CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyridz

Artis Wanita yang cuba menggoda kekasih Fasha Sandha dan Almy Nadia

   Close [Copy link]
Post time 13-6-2010 05:03 PM | Show all posts
berapa fasha bayar upah kat ko untuk bela dia.....@pun:-
1) sama ada ko ni mmg fasha
2) sama ada ko ni mmg die hard.....giler2 kat fasha smpai snggup di perbodohkan di sini....
3) @pun ko ni adik beradik or sedara2 fsha(ye la kan....cubit paha kanan..paha kiri terasa)  
4) sama ada ko ni ....korang tambah la sendiri...........
shanani Post at 13-6-2010 16:28



aku pilih no.1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2010 05:07 PM | Show all posts
Reply 1581# ruffleen

haish... ko ni kan fs kan bz shooting... takde masa la nak bela diri kat cni. menurut TT nnt ada drama fs ni kat tv...
apa tu, crita dugong something2 ngan ntah apa lgi.
kuikuikui.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 05:11 PM | Show all posts
Reply  ruffleen

haish... ko ni kan fs kan bz shooting... takde masa la nak bela diri kat cni. menurut TT nnt ada drama fs ni kat tv...
apa tu, crita dugong something2 ngan ntah apa lgi.
kuikuikui.
hijau88 Post at 13-6-2010 17:07



busy la sgt? clubbing bagaii ada masa pulak

cite dugong? ehehe mintak mahap le, aku x berapa minat menengok cite melayu

aku suka cite cina, tamil, korea jepun, omputeh dan sebagainya

asalkan bukan cite melayu lebih2 lagi slot lagenda yg merepek tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 05:16 PM | Show all posts
hehehh mcm mcm skg ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 05:26 PM | Show all posts
rasakan ko fasha..roda sudah berputar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 05:28 PM | Show all posts
Reply  Tirana.

itu la... tetibe je nak mengata forummer lain.
ckp tak serupa bikin. ...
hijau88 Post at 13-6-2010 16:59



Buat TT " jika kita rasa kita pandai jangan ingat orang lain bodoh " Itu saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2010 05:47 PM | Show all posts
what goes around comes around..
dulu ko kebas laki org kan..skrg rasala plak org nk kebas bf ko..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 05:54 PM | Show all posts
alahai mak hai..hhhehehe nan huduh..tul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2010 07:08 PM | Show all posts
Tiz tak gaduh
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN dan MURSHID EUNOS


2010/06/13




"Biarpun sedar gosip dan artis tidak dapat dipisahkan, cerita ini menjejaskan imej saya" >Tiz Zaqyah






KUALA LUMPUR: “Saya tak ada masa untuk goda atau cuba rampas kekasih orang,” kata dramatis popular, Tiz Zaqyah mengulas dakwaan dia adalah individu yang dimaksudkan cuba menggoda kekasih Fasha Sandha dalam laman sosial, Twitter, Rabu lalu.




Katanya, tiada apa perlu diperbesarkan kerana dia tidak pernah bergaduh dengan Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan.

“Kami berhubung melalui telefon baru-baru ini dan mesra seperti selalu. Kalau ada yang tak kena pasti dibangkitkan dalam perbualan, tetapi dia okay saja. Saya hairan macam mana boleh timbul cerita kami bergaduh.


“Saya tahu perkara ini daripada kiriman SMS peminat. Saya hanya ketawa kerana ia tidak betul. Macam mana saya boleh goda teman lelaki orang, dakwaan itu mengarut.

“Semua kawan saya tahu cerita sebenar. Kalaupun keluar lepak, mesti beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi.

Kontroversi terbaru membabitkan pelakon yang terkenal dengan imej baik dalam drama popular Nur Kasih itu timbul apabila Fasha meluahkan hatinya dalam laman sosial itu.

“Hari yang indah. My love just made a confession ths morning (kekasihku ada membuat pengakuan pagi ini). Eventhough its was ‘lil hurt, but I can forgive him (walaupun ia melukakan hati, tapi saya boleh maafkannya).

“The best part was, perempuan tu called my love at 4am. I found out about it last month and I asked her (bahagian paling bagus, perempuan tu hubungi kekasihku jam 4 pagi. Saya mengetahuinya bulan lalu dan bertanyakannya).

“Then perempuan tu bagi alasan to me that she called on behalf of someone else (perempuan tu bagi alasan dia telefon bagi pihak orang lain).

“Finally my love told me the truth, that she called to ajak lepak with her in Subang (akhirnya kekasihku memberitahu cerita sebenar, dia hubungi untuk ajak lepak dengannya di Subang).

“To that lady, u better watch out, don’t mess with me ya (kepada perempuan tu, jaga-jaga, jangan main-main dengan saya). I got all the prove in the world (saya ada bukti).

