|
janganlah Darren & Suzie mati... huhuhuhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 20-4-2017 10:21 AM
“I, Darniel Hazren Lee bin Daniel Muhammad Lee take you to be my wife to have and to hold in sickness and health for richer or for poorer and I promise my love to you forever.."
Mata berkaca tatkala mendengar ikrar yang baru saja dilafazkan oleh cucunya. Bermula sudah lembaran baru dalam hidup Darren.
Sungguh Tan Sri Vincent terharu kerana diberi kesempatan hidup menyaksikan perkahwinan satu satunya cucu kandung yang dimiliki didunia ini.
Malah berbesar hati kerana Darren bersetuju mengikut adat tradisi keluarga mereka meski berbeza anutan agama. Meriah dirasakan saat ini dengan deretan tetamu kenamaan dan para jemputan yang sudi menghadirkan diri.
"Cucu kita memang good looking macam Grandpa dia masa muda dulu.."
Annie senyum bahagia memerhatikan Darren yang tampak segak berdiri di altar sambil diapit dua gadis comel sebagai pengiring.
Upacara pernikahan di masjid semalam juga tidak kurang meriahnya.
Baik Darren dan pasangan kelihatan gembira sekali saat disatukan. Hilang sudah gemuruh cucunya sebaik saja selesai berjabat tangan dan melafazkan akad nikah dihadapan tok kadi.
Majlis pernikahan Darren berjalan lancar dengan hanya sekali lafaz.
Semua itu adalah berkat sokongan Hakim yang setia berada disisi Darren sewaktu pernikahan berlangsung. Menepuk bahu Darren memberi kekuatan buat sahabat karib.
Manakala Zalikha pula mengalirkan airmata kesyukuran di atas penyatuan dua jiwa ini. Menangis terharu kerana hajat untuk menyaksikan anak tunggalnya mendirikan mahligai bersama wanita pilihan terlaksana jua.
Pasangan pengantin baru dilihat berpimpin tangan menuruni altar beramah mesra dengan setiap hadirin yang hadir meraikan hari bahagia mereka.
Suzie kelihatan jelita sekali mengenakan gaun lace berwarna putih. Bibir mekar dengan senyuman kebahagian. Jari jemari masih menggenggam erat tangan sang suami.
Sukar menerima kenyataan akhirnya mereka berjaya bergelar suami isteri.
Setelah selamat dari dari letupan bom, Darren berjanji akan sehidup semati bersama Suzie. Berikrar tidak akan mensiakan atau menyakiti hati Suzie lagi.
Malah, buat pertama kalinya Darren dilihat memeluk erat sambil bibir memohon ampun daripada Tan Sri Vincent. Darren benar benar menyesali keterlanjuran sikapnya melayan dingin datuk sendiri. Terlerai sudah segala dendam dan amarah yanh terpendam bertahun lama.
Sejak dari detik itu, Darren kerap menghabiskan waktu bersama Tan Sri Vincent. Hubungan mereka kini terjalin erat serta mesra bergurau senda seperti lazimnya datuk dan cucu.
Segala perniagaan dan aset milik Tan Sri Vincent kini telah dipinda milik ke atas nama Darren sepenuhnya seperti kehendak Tan Sri Vincent sendiri.
Viviana, anak bongsu Tan Sri Vincent merangkap Mama Cu Darren terpaksa menerima hakikat Variance dan dirinya kini hanya menumpang kekayaan keluarga memandangkan pemilik sebenar semua ini adalah Darren.
Barangkali Viviana sedar status diri sebagai anak angkat dalam keluarga elit Tan Sri Vincent.
Meski dibesarkan dari kecil oleh Tan Sri Vincent dan Annie namun Viviana tahu abangnya, Vince lebih layak memiliki segala yang menjadi hak milik Tan Sri Vincent.
Hal ini kerana Vince adalah anak kandung Tan Sri Vincent.
Justeru apabila Vince sudah tiada lagi didunia, maka secara hukum Darren memang layak memiliki semua harta dan kekayaan ini. Bukan Variance maupun Viviana.
Sungguhpun begitu, Darren langsung tidak kelabu mata dengan wang ringgit. Hak Viviana dan Variance tetap diberikan. Biar adil dan saksama.
Viviana bersyukur dengan kemurahan hati Darren.
Cuma sebagai seorang Ibu, hati Viviana sayu tatkala memikirkan Variance.
Saat ini, Variance masih berada dalam tahanan polis sehingga perbicaraan bermula. Tan Sri Vincent berkeras supaya tiada sesiapapun membantu membebaskan Variance.
Perhatian semua tertumpu pada pasangan pengantin baru apabila Suzie kini bersedia membaling jambangan bunga ditangan ke arah para tetamu.
" I nak anak sepasang lelaki perempuan.."
Sempat Suzie berbisik halus ditelinga Darren menyatakan impian cahaya mata sebelum memulakan balingan.
Sedar jarak usia antara mereka Suzie enggan bertangguh dalam urusan memiliki zuriat. Bimbang juga Darren beralasan untuk berkahwin lebih kelak. Suzie takut memikir hakikat berkongsi suami.
"Bukan you nak bagi I anak satu team bola sepak ke?"
Serentak itu, Darren tertawa geli hati. Terlupa sejenak mereka sedang menjadi tumpuan khalayak.
Teringat kembali saat Suzie mengigau di bilik tidur kediaman Darren dan pada masa itulah mereka 'ditangkap basah' oleh Zalikha. Peristiwa yang membawa kepada penyatuan mereka berdua hari ini.
Benarlah kata pepatah. Kalau dah jodoh tak ke mana. Siapa sangka Suzie, Lady boss yang dulu dibenci kini sah bergelar isterinya.
