CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zira_blackjack

Kisah Seorang Wartawan ( Page 29)

[Copy link]
Post time 28-12-2015 05:27 PM | Show all posts
zira_blackjack replied at 28-12-2015 05:06 PM
@antara

masa dia call tu dia kata ada isu panas pasal gejala sosial budak2 kedah. Tu yang aku ber ...

HAHAHHA....

budak2 nakal lah tu...pedajal kan tt
ingatkan nak cerita pasal mistri2 ke kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2015 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 14 : Ilmu

Moyang aku masa dulu pernah jadi askar. Dari tahun 1945-1970. Time tu lawan komunis.

Sebab Komunis ni suka lepak dekat negeri utara ni. Maka Moyang aku kenalah berpisah dengan Moyang Perempuan aku (MP). Dan Moyang adalah tinggalkan sesuatu untuk jaga anak bini dia. Bukannya kami tak tahu Moyang ada membela tapi semua buat dek je (Itu aku story lain kali).

Sebelum masuk askar. Moyang  adalah berkenalan dengan suatu manusia ni. Nama nya Abdul. Abdul ni orangnya macam berilmu. Moyang pernah story dulu Abdul pernah gurau dengan dia suruh Moyang aku tetak tangan dia. Moyang aku pun tak naklah. Tapi sebab Abdul beria - ria suruh Moyang pun apalagi tetaklah.

Tuan2 dan Puan2 sesunguhnya tak putus tangan si Abdul tu. Mulut Moyang aku pulak ternganga. Terkejut bercampur teruja. Sebab exited Moyang minta Si Abdul ajarkan macam mana Si Abdul ni ada ilmu kebal.

Si Abdul pun ajarlah. Moyang sendiri cerita syarat2 nya dekat aku. Malah Moyang macam berbangga pulak...

1. Kena mandi 7 air terjun
2. Kena mandi limau
3. Kena baca ayat ni
4. Tak boleh bersetubuh dengan mana2 perempuan selama 3 bulan (melanc*p pun tak boleh)
5. Kena stay dalam hutan selama 7 hari
6. Kena tinggalkan ayam hutan warna hitam yang dah mati dalam hutan sebanyak 7 kali.
7. Kena sapu darah ayam hutan sambil baca ayat. Kena sapu pada kening, ubun2, tangan, kaki, dan perut sambil bertempik ayat ini.

Moyang aku dan 3 orang kawan nya betul2 buat semua perkara yang ada di atas. Lepas 3 bulan diorang bertiga betul2 kebal. Tusuklah dengan parang ke keris ke memang  lut. Tembaklah pakai apa pun memang lut. Pendek kata ilmu tu betul2 menjadi.

Lepas dapat ilmu tu Moyang terus mintak Askar. Nyata ilmu tu memang berguna sepanjang moyang jadi askar. Antara kronologi nya adalah.....

#1
Masa ni operasi di jalankan pada pagi Syawal. Menyerang sebuah kubu di Gerik,Perak. Pertempuran bermula. Boleh dikatakan hampir 10 biji das tembakan terkena pada Moyang. Tapi bagai tak lut. Umpama Moyang ada kuasa Hulk. Akhirnya komunis lari. Mereka angkat bendera putih. Dalam pentempuran tu 24 askar komunis mati. Manakala askar hanya 2 orang.

#2
Ketua komunis yang berdendam dengan Moyang telah menyerang ahli keluarga Moyang di rumah. Masa tu Moyang dekat Perak. Diorang datang cuba culik MP dan try nak bunuh anak2 Moyang. Tapi gagal. Tiba2 senapang yang ada dekat rumah Moyang tiba2 terbang dan menembak komunis tu. Nenek aku sendiri mengesahkan kes ni. Semenjak tu komunis tak berani nak serang hendap keluarga Moyang lagi. (Aku sendiri pada mulanya susah nak percaya)

Ada lagi tapi aku dah penat heheheh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
@antara

itulah sabar je aku. Dah lah kedah lak tu. Bila balik terus kena bahan. Last2 story tak dpt. Kena bahan lagi adalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 15 : Pijak Belakang

Sementara aku ingat lagi kisah ni baik aku story dulu........

Okay ni berlaku masa aku darjah 3. Ayah aku suka suruh aku pijak belakang dia dengan Achik. Ayah aku cakap sebab aku kecik lagi jadi kalau pijak tu tak lah sakit sangattttt.

Aku pun pijaklah. Mula2 tak rela pun. Tapi lama2 mula best sebab Ayah bagi duit upah lagi. Tu yany aku happy gilerzzz tu. Lepaslah beli jajan lepastu tayang dekat Along hehehehe.

