|
[Tempatan]
NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN - Reply to ZAHRA
[Copy link]
|
|
Edited by milo_888 at 14-7-2015 12:30 PM
Edit... sorry uolss... pemilik akaun FB kurang gemar orang share posting dia tanpa permission.... sebagai menghormati I remove la... wpun penulisannya sangat baik... clue sikit je la I share..
Lelaki ini dari keluarga senang namun dia tidak meminta bantuan contact/cable bapanya untuk berjaya...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah si zahra tu kene berucap depan TPM gitula dia berucap yopp.. dah tu korang nak dia cakap mcmana?
cuba bgtau sket |
|
|
|
|
|
|
|
started work in stockbroking in 1999. Times were bad. package was rm 1000 sebulan, no dentistry, no group health. industry underwent liberalisation, fees slashed, but volume died as well post dotcom bust. keje dgn kompeni cina, byk le pandangan serong biasa melayu pemalas. dan mmg ye byk melayu pemalas dlm tu.
Solder on. no foreign holidays for 11 years. build life up. ada aku meratib hiba sbb aku aku ada postgrad qualification i should be able to afford a continental car and condo with swimming pool inside my unit?
prrffthhh.
alhamdulillah with preserverance gaji harian the past few yrs range from RM 1600 - RM 1900.
mmg pd aku zahra punya comment jijik
|
|
|
|
|
|
|
|
Taun 2015,ini kisah Abang Adam,(Mia takde dlm citer ni)hbs spm aku cari kerja..pi 7-11,ckp penuh,dlm ada bangla,nepal.pi Mydin,penuh,dlm sumer bangla nepal,aku pi kdai 1Malaysia,wow! Nepal ngn bangla pn 1M'sia jugak ka.Aku cuba kt hotel,samer gak,penuh,dlm ada bangla nepal.penat jln aku msk,nk sejuk kn bdn.Aku perhatikn,tak ada 1 tmpt pn tanpa warga asing.Kalo cm ni..blale aku nk dpt keja...? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni considered fresh grad generasi skang.
1. budak2 mmg manja. masa aku blaja, student junior pakai kete melambak. aku pakai moto sbb aku xreti drive kete.penuh parking kete dr parking moto. part time mmg selalu budak2 u buat. tu common. no longer satu benda ko nak bangga2kan. kwn sekelas aku ada je jd cleaner building mlm2.
2. masa minta internship pun da susah nak mintak. half of my class guna org dlm bila xdpt mana2 company saat akhir. yg xdpt, kene intern dgn lecturer jelah. aku bernasib baik sbb masa tu gomen jkr ada kekosongan budak intern.
3. ptptn sapa kata cukup? rate ptptn sama je xbrubah pun, harga brg makin naik. sewa rumah kwsn bandar tau2 jela brapa. kenapa takde sapa yg phm? yuran rm1519, ptptn rm3500 utk budak engine. smata2 korg nampak bdak uitm yg yuran dia 400 per semester, so boleh sakan tukar2 henpon masyarakat pukul rata sume budak ipta suka tuka2 gadget.
4. budak skang memilih keje? cuba tgk market job skang. rm1900 starting engineer paling rendah. shift required, work long hours. dah sama taraf dgn technician. kitorang hadap jugak. apply jugak. batch aku 1000++ grad aliran engineering. 18 ipta lain? ipts? berapa ramai? nak memilih?anak boss lainla. seram nokkk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ellejo at 14-7-2015 02:03 PM
pasal naik pengangkutan awam masa mula2 keje.
ni taun 2015.,ko bukak job street skang. 70% vacancies stated applicant must possess own transport. mungkin kene visit byk tmpat atau tempat keje jauh dr coverage public transport.
dan tu sume bahagian iklan entry level. bukan junior exec. ko tak boleh samakan zaman ko dgn zaman kitorang. satu kerja sekali apply, tengok2 beratus2 applicant padahal bkn company besar pun.
duk suruh org berniaga. tak sume minat dan boleh berniaga. aku terus terang aku mmg xminat berniaga sbb aku xsuka berurusan dgn manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg patut pn ada org mcm Zahra yg cakap depan muka pak menteri, kalau tak pak menteri tidur .
Nak harapkn askar keyboard kat sini, belakang bolehlah, cuba berdepan, kecut teluq.
Lepas tu takkn nk cakap kami para graduan okay2 ajeh.
