CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: darlingangel

Jemari Seni

 Close [Copy link]
Post time 25-4-2008 12:00 AM | Show all posts

Reply #2145 minahleter's post

minah...thanks...

sy rasa pada mereka yg mengikuti cerita ini ditulis sejak mula lagi kat Writer's Room, kebanyakan mereka tahu dari mana datangnya watak Najah dalam cerita ini. Coz kat sana, sambil menulis sambil bersembang dengan gang2 kat situ, so depa tahu la... hehehe... Dan pastinya, Najah itu bukan fantasi atau rekaan semata...

memang sangat dan tersangatlah susah nak cari lelaki 'perfect' macam dalam cerita ini (ada tapi sayang, umurnya tak panjang) . najah dihambat waktu, ...and that's why dia cuba membahagiakan isteri dan keluarga. (maafkan saya kalau tak elaborate perkara ini dalam LBN coz dalam LBN ini hanya Tasha yang bercerita)

apapun, sy budak baru belajar... insya Allah... dalam novel akan datang (kalau ada rezeki) takde dah watak lelaki 'perfect' ni... hehe, gangster boleh ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 09:06 AM | Show all posts

Reply #2141 melur_draja's post

Baca jgn tak bace...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 05:31 PM | Show all posts
salam semua

baru baca di blog ruby (http://rubyhazri.blogdrive.com) tadi. Beliau dikhuatiri mengidap penyakit Bell's Palsy.
Sama-samalah kita doakan semoga beliau sihat. Ye. :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 05:40 PM | Show all posts

Reply #2148 gegulagetah's post

thanx gula for the link.
sedih gak baca, walau tak penah dengar pasal penyakit ni, harap ruby terus tabah & cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 11:31 PM | Show all posts
kak ruby dah semakin sihat..
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 12:12 AM | Show all posts
salam..sori da tinggal ketapi..
btw nak tny pasal LBN..
anybody or the writer ble bg review??..please.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2008 02:53 AM | Show all posts
salam semua
di pagi yang bening ini, aku tiba-tiba saja di'tembak' oleh satu pertanyaan.
Kawan-kawan selalu tak terpengaruh dengan novel yang dibaca? Maksud aku, ada tak watak-watak dalam novel yang mempengaruhi pemikiran kau orang semua? Atau kau orang baca cuma baca saja dan abaikan perwatakan hero dan heroin dalam novel tu?

Eh? Do I make any sense here?

Memandangkan ini thread JS - err... aku belum khatam semua buku-buku JS. Banyak yang tertinggal lagi. Cuma ada watak yg agak cliche juga. Wanita Melayu mesti lembut dan pendam perasaan. Erk! Tapi jalan cerita setiap novel tu memang variasi lah.:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 06:51 AM | Show all posts

Balas #2152 gegulagetah\ catat

kalau heroin watak hlovate....selalunya tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 08:53 AM | Show all posts
nazurah.. akak dah habis baca LBN.. so sesi bedah siasat akak cuba buat sikit-sikit.. kalau naz nak suruh discuss bab mana pun akak boleh tolong buat.

so akak start dengan watak hero & heroin

Syahrun Najah Hanafi
-watak terlalu sempurna
-susah nak relate dengan real life sebab susah nak jumpa lelaki camni
-patut naz kena humankan sikit watak ni, agar pembaca boleh beremosi sekali dgn najah
-najah ni, patutnya emosinya janganlah terlalu kaku. cam takde perasaan je sakit
-patutnya adalah juga bab dia ada masa dia takleh terima hakikat dia tak leh hidup lama
-naz maybe kene explain, kalau nak jadikan watak najah ni sempurna sebab dia nak spend quality time with his wife and family...

Nur Natasha Ameera
-adui dik, yang ni pun wataknya macam sempurna
-buatlah emotional sikit, menyalahkan takdir kenapa najah short lived

just additional notes sikit:
-watak najah & tasha ni kurang interaksi between both of them pasal kehidupan
-maybe sebab interaction dieorang ni banyak pasal kasih sayang, cinta darling (ni buat akak muak)
-interaksinya kalau pasal sakit najah, akak nak tau camna boleh terjadi tumor dengan lung cancer. ni akak notice naz cam kurang kaji pasal sakit-sakit ni, at least make it informatif camna najah dapat sakit-sakit tu.. and explain the consequence of these illness
-buat adegan gaduh2 sikit, pasal sakit najah ni.. how tasha cannot accet the fate of life ke, dan najah kena pujuk and explain to her.. sebab akak notice najah ni cam alim, tapi tak nampak watak alimnya tu tak dikembangkan sangat

persekitaran:
-thumbs up! maybe sebab naz duduk kat JB, so akak tau naz tulis tu tempat2 yang naz sebut, mmg akak tau wujud, i know naz tak tipu punyelah bila sebut location dan bangunan dalam buku tu
-pasal garden untuk mama, bila akak baca, i know you also minat gardening. sebab semua bunga-bunga dan perkakasan menghias taman tu mmg deskripsinya tepat... bagus bagus

