|
|
Kisah-kisah seram di hotel (Dalam dan Luar Negara)
[Copy link]
|
|
|
tak pasti pernah cerita kat sini atau tak...
apartment desa** dekat lumut...
apartment ni asalnya bangunan tinggal tapi diperbaharui setelah 5 tahun kut terbengkalai...
apartment ni betui mengadap sg dinding jadi keliling dia hutan bakau je...
petang tu group kami buat bbq ada laa dlm 20-30 org kut kat kawasan lapang tepi sg dinding tu...lebih kurang family day laa...buat bbq pun dlm jam 6 petang...dlm kul 7 baru makan makan gitu...
masa duk ramai-ramai tu biasa la duk snap gambar waktu senja senja tu...tgh duk snap tu salah sorang kameraman duk review gamba dia ambik ada mcm satu kabus duduk mengadap kereta sorong anak kecil dia...mmg jelas gambar kabus tu mcm org berselubung je...org yg ada anak2 kecil tak tunggu lama dah terus abes blah bawak anak bini tinggal geng2 hero je ngabehkan majles bbq
malangnya gambo tu nak ditransfer kan melalui card reader tak boleh...kena format compact flash card tu
kmdn mlm tu pulak ada kes lagi tapi akak ipar aku yg kena...kami tinggal apartment tingkat 4 no bilik lupa pulak...dlm apartment tu ada 3 bilik...aku duk satu bilik dan abg aku ngan family dia duk satu bilik lagi...bilik ujung sekali mengadap sg dinding...blk aku pulak paling dekat ngan pintu masuk...apartment sebelah pulak ada family kawan abg aku
mlm tu xtvt org laki biasa laa keluor mlm dah kat lumut tu memancing laa...sampai laa pukul 2-3 pagi...
aku balik dgn kawan abg aku sbb sakit perut dlm kul 2 laa..buka pintu ok jer takde apa-apa...kmdn layan tv mata tak ngantuk sampai laa abg aku balik dlm 2.30...dlm kul 3 siaran tv pun mcm ampeh je baru layan tido...takde la apa menda misteri yg berlaku kat aku tapi berlaku kat akak ipar aku
esoknya masa duk sarapan akak ipar citer dlm kul 1 pagi ada bunyi org buka pintu ngan gril apartment tu...mmg pintu tu kuat bunyinya sbb terhempas ke dinding...dia kata byk kali pintu tu terbuka tertutup...dia dah mengeletar katanya tak berani nak bergerak ke mana nak capai henpun kat meja tak sanggup katanya
tapi masa aku balik pukul 2 tu masa duduk dlm bilik aku takde apa terjadi pulak..senyap je pintu sampai abg aku balik
lepas tu dlm kul 4 pagi akak ipar aku kata ada bunyi pintu dia di ketuk dari luar banyak kali...abg aku tak sedar pun biasa la tido mati...duk la akak ipar aku mengeletar ketakutan
aku tido solo takde apa pelik berlaku sampai laa ke pagi
kmdn masa nak serah kunci bilik tu akak ipar aku bukak laa citer ngan kekawan lain...bunyi pintu ngan gril terbuka tu mmg di sahkan org apartment sebelah sbb dia pun dengar bunyi dentum tu byk kali
masa nak serah kunci abg aku tanya la dekat tokey tu pasal menda duk ganggu...tokey tu duk senggih senggih je
lepas ni takde laa dah nak park kat situ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kawe pun nak share citer...
Dlm. bulan 8 thn. lepas la..kawe dan family gi ler Penang sebab adik konvo kat USM sana. kami sewa apptment kat tanjung bungah (appt company). masa booked dah minta nak ting.1 satu sebab mak sakit lutut so tak leh naik tangga tinggi(appt tu 3 tingkat-x da lift). kami duk 3 hari 2 malam.
Masa first night thg malam, aku terdengar cam ada orang main-main ngan plastik, kawe ingatkan kwn adk tgh berkemas sebab pagi esok dia dah nak balik trengganu. kawe pun buat tak tahu la...lama jugak la..kejap dengar kejap tak...aiikkkk..kawe dah rasa lain dah..tapi buat bodo jer ler.tdur jer sebab penat dok dlm dewan ptg. tu.
