|
Obses beg tangan Bali
Utusan Malaysia (19/8/2008: Sadatul Mahiran Rosli)
Obses kepada beg tangan membuatkan dua wanita muda yang berbiras ini, Arni Baizura Tun Biyajid Athani, 29 dan Rica Apriani Kurnadi, 24, menceburi bidang perniagaan beg buatan tangan daripada bahan semula jadi.
Semuanya bermula apabila Rica dan Arni pergi berbulan madu bersama suami masing-masing di Bali dan melihat beg- beg yang diperbuat daripada tumbuhan semula jadi seperti agel, pandan, rotan, jut dan mengkuang begitu laris dijual terutamanya di kalangan pelancong.
揔ami juga tidak ketinggalan membelinya, hampir 20 buah semuanya untuk kegunaan sendiri kerana kami berdua sememangnya obses kepada beg tangan. Mana sahaja yang cantik pasti dicapai, sampai tidak menduga hampir 20 beg telah dibeli.
揃ermula dari situ, kami berdua sering berulang alik dari Kuala Lumpur dan Bali bagi mencari pengilang yang membuat beg ini kerana kami melihat ia merupakan peluang yang perlu direbut bagi memasarkan beg-beg sedemikian di Malaysia.
揝etelah mengadakan rundingan dengan pihak pengilang di Bali, kami mula mereka beg-beg itu mengikut kesukaan kami dan disesuaikan dengan cita rasa rakyat di sini. Pelbagai rekaan telah dibuat dan alhamdullilah semuanya diterima di pasaran sini,拻 kata Arni yang juga graduan kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Teknologi Mara.
Menurut Rica, pasar Ramadan tahun lalu merupakan detik permulaan bagi perniagaan mereka.
揝ambutan yang menggalakkan itulah yang menyebabkan kami mencari premis tetap yang ada sekarang iaitu di Arked Rimbun, Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk memasarkan barangan kami.
揇engan menggunakan jenama sendiri iaitu Arica iaitu gabungan Arni dan Rica, kami membuat rekaan demi rekaan terbaru setiap tiga bulan sekali. Oleh itu, jika seseorang pelanggan itu datang tiga bulan kemudian untuk mendapatkan beg yang dijual, pasti tidak akan dapat kerana kami sentiasa memasarkan trend terbaru.
揝ebenarnya beg buatan tangan daripada bahan semula jadi ini telah lama dipasarkan di luar negara tetapi di Malaysia, agak kurang kerana masih ramai yang tidak menghargai beg sebegini berbanding beg kulit berjenama,拻 ujar anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Tambah Arni, adalah salah menyatakan beg ini tidak tahan lasak kerana bahan yang digunakan seperti agel memang dikenali sebagai bahan yang tahan lasak daripada air dan panas kerana ia adalah tumbuhan tasik yang terdedah kepada air dan matahari.
Begitu juga dengan bahan-bahan seperti pandan, mengkuang dan rotan yang terkenal dengan kekuatan dan kelasakannya.
揃ahan-bahan ini kebanyakannya dibiarkan sebetul-betul kering, menjalani proses mewarna, ditenun dan dijahit. Saya jamin kualiti beg-beg Arica ini adalah daripada gred A. Ini kerana kami sentiasa mengadakan pemantauan ke atas pembuatan beg-beg ini.
揗alah proses pembuatan seperti menenun dan menjahit dilakukan oleh pekerja yang mahir dan tekun. Dalam masa sehari walaupun pembuatannya rumit tetapi bilangan produk yang siap sungguh membanggakan,拻 kata Arni yang pernah menjadi guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di ibu kota.
Kata Rica, cabaran yang mereka hadapi ialah untuk menyakinkan pelanggan bahawa beg Arica sememangnya bermutu tinggi kerana masih ada stigma di kalangan masyarakat kita, bahan-bahan semula jadi umpama bahan terbuang yang tidak berkualiti untuk dijadikan kraf tangan, sedangkan di luar negara, produk sebeginilah yang dicari.
