|
Ipo posted on 16-9-2014 11:44 PM
ilmu yang bagus
ipo ada jugak belajar sikit2
nak guna korang, diorang, sorang boleh tapi kena Italic kan perkataan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 17-9-2014 12:07 AM
nak guna korang, diorang, sorang boleh tapi kena Italic kan perkataan tu.
ya betul tu wiper..
percakapan pasar kena italickan..sama macam perkataan inggeris..
eceh..macam cikgu plak aku nih..
kdg2 terlepas pandang juga..nak taip cepat..
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 17-9-2014 12:20 AM
aku bukan budak sastera jugak..
but i know a good write up when i see one..
kebykan kes pe ...
hahaha..100% correct!
otak aku fikir lagi laju, jemariku lambat macam siput b@# bergerak tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang dikatakan bahasa Melayu Tinggi itu,
mudah sahaja. Jangan disusah-susahkan.
Ikut sahaja peraturan ini :
1. Setiap ayat dan frasa hendaklah lengkap.
2. Setiap perkataan hendaklah lengkap.
Tidak ada perkataan yang dikontotkan:
bukan --> kan;
mahu --> mau;
ini --> ni, nie.
Tidak ada imbuhan yang digugurkan:
menggunakan --> mengguna.
3. Setiap huruf hendaklah diucapkan dengan
sempurna dan betul.
Tidak ada huruf yang digugurkan:
besar --> besa.
Tidak ada huruf yang ditukar menjadi huruf
lain:
kecil --> kecik;
habis --> habeh.
Tidak ada huruf yang ditambah:
pula --> pulak;
apa -->aper;
ya --> yer.
4. Setiap perkataan basahan digantikan
dengan perkataan formal:
cakap --> berkata, bertutur;
bagi --> memberi, membahagi;
kena --> perlulah, hendaklah, dll.
Ini adalah sedikit perkongsian dari Profesor
Ameritus Abdullah Hassan. Dekan Fakulti
Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris.
4/22/12 · Public
Like · 8 Comments · Share · Like Page ·
Report |
|
|
|
|
|
|
|
sumber:https://m.facebook.com/AinMaisarah.Novelis?ref=stream&__tn__=C |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 1
Satu Pagi di Pejabat Alpha Technology
Suasana dalam bilik pejabat itu senyap sunyi. Puan Azlina yang baru dua bulan menjadi Pengurus Projek memandang Qusyairi dan Rafi bergilir-gilir. Berwajah garang dan jarang tersenyum, mimik serius Puan Azlina membuatkan mereka tidak berani untuk mengucap kata-kata sebarangan.
“Saya dah teliti kertas cadangan yang awak berdua berikan.” Puan Azlina berkata sambil memandang tepat ke depan. “Dan saya dah buat keputusan…” Puan Azlina menarik nafas seketika.
“Rafi, sistem program yang awak cadangkan lebih menepati kehendak pihak Hotel Mayang Sari. Jadi saya akan serahkan projek Mayang Sari pada awak.”
Kata-kata Puan Azlina mengundang senyum dibibir Rafi. Manakala Qusyairi pula, tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sedikit sebanyak, dia sudah dapat menjangka keputusan itu. Memang selama ini, Rafi yang lebih banyak menonjol dikalangan mereka. Sikap Rafi yang mudah mesra dan personalitinya yang menarik menyebabkan lelaki itu amat disenangi.
Qusyairi bukanlah sakit hati, jauh sekali mendengki. Cuma, dia tahu sikap yang ditonjolkan Rafi itu cuma di luaran. Di sebalik sikap itu, Rafi pada Qusyairi adalah seorang yang sangat hipokrit. Tidak keterlaluan jika dikatakan Rafi itu adalah kaki bodek bos. Sebab itu, kebanyakan projek syarikat banyak diserahkan pada Rafi. Lebih-lebih lagi ketika mereka berada di bawah Encik Hamidi dahulu.
Sejak dua bulan lalu, tempat Encik Hamidi digantikan oleh Puan Azlina. Sangka Qusyairi, keadaan akan berubah. Rafi tidak akan lagi mendominasi kebanyakan projek yang diperolehi syarikat. Tapi, menghakimi keadaan yang berlaku sekarang, sangkaan Qusyairi benar-benar meleset. Keadaan masih seperti dulu. Rafi masih menjadi pilihan utama.