Malam kedua...jeng...jeng...jeng...disebabkan mak kawe tak leh tidur dlm aircond dia pun ajak la adik kawe yg. pertama teman kan dia tidur kat ruang tamu (kwn adik dah balik doh). dlm kul 1 pagi adik kawe yg. pertama cal h/p kawe..pelik gak awat tepon mlm2. dia kata masuk bilik jap..kawe ngan muka mamai buka pintu, tgk kat ruang tamu x da mak ngan adik...terus masuk bilik lagi satu. kawe tgk. adik kawe 2 orang dan mak muka pucat lesi..
adik yg pertama.."akak ada dengar tak?aku tanya dengar apa?
dia kata 'tuuuuuu...ada dengar tak? kawe diam sambil pasang telinga..tapi x dengar apa2. Dia kata ada org ketuk dinding. dlm hati..apa ka jadah tgh. mlm ketuk diding bilik orang ni? marah la kawe..masa tu aku tak terpikir apa2 lagi...kawe pun malas nak fikir lagi, terus ajak diorang tidur satu bilik ngan aku, hubby dan anak. dlm keheningan mlm tu, kawe terdengar cam ada orang buka pintu almari..berulang2..bunyi cam "krekkkkk...krek..."'takut la jugak..hubby kata buat tak tahu jer ler. last2 kami tidur dampai ker pagi esok..
pagi esok masa berkemas2 nak balik, mak citer, sebelum terlelap dia ada dengar bunyi kat syiling--bunyi cam ayam berjalan atas zink. mula2 slow jer, pas tu makin lama makin kuat dan kerap. mak kejutkan adik suruh dengar, tapi adik tak dengar. depa diam jer..pas tu adik dengar org. gegarkan slding door..kuat sangat.terpikir lak sapa nak gegarkan slding door mlm2 buta. pastu tinggi lak tu walaupun kami kat tingkat 1. mana leh panjat. last2 depa masuk tidur kat bilik. kat bilik masa tu ada adik yg no.2(yg konvo).dia pun x dengar apa2.tapi bila mak citer..lepas tu baru dia dengar org. ketuk dinding.(bilik kami bersebelahan ngan tangga). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
-sambungan--
masa dengar tu la, yg adik kawe cal kawe mlm tu. tp kawe x da dengar mcm yg adik dan mak kawe dengar. adik kawe yg pertama sebenarnya dah dengar pada 1st night lagi. sebelum tidur dia dengar cam kawe dengar..bunyi org main plastik.dan bunyi bising. sebab dia penat sgt drive dia x layan ler..tidur jer.
pada mlm kedua tu juga..dlm kul 11pm..lepas balik makan kami balik terus apptment.11.30 mlm, hubby kata nak kuar beli rokok. dia citer masa dia kuar pintu nak turun tangga, dia nampak ada lembaga berambut panjang dan pakai baju putih duk mengadap memandang ke arah dia..tp. lembaga tu kat appt sebelah lagi. tp nampak la sebab aappt. yg kami duk tu dekat sesangat ngan appt. lain. tapi hubby buat tak tahu la.
malm tu juga lepas kami tidur dlm satu bilik, adik ada dengar bunyi, pintu dibuka dan ditutup berulang-ulang
masa nak check out.kawe tanya la kat kakak receptionist tu,..bilik ni ada benda ke'? dia tanya kenapa?(sambil menjeling kawan dia yg sorang lagi-seolah2 ada sesuatu yg depa tau) kawe cakap ler..semalam 'benda' tu bergurau senda ngan kami tgh malam...
dia kata tak tahu la....
mmmmm....seram kawe bila memikirkanyaaaa... 
[ Last edited by kancilku at 13-2-2009 11:01 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
me ni kalau stay2 kat mane2 hotel msti trdgr bunyi guli, org alihkan perabot ngan bam2 bola...
mula2 tu ignore je tapi lame2 mcm ade something wrong somewhere....
stakat ni dgr mase stay kat Cameron ngan Apt Sri Sayang, Batu Feringghi.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu kat Ria Apt, Genting Highland |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1586 ibu_haritz's post
sebut pasal apt ria tu membe aku ada pegi aritu.
dia dok kejap je, pastu cek-out & cari jugak kat 1st world.
aku tnya dia knapa kluar, dia kata tak brani dok situ. dh la pegi berdua je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by selipar_hijau at 13-2-2009 03:56 PM 
sebut pasal apt ria tu membe aku ada pegi aritu.
