CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecik82

Dimi Petratos - import 'hensem' TRW

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2013 08:35 PM | Show all posts
ini pulok sajak ambo

Silap kaki melangkah kesultanan yang hilang ditelan sejarah purba
Tersadung sebelah
Tak mampu di undur lagi
pahlawan pendekar melayu champa pattani
yang di gelar 'barbarian' datang seperti besi sembrani
menyahut panggilan semboyan yang telah berbunyi
ke depan mara terus menerkam musuh-musuh yang tidak diperhitungkan
nilai nyawa nya
api kemarahan sudah menyala
seperti obor yang membakar seluruh keringat dan minda
nahaslah dikau wahai sang musuh durjana
menempah maut mahu mati
ditangan pendekar champa pattani keturunan tok janggut
kami haus darah
kami haus bau wangi hembusan nafas yang terakhir
itulah jasa bakti kami
sebagai pertiwi sanggup mati
demi kedaulatan agama dan bangsa kami
jangan di pandang rendah kemampuan bumi kami
nescaya hangus tulang belulang dimakan
api kemaraan tentera kami
seluruh rakyat berdiri dibelakang tentera kami
sanggup bersatu mempertahankan kedaulatan negara kami yang tercinta
bercerai roboh adalah dipihak kamu wahai sang musuh
yang tidak diundang datang menerpa
ke sarang lembah maut bumi kami....

nukilan hasil: cecurut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 12:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:50 AM | Show all posts
Kaka bersama kakak Ozil..comel jugok kak Ozil ni ye.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2013 09:14 AM | Show all posts
cecurut posted on 6-3-2013 12:50 AM
Kaka bersama kakak Ozil..comel jugok kak Ozil ni ye.

memang lawa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2013 09:15 AM | Show all posts
Petratos buru jaringan sulung

[size=0.9em]Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
[size=0.9em]Kota Bharu: Penyerang import Kelantan Dimitri Petratos tekad memburu jaringan berdepan Maziya Sports & Recreation (Maziya SRC) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
[size=0.9em]Penggempur berusia 20 tahun itu yang sebelum ini diketepikan dalam saingan Liga M kerana memberi laluan kepada penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou akhirnya turun untuk aksi pertamanya.
[size=0.9em]
Petratos berkata, selepas hanya beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan dan menjalani latihan bersama kelab Blackburn Rovers di England tiga minggu lalu, bintang dari Sydney FC itu sudah bersedia membantu The Red Warriors (TRW) dalam saingan AFC.


[size=0.9em]Katanya, walaupun sebelum ini kecewa tidak dapat beraksi dalam Liga M namun ia tidak mematahkan semangatnya kekal bersama Kelantan selepas mengikat kontrak setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
[size=0.9em]
“Saya mendapat keyakinan selepas menjalani latihan di England dan kini sedia membantu Kelantan. Untuk perlawanan pertama saya akan cuba mencipta jaringan,” tegasnya.
[size=0.9em]
Sementara itu, jurulatih Bojan Hodak berkata, pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Abd Halim dan Shakir Shaari sudah pulih daripada kecederan.

[size=0.9em]Katanya, kehadiran dua pemain berkenaan memberi ruang kepadanya membuat pilihan pemain selain dibantu empat awang import.
[size=0.9em]
“Mereka akan bermain malam esok (malam ini) dan saya perlu membentuk kesebelasan terbaik. Untuk AFC kita ada Lek Kcira dan Obinna Nwaneri di barisan pertahanan malah Petratos dan Dicson Nwakaeme akan mengetuai jentera serangan,” katanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2013 09:16 AM | Show all posts
Pertahan kritikan, tak musuhi FAM

[size=0.9em]Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
[size=0.9em]Kota Bharu: “Saya fikir, saya tidak berniat untuk bermusuh dengan FAM dan sampai sekarang saya mempertahankan kritikan itu betul,” kata Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini lantang memberikan pandangan berhubung Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
[size=0.9em]Kelmarin, kenyataan beliau dipetik melalui laman facebooknya, yang menjelaskan bahawa anggota gabungan mempunyai kuasa untuk meminda atau menghapuskan Artikel 88 untuk memajukan sukan bola sepak negara.
[size=0.9em]
Annuar juga tampil bersuara menyokong tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan bola sepak negara.


[size=0.9em]Beliau yang pernah menjadi mangsa Artikel 88 itu berkata, Tunku Ismail berhak bersuara demi kebaikan FAM sendiri malah kenyataan dikeluarkan itu tidak mengancam kuasa badan induk bola sepak negara itu.
[size=0.9em]
“Pada pendapat peribadi, tindakan Tunku Ismail mengkritik mutu pengadilan yang kurang memuaskan adalah satu teguran yang positif. FAM tidak perlu sensitif dalam hal ini. Tindakan hanya perlu diambil jika sesuatu teguran itu berniat jahat.
[size=0.9em]
“Saya sendiri pun mempertahankan tindakan saya yang mengkritik prestasi skuad kebangsaan dulu. Saya mempertahankan kerana tindakan itu tidak ada niat jahat dan hanya memberi pendapat yang positif,” katanya selepas majlis pelancaran jersi The Red Warriors (TRW) untuk saingan Piala AFC, semalam.