Unbelievable!
Kadang Darren rasa persis bermimpi namun ini adalah satu kenyataan.
Suzie mula menarik muncung sedepa mendengar gurauan Darren. Faktor usia menyebabkan Suzie dilanda perasaan rendah diri. Mustahil untuk Suzie merealisasikan kata kata Darren meski ianya hanya satu gurauan.
Tambah bengang apabila melihat jambangan bunga yang dibaling jatuh ke arah wanita yang Suzie kurang berkenan sejak dulu. Si cantik manis yang pernah menjadi sebutan lelaki lelaki dipejabat...
Siapa lagi kalau bukan si Bimbo, Zaheeda...
Zaheeda tunduk mengutip jambangan bunga ros itu.
Suzie hanya menjeling dengan ekor mata. Menyampah melihat kemunculan Zaheeda di hari bahagia mereka berdua.
Seketika kemudian, Zaheeda tersenyum sambil berjalan menuju ke arah Darren dan Suzie.
" Tahniah Encik Darren.."
Hanya itu kata kata yang terluah oleh bibir merah delima Zaheeda.
Darren hanya tersenyum, senang menerima ucapan itu. Reaksi negatif Suzie diabaikan saja.
"Aik mana you dapat bunga ini?"
Hakim yang baru muncul melontarkan persoalan apabila melihat Zaheeda sedang memegang sejambak bunga ros merah.
"Bunga yang Suzie baling tadi.. Zaheeda yang dapat.."
Darren menerangkan bagi pihak Zaheeda.
"Ehem.. Kebetulan pula.. Macam tau tau saja.."
Bibir Hakim meleret senyuman. Gembira dengan kehidupan baru Darren.
Dalam masa yang sama, hati sedang berputik bahagia.
Sekilas wajah cantik Zaheeda ditenung sebelum beralih ke arah Suzie dan Darren.
"By the way, aku ada benda nak bagitahu.."
Hakim terdiam sejenak sebelum menyambung. Berfikir bahawa ini adalah detik yang sesuai untuk berkongsi khabar gembira ini.
"Aku dengan Zaheeda.. We are getting married ! Finally dia terima lamaran aku !"
Jelas terpancar kebahagiaan diwajah Hakim tatkala berkata begitu. Impian untuk memiliki Zaheeda yang dicintai kian menjadi nyata.
Zaheeda hanya tersipu sipu malu mengiyakan kata kata Hakim.
"Like seriously?! Congratulation to both of you !!"
Mata sepet Suzie berubah bulat mendengar kenyataan yang keluar dari bibir Hakim. Hilang sudah persepsi negatif terhadap Zaheeda.
Sejenak malu bertandang kerana menyangka Zaheeda masih lagi mengejar cinta Darren. Cemburu buta dengan kemunculan Zaheeda disini.
"Thanks, Lady boss eh silap maksud I Suzie.."
Hakim gugup seketika.
Boleh pula lidah petah menyebut gelaran 'lady boss' dihadapan Suzie sendiri sedangkan kata ganti nama itu diberikan oleh Darren apabila ingin mengkritik sikap 'bossy' Suzie.
"Lady boss ? What does it mean?"
Suzie merenung Hakim, sekadar inginkan pencerahan.
"You tanya lah husband you.. Dia yang bagi gelaran tu.."
Hakim segera menarik tangan Zaheeda sebelum meminta diri untuk berlalu.
Zaheeda hanya akur menuruti langkah Hakim.
Mata Suzie melirik ke arah Darren. Menagih sebuah jawapan.
Darren hanya tersengih laksana kerang busuk. Otak ligat memikir jawapan sesuai.
"You kan boss I dulu.. Sebab you perempuan maka jadilah Lady Boss !! Tapi sekarang you are my lady.. My beautiful wife aka future mother of my kids.."
Darren menyembunyi senyuman dari pandangan Suzie. Terimbas kembali aksi gaduh gaduh manja antara mereka.
Biarlah pertelingkahan dan permusuhan mereka sewaktu bekerja sepejabat dulu jadi sejarah.
Darren hanya ingin memandang ke hadapan dan melakar kebahagiaan berdua bersama Suzie.
Wanita itu rela menukar agama demi mengahwini Darren. Gigih mendalami ilmu tentang Islam agar dapat mempraktikkan ajaran suci ini dalam kehidupan seharian.
Malah , Suzie juga menerima diri Darren seadanya. Bukan kerana status Darren sebagai cucu dan pewaris harta Tan Sri Vincent.
Justeru Darren hanya mampu berdoa agar rumahtangga mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
"Thanks Darren ! I janji akan cuba jadi yang terbaik untuk you.."
Suzie sebak. Gembira kerana selama ini selalu berangan membina mahligai cinta berdua.
Dan hari ini anganan Suzie menjadi satu kenyataan. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan nikmat yang tak ternilai. Mencintai dan dicintai. Sungguh Suzie rasa bertuah diberi kesempatan sebegini.
Darren menarik Suzie ke dalam pelukan. Rasa bahagia mengalir ke seluruh jasad.
Selamat tinggal Shelly..
Kata kata itu hanya bergema di dalam hati.
Hanya Suzie berhak memiliki seluruh cinta Darren. Buat kini dan masa akan datang. Sumpah sehidup semati digenggam erat selagi nyawa dikandung badan.
Darniel Hazren Lee + Suzie Ong = Lady Boss
|
|
|
|
|
|
|
|
best citer hang
|
|
|
|
|
|
|
|
Thumbs up! |
|
|
|
|
|
|
|
BAGUS..tak sia sia tgu setahun lebih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|