Pak menteri tkyah buat apa2 sb kami memang berjiwa kental menghadapi segala cabaran hidup walaupun hakikatnya kerajaan boleh je bantu buat sesuatu dgn cabaran itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah buat Br. Faizul. Nasihat anda cukup bermakna.
Semoga Allah sentiasa melindungi saudara sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo zahra hadap sgt nak merasa duk area ampang melawati bagai, cuba la tekel mana2 anak2 bujang yg parents depa stay area sana
secara x langsung, bleh la zahra bangga kata STAY KAT AMPANG MELAWATI |
|
|
|
|
|
|
|
geram aku dgn set2 tua kutuk yg xmemahami.
asikla banding dgn zaman dia, zaman rapidKL masih rm1 pegi mana2 pakai tiket yg sama.
kali ni aku terpaksa #teambbnu
yg melayu india skang kitorang skang nak kene plak enrol third language class example Mandarin sbb keje skang mandarin preferred utk pasaran China. y u no understand? 600 dulu zaman abam faizul ni, mak aku bleh tanggung 2 org anak skolah menengah di kl, satu matrik, sorg UM, sorg UPM. poyo la lu faizul. sembang kencang seolah2 susah bebeno.
|
|
|
|
|
|
|
|
Halo..gaji Baru 2500 dah berangan nak beli UMAH Kat ampang,melawati bagai..yg gaji 10k pon belum tentu mampu dik .. 2500 tu Takat flat,apartment murah bole la.. |
|
|
|
|
|
|
|
tipikal macai umngok
jgn rayu apa2.
pemimpin malaysia gunanya utk bershoping obersea je.
rakyat suma mesti koyakkan sijil masing2 dan
berusaha sendiri untuk membayar gst.
|
|
|
|
|
|
|
|
heuheuheu kejam jawapan Nat.
makcik doakan murah rezeki la adik2 yg dok cari keje ni. sapa2 rasa masih menganggur dan tatau nak buat apa boleh la PM makcik, makcik bg guide serba sikit kalau berminat dgn bidang makcik ni. tapi guide je la, kalau byk sgt soalan pemalas nak berinisiatif, baik tayah. memang takde harapan nak berjaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe............we need to be kejam dengan orang pemalas ni,
makcit. Takkan idup asik nak disokong jah. Anak cina neighbour
aku sanggup jadik jurujual, takat grad in International bisnes with
GP 26.5. Budak melayu pikir GP 26.5 harus diberi gaji RM10K........
Takda malunya jual insuran Takaful. Mula-mula memang sakitla, tapi
kalau rajin, boleh capai income sampai 4 siri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sanggup baca ahli DAP ni tulis, korang baca lah..
Bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji yang lebih baik?
Oleh Liew Chin Tong
Kempen video ‪#‎sayaZahra‬ oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menyentuh hati ramai warga Malaysia. Kuasa video 6 minit itu cukup hebat. Ia adalah bukti kegagalan dasar awam, meninggalkan satu generasi terpelajar dengan kertas sijil tetapi hidup bagai pengemis.
Zahra bercakap tentang banyak aspek yang dihadapi warga Malaysia biasa, seperti pendapatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial (ketika berdepan dengan kemalangan atau penyakit). Saya hanya mahu fokus pada persoalan bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji lebih baik dalam tulisan ini.
Pada 20 tahun yang lalu, seorang peguam yang baru tamat pengajiannya dibayar dengan RM2,000 sebulan di Kuala Lumpur. Ia dianggap bayaran yang amat memuaskan. Hari ini, peguam yang baru tamat pengajian dibayar dengan gaji sedikit lebih daripada RM2,000 sebulan. Satu penurunan paras pendapatan yang ketara untuk peguam muda seandainya mengambil kira faktor inflasi.
Zahra bercita-cita untuk menjadi seorang peguam yang berkelayakan, dan beliau kini dibayar mungkin lebih rendah daripada seorang peguam yang baru tamat pengajian. Jadi, bagaimana untuk membayar beliau dengan gaji yang lebih baik? Bagaimana kita meningkatkan semula pendapatan peguam muda yang sedang menyaksikan penurunan?
Untuk membayar Zahra dengan gaji yang lebih baik, maka penstrukturan semula ekonomi Malaysia secara drastik perlu disegerakan.