watak-watak lain:
-watak-watak pelakon pembantu cam farah tu, tak patut wujud.. sebab ceritanya terus stop di tgh novel gitu ajer.
-watak family najah & family tasha mmg penting, bagus sebab ada family yg supportive etc

ok jap lagi akak sambung pasal plot cerita atau which bab akak suka etc.. ok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 10:23 AM | Show all posts

novel JS jd bestseller lg

aA+bB hlovate masuk list bestseller lagi
untuk minggu 20 April

tahniah,JS!
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #2154 limau_nipis's post

cik limau... terima kasih...

nak sy jawab semua pertanyaan tu ke?

memula sy macam nak pengsan tgk review cik limau yg panjang (dah risau hilang selera makan, pasal sat lagi ada farewell party...makan besauuuu!!)

sy terima komen dan pandangan cik limau dengan hati terbuka. insya-allah pada masa akan datang (jika diberi peluang dan kesempatan) sy akan men'details'kan lagi perkara-perkara yg disebut cik limau itu...

almaklumlah...percubaan pertama...

pssst : cik limau ada ditimpa hujan tak masa baca LBN? ujan sekerat ke, ujan panas ke, ujan gerimis ke?? ada tak
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #2156 nazurah's post

naz, akak ni hujan panas sikit la.. agaknya sbb baca kat office, nanti malulah org tgk akak nangis.. hahaha

rasanya kalau dok sorang, mau empangan air mataku pecah.
ending LBN memang superb, masa tu akak rasa boleh connect dgn najah & tasha. sebab nampak both of them ni human, tak tapis-tapis dah perasaan tu.. bagus! very excellent ending!

nanti akak tulis panjang sikit pasal yg lain lak

p/s: jangan ler sampai nak pengsan naz
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:56 PM | Show all posts
ok... ku sambung review LBN ni lagik. bedah siasat sesi ke-2 lak   (banyak masa hari ni, kang tak komen siap-siap.. takut lupe jer)

plot cerita:
- quiet OK, cuma perlu dikembangkan pasal najah la especially. mungkin sebab novel ni dilihat melalui kaca mata tasha, jadi kita tak pernah tau perasaan najah camne..

- kisah cinta, kembangkanlah sikit pasal percintaan mereka sebelum kahwin. atau imbas kembali peristiwa bersejarah dlm hidup mereka, iaitu bernikah di UK.. camna najah obtain permission daripada ayah dia. akak rasa benda ni boleh jadi platform yang baik untuk pembaca mengenali najah & tasha sebelum mereka berkahwin. mesti lagi 'umph' kalau pembaca dpt menghayati kisah cinta mereka walaupun sekadar flashback

- kisah mama najah bangkang najah kahwin dengan tasha. pun tak dikembangkan dengan baik. yang akak tau, mak najah marah najah kahwin dgn tasha sebab dia nak farah kahwin dengan najah.
soalan akak: farah tau ke najah ni sakit? kenapa pulak mama najah ni bangkang sebab nak jodohkan ngan farah? illogical sikitlah. kalau mama najah bangkang najah kahwin sebab alasan munasabah macam; najah sakit, atau najah ni hayat tak lama, atau najah anak bongsu.. maybe akak boleh terima

- akak dapat pick up the pace of this story masa najah mengaku dia dah menikah ngan tasha. mula-mula quiet slow jalan penceritaan, bab dapat kerja n bekerja kat company bapa najah tu sendiri, akak rasa bab-bab awal tu banyak sgt meleret-leret, maybe just a few quick chapters menceritakan pasal dieorang settle down di malaysia ni.. tak payah panjang dah 100 mukasurat baru ada pace cerita.

- peristiwa yang menarik, jadi turning point dalam cerita ni, bila najah start sakit lepas dia rancang kenduri kesyukuran kat rumah mak tasha. tu baru start akak rasa interesting.. as i wrote earlier, patutnya penyakit najah ni patut dapat liputan meluas sikit supaya pembaca dapat menghayati najah sebagai seorang pesakit.

- pasal tasha pulak, amboi ramainya peminat.. pasal ada org merisik dia lepas dia berpantang tu, tak payah le cerita. akak rasa cam takde apa-apa signifikan pun watak irfan dalam cerita ni. sekadar muncul sebagai orang yg bawa tasha gi stadium tu cukuplah, tak payah cerita pun pasal irfan dtg merisik tu..

