memang lah buat masa ni rakyat tak boleh buat apa
tunggu masa mengundi nanti, biar rakyat gunakan hak mereka
kita ajar pemimpin yg menyusahkan rakyat
sekarang ni rakyat ramai yg menderita
memang nasi dagang sedap
kat tempat matt sekarang ni ada yg jual pagi, waktu petang pun ada jual juga
tapi nasi dagang kelantan tak sama dengan nasi dagang terengganu
nasi dagang kelantan berasnya berwarna tapi yg terengganu beras putih saje dan berlaukan ikan tongkol
zura sukan makan nasi kerabu?
matt kurang skit
biarkan siluncai terjun dengan labu labunya
biar biarkan
orang degil tu susah nak dinasihati
biar mereka membayar saman2 tu baru mereka tahu
matt pun tak pergi beraya juga dgn jiran2
bagus lah masih diamalkan semangat bertukar tukar makanan dengan jiran jiran
seperti yg diamalkan di kampung2
kerana polis tak tegas sangat tu yg ramai balik beraya dikampung di pantai timur tu
jem highway lepas raya baru ni dari laluan pantai timur
itu menunjukkan ramai yg balik beraya walaupun kerajan melarang orang balik beraya
sekarang kes yg terlampau banyak
kerajaan baru nak ambik tindakan tegas
nasib baik lah nurse tu call suruh datang ambik
kalau tidak dibuangnya kot
matt pun belum pernah sampai lagi ke sana
nape zura tak ikut asben pergi kalau dah dia banyak kali pergi?
orang cakap pemandangan sangat cantik kat sana
orang cakap lah yg bomoh indon dan siam (thailand) memang power untuk kenakan orang
susah orang nak ubatinya
zura kena badi mayat siapa yg meninggal?
teruk ke kena?
Raya ni walaupun terasa hambar, hampir seminggu juga tak check-in forum.
Padahal duduk rumah bukan buat apa pun
Raya memang saya tak pergi mana. Sejak raya saya dah start self-lockdown. Nak tunggu gov buat lockdown macam tak je.
Jadi sendiri2 je buat mengurungkan diri.
Tengok video dekat pusat kuarantin, ada yang kena cpr bagai, rasa seram yakmat
Moga covid cepat habis
Raya ni walaupun terasa hambar, hampir seminggu juga tak check-in forum ...
Selamat hari raya siputpepel
memang raya yg tersangat hambarnya
tahun lepas boleh juga sambut satu hari, tapi tahun ni langsung tak boleh
abis kalau duduk kat umah siputpepel selalu buat apa?
bagus lah kalau siputpepel nak self lockdown, itu yg digalakkan oleh KKM
matt pun nak cuba juga self lockwon kalau tak ada keperluan mustahak nak keluar
kerajaan nak jaga ekonomi saje tanpa fikirkan kesihatan rakyat
rakyat rakyat marhein yg terkena, sudah lah yang dapat vaksin tu lambat sangat
kes bertambah semuanya salah rakyat...huhuhu
memang takut sangat kalau dah smpai stage tu
harap2 rakyat pun kena sedar juga tentang sop, duduk kat umah jika tiada keperluan
Biasa duduk rumah tengok kdrama/movie je
baru ni saya laya movie telugu, movie thai, movie korea, eh semua movie lah saya layan
hahaha
Betul. sekarang nak keluar pun takut. dulu kalau boring2 boleh jugak keluar lepak dekat mall
sekarang macam takde keperluan nak lepak pun.
baiklah lepak dekat rumah
selamat pun selamat
wahhh...macam2 movie layan ya, international lah siputpepel ni
habis movie dilayannya...hehe
bagus tu...baik lepak kat rumah jer
buat apa kita nak mencari penyakit kat luar, kita pun tak tahu siapa yg pembawa wabak tu
orang kat luar tu pun bukan jaga sangat sop, bersesak sesak
wahhh...macam2 movie layan ya, international lah siputpepel ni
Saya jarang tengok TV. Selalu layan movie/drama dekat laptop.
TV pun takde cita yang best2
Semalam saya tengok movie thai. Tajuk dia The Con Heartist. Best la jugak. Lawak
ada subtitle english. tu pasal tengok. tengok dekat website dramacool. ada movie thai, korean
kalau movie english, tengok di website fsharetv
kalau movie tamil/telugu selalu tengok di youtube aje. tapi kena gigih sikit sebab banyak iklan
Suka juga. Cerita tamil/telugu best sebab jalan cerita dia dekat dengan hati rakyat
Cuma part cgi kadang2 tak masuk akal. Especially time part lawan2
tapi layankan jela
Minggu lepas saya layan movie tajuk Master. Best
Cerita dia tentang seorang professor universiti yang alcoholic dipaksa mengajar ke sekolah juvenil
memang movie tamil tu sound effect dasyat sangat, tetapi kadang2 terhibur juga dgn cgi dan sound effect tu
setengah orang suka lagi movie tamil berbanding dengan hindustan
tapi matt suka hindustan yg dulu dulu lagi
hari ni kes 7289. seram dengar. apa nk jd kt Malaysia ni pun tak tau lah.
ada vaksin pun tak ng menyeluruh. bg pun sikit2.
kes kematian pun makin meningkat.
mau tak seram kalau dah sampai 7289
nak keluar pun rasa tak selamat
kerajaan lambat memberi vaksin walau pun ada negeri yg nak beli sendiri vaksin dan ada syarikat yg sanggup nak membeli untuk pekerjanya
tapi kerajaan (kementerian) tak bagi, hanya kerajaan pusat saje yg boleh bagi (setakat ni)
kalau ikut peratusan sekarang ni pembahagian vaksin rasanya tahun depan pun belum habis untuk rakyat malaysia
kematian pun dah dua angka mungkin naik ke tiga angka nanti?