CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

[ULTRA BEST]Kisah Aku dan Mistik II : Cerita Pendek PAGES 65 KISAH 76

[Copy link]
 Author| Post time 15-12-2014 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Oleh kerana agak banyak pulak kisah mistik berlaku dalam hidup aku lately ni aku plan nak bukak thread baru sbb thread ni pun dah lama bersawang dan aku tak nak korang pening baca thread yg berjela jela... hehe

momod bleh ke aku bukak thread baru? Kikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 15-12-2014 11:11 AM
Oleh kerana agak banyak pulak kisah mistik berlaku dalam hidup aku lately ni aku plan nak bukak thre ...

iols setuju!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
PongKang posted on 17-12-2014 03:10 PM
iols setuju!!

Aku dah buka Pongkang... thread ketiga aku Kisah Aku Dan Mistik III.. sudi sudikanlah baca yer. . Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 02:34 PM | Show all posts
masyit replied at 15-4-2014 12:48 PM
haha mcm kelakar pulak

kitorg panggil hantu purdah

tengah2 syok baca thread ni...nampak plak citer ni..ahahaha actually.. citer nya sampai Brunei jugak
kiteorang panggil Hantu Purdah..and yes dia pakai purdah dan konon drive kancil merah hehe
i think maybe time tu i form 1 or form 2...dah tak ingat tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 03:21 PM | Show all posts
dah habisssss...i think 2 minggu jugak nak kene khatam thread ni..
saturday sunday i tak baca
cuma monday tu friday..tu pun waktu siang... waktu malam TAK NAK

Part 1 and part 2 dah siap baca hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Syazzy replied at 6-2-2015 03:21 PM
dah habisssss...i think 2 minggu jugak nak kene khatam thread ni..
saturday sunday i tak baca
cuma ...

Terima kasih sudi baca... Nanti sudi sudikan baca part 3 plak yer.... Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah replied at 6-2-2015 08:43 PM
Terima kasih sudi baca... Nanti sudi sudikan baca part 3 plak yer.... Hehe

Part 3 dah start baca hari tu.. tak puas tu yang pegi search part 1 and 2 hehehe

Besar sungguh dugaan Awak Mai...

Semoga Allah sentiasa melindungi awak...

Saya pun belum ada anak lagi..still trying... and... emm..nanti lah siang2 cerita..ada something happened jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 05:49 PM | Show all posts
Syazzy replied at 6-2-2015 08:50 PM
Part 3 dah start baca hari tu.. tak puas tu yang pegi search part 1 and 2 hehehe

Besar sungguh  ...

Amin... Kes aku ni tak de besar mana kot kalau nak dibandingkan dgn kisah orang lain... Apapun tq sudi baca yer.. Nanti ada masa ko share la kisah ko pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 08:32 AM | Show all posts
Syumaimah replied at 8-2-2015 05:49 PM
Amin... Kes aku ni tak de besar mana kot kalau nak dibandingkan dgn kisah orang lain... Apapun tq  ...

aku tak ada lah cerita yang terjadi kat diri sendiri...kat keluarga ada lah...aku harap kat aku tak ada dan tak akan ada..sebab aku ni tak kuat
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 03:09 PM | Show all posts
@Syumaimah xde sambungan ke pasal kakak ipar ain tu.... gigih sambung balik setelah sekian lme tertinggal ketapi nyh.... hopefully awk sehat sejahtera ye....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
nuril86 replied at 24-6-2015 03:09 PM
@Syumaimah xde sambungan ke pasal kakak ipar ain tu.... gigih sambung balik setelah sekian lme terti ...

Soriiii.... ada jer tp saya bizi sket lately... insyaALLAH  nnt sy update yer.... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 11:17 AM | Show all posts
aku ada kenal sorang perempuan yg ada saka nenek ni..

ntah2 kita kenal org yg sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 03:32 PM | Show all posts
makton replied at 29-9-2015 11:17 AM
aku ada kenal sorang perempuan yg ada saka nenek ni..

ntah2 kita kenal org yg sama

Ye ke makton... haha.... tak kot sbb ramai jer org ada saka nenek kebayan ni.. heeeee
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 02:02 PM | Show all posts
abis dah ke.. tergantung.. dah 2017 dah kisah kak ipar ain tu xde sambung pun..

Harap2 syu sihat2 sekrg nih.. & dah ada baby...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syumaimah at 26-12-2018 12:24 AM

Lama giler aku tak update... aku lupa password . Haha

Aku nak share kisah yg baru terjadi kat aku beberapa bulan lepas. Masa tu aku ke Johor. Bercuti dengan suami. Malam pertama aku tido kat area JB. Alhamdulillah tak de apa yg pelik. Aku letak je kepala terus lena.