dia dok kejap je, pastu cek-out & cari jugak kat 1st world.
aku tnya dia knapa kluar, dia kata tak brani dok situ. dh la pegi berdua je.
kat apt ria tu seram la uols...
kitaorg 4 org.. kat dlm rumah tu ade 2 bilik...
dapur dia pun ala2 angker...
mlm tu hujan lbat ngan angin kuat...
sejuk ya amat mklumlah kat atas bukit...
seram sejuk gak..semua pompuan...
me ngan member dok satu bilik..
member yg 2 org lain bilik sblah..
sbb dah ngantuk sgt me tdo mati..
esoknyer mmber bilik sblah bgtau ade org ktuk pntu dpan..
salah sorng tu berani dia gi tgk kat lubang kecik yg kat pntu tapi tak de org...
me dah kecut ngan ketar lutut..
nasiblah check in 1 mlm jer...
lps tu tobat nak stay kat situ lagi...kalau gi genting tgk dari jauh jer apt ria ni...suram jer... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1554 zaery01's post
hotel tu dkt MRR2? heh.. confirm hotel flamingo nih aku pnh stay kat hotel tu 1 mlm. selak je langsir.. kat dpn tu flyover MRR2. hotel tu mcm pelik sket laa.. tp hurm..takde plak yg mengganggu ke apa ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas nih tak tau la aku brani ke dak tido kat hotel....:
few years back, opis ader wat family day kat Glory Beach PD..
apartment aku ada 2 bilik..tingkat2 atas jugak la..
committee tanya nak share2 ke nak privacy...
of course la nak privacy kann...
malam tu ada BBQ n karaoke...
punyale aku takut kena soh nyanyi..sanggup aku stay kat bilik ngan my son (2 yrs)
hubby n doter je turun...
dekat2 nak midnite jugak baru hubby balik...
time tu mmg tak terpikir pun momok2 nih...
naseb baik takde gangguan..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini kena kat my mum...Apartment Marina kat Port Dickson..+ lif bodoh dia tu..
Pembuka cerita: (Lif bodoh)
Lif dia ni, kalau korang nak naik ke atas, dari tingkat 1, korang kena hold button lif tu lama2 supaya lif kat atas akan turun kat bawah.Kalau tak hold, ditakdirkan ada orang tekan button kat tingkat lain, lif tu akan berhenti kat lif yang orang tekan button je, pastu dia dah tak nak turun ke tingkat satu until korang tekan lagi..dan hold. Aku rasa macam bodoh sangat sistem dia..sistem dia macam sistem berebut lif antara tingkat. Pastu lif tu, MESTI akan terbuka kat tingkat 2 before of after dia naik dari tingkat satu atau turun dari tingkat atas. Aku tak tahu la sebab hantu ke apa...tapi memang lift system dia silly.
Mak aku kena kacau:
So, malam tu kami baru balik makan malam kat Seafood Restaurant dekat dengan Bade Bade Bundle, if I am not mistaken. So, as usual, kami nak naik la ke tingkat 13 which is apartment kami kat situ. Lif ni, kalau nak p tingkat 13 dari tingkat satu, kena hold button tingkat 14. Dari tingkat 1, abang aku hold la button tu untuk panggil lif turun.Bila lif dah turun ke tingkat satu, kami naik dan hold button tingkat 14.. dalam perjalanan nak naik atas tu, tetiba ada orang tekan button di tingkat dua, abang aku pula terlepas hold button tingkat 14, terus lif tu turun balik ke tingkat 2. Punya la bengang.
Bila sampai tingkat 2, lif tu terbuka, but tak ada orang, so kami ni pulak leh lak main2 cakap: Meh la masuk, ada ruang kosong jangan la main2 (kira macam suruh 'orang' tu masuk la, padahal bukan dengan niat pun) once tutup je, terus abang aku hold button tingkat 14 bagi mengelakkan berebut lif lagi..but pada masa tu, ada 'orang' tekan button kat tingkat 15, so, kami kalah lagi dan lif tu terus naik ke tingkat 14, bila sampai tingkat 14, kami keluar la (after decided nak pakai tangga lak coz dah malas nak beradu lif), but waktu tu tak ada orang pun kat level. In fact, tak ada orang pun duduk kat situ. Waktu tu kami dah rasa lain dah.Ayah aku kata, bila dia keluar lif, dia dengar ada suara budak kecil ketawa.