揚remis kami dibuka dari 10 pagi hingga 8.30 malam,拻 jelas isteri kepada Fadilah Rasul.
Hanya bermodalkan RM60,000 hasil sumbangan ahli keluarga, Arni dan Rica bercadang untuk membuka kios-kios Arica di pusat membeli-belah dan mencari pengedar di seluruh Malaysia bagi memasarkan produk Arica.
[ Last edited by anakencana at 20-8-2008 12:27 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wak, terima kasih..pnjang lebar explanationnyer...membuat ku teruja utk booking novotel ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1561 Paradox11's post
ada apa yg menarik di bali? paling berminat dgn jelajah area pedalaman (not really into beach) untuk tengok cara hidup dan budaya penduduk bali. meaning am more interested in culture dia. bali ada kawasan pergunungan tak?
aisyehh...bergantung pada minat yg empunya badan.. ader suker tropical lifestyle katanyer..ader pulak yg suker ngan suasana nyaman & laidback esp di daerah tradisi seni Ubud. Kalo gi day trip ke Kintamani-Gunung Batur pon ader view yg menarik..very peaceful and beautiful place:flower:
|
|
|
|
|
|
|
|
--delete--
[ Last edited by anakencana at 22-8-2008 09:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Lukisan Bali - 2
Sudah sejak sekian lama Ubud dikenal sebagai daerah seni & budaya termasuk lukisan. Sejak era para pelukis tradisional, hingga ke zamam seniman Erpoah Arie Smith, Antonio Blanco, yang katanyer hanya mau menetap cuma 3 bulan saja di Ubud..tapi hingga akhir hayatnya tak pernah pulang ke negara asalnya...
..foto2 lukisan kat bawah nie merupakan koleksi lukisan "Important South East Asian Painting"... yg dilelong oleh Sotheby's Singapore (the sale will be conducted in singapore dollars)..:flower: :flower:
'Young Beauty'...lukisan pelukis Siew Hock Meng (1996).. pastel on paper (SD$8,000-9,000)
''Potrait of Young Girl'...lukisan pelukis Rustimadji (1977).. oil on canvas (SD$3,000-4,000)
'Goa Lawah Bali' ...lukisan pelukis Ong Kim Seng.. (size: 42 3/4 by 62 in).. watercolour on paper (SD$25,000-35,000)
'Sembahjang'... lukisan pelukis Omar Y.H... oil on canvas (SD$7,000-9,000)
[ Last edited by anakencana at 22-8-2008 11:28 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1565 anakencana's post
terima kasih atas info tu. mmg lebih berminat utk melihat cara hidup org kampung di bali dan juga bercuti di area pergunungan berbanding dgn beach. |
|
|
|
|
|
|
|
best............. |
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 dapatkan tiket gi bali..airasia ada tiket free...jom ramai2 gi bali |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1574 haisanor's post
Best,...
he,he
A bit of culture,nightlife,beach and such.
Murah pun murah gak.
Kalau jalan2 kat Ubud rasa rileks je,...Kalau kat Poppies rasa cam backpacker,....kalau kat Kuta Beach leh tengok orang surfing,.....and also rich in culture...macam Pura yang ada merata2 ( most famous being Uluwatu and Tanah Lot)
Orang2 kat sana pun friendly,....
I think its a bit of everything for everyone.
Insyaalah kalau ada rezeki nak pergi lagi end of the year. |
|
|
|
|
|
|
|
wa dah dapat tiket pree ke Bali next year....muahahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1578 Acun's post
Mmg Bbaloi ko dpt .... Ingat nk pi lg nxt yr tp xleh sbb dh bookin Hanoi in Feb n mukin nk pi Perth lg
Bali mmg BEST .... |
|
|
|
|
|
|
|
bali mmg best....
nice view.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|