Malam kedua aku dan suami menginap di satu hotel area Johor ni. Belah mana biarlah  rahsia. Ahaks. Kisahnya ingat nak balik terus malam tu tapi lepas pekena ikan bakar, suami aku tak larat nak drive so dia decide nak menginal di sini semalam. Esok pepagi gerak. Maka kami mencarilah hotel. Masa tu  sekitar jam 10 malam. Semua hotel yang kami tanya dah penuh. Kebetulan cuti deepavali. Kami cari punya cari dan akhirnya jumpa jugak satu hotel ni. Tapi hanya ada satu je bilik kosong yg mana ada 2 katil  bujang. Memandangkan semua hotel dah penuh dan kat depan belum tentu lagi ada hotel maka kami bersetuju jugaklah. Kunci diserahkan. Kami angkut beg naik ke tingkat 2.

Masuk je bilik tu ok je tak de apa yg pelik. Kami bersihkan diri dan terus tidur. Penat  campur kekenyangan. Katil bujang tu kami cantumkan. Takut gak... haha...  Dari setengah ke sejam ke 2 jam. Agak lena aku tidur sbb penat jalan jauh. Tengah syok tido tu aku tersentak bila aku dengar bunyi dinding kena tepuk  dgn kuat. Aku pasang telinga nak dengar  bunyi tu. Aku yakin bunyi tepukan tu bukan dari  bilik sebelah sebab bunyi tu jelas dalam bilik kami. Dan aku  yakin tu bunyi tepukan macam tangan menepuk dinding dengan kuat. Mula bunyi tu dari kepala suami sampai ke bilik air bunyi tepukan tu. Boleh tahan kuat.

Tap...tap..tap...

Macam tu la berulang ulang. Perlahan lahan aku intai dengan dibantu samar cahaya dari lampu jalan. Kosong. Bunyi tu still kedengaran. Bergerak  dari kepala suami hingga ke bilik air. Suami aku lena tido tak dengar kot bunyi tu walhal bunyi tu dekat kepala dia. Perlahan lahan aku kejutkan suami. Dia terjaga. Masa dia terjaga tu automatik  bunyi tu hilang. Suami bebel gak la sbb aku kacau dia tidur. Aku bagitau dia ada sebab kenapa aku kejutkan diz. Dengar je aku cakap macam tu, suami terdiam. Dia faham apa maksud aku. Dia terus datang dekat aku. Katil bujang tu kami tidur berdua. Hahaha... aku takut.

Alhamdulillah bunyi tu hilang. Bila rasa bunyi tu tak datang lagi, aku minta suami tidur di katil sebelah sebab sempit. Suami berganjak ke katil sebelah. Aku pejamkan mata. Nak sambung tidur yg terganggu. Masa tu aku tidur mengiring mengadap ke dinding. Baru je nak lena tiba tiba badan aku berat. Tak boleh bergerak macam kena  tindih. Terutama di bahagian bahu kiri. Berat sgt. Aku buka mata dan alangkah terkejutnya aku bila aku lihat kelibat budak kecil duduk atas bahu aku. Aku pejam mata  cuba lawan. Cuba bangun. Pumyalah kuat aku berlawan sampai bergoyang  katil  aku. Aku jerit ALLAH dalam  hati dan aku terjaga. Kelibat budak tu hilang. Lega.

Aku terlentang pulak. Perasaan takut tak hilang lagi nih. Tapi aku cuba  jugak tidur.  Baru je nak tidur tiba yiba aku nampak muka seorang perempuan  dgn rambut panjang tengah hendap atas muka aku. Aku menjerit sekuat hati. Perempuan tu hilang. Menggigil badan aku. Aku toleh ke arah suami. Lena dia tidur  sampai aku jerit pun tak dengar.  Aku nak kejutkan dia tapi aku kesian sebab dia penat sgt. Jadi aku ambil keputusan untuk kembali berbaring sambil baca ayat  quran. Semua surah  aku baca. Dan aku tak tidur sampailah azan subuh barulah aku dapat tidur.

Esoknya masa otw nak balik tu suami tanya apa yg aku dengar malam tadi. Aku cerita satu persatu. Yg anehnya dia tak dengar pun bunyi tepukan kat dinding tu dan aku menjerit pun dia tak dengar. Aku pun tak de idea. Perasaan aku ke? Entah lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Shahreen74 replied at 29-8-2017 02:02 PM
abis dah ke.. tergantung.. dah 2017 dah kisah kak ipar ain tu xde sambung pun..

Harap2 syu sihat2 ...

Haah aku tak reti nak cerita sbb aku tak nampak benda tu tapi kakak ipar ain tu dah sembuh dah pun. Alhamdulillah aku sihat. Terima kasih atas doanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 09:48 AM | Show all posts
Syumaimah replied at 26-12-2018 12:22 AM
Lama giler aku tak update... aku lupa password . Haha

Aku nak share kisah yg baru terjadi kat aku ...

winduuuu...welkam back
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 26-12-2018 09:48 AM
winduuuu...welkam back

Wahhhh ada gak yg ingat aku lg. Tqt fifie.. pa habaq?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 26-12-2018 09:48 AM
winduuuu...welkam back

Wahhhh ada gak yg ingat aku lg. Tqt fifie.. pa habaq?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 04:50 PM | Show all posts
Bertahun2 tak masuk porem!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.064248 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list