“Dulu you dah call bf Almy Nadia pukul 3 pagi, dan semua orang production tahu (dulu awak hubungi teman lelaki Almy Nadia jam 3 pagi, semua orang produksi tahu). Jangan sampai aku and Almy reveal everything (dedahkan semuanya!)” kata Fasha yang memadam kenyataan ini dalam laman sosial itu.

Ditanya pendapatnya mengenai Fasha sepanjang perkenalan mereka, Tiz berkata, pelakon cantik itu rakan yang baik dan dia tiada masalah menyesuaikan diri meskipun Fasha sudah lama dalam industri sedangkan dia baru bertapak.

Bahkan kata Tiz, dia melayan Fasha sama seperti teman lain. Tidak pernah dia prejudis andai persahabatan dihulurkan dan kerana itu dia kecewa apabila timbul cerita kurang enak yang memburukkan namanya.

“Saya kini sibuk dengan pra produksi Filem Nurkasih dan hanya mendengar cerita dari pihak ketiga. Saya akan hubungi Fasha untuk bertanya hal sebenar.

“Biarpun sedar gosip dan artis tidak dapat dipisahkan, cerita ini menjejaskan imej saya. Pembabitan saya dalam bidang ini bukan kerana mahu mencari kekasih tetapi kecintaan terhadap dunia lakonan.

“Ini bukan masa untuk bercinta kerana karier saya baru bermula. Fokus saya hanya pada kerjaya, yang lain ketepikan dulu,” kata Tiz yang namanya mengenai isu itu dikaitkan dalam sebuah laman web hiburan tanah air.



sumber: Metro Ahad
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:11 PM | Show all posts
>Fasha dakwa dua kali artis sama cuba ganggu
2010/06/13



KUALA LUMPUR: “Laman sosial Twitter saya iaitu @NurFashaSandha adalah ruangan buat peminat dan sahabat saya. Justeru saya berhak meluahkan apa saja yang saya rasa atau pengalaman yang dilalui setiap hari,” kata Fasha.
“Saya terpanggil untuk meluahkan apa yang saya rasa di dalam Twitter kerana dua kali cerita membabitkan dramatis itu cuba mengganggu hubungan saya terpampang dalam ruangan pojok surat khabar. Ramai peminat dan teman bertanya perkara itu melalui laman Twitter saya.

“Sebenarnya cerita itu berlaku tiga bulan lalu yang mana dramatis dimaksudkan cuba mengganggu seorang teman yang saya sifatkan sebagai istimewa dalam hidup saya. Bagaimanapun saya memaafkan apa yang terjadi dan terus-terang saya ingin melupakan apa yang berlaku.

“Justeru saya tidak mahu mengulas panjang perkara itu,” katanya yang mendakwa individu terbabit menggoda teman lelakinya.

Fasha yang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Duyung Aridinata mengakui status di laman sosial itu adalah simbolik luahan perasaan dan apa ditulis pada ruangan itu adalah peribadi dan tidak perlu dipertikai mana-mana pihak.

Bintang filem Berlari Ke Langit, Cicakman dan Evolusi KL Drift ini turut mengakui luahan itu ditujukan kepada seorang dramatis yang rapat dengannya sebelum ini. Malah Fasha turut mengakui perkara itu terjadi disebabkan satu masalah yang terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Bagaimanapun ketika disogok sama ada dramatis dimaksudkan adalah Tiz Zaqyah, Fasha enggan menyelongkar apa yang tersembunyi.

“Saya tidak mahu menyebut namanya kerana pada perspektif sebagai wanita dan selebriti, saya masih waras untuk menghormati aib seseorang individu. Seperti saya katakan tadi, laman Twitter adalah hak peribadi dan saya bebas meluahkan apa saja yang terbuku di hati.

“Biar peminat atau sesiapa yang ingin tahu mengandaikan sendiri kerana jika saya buka mulut, ia mengundang lebih banyak spekulasi atau memburukkan lagi keadaan.

“Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan dan berakhir di sini saja kerana saya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada lapangan lakonan,” katanya. Meneliti luahan pada status Twitternya, Fasha menyebut mengenai kekasih hatinya yang diganti dengan istilah ‘My Love’.

Terlintas pula persoalan adakah ‘My Love’ merujuk kepada bekas suami dramatis Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan sapaan Jejai. Bagaimanapun reaksi Fasha masih sama, enggan mengulas lanjut.

“Yang mampu saya perjelaskan, My Love yang tertera pada status Twitter adalah seseorang yang istimewa untuk hidup saya. Saya tidak mahu bercerita lanjut dan biar orang terdekat saja tahu siapa orangnya,” katanya.

Meminta pandangannya jika dramatis yang dimaksudkan datang memberi penjelasan atau memohon maaf, Fasha memberitahu, dramatis itu tidak perlu berbuat demikian kerana dari awal lagi dia memaafkannya selain ingin melupakan perkara itu.