Suatu petang, macam biasa mestilah pergi main. Kami adik beradik pergi keluar main dengan jiran sebelah. Tinggalah ayah dengan mama dekat rumah...

Ayah aku pulak baru balik kerja. Sebab penat dia pun panggilah aku. Dan aku pun datang lah pijak belakang ayah aku. "Hah pijak dekat situ. Hah atas sikit haahh pandai adik pijak" ayah aku pun mengarah kan aku....

Mama: Abang cakap dengan siapa tu?
Ayah : Dengan Nazirah lah siapa lagi
Mama: Eee abang ni mana ada adik kat rumah. Budak2 tu dah keluar main. Abang ni pun macam tak tahu je petang2 jadual diorang macam mana......

Ayah aku terdiam. Kaku terus. Bila Mama tegur Ayah terus Ayah tak rasa kena pijak dah...

Mama : Yang abang ni muka pucat kenapa?
Ayah : Ehh takde apa2

Bila ayah pikir2 balik baru ayah perasan. Rambut aku pendek macam jantan. Tapi adik yang datang pijak ayah aku tu rambutnya panjang sampai ke bontot.

Siapa pijak belakang ayah? Adakah si dia cuba untuk dapatkan duit belanja macam aku? Semua tu masih kekal jadi misteriiiiiii

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 06:19 PM | Show all posts
zira_blackjack replied at 26-12-2015 05:08 AM
Kisah 11 : Rumah Sewa /2

Semenjak itu hidup kami mula dalam ketakutan. Walaupun Nadia ada mengusu ...

ABIS...siapa yg bagi salam tu???
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 06:27 PM | Show all posts
Best cerita...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2015 08:31 PM | Show all posts
Edited by Tejacuyani at 28-12-2015 08:35 PM
zira_blackjack replied at 28-12-2015 05:55 PM
Kisah 15 : Pijak Belakang

Sementara aku ingat lagi kisah ni baik aku story dulu........

Hahaa... Dia nak caras job TT...
*sya kipas susah mati JC, haruslah merenyam gak menanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya aku rasa aku tengah ada masalah lebih besar sekarang ni. Biarlah kalau mod nak potong pun sebab tak sesuai. Yang aku tahu aku nak share juga.

Semenjak tu aku mula rapat balik dengan Siti. Even sebelum kawin lagi dia dah kenal suami aku. Masa kenduri aku pun dia dtg.

Yang aku runsing kan sekarang ni bila ramai kawan2 aku nampak Siti dengan Suami aku ni selalu jalan2. Anak Siti pun takde. Dan setakat ni aku tak pernah lagi bergaduh dengan suami aku. Aku cuba ignore apa yang diorang cakap. Tapi kalau dah selalu sangat macam mana tu?

Minggu lepas aku pergi Aeon. Memang aku suka shopping dekat Aeon sebab macam teratur sikit. Guess what? I saw my husband with that bitc* Kat Starbucks. Elok je sambil gelak2 lagi. Aku perhati Dari jauh. Hati aku panas. Aku Rasa nak tengking bitch Tu. Tapi aku ada maruah lagi.

That bitch memang tak kenang budi. Lepas dia jatuh aku yang tolong dia. Aku yang rekemankan dia kerja dekat syarikat Tu sampai dia boleh naik pangkat. Aku yang bayarkan sewa rumah dia sampai 6 bulan. Aku yang berhabis beli barang sekolah anak dia. Aku yang bagi duit muka sampai 5 angka untuk dia ambik kereta. Aku yang bayar duit rawatan mak dia masa masuk IJN dulu.

And now that bitch make me like this?? Hahahaha funny.

Dia Cuba nak buat aku macam Ash ke? Dia langsung tak Ingat ke sejarah lalu?

Mentang2 now aku tak keje duduk rumah je dia ingat aku ni apa? Dah serabai? Aku bukan macam suri rumah lain. Aku jaga penampilan aku. Tak macam bitch Tu free hair. Even dah kawin sekali pun. Dulu beria2 mintak maaf dekat aku. Aku bukan nak ungkit tapi sakit hati.

Sampai sekarang aku mula macam senyap dgn suami aku. Bila dia Tanya kenapa aku diam je aku cuma buat bodoh. Aku Tanya dia depan2 dia ada affair ke dengan orang lain? Dan2 kata takkkkkkk ahhhb shit.

