|
1592# hh_hs
sama mcm akak la...
ada yg sampai terlupa mana akak letak baju/ beg/ kain
ada sekali tu baju pun dah tak muat bila jumpa balik..... padan muka akak |
|
|
|
|
|
|
|
1574# detox
cara nadim treat ensha mmg special kan
mebe sbb ensha yg bring dia dgn dira together dulu
sedih bila baca n3 kat rumah lama detox masa ensha nak kahwin nadim tak boleh jadi wali |
|
|
|
|
|
|
|
mau xsedih smiley.....die dh anggap ensha 2 anak darah daging die...lebih dr imran n ijal...sbb die syg ensha dl dr dira...sedih tahap gaban wooo....die siap bleh nagis...slain dr tgk dira b'salin die nagis...masa die xdpt jd wali pun die nagis...nk tgk nadim ni nagis mcm b'cinta je...payah...tp mmang die the best bapa tiri in the world la...solute la die... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Qimi, ya sama sebijik, kalu husband tanya saya pun jawab sebijik cam mak akak...cuma harga tu mmg saya down serendah mungkin....akakakakak..
detox Post at 25-3-2010 13:12
Haah..haah... ni lawak laa... aku tak pernah terpikir nak turun2 harga atau naik2 harga niih....
Ni strategi yg bagus niih..TK ..bagi idea baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Kami masing-masing membawa kotak-kotak yang terisi barang-barang yang paling di perlukan sahaja. Proses pemindahan dari Subang Jaya ke Seksyen 16, Petaling Jaya sedang berlangsung sejak dua hari lalu. Aku menjangka tidak harus mempunyai masalah tetap menjadi kecoh dengan karenah dua budak yang sudah tidak berapa ketot itu. Nadim mengangkat kotak yang paling berat sekali dan dia berjalan sangat laju. Kebanyakan barang-barang seperti baju dan buku-buku saja di angkut dari rumah Subang.
“Nenek, Ijal nak the room nearest to Mummy….kenapa Imran pulak ?” Rizal mengadu tidak puas hati, kotak kecil yang penuh dengan barang-barang mainannya di letakkan di atas lantai.
“Ok, then kita pindah, you move next to Mummy’s, Imran move next to Nenek’s room.” Bonda berjalan perlahan sambil melayan karenah Rizal.
Pintu bilik Imran di ketuk perlahan.
“Imran….”
“Ye Nenek.” Imran yang sedang mengantungkan baju ke dalam almari terus berdiri hampir.
“I am so sorry, but can you switch room with Rizal ?”
Imran merenung Rizal. Dia suka bilik itu. Bilik itu terus mengadap ke kolam renang di belakang. Sedangkan bilik Rizal mengadap ke sisi rumah agam itu, pemandangan ke halaman yang di tumbuhi pelbagai bunga cantik dan berwarna-warni tidak menarik minatnya. Imran menggaru kepalanya dan menarik nafas kecil. Nenek jadi serba salah. Kakinya yang tidak kuat berdiri itu menjadi lenguh, cepat-cepat dia duduk di atas kerusi.
“Rizal, I’ve arranged all my things….”
“NO, I WANT THIS ROOM….” Matanya bulat dan suaranya tinggi.
“Your room is nicer than this. Why need …” Rizal tidak memperdulikan abangnya itu, dia terus menolak Imran dan mereka sudah bercakaran. Suara Nenek suruh berhenti tenggelam dalam jerit pekik mereka berdua.
Aku yang melintasi bilik itu terus terhenti dan kotak yang di tangan segera aku lepaskan ke lantai. Muka ku rasa panas apabila mendengar pekikan dan lolongan budak berdua itu.
“QUIT IT you two …” aku tarik Imran. Bonda juga terhegeh-hegeh cuba meleraikan mereka.
“Kenapa ni ?”
Imran terus mengadu dan Rizal juga terus membuka mulut. Dua-dua bercakap serentak, terjerit-jerit.