Fasha juga menegaskan dia tidak memerlukan penjelasan daripada dramatis itu.

Selain kemelut yang berlaku, terselit pula nama seorang lagi aktres kelahiran Pulau Pinang, Almy Nadia yang kononnya turut menghadapi masalah sama seperti mana Fasha tahun lalu.

Bertemu pelakon yang juga kekasih kepada aktor yang popular menerusi drama rantaian, Nur Kasih iaitu Fizz Fairuz di lokasi penggambaran drama terbaru arahan Mawi berjudul Pak Nil Mak Kirim Salam di Taman Tun Dr Ismail itu bagaimanapun gagal mendapatkan kenyataan sahih kerana Almy tidak mahu perkara itu terus diperkatakan.

“Biar isu ini berlalu begitu saja dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Ada benarnya apa ditulis Fasha pada status Twitternya, namun jujurnya saya enggan mengulas perkara itu,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:28 PM | Show all posts
>Fasha dakwa dua kali artis sama cuba ganggu
2010/06/13

“Justeru saya tidak mahu mengulas panjang perkara itu,” katanya yang mendakwa individu terbabit menggoda teman lelakinya.
sakura2503 Post at 13-6-2010 19:11

aku konpom neh bukan jejai...sbb jejai tuh pasah cakap..MY MISTAKE.. bukan MY LOVE..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:36 PM | Show all posts
Karatz Tiz same mcm Karatz ND..suci maksum la katekan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:37 PM | Show all posts
Karatz Tiz same mcm Karatz ND..suci maksum la katekan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:41 PM | Show all posts
terajana - motip uols yg terlebey emo smpi post 2x.. hukhukhuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:53 PM | Show all posts
Korang sume ni mesti bengang tahap gaban kann??tak kan korang tak faham kenape fasha tak nak mengaku c jejal tu kekasih hati dier??mesti ade sebab hokay,contohnye:-
1. Parents jejai yg ngaku PROMNINENT tu mesti marah kat jejai,maybe sume keistimewaan jejai akan ditarik balik oleh parents dier yg sengal tahap gaban tuh...(pasal tu aku kate dier ni COWARDS ok!)
2.maybe nora tak bagi jejal jumpa rayqal sebab takut jejal bawak rayqal jumpa buah hati (fasha sandha)
3. Karatz ND pasti mengutuk fasha habis2an padahal mereka tak tahu cerita yg sebenarnya...
4. Fasha kena beri warning oleh Parents jejai supya jgn mengaku dekat public yg diorang ngah kapel tuk menjage hati bekas menantu TERSAYANG (ND)..yer la nanti merajuk la dier...terluke la katekann..
5.Jejal tak suruh fasha mengaku sebab belum tibe masenyer..maybe soon...who knws ryt??coz jejal hargai sume yg fasha korbankan kerana cinta mereka...jejal hanya tunggu masa jer nak beritahu 1 malaya ttg kputusan hatinya...
6.Dari segi perilaku fasha,nampaknyer fasha dah beri HINT  kat sume org yg jejal tu KEKASIH HATI nyer..tetapi JEJAI..nampak gaye nyer belom bersedia dek kerana masaalah yang tertentu..dan sudah semestinyer...masaalah yang berat...YANG TAK MUNGKIN SORANG POWN FAHAM Akan situasi yang bakal hadapinya melainkan kata yang penuh NISTA& TOHMAHAN SERTA CACI HINA....DEK kerana Masyarakat sume BERSIMPATI dengan NORA DANISH...


org hanya tahu bercakap dan menghukum sesuke hati tanpa usul periksa...bagi org yg mmg suke ambik kesempatan dalam kesempitan pasti tertawa kerana inilah peluang mereka untuk mengambil kesempatan untuk menjatuhkan antara satu ngan yang lain...

juz my 2 cents...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:57 PM | Show all posts
Reply 1594# ayumi_takashi


    tenet sengal la skai...oppss..ayumi..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2010 07:58 PM | Show all posts
aku konpom neh bukan jejai...sbb jejai tuh pasah cakap..MY MISTAKE.. bukan MY LOVE..
skymania Post at 13-6-2010 19:28



mistake...... or miss take
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 08:01 PM | Show all posts
ala pasa...kawan kawan je tiz ngan jejai tu, sama la macam ko ngan laki nd masa belum cerai dulu..kawan kawan jugakkan..take a chill pill my dear..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 08:02 PM | Show all posts
mistake...... or miss take
Nicole Post at 13-6-2010 19:58


..take away HIM from HER
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 08:18 PM | Show all posts
..take away HIM from HER
ruffleen Post at 13-6-2010 20:02



    ambik la kalo ko berkenan sangat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.066581 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list