Macam tadi dia kata dia on call. Kena pergi hospital. Kebetulan anak aku demam. Pergi hospital try lah pergi Kat unit emergency Tu Tanya kau agak apa MA Tu cakap?

Me : Err encik ada tak Doktor ***** tugas harini ? Sebab dia kata dia on call
MA : Ehh takde puan saya Rasa dia cuti harini
Me : Oh takde ehhh maaf2

Dalam hati aku memang bengang. Hati aku Rasa nak pecah je. Now aku tgh tunggu dia balik. Retak hati aku. Selama ni aku tak pernah curang dengan dia. Bukan takde lelaki nak cuba ngorat aku. Tapi aku buat tak layan je. Dua2 kamjad. Cakap macam Ahmad Maslan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2015 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
@antara

macam apa yang aku tulis tadi. Mak Cik sebelah rumah tu datang tanya kenapa bising2. Aku tipu cakap takde pape. Dah MC tu share yang tiap2 malam dengar ada suara menangis. Mendayu- dayu lak tu. Sebab kami tahu MC ni senanya duduk kampung. Cuma dtg jenguk anak dia aka jiran sebelah rumah. Sebab tak nak MC tu takut dtg umah anak dia so kami pun tipulah ckp tu suara Nadia. Okay sekiannnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehehe thank you @paz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengang aku dengan JC @Tejacuyani
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam ni aku takde mood...
Jangan mengharapkan story dari aku malam ni.
That bitc* really make my day....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca pasal siti dan suami tt, aku plak rasa bengang : :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat pukul 10 mlm tadi baru dia balik. Aku tanya dia awal balik. Dia kata sibuk. Banyak orang jadi kes kecemasan harini. Ramai yang masuk wad. Aku jawab ohhh tapi dalam hati "macam mana kalau abang yang masuk wad?".

Aku bagi dia makan dulu. Bagi dia mandi rilek2 dulu. Kali ni aku lemparkan lagi pasal affair dia tu. Cis tak mengaku!

Sebab aku dah tak tahan sangat2 aku tunjuk gambar dia dengan siti dekat starbuck haritu. Mebulat mata dia. See? That bitch and kamjad really make my day.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang aku betul2 stress. Nak balik kampung takut mak ayah tahu. Apa salah aku?

yes aku pendiam. Tak banyal cakap. Suami aku je yang selalu huha huha. But it doesn't meant aku tak sayang dia. Cuma sikap aku je macam tu. Aku tahu aku lain. Siti tu peramah macan suami aku. Malah kalau aku jemput siti datang rumah pun diorang yang banyak bercakap. Aku pulak diam. Dulu sebelum kawin kata boleh terima aku. But now ? Go to hell that bit*h. Banyak aku korban kan. Sanggup aku berhenti kerja sebab dia. Walhah tu cita2 semenjak kecik. Apa salah aku ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sabar tt sabar.. memang perangai siti tu mcm tu kot.. suka ambik kesempatan.. banyak2 doa k.. laki tt tu cuba buat silent treatment buat masa skrg.. mmg sah2 dia salah kot.. pi layan pmpuan mcm tu buat apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 02:30 AM | Show all posts
sabar tt.. ambillah keputusan yang sebaiknya.... besabar yer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong anjing tersepit.dah lepas dia gigit ko pulak..:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 07:16 AM | Show all posts
kukuKakiKakaKu replied at 28-12-2015 04:59 PM
Yg ko lak dh knape?!lantak tt la nk guna bahasa novel ke ape...sikit2 nk kondem..aku ok jer baca r ...

eh aku pya suke la nk ckp ape pon...
aku jentik bijik/telor ke
ko plak sentap cam hansuangg

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang aku ni pendiam giler. Bercakap pasal hal penting je. Tapi it doesn't mean aku tak sayang dia. Kalau aku tak sayang dia memanglah aku tak nak kawin dengan dia. Pagi tadi dia kata nak pergi kerja. Au walau sakit hati aku tahu lagi posisi aku. So aku akan hormat dia. Dia macam try nak pujuk aku. Tapi like aku pernah cakap sebelum ni sekali orang tipu aku. Aku tak kan percaya kat orang tu lagi.

That bitc* lak elok aku bagi kepercayaan kat dia boleh pulak dia buat aku macam ni. Khairul dulu pernah cari aku. Try nak ngorat aku. Haram aku layan tak ingin aku. Aku betul2 tak faham masalah siti ni. Dia jeles dengan aku ke sebab family aku happy? Aku btul2 stress. Suami aku pulak kata malam ni jom dinner. Aku pun angguk je la. Pening kepala aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.092441 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list