|
Farid Kamil ♥ Diana Danielle - pregnancy test yesssza pg 50
[Copy link]
|
|
PrincesCity posted on 20-11-2012 09:39 AM 
kesian nye org yg bunting pelamin,,,iolls pon dlm dilema ni,,tkot org mengata....11minggu dah iolls ...
11 minggu tu kira dari tarikh firts day last haid ke?
kalau ya, then usia betul janin tu less 2 weeks from 11 iaitu 9 weeks (gestational age)...
|
|
|
|
|
|
|
|
gticute posted on 20-11-2012 11:36 AM 
Terkejut sebab terlalu cepat n tak puas honeymoon pun ada jugak. Bagi aku seeloknya bagilah 2 ...
Untungnya hang rejeki murah
Ada orang 10 tahun x dapat2 anak
Cuma hang jgn abaikan laki hang tu
Maklumlah
x puas nak menikmati keindahan pengantin baru
Kdg2 org pompuan bila dapat anak terus abaikan laki
Laki kawin lagi baru tau
*tetiba*
Cari masa utk saat2 romantis berdua2an
|
|
|
|
|
|
|
|
Z77 posted on 20-11-2012 11:34 AM 
mmmm.. patut bersyukur... btw bukan ke dulu ada wartawan tulis DD ni pernah sakit dan buat pembedaha ...
Yes
Dia pegi jumpa Tabib kat China
Ngan mak dia
Tabib tu terkenal
Lepas rawat dia, tabib tu meninggal
Dia pesakit terakhir kaedahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Z77 posted on 20-11-2012 11:34 AM 
mmmm.. patut bersyukur... btw bukan ke dulu ada wartawan tulis DD ni pernah sakit dan buat pembedaha ...
THURSDAY, 5 MAY 2011Diana Danielle menderita ketumbuhan di rahim
Alahai kasihan juga kat Diana Danielle aka DD ni. Dalam diam-diam, DD menghidap ketumbuhan di rahim dipetik daripada Utusan. Penyakit yang bermula lama dah. Kini Diana kelihatan lebih cergas dan aktif selepas membuat rawatan di negara tembok besar, China yakni di daerah Huangzhou dan Huangshan dengan kaedah 'Chi' (guna tenaga dalaman, ketumbuhan DD hilang melalui darah yang terkeluar berwarna hitam dan pekat macam susu cair da) baru-baru ini. Dan ianya menampakkan keberhasilan yang sungguh menakjubkan.
Bukan Dd tak mahu rawatan di professional di Malaysia, cuma kaedah itu melibatkan pembedahan bagi membuang ketumbuhan berkenaan (mungkin takut la tu kot, siapa lah yang berani bila sebut soal 'bedah', mesti mahu fikir seribu kali, tapi untuk kesihatan, benda tu tak perlu ditakutkan, tawakkal sahaja). Mama Dd punya kawan yang sarankan agar ke Negara China sebab ada rawatan 'chi' yang WOW. Apa-apa pun kami doakan Dd sihat sentiasa kehendakNYA.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya menderita ketumbuhan rahim” - Diana Danielle

SEBELUM berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi mendalami bidang lakonan di Sekolah Filem & Lakonan Akademi Filem New York awal bulan lepas, Diana Danielle sempat menghabiskan masa untuk berlibur bersama keluarga.
Kesempatan sekitar Februari itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh gadis yang mesra disapa D ini dengan memilih China sebagai destinasi percutian.
Bagaimanapun, ada yang membocorkan cerita, kunjungan itu bukanlah sekadar atas tujuan bercuti. Sebaliknya, D dikatakan berkunjung ke China untuk mengubati penyakit yang ditanggungnya dalam diam sejak sekian lama.
Mengesahkan perkara tersebut, D tanpa berselindung membuka mulut untuk bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihidapinya sehingga membawanya ke China untuk menjalani rawatan.