[size=0.9em]Tan Sri Annuar Musa

[size=0.9em]Turut hadir Pengurus Subsidiari Kumpulan Adabi, Syed Mahadzir Syed Mansor, Timbalan Presiden KAFA, Datuk Affendi Hamzah, Setiausaha Agong KAFA, Azman Ibrahim dan jurulatih Bojan Hodak.
[size=0.9em]
Sempena majlis itu, KAFA menerima tajaan daripada syarikat Adabi untuk saingan AFC termasuk perlawanan antarabangsa yang lain.

[size=0.9em]Pada 20 Febuari lalu, Tunku Ismail meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga M yang boleh ditakrif masih berada pada tahap amatur ketika bola sepak negara sudah lama di era profesional.
[size=0.9em]
Berikutan kenyataan itu, FAM memutuskan untuk menyiasat perkara berkenaan dan jika didapati bersalah, Tunku Ismail boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Artikel 88.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2013 09:45 AM | Show all posts


SUMBANGSAN KEPADA KELUARGA PERWIRA TERKORBAN MELALUI TABUNG KEBAJIKAN PDRM

Pihak polis menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat mereka untuk menghulurkan bantuan kepada balu-balu dan anak-anak mangsa terkorban/cedera dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Sehubungan itu, segala bentuk bantuan boleh disalurkan melalui TABUNG KEBAJIKAN PDRM, Nombor Akaun Maybank: 564100004646 atau sumbangan cek boleh dihantar terus kepada Pegawai Kebajikan Pasukan Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Slip bank sumbangan boleh dikirim kepada Pegawai Kebajikan Pasukan di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur, emel : [email protected] atau fak: 03-26912501.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.

PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:31 AM | Show all posts
cecurut posted on 5-3-2013 02:28 PM
Tangkap pemekong objek dapat RM1,000 : Azman

kawe setuju hok nih lepas tu ikat tiang gol pakak pekong ramai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 01:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:55 PM | Show all posts
handsome nyer sweetie


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:56 PM | Show all posts
awat la pok aji nobita pakai Tshirt ITALIA.. tak rock le, pakai le jenama ADABI wei

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2013 01:57 PM | Show all posts
cecurut posted on 6-3-2013 01:55 PM
handsome nyer sweetie

Serius cakap..jersi AFC jauh lebih comel dari hok Liga Super..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2013 01:59 PM | Show all posts
cecurut posted on 6-3-2013 01:56 PM
awat la pok aji nobita pakai Tshirt ITALIA.. tak rock le, pakai le jenama ADABI wei

malu la tu..aku apek ngan dimi senyum macam tak nak senyum jah jadi model...baju lawa tp adabi tu yg fail
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 02:02 PM | Show all posts
kecik82 posted on 6-3-2013 01:57 PM
Serius cakap..jersi AFC jauh lebih comel dari hok Liga Super..


betul apa hang cakap.... hok liga super tu supo budok sekolah tabika doraemon terlampau banyak sangat tepek nama besar2
sana sini.. tulis kecik2 sudoh le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2013 02:04 PM | Show all posts
cecurut posted on 6-3-2013 02:02 PM
betul apa hang cakap.... hok liga super tu supo budok sekolah tabika doraemon terlampau banyak s ...

tu sbb aku pass kat adk aku jer jersi tu...hok ni beli pakai la
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 02:06 PM | Show all posts
kecik82 posted on 6-3-2013 01:59 PM
malu la tu..aku apek ngan dimi senyum macam tak nak senyum jah jadi model...baju lawa tp adabi tu  ...

mesti le dio orang tak suka... dio org tu kan pemain bolasepak professional...

apa ke bende weiii dio orang nak pakai baju ada cop produk-produk masakan siap disajikan dengan botol-botol kicap botol
perasa Adabi depan dio orang  bagai

itu pun pok aji fail nak mikir... bengong weii kalau aku pun malu nak pakai product masakan tu....... muahahahahaha

pasukan lain siap ada jenama ADIDAS ini tukar jadi ADABI
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 02:08 PM | Show all posts
kecik82 posted on 6-3-2013 02:04 PM
tu sbb aku pass kat adk aku jer jersi tu...hok ni beli pakai la

comel pulok avatar baru hang...cantek punyer cilok beb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2013 02:23 PM | Show all posts
cecurut posted on 6-3-2013 02:06 PM
mesti le dio orang tak suka... dio org tu kan pemain bolasepak professional...

apa ke bende w ...

ok la dah sipi2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.240417 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list