Dalam diam, Qusyairi mengeluh sebal. Nasib dia dan beberapa orang rakan sejawatannya masih tidak berubah walaupun sudah bertukar pengurus. Tetap seperti ketika zaman Encik Hamidi.
Perbincangan ringkas di antara Rafi dan Puan Azlina langsung tidak menarik perhatian Qusyairi. Namun telinganya dapat menangkap perkataan yang disebut Rafi seperti ‘Saya akan lakukan yang terbaik’, ‘Saya akan cuba memuaskan hati pihak Mayang Sari’ dan beberapa lagi ‘ayat kipas’ yang menyebabkan telinganya berbulu.
“Baiklah. Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar sekarang.” Puan Azlina akhirnya menoktahkan perbincangan. Rafi angguk dan tersenyum lebar. Sempat memberikan senyum sinis pada Qusyairi.
“Terima kasih, Puan Azlina. I won’t let you down.” Ujar Rafi.
Membodek aje yang kau tau! Qusyairi menghembus nafas geram dalam diam.
BAB 1
Satu Pagi di Pejabat Alpha Technology
Suasana di dalam bilik pejabat itu senyap sunyi. Masing-masing mempamer riak serius di wajah. Puan Azlina yang baru dua bulan menjadi Pengurus Projek memandang Qusyairi dan Rafi bergilir-gilir. Mimik garang dan jarang tersenyum yang selalu Puan Azlina hidangkan membuatkan mereka tidak berani untuk menuturkan kata-kata sembarangan. Bimbang jika diherdik dengan lengkingan suara oleh puan itu.
“Saya dah teliti kertas cadangan yang awak berdua berikan,” Puan Azlina berkata sambil matanya tepat dihala ke depan.
“Dan saya dah buat keputusan…” Puan Azlina menarik nafas seketika kemudian menyambung,
“Rafi, sistem program yang awak cadangkan lebih menepati kehendak pihak Hotel Mayang Sari. Jadi saya akan serahkan projek Mayang Sari ni pada awak.” Kata-kata Puan Azlina iut membuatkan Rafi menyungging senyuman yang mempunyai maksud tersirat.
Qusyairi yang duduk selang satu kerusi dari lelaki itu hanya diam. Kejung reaksi di wajahnya. Dia memang sudah menjangka keputusan itu. Memang selama ini, Rafi yang lebih banyak menonjol di kalangan mereka. Sikap Rafi yang mudah mesra dan personalitinya yang menarik menyebabkan lelaki itu amat disenangi. Qusyairi bukanlah sakit hati apatah lagi mahu berdengki. Dia jengkel sebenarnya kerana dia tahu sikap yang ditonjolkan Rafi itu hanya di luaran sahaja. Di sebalik sikap itu, Rafi adalah seorang yang sangat hipokrit. Tidak keterlaluan jika dia katakan, Rafi itu adalah kaki bodek orang atasan. Sebab itulah, kebanyakan projek syarikat senang-senang sahaja diserahkan kepada Rafi. Lebih-lebih lagi, semasa mereka berkhidmat di bawah seliaan Encik Hamidi dahulu.
Puan Azlina, baru sahaja dua bulan berkhidmat di sini, menggantikan Encik Hamidi yang dinaikan pangkat. Sangka Qusyairi, keadaan akan berubah. Fikirnya, Rafi tidak akan lagi mendominasi kebanyakan projek yang diperolehi oleh pihak syarikat. Namun penghakimannya ternyata salah, keadaan masih seperti dulu. Rafi, tetap menjadi pilihan utama. Dalam diam, Qusyairi mengeluh sebal. Nasib dia dan beberapa orang rakan sejawatan masih tidak berubah walaupun sudah bertukar pengurus. Tetap seperti ketika di zaman Encik Hamidi.
