Lepas disiasat polis, SPRM anjur solat hajat selamatkanMalaysia daripada rasuah
Selepas beberapa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ditahan bagi membantu siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),institusi itu mengadakan solat hajat memohon petunjuk Allah supaya institusiitu terus kukuh dan menyelamatkan negara daripada rasuah.
Solat hajat diketuaiTimbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar, disertai kira-kira100 kakitangan di bangunan badan pencegah rasuah itu di Putrajaya selepas solatzohor tengah hari tadi. Selesai solat, Zakaria mengetuai bacaan doa dan memberitazkirah (ceramah) ringkas memohon supaya perjuangan SPRM membela nasib bangsadan negara dapat diteruskan.
"Kami memohon kepada-Mu ya Allah berilah kekuatankepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin. "Berilahbimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kamimemerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa," katanya dalam doa tersebut.
Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepadapegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuahdan penyelewengan. "Jauhilah kami daripada perbuatan mungkar, berilahkekuatan kepada pejuang rasuah ini supaya mereka dapat menyelamatkan diri dankeluarga mereka, organisasi, masyarakat terutamanya negara yang kami kasihaniini daripada dicerobohi perbuatan orang yang mengamalkan rasuah," katanya.– 4 Ogos, 2015.