“IMRAN … RIZAL….stop it. Mummy pening dengan korang ni. RIZAL this is Imran’s room…”
“Mana boleh, Nenek said this is MY room.”
“I said this room is Imran’s … “ aku jegilkan mata ke arah Rizal.
“Nenek, tell Mummy you said OK….”
“Dira….” Mula Bonda perlahan. “I told Rizal he can have this room.”
Imran menghela nafas, aku juga.
“It’s ok Mummy. If he wants this room so badly, Imran move. Don’t worry Nenek.”
Imran beralah lagi. Aku nampak wajahnya yang menahan rasa marah, dan satu per satu barangnya di masukkan semula ke dalam kotak, geraknya cepat tapi penuh hati-hati.
Rizal senyum suka membuatkan aku mendidih kemarahan. Aku pendamkan saja kemarahan aku kerana tidak mahu bertindak di hadapan Bonda, walaupun apa yang baru di lakukan adalah sangat tidak adil. Tunggulah kejap lagi, memang akan aku cubit-cubit peha si Rizal yang suka buat benda-benda mengikut kehendak hati nya sahaja.
Baju-baju Imran yang sudah separuh tergantung aku tarik dan kami berdua meninggalkan Rizal dan Bonda.
“Imran, I am very sorry, and don’t get Nenek wrong ye. Dia sayang semua cucu-cucunya just that you know Rizal …….” Suaraku perlahan dan aku tarik Imran hampir dengan ku.
“Tak apa. Ijal memang camtu….” Imran senyum, tapi aku tahu di dalam hatinya ada terasa sedih.
“Mummy help you arrange your things ok ?”
Imran menggeleng. “It’s ok, I want to arrange them myself…Mummy tak tahu…”
Aku tersenyum. Imran yang sebiji mengikut aku. Barang-barangnya di susun mengikut satu susunan khas dan tidak seorang pun boleh mencampuri urusan itu.
“Imran, I really appreciate what you did just now.” Aku terus memeluknya lama-lama. “You are so sweet and Mummy untung ada anak macam Imran.”
“Mummy untung ada kami ! It’s not just me…” katanya dan dia senyum senget.
Imran menahan aku yang hendak melangkah keluar.
“Mummy, when are we sending Kakak ?”
“End of next month…”
“She really has to go ?” matanya layu.
“Ya, she really has to go…”
“Imran rindu Kakak nanti..” dia menundukkan mukanya.
“Mummy pun.”
“We visit her every school holidays ?”
“It’s very far and too expensive.”
“Babah banyak duit apa…”
Aku tersenyum.
“Hmm, but we must not take advantage of that, we must know how to spend wisely…..”
Imran mengangguk, “Maybe Mummy can send me there….alone..” Dia tersengih nakal.
“Kita pergi dua je lah….”
“Yeah, that’s even better. Jangan bawak that trouble maker.”
Kami ketawa dan dua-dua melepaskan nafas pada masa yang sama. Nadim mengetuk pintu bilik dan terus berjalan masuk ke dalam bilik yang memang tidak bertutup itu. |
|
|
|
|
|
|
|
habis lah ijal ...duduk rmh nenek bonda bertambah-tambah keras kepala sbb dpt sokongan nenek bonda he he he.
Imran, I really appreciate what you did just now.” Aku terus memeluknya lama-lama. “You are so sweet and Mummy untung ada anak macam Imran.” |
|
|
|
|
|
|
|
“I thot this is Rizal’s room…” Nadim mengigit bibir melihat aku memberi isyarat. “What happened ?” dia terus bertanya tanpa memperdulikan isyarat aku.
“Imran suka bilik ni….jadi kami switch room.” Imran menjawab dan aku bertambah kasihan pada Imran yang selalu cuba menutup perbuatan Rizal. Dia seolah tidak mahu Babah tahu dan memanjangkan cerita.