- konflik najah-tasha-harriz mungkin boleh dikembangkan dengan lebih baik. sebab harriz ni menyimpan perasaan terhadap tasha.. tapi akak pun rasa najah ni tak gentleman bila nak jodohkan wife dia dengan harriz. patutnya tanyalah tasha what she thinks about 'najah mencari jodoh untuk dia'. ni tiba-tiba je tak pasal nak jodohkan ngan harriz.. harriz  ni macam orang tak malu je, mengemis cinta isteri orang..

okla, panjang dah ni akak review.. kot naz nak suruh review lagi bagitau la yer..
anyay, next novel naz, i know you can do much better.. buku LBN ni interesting sebenarnya, tapi banyak plot yang boleh membuai perasaan pembaca tak dikembangkan dengan baik.

dan naz, cadangan akak yang suka kritis karya orang (muka tak malu nihh), cubalah kembangkan atau buat satu novel kisah cinta abang jim dan lisa, atau kak safi & abang faizal.. mesti best tau kisah cinta adik beradik yang 2 orang tu. pembaca pun mesti ternanti-nanti kisah anak-anak tan sri hanafi yang lain..

p/s: lain kali buat watak, tak payah le kaya sangat.. klise sangat la - cam drama melayu kat TV- kerja kat co bapak sendiri, bapak n mak dato' or datin.. hua, tak best tau. berpijak kat bumi nyata sikit

[ Last edited by  limau_nipis at 28-4-2008 01:58 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 03:54 PM | Show all posts

Reply #2158 limau_nipis's post

thanks lagi sekali...

mlm karang sy jawab ya cik limau.... skang ni cam ala2 nak tido jek lepas sebat kari ayam dgn capati, udang sambal, ikan tenggiri dgn choc moist...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 04:43 PM | Show all posts

Reply #2159 nazurah's post

naz nak jawab ke tak tak kisah la.. ni pendapat akak..
tapi seronok gak share review ngan penulisnya sendiri

i know you can do better for your next novel
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 05:38 PM | Show all posts

Reply #2153 misz_scarlett's post


Bukan apa, banyak novel Melayu yg aku baca, watak heroin mestilah banyak yang menyerah pada takdir. Terasa macam lembik sangat. Kalau aku jadi penulis, aku tak mau la buat watak yang 'lemah gemalai' ni sebab aku rasa heroin kat alam nyata ni semua srikandi bersemangat waja.

Puan Limau,
review LBN tu sangat menarik sekali. Tapi mengapa setelah aku membacanya, aku terus tak berminat hendak membaca LBN?   Ya Allah! Tolonglah ilhamkan minat untuk aku membaca LBN ni! Buku dah ada!!!

Sebenarnya aku mencari kelainan dalam novel cinta Melayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 07:08 PM | Show all posts

Reply #2161 gegulagetah's post

cari waktu yg tenang untuk baca, atau awak boleh tgk review orang lain utk pilihan komen yg lain...linknya ada di blog sy...

dan sesudah habis membacanya kalau awak rasa rugi beli LBN tu beritahulah sy...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 08:36 PM | Show all posts

Reply #2162 nazurah's post

hai nazurah..
actually sy dah 2 minggu khatam LBN ni tapi tertangguh je nak menegur awak di forum ni..
memula nak beli LBN ni teragak2 jugak..sy tak berapa minat nak baca novel cintan-cintun nie...tapi selepas baca LBN ni agak tersentuh jugak ler..
dan selepas ditimbang2 nilah komenku utk mu..hehehe
najah - lelaki yang baik.sy percaya kalau nazurah kata mmg wujud lelaki seperti ini tetapi sy percaya jugak nk berjumpa mmglah agak payah!1 la kot dlm seribu...
tasha-jugak watak yg sempurna...mmg nmpk cliche..dan agak membosankan tp sy cuba berfikir secara positif..bila melihat ketabahan tasha,sy cuba utk serapkan nilai yg baik tu pada diri sy sendiri...watak tasha byk membuatkan sy berfikir...walaupun dlm realitinya susah nak jadi sesempurna tasha..
setuju gak dgn pendapat limau nipis...walaupun najah&tasha ni mmg nampak really madly,deeply in love..sy tetap rasa hubungan dorang tak mesra kerana kurang interaksi..yg byk dibualkan hanya cintan-cintun,sayang2..
watak farah tu kalau nak diwujudkan,buatlah betul2 mengganggu hub tasha-najah..tapi bila sekerat jalan je dah mati rasa macam tak best lak..maksudnya,kalau nk wujudkan,wujudkan betul2 kalau tak,tak payah..
anyway,mengalir jugak la air mata sy bila baca wasiat najah,dan bila saya cuba selami keadaan tasha..tak tertahan jugak air mata nie..
pape pun tahniah!!tak sabar nak tunggu novel nazurah yg ke dua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 10:57 PM | Show all posts

Reply #2158 limau_nipis's post

VERY good review:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 11:00 PM | Show all posts
aku berminat nak beli buku dejavu utk budget bulan Mei...boleh sesape bagitau tema buku dan plot cerita skit...baca kat laman js..cam cite misteri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.441296 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list