|
[Tempatan]
LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)
[Copy link]
|
|
set2 macai pkr define adil hanya bila memberi kelebihan kat bos depa... |
|
|
|
|
|
|
|
org yg taksub ngn nuar ni..pegi dkt telinga depa, azan kuat2 ..insyaallah depa akn sedar.lol:lol.. |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn posted on 28-10-2014 01:48 PM
org yg taksub ngn nuar ni..pegi dkt telinga depa, azan kuat2 ..insyaallah depa akn sedar.lol:lo ...
Pekak nanti kalau kuat sgt..pecah gegendang telinga then jln pun senget...udahla akal tiada keseimbangan...badan juga turut tak seimbang nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
magnus posted on 28-10-2014 01:44 PM
Kan....dah kenyang baru bertenaga nak rempuh rempuh pula..hihihi
hihihi...aku kalau bab makan serah pada aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi Dr (Mohamed) Osman (Abdul Hamid), di mana satu objek plastik dikatakan telah dimasukkan ke dalam duburnya.
"Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur."
Tiga orang doktor, kata Gopal, memeriksa Saiful dan dapatan awal mereka ialah tidak ada penetrasi.
dr yg keje bertahun2, check lubang dubur sepol, orang pertama didunia periksa lubang dubur sepol kata tarak penetrasi pun..
tapi forumer2 yg yakin anwar liwat ni pernah tgk ka lubang dubur sepol ka?
ka kamu smbil berforum tgk dubur sepol secara streaming dri seluar sepol skrg ni?..
pelik tul aku..
|
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 28-10-2014 12:49 PM
lelaki 2 orang tu mana satu anak dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Para macai dah balik dari istana kehakiman terus post...penat bakar baju tadi masih x hilang |
|
|
|
|
|
|
|
dah tahu sentiasa jadi target tak reti2 nak kaverina ke sis.
selayak nya la dengan beliau yg tak bijak berzina dengan wanita pelacur mahupun anak2 ikan. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kalau anwar masuk dalam penjara..
pengikutnya akan canang2 keputusan tu sampai PRU14..
serba sedikit akan memihak pd nya..sebab org malaysia ni mudah simpati..
Jijah dan anak2 akan sentiasa membakar semangat pengikutnya meraih simpati suaminya di penjara..
elok rasanya dia bebas lebih mudah nak menghadapinya..
sebab selama ni pun dia diluar sehingga kini dia dah banyak buat kesilapan..contoh langkah kajang..
dan org dah mula mengenali nya sebagai pembelit no. 1..klau dia diluar dia akan terus buat kesilapan sebab ketamakkan dia tu..
so elok rasanya dia bebas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam bela Anwar persoal kewujudan KY Jelly dalam perbuatan liwat
PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoal sama ada terjadi penembusan dalam perbuatan liwat yang didakwa berlaku kerana keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan itu.
Dalam hujahnya, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful, di Mahkamah Tinggi, perbuatan itu dilakukan secara kasar serta laju hingga menyebabkannya mengalami kesakitan pada anus dan perut.
Berhujah di hadapan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sri Ram berkata sekiranya keterangan itu betul, maka bahan pelincir dikenali sebagai 'KY Jelly' telah tidak digunakan kerana penggunaannya bertujuan memudahkan penembusan dan mengelak kesakitan.
Katanya bukti perubatan mengesahkan bahawa tiada trauma atau kecederaan dikesan pada anus Mohd Saiful.
Sri Ram berkata bahan pelincir itu tidak disebut pihak pendakwaan dalam senarai barang kes yang diambil daripada Mohd Saiful, saksi pertama dalam perbicaraan kes liwat berkenaan.
"Ketiadaan bahan pelincir dalam senarai itu menimbulkan keraguan serius tentang kredibiliti Mohd Saiful serta ketiadaan kredibiliti dalam kes yang dikemukakan pendakwa dan keseluruhan penyiasatan," katanya serta menegaskan bahawa dalam laporan polis juga, Mohd Saiful tidak menyebut tentang penggunaan jeli itu.
Menjawab soalan Arifin kenapa beliau berkata tidak wujud kredibiliti, Sri Ram berkata sekiranya jeli digunakan, Mohd Saiful tidak akan mengalami kesakitan.
Sri Ram berhujah bahawa hakim perbicaraan langsung tidak memberi tumpuan terhadap bahagian berkenaan dalam kes terbabit, walaupun perkara itu (penggunaan KY Jelly) menjadi tumpuan asakan dalam pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh.
Sri Ram berkata dalam keterangannya, Mohd Saiful menyatakan air mani terus berada di dalam anusnya selama beberapa hari, tetapi dalam keterangannya ketika disoal balas oleh Karpal, Mohd Saiful berkata dia tidak mandi selepas berlaku kejadian itu dan hanya membilas tubuhnya, tetapi mandi pada pagi sebelum kejadian itu.
"Ini menunjukkan keterangan Mohd Saiful tidak konsisten," katanya.
Sri Ram berkata KY Jelly adalah bahan kes penting, tetapi ia hanya muncul dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwa terhadap Mohd Saiful dan Mohd Saiful pula memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri membeli jeli itu sebelum pergi ke kondominium berkenaan. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak semasa penangguhan kes rayuan terakhirnya terhadap keputusan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah |
|
|
|
|
|
|
|
liwat sex dan fitnah adalah amalan PR...... |
|
|
|
|
|
|
|
dok citer pasal jelly tapi sepol kata takdak (peguam sepol nipu anak guam sendiri ka?)
kejap kata tak cebok, bila ditanya pasal solat, ngaku mandi plak. bila ditanya
pasal pemeriksaan bontot, ngaku mandi cuma tak basuh bontot plak.
kalu da kelam kabut gini, umngok elok stembai trik lain plak la.
dgn amoi suda
dgn sepol suda
.....try cari binatang plak ye |
|
|
|
|
|
|
|
nyonya mca pun ada
|
|
|
|
|
|
|
|
harap2 rakyat Malaysia prihatin jugak pada kes2 mahkamah yg lain selepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Amanat, Anwar Sedia Terima Sebarang Keputusan Mahkamah - Rafizi
Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 2:23 PM
IZRA ABDUL RAHMAN Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
[email protected]
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meninggalkan sebarang pesan atau amanat sebelum pendengaran rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan yang berlangsung mulai Selasa.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, Anwar dilihat sudah bersedia dari segi mental dalam berdepan segala kemungkinan yang akan diputuskan terhadap dirinya.
"Datuk Seri Anwar dalam dua-tiga bulan lepas secara mentalnya sudah bersedia, parti pun sudah bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang berlaku.
"Jadi tak ada amanat terakhir...urusan berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di luar bangunan Istana Kehakiman di sini, Selasa.
Beliau dan beberapa pimpinan tertinggi parti hadir bagi menyatakan sokongan kepada Anwar dan menuntut perbicaraan dilakukan secara adil.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata berdepan hukuman penjara adalah 'perkara biasa' bagi Anwar kerana jika dihukum penjara ia adalah kali ketiga buatnya.
Katanya, mengenali diri Anwar, beliau bukanlah seorang ahli politik yang cepat mengalah sepanjang 40 tahun kerjayanya sebagai aktivis pelajar atau ahli politik.
"Kali terakhir bertemunya pada malam Isnin ketika solat hajat, kami berborak macam biasa dan seperti biasa jugalah...dia buat lawak bodohnya," katanya.
Mengenai parti, Rafizi berkata, sehingga kini parti belum membuat sebarang keputusan sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara.
Katanya, hanya sekiranya Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada Rabu, parti akan mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan secara bersama.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|