Nadim memaling ke arah ku, mukanya mempamerkan seribu tanda tanya. Cepat dia menarik tangan aku dan kami berdua berdiri di luar bilik itu.
“Rizal buat hal ?” tebaknya yang tentunya betul seratus peratus.
“Ya…but I think Imran’s ok with it.”
“You must not let Rizal do what ever he wants to do…this is not right and unfair to Imran…apa ni D, you are taking sides !”
“I did NOT !” kalau lah aku boleh katakan ini semua idea Bonda.
“Imran selalu beralah, nanti besar he can’t even stand for himself ….” Nada Nadim kesal.
“He’s ok with it. Dah lah, nanti Bonda dengar kecoh, pastu dia jadi susah hati…” aku tarik lengan Nadim seolah meminta dia memperlahankan suaranya.
Nadim tidak pedulikan aku dan terus berjalan pantas menuju bilik Rizal.
“Rizal…pack your things and you are moving back to your room…” suara Nadim tinggi. Rizal yang sedang berborak dengan Bonda sambil menyusun buku-bukunya terus terhenti.
“Nadim, apahal ni ? Bonda yang agree to switch the boys room…” Bonda mempertahankan Rizal.
“Oh, so it’s you. Bonda, this is not what I taught them. You are bias and take sides….”
Aku yang sudah berdiri di tengah pintu cepat menarik hujung baju Nadim. Cari pasal betul la orang tua ni. Bonda tu dah lah tak sihat, biar saja lah.
“Abang….ok dah, it’s settled..tak payahlah prolonged it…”
“I don’t like the way it’s settled D….” matanya tajam merenung Rizal yang sudah mencengkam kuat baju Bonda. “You are packing your things Rizal and you are moving back to your room, now, and I really mean it.”
“Yes sir…” suaranya perlahan dan dia cepat-cepat mengutip barang-barang yang sudah di susun di meja belajar.
“Nadim ! Benda kecil pun nak besar-besar. Imran dah ok….biarlah Rizal nak bilik ni…apa salahnya.” Suara Bonda terketar menahan rasa kecil hati.
“Bonda, it’s about being fair. I don’t want my boys to grow up to be mean and useless.”
“I am sorry Babah.” Katanya perlahan dan terus keluar dari bilik itu mengangkut kotak kecil.
Aku pening kepala. Bonda memerhati aku dan dia menggeleng kecil. Aku mencebik dan dia tetap menggeleng kepala.
Imran yang sudah selesai menyusun barang hampir menjerit apabila melihat Rizal masuk dengan membawa kotak.
“Ala… penat la nak arrange balik…you just leave me alone Rizal..please !” dia cepat-cepat menutup pintu bilik dan menguncinya.
Rizal termangu dan terkebil-kebil di hadapan pintu. Hendak kembali ke bilik tadi dia takut dengan Babah. Akhirnya kotak itu di lepaskan ke lantai dan dia duduk bersila di tengah-tengah lorong yang panjang dan berpermaidani tebal.
Ensha keluar dari biliknya dan pelik melihat Rizal yang bersila mengadap ke pintu bilik yang tertutup.
“What’s wrong ?”
“I am confused !” dia melemparkan tangannya ke atas dan melepaskan keluh kecil.
Ensha hanya ketawa dan menggeleng kepala melihat aksi Rizal yang spontan dan lucu itu.
“You have trouble to unpack ? Meh Kakak tolong eh..” Ensha cuba menolak pintu tapi terkunci.
“Oh, I got get the key from Nenek.”
“Imran kat dalam…”
“Ain’t this suppose to be your room..”
“Ya…tapi Rizal nak bilik Imran…”
Ensha membulatkan mata, sekarang dia pula yang keliru. Telinganya tertangkap perbicaraan yang agak sengit di bilik Imran dan cepat dia melangkah ke sana. Babah, Mummy dan Nenek sedang berdebat. Dia berdiri di pintu dan mendengar seorang demi seorang berhujah.