Menurut duta Nano White, Public Gold dan Sunsilk ini, sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa penyakit yang dihidapi adalah disebabkan ketumbuhan yang bersarang di bahagian rahimnya.
Ia cuma terbongkar selepas D menyedari penyakitnya berlanjutan sejak dua tahun kebelakangan sehingga kadangkala menyebabkan dia gagal menjalankan aktiviti seni dan belajar dengan baik.
“Biasalah perempuan, kalau datang bulan, sakit senggugut itu adalah satu perkara biasa. Pada awalnya memang itulah yang D fikirkan.
“Tetapi, lama kelamaan, keadaan D semakin teruk. Sampai tak boleh buat apa-apa kerja kalau ‘masa’ itu datang.
“D hanya mampu menangis sebab sakitnya memang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Langsung tak dapat bangun.
“Dah macam-macam D cuba untuk legakan kesakitan. Telan panadol dan ubat tahan sakit, tapi memang tak jalan juga. Sampai mama pun hairan.
“Lepas buat pemeriksaan di hospital, D terkejut bila doktor kata sebenarnya sakit tu berpunca daripada ketumbuhan dalam rahim,” katanya.
Turut melahirkan rasa terkejutnya, kata ibu Diana, Norsiah Ramli, doktor itu juga memberitahu bahawa ketumbuhan yang dihidapi anak gadis tunggalnya itu juga sekiranya tidak dibedah, ia akan membesar di dalam rahim sebagai kanser.
“Tentulah mama risau dan tak mahu perkara itu terjadi. Doktor bagi nasihat supaya D dibedah untuk membuang ketumbuhan yang berukuran lebih kurang 7 sentimeter panjang dengan ketebalan 3 sentimeter.
“Mujurlah mama ada kawan yang mencadangkan supaya D dirawat menggunakan kaedah perubatan cina, Chi.
“Sebab itu kami ke China. Bunyinya mungkin agak keterlaluan, tetapi ia antara usaha mama untuk memulihkan D dari penyakitnya,” katanya.
Pesakit terakhir dirawat
Usai sahaja komitmennya menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali, kata D, dia bergegas bersama ibunya ke China.
Peluang selama seminggu berada di daerah Huangzhou dan Huangshan dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Cerita D, kesempatan bertemu dengan Grand Master Xuan Kong yang terkenal dengan kehebatannya dalam perubatan Chi adalah peluang keemasan bagi D.
Apalagi, dia merupakan sifu Shaolin yang terunggul, tertua dan yang paling disegani di negara itu.
“Rawatan Chi memang menakjubkan. Tanpa menggunakan sebarang peralatan, sifu Xuan membantu mengeluarkan ketumbuhan D menggunakan kaedah tenaga dalaman.
“Ketumbuhan itu dibuang melalui darah. Bayangkanlah, macam mana tak terkejut D bila tengok darah yang keluar berwarna hitam dan pekat.
“Lepas menjalani rawatan itu, D mengalami datang bulan yang agak panjang, 19 hari lamanya. Mungkin itu kesan daripada rawatan yang D buat,” katanya.
Bagaimanapun, cerita gadis berusia 20 tahun ini lagi, hatinya tersentak tatkala menerima perkhabaran mengenai kematian sifu Xuan dua hari selepas dia kembali ke tanah air.
“Terkejut D bila dapat tahu dia meninggal di usia 82 tahun. Lebih sedih bila diberitahu, D dan mama merupakan pesakit terakhir yang dirawat oleh dia.
“Meski rasa beruntung sebab sempat merasa rawatan Chi dengannya, namun kami rasa sedih sebab rupa-rupanya itu merupakan kali pertama dan terakhir kami bertemu,” katanya.
Dalam pada itu, mengenai rawatan Chi, kata gadis ini, kesihatannya semakin baik malah menjadikan dia semakin aktif.
Malah, ujar D, dia juga tidak lagi merungut sakit teruk selain tidak perlu menjalani proses pembedahan dan makan ubatan herba sahaja.