Perbincangan ringkas di antara Rafi dan Puan Azlina langsung tidak menarik perhatian Qusyairi. Namun tebal telinga saat menangkap perkataan yang disebut oleh Rafi, ‘Saya akan lakukan yang terbaik’. ‘Saya akan cuba memuaskan hati pihak Mayang Sari’. Sudah lama telinganya dihidang dengan 'ayat-ayat kipas’. Berbulu rasa telinganya hingga jika diukur tidak tahu akan panjang mana?
“Baiklah, kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar sekarang,” Puan Azlina akhirnya menoktahkan perbincangan. Rafi menggangguk dan melebarkan lagi senyuman yang pasti terkandung maksud 'puas hati' di dalamnya. Dia mengerling Qusyairi dan sempat memberikan senyum sinis kepada lelaki itu.
“Terima kasih, Puan Azlina. I won’t let you down,” ikrar Rafi. Qusyairi sudah mencebik sedikit mulutnya.
'Membodek aje yang kau tau!'Qusyairi merengus geram dalam diam.
Psttt Nicki, ni bab satu part 1. Tengoklah gaya bahasa saya tu. Okey ke tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 17-9-2014 12:07 AM
nak guna korang, diorang, sorang boleh tapi kena Italic kan perkataan tu.
Akak ni novelis? |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 17-9-2014 12:22 AM
hahaha..100% correct!
otak aku fikir lagi laju, jemariku lambat macam siput b@# bergerak tuh
betul kata cmf_conan. Semak berkali-kali, tak ada ruginya. Manuskrip sulung saya dekat berbelas kali saya semak sebelum dihantar ke penerbit. Alhamdulillah, semua puas hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 17-9-2014 12:28 AM
Yang dikatakan bahasa Melayu Tinggi itu,
mudah sahaja. Jangan disusah-susahkan.
Ikut sahaja peratu ...
pernah baca cerpen ditulih pakai bahasa sms dan yg sewaktu dgnnya?
memang penulis tuh kene maki berjemaah kat bhgian komen
mcm org terencat je rasa bila baca penulisan mcm tuh..haiihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 17-9-2014 12:28 AM
Yang dikatakan bahasa Melayu Tinggi itu,
mudah sahaja. Jangan disusah-susahkan.
Ikut sahaja peratu ...
Esmiria, akak lebih suka rujuk Dewan Bahasa. Kat sana lagi tepat maklumat yang kita dapat. Rajin-rajinlah jengah ke website sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 17-9-2014 12:34 AM
pernah baca cerpen ditulih pakai bahasa sms dan yg sewaktu dgnnya?
memang penulis tuh kene maki b ...
Bahasa kita banyak rosak dengan berleluasanya penggunaan perkataan-perkataan SMS. Tambah pula perkataan baru yang bila saya baca rasa macam duduk dekat planet lain pula.
Contoh :
aq= aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-9-2014 12:32 AM
Wahhh... nice one. Thanks wipers... (atau patutkah saya panggil Puan Azlina? )
Mohon nak copy ...
Apalah sangat saya tolong. Sekadar berkongsi apa yang saya tahu. Nicki, jadikan ia novel. Saya akan tolong semak. Hantar pada publisher. Cerita menarik. Sangat menarik.
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 17-9-2014 12:38 AM
Bahasa kita banyak rosak dengan berleluasanya penggunaan perkataan-perkataan SMS. Tambah pula perk ...
itu ler.. aku ok je ngan penulisan gaya santai ni.. tapi bila guna shortform dlm ayat..
adehhhh.. tak kira la shortform biasa2 atau bahasa alien..
mmg tak la aku baca.. it's totally wrong..
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 17-9-2014 12:41 AM
itu ler.. aku ok je ngan penulisan gaya santai ni.. tapi bila guna shortform dlm ayat..
adehhhh.. ...
Isu ini yang sedang hangat didebatkan di kalangan penulis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-9-2014 12:32 AM
Wahhh... nice one. Thanks wipers... (atau patutkah saya panggil Puan Azlina? )
Mohon nak copy ...
cadangan yang baik guna bahasa macam tu. Cubalah Nicki. Saya yakin Nicki boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 17-9-2014 12:33 AM
Akak ni novelis?
Akak novelis?
Huhuhu, novelis ke akak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|