Kami pun berlari lah dengan tangga untuk ke tingkat bawah. Dan cepat2 masuk ke dalam apartment. Dalam apartment tu, aku rasa lemah sangat badan. Maybe sebab aku punya badan ni allergic dengan ajinamoto yang diorang letak dalam seafood tu kot. Jadi, aku masuk dalam bilik dan tido.But, I left the lamp in the room SWITCHED ON..
My mum malam tu yang macam lemah semangat sket. Asyik2 cakap dia rasa seram. Even waktu dia jenguk2 kat luar kat balkoni pun dia rasa cam lain and meremang bulu roma dia, kata dia.
Hantu part:
Malam tu my mum tido la satu bilik dengan my dad. My mum mimpi ada sorang budak kecil cantik sangat, dia tido di antara mak aku dengan my dad. Baby tu nangis je..So, my mum, antara sedar tak sedar, dia pergi dapur dan ambilkan air untuk that baby la..mak aku kata dia pun tak pasti sama ada dia dia buat tu mimpi ke tak.Bila dia masuk dalam bilik semula, dia kata baby tu dah hilang. Tapi dia rasa dada dia sesak dan dia meraung-raung minta tolong.
Ayah aku waktu tu tahu mak aku meronta-ronta tak ganas minta tolong, but he thought that my mum was dreaming, so dia just mcm tepuk2 sket...mak aku lak waktu tu rasa ada orang tepuk kaki dia, padahal my dad tak tepuk pun kaki my mum. Terus my mum terbangun tak leh tido.
My dad lak kata, sebelum tido, dia rasa seram sangat kat toilet...so dia fikir hantu tu datang dari toilet...so diorang check la kat toilet, mana tahu ada lubang2 misteri ke..tapi tak ada.
Conclusion:
I guess, budak hantu tu adalah budak yang main2 dengan kitorang kat lif. Yang kitaorang invite dia masuk waktu kat tingkat dua..heheheh.. Amik ko!!...Invite punya invite, sampai kat katil nak tido pun dia ikut.
Aku pula silap..aku patutnya mainkan ayat Ruqyah Syariah yang ada dalam my phone before kitaorang nak tido, sebelum balik dari kedai makan tu..at least, hantu tu dah siap kena halau.Tapi, ditakdirkan aku tak ingat and malam tu aku rasa lemah dan tidur dulu...Aku tidur dengan nyenyaknya tanpa gangguan. Alhamdulillah.
[ Last edited by eastrun at 14-2-2009 03:26 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1577 havovasta\ catat
heh. OBML tu... kalau nasib dapat kat dorm Kinabalu tu, semua mamat2 macho pakat heret tilam tidur atas lantai, kes kena kacau beramai-ramai tuh... siap main "cak!!!" lagi kat tingkap...
seram... tapi nak tergelak pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pon nk stori gak la...
thn bile x igt dah...aku ada kena hadiri adik ipar aku kawin kt pahang..mmg ada disediakan umah untuk kitaorg stay...tp memandangkan dh sesak...last minit aku ngan hubby kena cari hotel...
asyikla penuh..jenuh dok cari tgh2 mlm...last2 dpt la gak...aku x igt la pe nama hotel tu...time tu dh 2...3 pagi la kkot...nasib ada kosong...
ms masuk jek bilik ok lg...xde menda yg menganker kan aku...tp tu la aku x dpt tido...hubby ngan anak siap dengkur lg...
dh lama lps tu aku ada dgr drp bilik atas pya la bising...aku dgr mcm org dok tolak besen penuh dgn air...dok ulang alik...peliknya la org ni tgh2 mlm dok seret2 besen..ilang akal per...
tp aku mmg syak bkn org la tu..pephm je la sapa..
mmg bising...ssh btl la aku nk tido...mmg penat...tp mata x leh gak tutup...kul baper ntah br leh tido...
bila nk cek out soknya br aku pasan bilik yg aku stay adalah yg paling ujong skali... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1593 zyrin's post
|
aku pun pernah pi OBML tu..dapat dorm yg tinggi tu..kat belakang tu ada pagar dan jalan..so far takde lah pulak kena kacau.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman aku lak...ni bkn kena kacau just nak share la coz tpt yg aku g ni dikatakan keras gak...
resort ni kat pd...diaorg ni promote joint ownership scheme...so nak la g nengok apa bendanya tu ... sebelum ni aku tau dah tpt tu angker...tu pun baca kat cari ni gak ...dlm thread ni la gak rasanya ....
masa tgk unit yg 2 bilik tu ok jer...cuma yg peliknya bila aku di bawa nak nengok unit yg 3 bilik tu...org yg bawak aku tu ketuk pintu sebelum masuk unit tu ...so aku sesaje je nanye...
