|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #42
[Copy link]
|
|
maximum ke tu 15 hari? kalu nk carry 20 xleh eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
jom la nov kita sama2 tolak
|
|
|
|
|
|
|
|
x pernah buat n x rasa nk buat pun...mama pernah ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sudah, roti tampal tadi...nanti sha tepek kt benang makanan mama tu ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Laksam...ni lunch dah masak sardin utk mkn dgn ketupat daun palas 
|
|
|
|
|
|
|
|
BOMBOLINI

Bahan bahan
1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku)
2 sb gula
1 sb yis
1sb baking powder
2 cawan tepung gandum
1/2 sk garam
1 sk esen vanila
1 biji telur
2 sb mentega (sejuk)
Cara-cara
1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit.
2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati.
4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
6. Setelah kembang, leperka. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.
7. Biarkan doh kembang seketika.
8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.
9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
11. Bila donut dah suam boleh golek golekkan atas gula castor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bawal Goreng Cili

Bahan-bahan:
Ikan bawal
Bawang besar
Bawang putih
Cili hidup
Cili padi
Serak (dititik)
Tomato (dibelah 4)
Cuka
Gula
Garam
Serbuk perasa *optional
Cara-cara:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili hidup.
Menggunakan minyak ikan goreng tadi, tumis bahan kisar.
Tambahkan serai yang dititik.
Masukkan garam, gula dan cuka.
Tumis sehingga kering.
Masukkan ikan, tomato dan bawang hiris.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kek Batik Marie

Resepi
Bahan A
2pek biskut Marie (300g)
250g Buttercup
1tin susu pekat
1cawan air masak
6sudu besar serbuk koko
14sudu besar milo
Telur 2biji
Bahan B (Topping/choc ganache)
1cawan Whipping cream Anchor UHT
100 gram Choc compound
100 gram Dark Choc
1sudu besar butter
Cara cara :
1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Sy guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau2 smpi sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api blk. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat. Dan keluar buih2 maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik. Smpi sekata.
2. Tuang biskut marie dlm loyang 10inci. Lapik loyang dgn plastik.Atau guna loyang yg terbuka bawahnya. Sy lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan2 adunan biskut marie smpi rata. Sejukkan.
3. Sementara adunan tu sejuk buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dlm bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau2 smpi rasa suam masukkan choc. Kacau smpi cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lg. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan 30min.
4. Kemudian tuang atas kek batik td. Dan simpan peti sekurang2 nya 6jam utk dptkan hasil choc yg cantik di atas dan mudah di potong.
|
|
|
|
|
|
|
|
BIHUN GORENG KOSONG SIMPLE

200 gr bihun, rendam hingga lembut dan toskan
sawi
toge
cili merah besar
Bahan Sos:
2 sdm cili giling
2 sdm sos tiram
3 sdm kicap manis
2 sdm cili sos
Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis, rendam dahulu
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan cili giling, kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
Setelah itu masukkan sedikit air, sos tiram, cili sos, kicap, gula, garam dan seasoning. Masak sehingga sambal terbit minyak.
Masukkan carrot, udang, fishcake, fishball jika ada.
Kemudian masukkan bihun jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
Akhir sekali, masukkan sawi dan toge.
Kacau rata dan tutup api.
|
|
|
|
|
|
|
|
DAGING BLACK PEPPER

Bahan -bahan:
Daging
Bwg putih 4ulas (tumbuk)
Bwg holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)
Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional,xnak letak pun xpe)
Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)
Garam, gula, aji
Minyak masak
Cara Masak:
Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.
masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.
masukkn garam, gula,aji.
Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuih Perut Ayam a.k.a Kuih Telinga

Bahan-bahan:
1 kg Tpg Gandum
1 peket tpg jagung (300 gm)
1 peket serbuk santan segera
1 biji telur ayam grd B
1/2 cawan gula yg dilarutkan dgn 1 1/2 cawan air suam ( gula boleh lebihkan atau kurangkan ikut kehendak masing2)
2 cawan margarine **yg resipi drp group MK tak pyh dicairkan tp ida cairkan)
Cara membuatnya:
1. Gaulkan tepung gandum, tpg jagung, serbuk santan di dlm bekas. Buat lubang di tgh, kemudian masukkan telur. Gaulkan hingga sebati. Kemudian tuangkan margarine yg dah suam2 kuku tu ke dlm bekas tepung. Gaul lg.
2. Tuangkan air suam bergula td sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di jari.
3. Gunakan mesin pasta utk meleperkan doh dan kemudian gunakan mesin yg sama utk 'memotong' adunan tersebut spt saiz kue teow. Potong dlm anggaran 5" atau pun ikut kesesuaian.
4. Bentukkan la seperti dlm gambar ☺️..selamat mencuba!
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK BUTTER SUSU LEMBAP