Menetapkan gaji minima boleh menjadi salah satu jawapannya. Namun, gaji minima hanya berkesan di peringkat bawah. Hampir mustahil untuk kerajaan menetapkan skala pendapatan yang tegar di peringkat lain. Namun kerajaan melalui dasarnya boleh mempengaruhi akibatnya dengan cara yang berlainan.
Satu-satunya jalan untuk meningkatkan pendapatan Zahra adalah dengan memastikan satu perkitaran yang baik untuk pendapatan tinggi, kemahiran tinggi dan produktiviti tinggi. Ia hanya boleh berlaku apabila Malaysia tidak lagi bergantung kepada buruh asing yang kurang kemahiran.
Pemungut sampah
Untuk membayar gaji yang lebih baik kepada Zahra dan golongan yang setara dengannya, ekonomi Malaysia perlu bermula dengan pembayaran gaji yang lebih baik kepada pemungut sampah. Hanya apabila golongan peringkat bawahan dibayar dengan lebih baik, barulah ia akan mencetuskan gelombang untuk melambung pendapatan.
Andaikata pemungut sampah dibayar gaji bulanan RM2,000, maka masyarakat Malaysia akan membayar RM4,000 kepada seorang peguam yang baru tamat pengajiannya (barangkali nilainya setara dengan RM2,000 pada tahun 1995). Jikalau pemungut sampah dibayar RM2,000, maka pendapatan golongan selainnya akan meningkat. Jikalau tidak, peguam muda yang baru tamat pengajiannya akan memilih untuk menjadi pemungut sampah.
Anda semestinya menganggap saya sedang berjenaka. Apakah mungkin seorang pemungut sampah dibayar RM2,000 sebulan dalam pasaran kerjaya sekarang? Namun ia menjadi mungkin seandainya kita menyusun semula ekonomi kita.
Buat masa sekarang, pengutipan sampah dan pembersihan bandaraya adalah kontrak yang menjanjikan pulangan lumayan, diberikan kepada kontraktor kroni oleh kerajaan tempatan atau agensi pengurusan sisa pepejal.
Kebiasaannya kroni ini akan mengambil jalan mudah dengan menyerah tugas ini kepada sub-kontraktor. Dan biasanya terdapat lebih satu orang tengah atau perentir (rent-seeker) yang tidak melakukan apa-apa tetapi dimanfaatkan melalui kontrak atau lesen yang dia perolehi daripada hubungan politiknya.
Ia tidak lagi menguntungkan apabila projek ini sampai ke tangan sub-kontraktor. Sub-kontraktor, yang sentiasa memikirkan cara untuk mengurangkan kos, akan mengupah buruh asing kurang mahir untuk menjalankan kerja kononnya 3D (dangerous, dirty, and demeaning) ini, iaitu bahaya, kotor dan keji. Mereka dibayar dari RM600 hingga RM900 sebulan.
Trak sampah yang tipikal biasanya akan dikendalikan seorang pemandu Malaysia yang dibayar gaji rendah, bersama 4 atau 5 orang buruh Bangladesh. Di banyak negara maju, trak pemungut sampah biasanya dipandu hanya seorang pemandu, dengan kerja selebihnya diautomasikan. Dalam ekonomi yang bergantung kepada automasi, mesin, kemahiran dan teknologi, seseorang pemandu yang memandu trak sampah automatik dibayar untuk peranannya sebagai pemandu mahir dan pengoperasi mesin.
Mampukah kita membayar seorang pemungut sampah yang berkemahiran ini dengan RM2,000 sebulan? Adakah ia mungkin? Jawapannya, ya, dalam nada yang tegas. Kuncinya menyingkirkan kontraktor kroni yang memperolehi untung daripada rangkaiannya untuk mendapat kontrak, dan buruh asing kurang mahir yang melambak.
Buruh asing kurang mahir
Bukan hanya dalam kes pemungutan sampah tetapi hampir setiap sektor, Malaysia, sebagai institusi ekonomi, tidak menghargai kemahiran, tidak membangunkan teknologi baru dan tidak berminat dalam inovasi.
Industri tidak memanjat tangga nilai. Banyak yang berpuas hati dengan mengaut untung daripada buruh asing kurang mahir sebagai jalan singkat. Namun, mempersalahkan industri sahaja tidak menyelesaikan masalah. Industri tidak mendapat sokongan kewangan untuk memperkembangkan alat mesinnya dan pengautomasian. Terlalu sedikit sokongan untuk Kajian dan Pembangunan (Research and Development, R&D).