>kenapa ketuk kak?
>manala tau kot2 ada org kat dlm..kena la ketuk?
>org? uiks..ada org ke..knp kak bawak kitaorg tgk unit yg ada org ke org lain ni?
>x la mana tau kot2 ada org kat dlm ni...yg kemas bilik ke apa ker...
so dr situ...aku mendapat pengesahan yg unit tu mmg angker...emm bila masuk dm pun dah rasa lain....suram jer ...pastu kat lobi pun aku rasa sejuk semacam...apa taknya lobinya tu open air takde aircon x de kipas ...waktu tu angin mmg la kuat tp sejuk yg aku rasa mcm ada pasang aircon lak... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harap blh le sesapa updatekan senarai hotel yg berhantu...
dah nak cuti skolah ni. tentu ramai yg plan nk stay kat mana2 hotel |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan thread ni pasal hantu all over the world..bleyla aku citer pengalaman seram aku ni Denmark ek?
lokasi: DENMARK
hotel : SCANDIC COPENHAGEN HOTEL
AKU gi denmark sebab ada job training..sensorang la..
malam pertama sampai ke malam ke 5 aku ok lagi..musim sejuk..so tidur pon sedapla..tambahan pulak winter time..malam lagi panjang dari siang..membutaa aje la keje aku..tidur pukul 7pm sampailaaaa pukul 7am haa...
masa malam ke-6..aku tak nak tidur awal..aku berporem je la dalam Cari ni live dari Denmark..
sampai kul12 malam aku dah mengantok gile babas..
aku gi mandi (hot shower--bestttt) then tidurr..
aku tidur rilek2 je la...selimut tutup badan je...then lampu aku bukak lampu bilik air..(terbawak2 perangai penakut tu ke Denmark )
aku rasa aku dah nyenyak tidur...tengah sedap-sedap tidur tu...aku rasa ada orang naik atas tilam dan menyerkup muka aku dengan selimut..
aku ingat aku bermimpi..tapi makin lama makin kejap pulak pekupan selimut tu ke muka aku..
waktu tu aku dah betul2 sedar (bukan mamai2 lagi dah)..aku terus freak out..aku mati-mati ingat ada orang asing ke..psikopath ke ..ceroboh masuk bilik aku..nak bunuh aku..
so aku bingkas bangun dan tolak selimut from muka aku..
aikk....
takde sesapa pun lam bilik aku...
aku macam kebingungan sikit...
aku jenguk pintu..berkunci..tv aku still on (memang sengaja on)..lampu on ok..bilik tak berterabur ..
aku beranikan diri jenguk bawah katil..xde sapa jugak..
lepas tu aku pun bukakla lampu 1 bilik...
dan tidurrr...
maka terang benderangla bilik aku malam tu..
lepas tu ada lagiiii...
dalam pukul 3 am aku kena lagi skali...
kali ni dasyat sikit..
'dia' tarik selimut aku turun bawah katil..
kan aku tidur pejam mata kan..aku terasa selimut aku meleret turun from badan...aku tarik sebab ingat graviti..
tapi boleh pulak dia tarik balik...
last2 aku rentap dan kata 'HEISYYY!!!"...
pastu aku tido balik..
dan nyenyak sampai ke pagi...
aku tak terasa takut sangat la sebab aku selalu pikir antu kat oversea (bukan kat malaysia) tidakla menakutkan sangat..
aku takot cik Pon Malaysia je.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1598 missayeen's post
Kelakarnya...siap boleh main tarik2 selimut dengan hantu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1598 missayeen\ catat
Eee.... tatutnya. Tapi kelakar tuh... ko takut Cik Pon jek. Mana tau, Cik Pon pun dah pandai naik kapalterbang tau... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|