“I am the head of MY family, I decide who gets which room…”
“Nadim, I am your mother, and I can do what I feel good, Rizal nak bilik ni and I decide to give him so what ?”
“Dah lah…Abang…”
“Hmmmm….” Dia menggeleng kepala dan kembali ke bilik Rizal yang sudah menjadi bilik Imran. Pintu di ketuk dan dia memanggil nama Imran.
“Ye Kakak.”
“Ok tell me, you want this room or that ?”
Imran memandang Rizal.
“Which room you want ?” tanyanya.
“I don’t care anymore…”
“Ya…I don’t too…I take this room. That’ll be his.”
“Sure ??” tanya Ensha memerhati kedua-duanya.
Imran angguk, “Imran dah arrange my things. Penat dah nak susun lagi…”
“OK…” Ensha menarik Rizal dan mengangkat kotaknya.
“Excuse me…. Stop arguing. We’ve settled this while you guys are debating furiously,” mata Ensha merenung tajam Nadim yang tadi bersungguh-sungguh menegakkan keadilan dan kesaksamaan, “So if you guys may let me and my brother arrange his things in peace. Thank you…”
Aku, Nadim dan Bonda terdiam. Nadim menarik nafas. Dia menggeleng melihat aku dan Bonda.
“Hmmm..D, buat kopi please. Black and thick ya…aduuhhhh macam-macamlah, I should just stay in the Office and let you handle this shifting thing alone !” matanya tidak berkedip ke arah ku.
Aku menjeling dan terus memimpin Bonda keluar dari bilik itu, kami berlalu sambil mengerling tajam pada Nadim.
“He always wants to win…geram Bonda…”
Aku tergelak kecil dan Nadim mengetap bibir apabila mendengar komen ibunya sendiri, lebih menyakitkan hatinya apabila melihat Nadira beria-ia mengangguk seakan setuju benar.
“Wonder how you put up with him all this while…” bebel Bonda lagi dan aku lihat muka Nadim yang makin bengang, apa lagi aku sengaja menambah sakit hati dengan menyimpulkan senyum manis yang sukar di ertikan. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... nadim...nadim.... xnakmengalah gak ye... patutla ijal cam2.... photostat nadim. |
|
|
|
|
|
|
|
tpkan mmg x patut bonda wat cm2..mmg la sayang cucu....sepatutnya dia pujukla rizal amek bilik yg mmg utk dia....
tp apa pun nenek aku pun slalu wat cm2 kt aku cz dia sayang aku lebey dr cucu yg lain cz aku duduk ngan nenek since umur aku 6 month... |
|
|
|
|
|
|
|
“I thot this is Rizal’s room…” Nadim mengigit bibir melihat aku memberi isyarat. “What happened ?” dia terus bertanya tanpa memperdulikan isyarat aku.
“Imran suka bilik ni….jadi kami switch ...
detox Post at 26-3-2010 10:05 SO sad rumah lama detox dah tak leh masuk!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
betul22xx..
y RA 225???
tu utk mod jekan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Detox...
aku mengerti perasaan Imran....sedihh aaaa...Ijal ni ikut perangai sapa
sebenarnye ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Blings : sorry beb ada sebab aku suruh mod kunci
qislea : sorry too dear....
jijah : emm Rizal ni MENGADA-NGADA ! ihihihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
buku?? wawiii.. camtu aku nk mintak detox sign nanti |
|
|
|
|
|
|
|
betoi ke nk dibukukan? best2x...
ini yg x sbr nk tunggu ni |
|
|
|
|
|
|
|
blings, kia, and asznie : baru nak siapkan manuskrip ni...kalu ada publisher berkenan menjadilah cita-cita aku... |
|
|
|
|
|
|
|
1617# detox
akak..
selamat menyiapkn manuskrip..
semoga bejaya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|