fatehana posted on 27-2-2013 03:44 PM 
br akak taw org latah leh control dia melatah
siyes kucen akak mmg x pernah taw
br taw hari n ...
kucen pun mcm tu
abis melatah pun opocot je, o mak kau ke
lain2 rasanya x de
mmg dia bleh kontrol time dia nyanyi
kiranya latah dia x teruk la
kucen ada baca fakta pasal latah ni tp dh lupa kat mana
ni ada info pasal latah
Lazimnya apabila kita melihat adegan orang melatah, kita akan berasa terhibur. Ada pula sesetengah orang apabila melihat orang melatah, akhirnya diikut-ikut tanpa disedari pula oleh mereka. Kita yang melihat aksi sedemikian akan mengusik individu yang dikenal pasti boleh melakukan aksi melatah secara spontan. Sedarkah kita bahawa latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh penghidapnya. Latah ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.
Mungkin kita sedikit terhibur apabila melihat aksi latah yang melucukan, tetapi percayalah bahawa tidak ada seorang pun daripada mereka yang menghidap penyakit latah mahukan diri mereka menjadi pelatah, hatta jika digelar pelatah paling popular sekalipun. Justeru, apabila kita melihat seseorang itu melatah, kita sepatutnya mendoakan agar si pelatah itu sembuh daripada penyakitnya itu, serta dapat membuang dan mengawal tabiat terbabit daripada berulang. Dalam hal ini, apabila kita ketawa melihat seseorang itu melatah, kita seolah-olah mendoakan agar si pelatah itu terus kekal dengan penyakitnya itu. Kita seolah-olah berkata, biarlah ada seorang yang menderita kerana penyakit latah, asalkan ‘deritanya’ itu dapat menghiburkan ramai orang. Jika tersilap langkah, usikan terhadap pelatah yang bertujuan untuk bersuka-suka boleh bertukar menjadi tragedi, lebih-lebih lagi jika pelatah sedang memegang objek tajam.
Kalau kita sering ke majlis kenduri perkahwinan waktu dahulu, pasti ada sekurang-kurangnya seorang perempuan setengah abad yang suka melatah. Latah biasanya dikaitkan dengan wanita yang berusia namun masih boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia dan latar belakang sosial. Rasanya, suatu majlis keramaian atau kenduri kahwin bagaikan kurang serinya tanpa individu yang melatah. Hari ini, masih ramai yang melatah kerana latah telah dianggap sebagai sindrom budaya masyarakat Melayu. Latah ialah tindak balas yang spontan apabila seseorang itu terkejut. Orang yang melatah ini akan menyebut perkataan atau meniru tingkah laku orang lain di sekelilingnya terus-menerus, berulang-ulang. Sekiranya orang yang menyakat itu terus mengusik orang yang melatah, latahnya akan menjadi-jadi sehinggakan dia seperti di alam bawah sadar, hilang kawalan diri lalu mengerjakan segala yang diperintah. Kadangkala, orang yang melatah ini boleh membahayakan orang lain di sekitarnya jika dia memegang benda merbahaya atau senjata tajam. Masyarakat Melayu menganggap ‘melatah’ adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dihindari. Tanggapan begini bersebabkan latah sudah sebati dalam jiwa Melayu dan menjadi tradisi budaya. Pakar perubatan bersetuju latah bukanlah tergolong sebagai kecelaruan mental. Latah juga merupakan satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit. Namun, latah dipercayai berkait rapat antara fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial. Latah dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.
Di Indonesia, gangguan latah berkembang pada suku-suku di Pulau Jawa, Sumatera dan pedalaman Kalimantan. Latah juga ditemui di beberapa wilayah Asia lain seperti pada masyarakat suku Ainu di Jepun dan masyarakat gurun di Gobi iaitu sempadan antara China dan Mongolia. Di Eropah, latah juga ditemui pada suku masyarakat Perancis. Sebenarnya latah tidak hanya berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Latah juga terdapat dalam budaya orang India dan orang Eskimo. Tingkah laku ‘latah’ ini bermula semenjak budaya ‘berkutu’ zaman dahulu. Sewaktu berkutu, wanita-wanita Melayu akan duduk berbaris dan saling mencarikan kutu di rambut orang di hadapan. Sewaktu mencari kutu itu, mereka saling mengusik untuk menghiburkan diri. Begitu juga dengan budaya orang Eskimo. Mereka juga tidak terkecuali dengan sindrom budaya masyarakat yang dikenali sebagai piblokto.
Disebabkan latah boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan, masyarakat lain selalu menganggap latah sebagai penyakit hilang ingatan seperti skizofrenia. Namun jika dibandingkan dengan penyakit mental seperti skizofrenia, latah tidak pernah menjadi stigma kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang melatah. Malahan, latah menjadi perhatian ramai dan sangat menghiburkan. Sungguhpun latah dianggap menghiburkan, melatah boleh memudaratkan individu itu kerana pergerakan fizikal yang keterlaluan. Individu yag melatah itu boleh berasa lelah dan mengah sehingga membahayakan diri.
Dewasa ini, ‘latah’ boleh membawa makna yang lain iaitu perbuatan seseorang yang cepat terasa dan menjadi marah apabila dirinya ‘dijolok’ dengan cerita yang membabitkan maruah diri. Melatah masih ada dalam masyarakat Melayu biarpun makin berkurangan. Latah bukan suatu penyakit tetapi janganlah kita jadikan latah suatu penyakit hati pula.
- kredit utk http://www.epetua.com/menangani-orang-melatah/
|