CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: peYno

[Tempatan] Johor banjir , dalam masa yg sama air dicatu beberapa bulan

[Copy link]
Post time 17-11-2015 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kak_sue replied at 17-11-2015 09:46 AM
Oppss lupa...

ke mmg hubby hakak punya fevret cikcur siam???


Biasa la kak.....dah tua2 mmg cpt lupa....amnesia tahap 4 gamaknya, hakak ingat lky pojaan hati hakak tu jd pm 1 bln jerr ke?? Smpai akak tapau lps TAR rip terus lky letak jwtn gitu?

Nmpk sgt hakak lps spanking hubby bukak paip terus kluaq ayaq tp tau ke akak cmne atuk lky hakak dpt source ayaq secara immoral?

Hakak sllu ckp spork kna tendang dr msia....blh hakak blh bg bukti surat tendang ka, surat talak 3 ka? Sbb me sllu nmpk hakak yg gila talak meroyan kt msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 01:31 PM | Show all posts
Bincang potongan bil air kepada pengguna terlibat

Wartawan Sinar Harian
17 November 2015

http://www.sinarharian.com.my/ed ... a-terlibat-1.452599


Keratan Sinar Harian semalam melaporkan dakwaan penduduk terjejas menerima bil air melambung tinggi walaupun bekalan air dicatu.


JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri berhasrat menawarkan potongan bayaran bil air kepada pemegang akaun di beberapa daerah yang terlibat dalam penjadualan bekalan air yang berlaku sejak Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni berkata perkara itu akan dibangkitkan bagi kelulusan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, pada 25 November depan.

Katanya, mekanisme pemberian potongan itu akan diputuskan sama ada dalam bentuk insentif, rebat atau pengurangan caj dan sebagainya.

“Di dalam mesyuarat berkenaan, kita akan berbincang bagi mencari mekanisme terbaik bagi pemberian potongan tersebut.

“Kita memahami kesukaran yang dihadapi kira-kira 20,000 pemegang akaun di kawasan Pasir Gudang, Masai dan sebahagian Johor Bahru dan Kota Tinggi yang terpaksa berbelanja bagi pembelian tangki dan peralatan bagi menadah air susulan sistem penjadualan yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Festival Minyak dan Gas 2015, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),di sini, semalam.

Tegasnya, situasi yang berlaku bukan disifatkan sebagai krisis sebaliknya penjadualan dilakukan bagi memastikan kelangsungan dua empangan, Sungai Layang dan Sungai Lebam membekalkan air secara berterusan.

“Kita telah mengambil beberapa pendekatan penyelesaian mengenai situasi ini antaranya projek pemindahan bekalan air mentah dari dua sungai yang dijangka beroperasi Disember ini.

“Kita juga meneruskan proses pembenihan awan bagi peringkat kedua dan dijangka dengan usaha ini selain kedatangan musim tengkujuh ini dapat mengatasi situasi yang dihadapi jika tidak sepenuhnya, kita boleh menambah baik sistem penjadualan selang sehari berbanding berselang dua hari pada masa kini,” katanya.

Katanya, operasi pembenihan awan peringkat kedua telah berlangsung sejak awal November lalu yang dianggarkan akan dilakukan sebanyak 20 kali operasi.

“Operasi pertama yang dilakukan akhir bulan lalu, tidak berapa berhasil, jadi kita teruskan peringkat kedua dan sepanjang bulan ini, kita rancang untuk melakukan sebanyak 20 kali pembenihan awan.

“Proses ini perlu dilakukan pada awan yang sesuai dan kebiasanya ialah awan jenis Towering Cumulus, atmosfera yang sesuai dan stabil serta udara lembab yang mempunyai kandungan wap air yang tinggi,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 02:00 PM | Show all posts
sub5zero replied at 17-11-2015 01:09 PM
Biasa la kak.....dah tua2 mmg cpt lupa....amnesia tahap 4 gamaknya, hakak ingat lky pojaan hati ha ...

1. Sbb me sllu nmpk hakak yg gila talak meroyan kt msia
ME? hehehe trend di porem mengunakan ME
So YOU sllu nmpk hakak meroyan kt msia ehhh...tapi jgn lupa yg MENGtag akak sapa kalau bukan YOU

2. Nmpk sgt hakak lps spanking hubby bukak paip terus kluaq ayaq tp tau ke akak cmne atuk lky hakak dpt source ayaq secara immoral?
Laaaa.....spanking pulak
@ifanonline  your tagline.....



3. blh hakak blh bg bukti surat tendang ka, surat talak 3 ka?
YOU nak bukti? maksud nya YOU tergolong orang2 malaysia yg masih belum tahu tentang issue ini lah??
Kalau akak free nanti akak cari bukti nya k.... Tak janji yeeee








Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 02:03 PM | Show all posts
saladin780 replied at 17-11-2015 09:59 AM
hai kak sue..spore ape citer..banjir gak ke?

so far belum ada banjir lagi dik. Tapi musim hujan dah mula.


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 04:52 PM | Show all posts
shah alam dah banjir belom. ?? update sini pls
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 05:44 PM | Show all posts
stania83 replied at 17-11-2015 04:52 PM
shah alam dah banjir belom. ?? update sini pls

Shah Alam kalau banjir pun jgn risau. Tv, radio, semua ada updet berita sentiasa. Maklum lah, kan dlm Selangor tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 6113 Replies : 35
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20214 Replies : 19
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 14036 Replies : 24
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 20477 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44559 Replies : 668
Kisah goreng ayam
budi_jentayuKisah goreng ayam
Views : 26046 Replies : 107
[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon
Views : 459 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367708 Replies : 3565
Maruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube & Seluar Pendek
beggMaruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube
Views : 9502 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039366 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list