[size=0.8em]PRESSKenyataan Akhbar KPK 29 Oktober 2022 – Penganjuran Ekspo Makanan Selamat Tahun 2022 (eMAS 2022) & Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat 2022[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON OCTOBER 29, 2022
Penganjuran Ekspo Makanan Selamat Tahun 2022 (eMAS 2022) telah diadakan pada 26 – 28 Oktober 2022 bertempat di Dewan Persidangan Perbadanan Putrajaya. Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menyediakan platform kepada industri makanan, khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mempromosikan makanan selamat kepada orang awam. Di samping itu, eMAS 2022 juga dapat memperkasakan IKS dalam menghasilkan produk makanan yang menepati standard keselamatan dan kualiti makanan.
eMAS 2022 yang bertemakan “Memperkasakan Industri Makanan Selamat Negara” adalah selari dengan perkembangan pesat industri makanan di Malaysia. Penghasilan produk makanan yang semakin rancak turut berupaya untuk melonjakkan pasaran makanan selamat secara besar-besaran dan memberikan nilai tambah kepada ekonomi negara. eMAS 2022 bakal dijadikan acara dwitahunan melalui penganjur utama iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) KKM dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA) dan pihak berkepentingan berkaitan untuk bergerak seiring dan menonjolkan apa jua aktiviti keselamatan makanan kepada rakyat Malaysia.
KKM melalui BKKM terus komited dalam memastikan produk makanan yang dijual di negara sama ada produk yang dihasilkan di dalam negara atau yang diimport mematuhi perundangan makanan yang ditetapkan agar ia dapat memberi jaminan keselamatan kepada pengguna. Di peringkat domestik, kerajaan telah mewajibkan industri makanan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009). Sehingga September 2022, sebanyak 5,151 buah kilang makanan di Malaysia telah mempunyai PJKM meliputi Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri” (MeSTI).
Bersempena dengan eMAS 2022, Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat turut diadakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pengusaha medan selera yang komited dalam usaha memastikan premis makanan sentiasa bersih dan menyediakan makanan selamat dan sihat.
Pemenang bagi Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat mengikut kategori adalah seperti berikut:
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/screenshot-2022-10-28-at-10.21.06-pm.png?w=1024)
Pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,000, RM 2,000 dan RM 1000.
Manakala Medan Selera Lotus’s, Kota Bharu, Kelantan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00
Kementerian Kesihatan akan terus giat mempromosikan produk makanan selamat kepada orang ramai dan merangka pelbagai strategi untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan di negara ini.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 OKTOBER 2022
JOHAN KATEGORI A(MEDAN SELERA DI BAWAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) ATAU AGENSI KERAJAAN)MEDAN SELERA MPKL, PANTAI BATU LAUT, TANJONG SEPAT, SELANGOR![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/picture-1.jpg)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/picture-1a.jpg)
JOHAN KATEGORI B(MEDAN SELERA SWASTA YANG BEROPERASI DI DALAM KOMPLEKS MEMBELI-BELAH / PASARA RAYA BESAR ATAU BANGUNAN SENDIRI)MEDAN SELERA LOTUS’S, KOTA BHARU, KELANTAN![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/picture-2.jpg)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/picture-2a.jpg)
JOHAN KATEGORI C(MEDAN SELERA YANG BEROPERASI DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT)MEDAN SELERA R & R MACHAP (UTARA) KLUANG, JOHOR![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/picture-3.jpg)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/picture-3a.jpg)
JOHAN KESELURUHANMEDAN SELERA LOTUS’S, KOTA BHARU, KELANTAN
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/picture-2.jpg)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/10/picture-2a.jpg)