumah tangga. decision uncle utk jaga anak2 uncle semua skali tu mmg sangat dipuji.susah nk jumpe ayah yg sanggup jaga anak2 lepas berpisah.tambah 5 org anak plak tu.

kpd anak2,sila jadi anak yg baik dan jaga ayah anda bila beliau dh tua nanti.banyak perit jerih dia kena lalui utk jaga anda semua.apa pon salah beliau,maaf dan lupakan.ingat,anda bertuah sebab ayah anda sayang dan sanggup berkorban apa saja utk anda.ada org yg bila parents bercerai,ayah mereka tak amik tau samada mereka idop atau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 02:52 PM | Show all posts
Terbaekk lah awie...

Muka jer ganas...tp bapa penyayang...

Anak pompuan lg untung....org x berani nak usik...ko nak kene stalat ngan bapak dia...silakan usik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061232 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list