“Alhamdulillah, semuanya sudah baik. Paling penting, kita merawat penyakit sebelum ia melarat,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
artis standard lah... |
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 20-11-2012 11:40 AM 
Untungnya hang rejeki murah
Ada orang 10 tahun x dapat2 anak
Aku romantis sokmo, ha..ha..ha..ha
Mengandung awal tanpa jangkaan nih memang mencabar fizikal dan mental.Mental tak bersedia, fizikal secara automatik menentang kehadiran baby dlm kandungan. Alahan teruk n treaten abortion. Hopefully dd n fk sabar dlm melayari rumahtangga. rasa diorang sedia kut, tu yg so excited share ngan semua orang tanpa mikir natijahnya.
Mesti comel anak diorang nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
hiss....cepatnye peknen...
atau cepat umumkan berita tu supaya bila bersalin awal orang akan anggap anak tu xcukup bulan...
|
|
|
|
|
|
|
|
gticute posted on 20-11-2012 11:56 AM 
Ha ha ha ha camana aku nak jawab soalan ni yek..ha..ha..tersembur air aku....
Tak yah all out p ...
eeee...
Gatalnya laki hang

Nasib baik ngan bini sundri
Patut lah sharp shooter pada malam pertama
|
|
|
|
|
|
|
|
selendangungu posted on 20-11-2012 11:55 AM 
hiss....cepatnye peknen...
atau cepat umumkan berita tu supaya bila bersalin awal orang akan anggap ...
x cukup bulan tapi baby saiz penggusti sumo
|
|
|
|
|
|
|
|
missyqaldina posted on 20-11-2012 11:27 AM 
aku ingat lagi..
ade forumer kt sni cite..soh tgk perot diana mase nikah aritu..
mcm da preggy..
tula, klu baru2 preggy biasanya line tu tak brp clear sangat.. apa2 pun dah rezeki diorg dtg awal..
|
|
|
|
|
|
|
|
otomantaro posted on 19-11-2012 01:17 PM 
rezeki org jgn dicerita...
ada kes. minggu pertama pun dah pasti pregnant...sbb nya badan dah r ...
ye la oto
kakak aku tu
dua minggu je die dah ade line kat 'kit'
mase tu anak no 2
tp bile pi check doktor
jenuh doktor tu cari tak jumpe
punye la lame doktor scan sampai doktor tanye cemane kakak aku leh tau die peknen
doktor tu even suspect kakak aku ni mungkin ade penyakit lain
lepas sejam dok godek2 perut baru la nampak
fuhhhhh....doktor tu yg lega
kakak aku relaks jah sebab die mmg teliti
siap catit segala date bagai
ahakssssss
skang ni tak tau la die dok catit lagi ke idak sbb anak dah mcm gerabak ERL
|
|
|
|
|
|
|
|
peachRose posted on 20-11-2012 12:00 PM 
dah..dah..jgn citer sini..nak citer kalu..PM..
Yelah yelah tak citer lagi dah. Kang jadik tread parenting skill pulak..ha..ha..ha... |
|
|
|
|
|
|
|
myakayina posted on 20-11-2012 11:59 AM 
tula, klu baru2 preggy biasanya line tu tak brp clear sangat.. apa2 pun dah rezeki diorg dtg awal. ...
ada jer yg clear noks...
kalau dia test awal2 pagi...1st urine flow utk hari tu..kdg hormon mmg sgt tinggi dlm urine..so tak suah nak dpdt clear result..
|
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 20-11-2012 11:41 AM 
Yes
Dia pegi jumpa Tabib kat China
Ngan mak dia
memang nasib dia baik...
|
|
|
|
|
|
|
|
asamfish posted on 20-11-2012 12:00 PM 
ye la oto
kakak aku tu
dua minggu je die dah ade line kat 'kit'
Awal pregnancy godek peruk kadang memang tak nampak, kena scan ikut bawah baru leh nampak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|