Hayati ini aku bentangkan satu cerita
Kisah manusia insan sejagat punya alkisah
Pelbagai ragam kerana hidup pura-pura
Bagaikan tiada ketulusan kejarkan kemajuan
Siapalah antara kita sanggup membela
Perbalahan penipuan atas kebenaran
Memohon simpati tagih janji bukakan mata hati
Pada wajah-wajah seiringan haluan perjalanan ini
Oh... oh... sukarnya aku mengerti
Hidup penuh ranjau duri
Pilu rasa di hati
Oh... oh... bilakah datang menjelma
Penawar kedamaian ini
Pasti ia muncul kembali
Walau ada saki baki yang kurang senang hati
Harus diteruskan dengan semangat cekal di hati
Usah disangsi jalan yang bakal engkau lalui
Mungkin ada benarnya di sebalik kesilapan