Menyedari bahawa mereka tidak mampu memanjat tangga nilai, majikan berpuas dengan mengupah buruh asing kurang mahir yang bekerja bagai mesin dalam bilangan yang besar. Ramai majikan kemudiannya merungut, buruh Malaysia sentiasa malas dan kebanyakan masanya dibebani dengan komitmen kekeluargaan, kalau dibandingkan dengan buruh asing.
Kunci masalah bersandar pada dasar untuk membawa masuk lebih ramai buruh asing kurang mahir.
Untuk setiap buruh asing yang dibawa masuk ke negara ini, akan ada kroni yang mendapat untung daripadanya. Menteri Sumber Manusia, Richard Riot mendakwa bahawa Malaysia mempunyai lebih 6 juta buruh asing, di mana kira-kira 2.5 juta daripadanya berdaftar. Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi mahu membawa masuk lagi 1.5 juta buruh Bangladesh dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Apabila sektor perkhidmatan seperti hotel dan kedai serbaneka 7-11 juga mengambil pekerja asing kurang mahir, warga Malaysia di peringkat bawahan kehilangan kerja dengan bayaran gaji yang berpatutan. Sesetengahnya mencari kerja yang gajinya lebih rendah. Sesetengah hidup tanpa arah. Sesetengah pula melakukan jenayah.
Kroni
Untuk Zahra dan golongan setara dengannya yang mempunyai ijazah universiti, mereka tersepit memandangkan ekonomi keseluruhannya tidak menghambat kemahiran dan nilai yang tinggi.
Majikan hanya memerlukan "pekerja baik" yang berfungsi bagai mesin. Mereka tidak bernilai sama ada dengan atau tanpa ijazah. Sudah tentu, dalam kitaran yang buruk sedemikian, sistem pendidikan kita juga tidak mempersiap-sediakan pelajar kita ke arah itu.
Sesetengah pekerja mahir yang tidak tahan dengan keadaan sedemikian memilih untuk tinggalkan tanahair dan mencari rezeki di tempat lain. Sekurang-kurang 1.5 juta warga Malaysia, kebanyakannya berkelayakan dan berkemahiran tinggi bekerja di luar negeri.
Bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji yang lebih tinggi? Hapuskan kroni yang memperolehi manfaat daripada pengimportan buruh asing kurang mahir, mengurangkan buruh asing kurang mahir dalam ekonomi kita (terutamanya dalam sektor perkhidmatan), dan menjadikan agenda kita untuk memperuntukkan sumber bagi memacu momentum ke arah peningkatan kemahiran dan teknologi.
Ketika saya berusia 20 pada tahun 1997, Malaysia dilanda krisis kewangan Asia. Sejak itu juga ekonomi dan politik Malaysia terjerumus ke dalam kancah tanpa reformasi dan transformasi yang utama.
Saya sangat terkesan dan terharu ketika menyaksikan ucapan Zahra. Kita telah mensia-siakan generasi saya. Jangan kita sia-siakan generasinya pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
nazadiyah replied at 14-7-2015 12:09 PM
BANGGA DGN DIRI SENDIR BELI RUMAH UMAH UMUR 27...DOUBLE STORY LAK TU...SEKARANG RUMAH DAH NILAI 1MIL ...
So bila nk jual rumah tu?? selagi x jual rumah tu nilai sejuta hanya syok sendiri jer...... lol |
|
|
|
|
|
|
|
Ada org yg keje 8-10 thn pon Baru dpt gaji 4-5k.. Sesak jugak idop tu..
Ni graduan Baru abes with no experience demand gaji 4k for starting.. Huhuhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku yg 4-series pon amek mandarin classes.
signs of the time. usaha sendiri to remain relevant.
yg 4 series pon double effort to remain relevant pekejadahnya umo2 BBNU dok meratib hiba nak tongkat nak wheelchair nak golf buggy?
bestuh org lain dlm mesia ni jadi apa? macai utk dia pijak2 kepala? |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn org x fhm susah...lg2 kos sra hidup tinggi
Tp klu hrp gaji.. Byk ckup mkn je lg lak baru keje
X rmai pon yg grad terus gaji tinggi
Apalg nak beli rumah d ampang
Dah dia utarakan mslh
Think +ve yg lain cuba tjuk jln
Amik yg bagus...yg x elok jgn ikut
|
|
|
|
|
|
|
| |
|