Bhn2:
250grm butter
2cwan Tepung gandum
3/4 cwan gula castor
4 biji telur gred A
3 sdu besar susu tepung
1 sdu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Coklat chip-hiasan
Cara2:
Pukul butter + gula sampai kembang (dr warna asal smpai betukar kaler putih)
Sementara tu ayak tepung gandum+susu tepung+baking powder
Da nmpak kembang butter dgn gula masukkan telur sebiji demi sebijik+esen vanila...da sebati semua masukkan tepung yg da di ayak td sikit2 smpai habih..
Da mix semua masukkan dlm Loyang..lpik baking paper spya senang nk tebalikkan nnt..
Hiaskn coklat chip td kt ats..
Sye buat masukkn bancuhan dlm Loyang separuh masukkan coklat chip.. Pastu letak adunan yg separuh lg smpai abih letak lg coklat chip..
Bakar suhu 170..40mnit api ats bwh (ikut oven msg2 ye)
*rajin2 tgk Kek sama ye nk tau masak ke x..✌️
|
|
|
|
|
|
|
|
kek Coklat

Kek
1 cwn utk setiap- gula,mnyak masak,susu pkat,susu cair
3 biji tlur + 1 sudu esn vnilla
# blend smua bhn sbati
2 cwn tpung gndum
1 cwn srbuk koko
1 sudu kcil soda bkrbonat
# Ayak 3bhn, cmpur dlm adunan, blend sebati
# Tuang dlm loyang
# Kukus 40minit/hngga masak
Topping
2 sudu planta/mrjerin
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan susu pekat
- Kacau sebati dhlu,kmudian msak ats api perlahan shngga agak pkat..
- Biarkn topping sedikit suam,tuang keats kek..hias ikut citarasa????????
* klau topping utk bkas kcil2 perlu gandakn sukatan ats. yg ats ckup utk kek sebiji*
@ cara lain
Guna coklat masakan bar/coin, 2sudu susu pkat, 1sudu butter/mrjerin
- Cairkn mnggunakan kaedah double boiled.
|
|
|
|
|
|
|
|
Red velvet cheese brownies

Bahan kek:
2 1/2 cwn tepung gandum
2 sb serbuk koko
1 1/4 cwn minyak jagung
1 1/4 cwn gula
1 cwn buttermilk (1 cwn susu cair/ freshmilk + 1sudu teh cuka)
2 biji telur A
1 sudu teh vanilla
1 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
Cara2:
Ayak tepung dgn serbuk koko, ketepikan
Campur pewarna dan vanilla bersama buttermilk.
Pukul minyak dan gula sampai kembang.
Masuk telur dan pukul lagi.
Masukkan separuh tepung kemudian buttermilk, kemudian habiskan tepung.
Campur soda dan cuka hingga berbuih dan campur ke dlm adunan. Kacau sebati. Asingkan 2 sudu adunan utk melorek.
Tuang adunan ke dlm loyang
Bakar pd suhu 170°C selama 40-45 minit.
Bahan cheese:
250g cream cheese
50g gula castor
1 biji telur
Pukul semua sehingga sebati dan tuangkan ke atas kek. Lorek dgn baki adunan kek tadi. Bakar semula selama 20 minit guna kaedah water bath.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gulai Ayam Minang(Padang)

Bahan
1ekor ayam dipotong ikut selera
Bahan kisar
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 btg cili merah
2 ruas jari halia
3 ruas jari kunyit idop
3 biji buah keras
Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan juga
2 btg serai diketuk
3 ruas jari lengkuas diketuk
5 helai daun limo purut diramas dulu
1 helai daun kunyit
3 cengkih optional
1 sdb cuka makan jika suka atau 1 keping asam keping
Masuk ayam
Masuk juga kentang dipotong.
Bila ayam dan kentang empuk masukkan
1 kotak kecil santan
Masukkan garam atau perasa lainnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biskut Mazola

Bahan2
Tepung gandum 1 kilo
Kacang tanah 300g
Gula 2 gelas
Minyak mazola / Minyak jagung 2 cwn ( xkisah brand apa)
Soda bikarbonat 1 sudu besar
Kuning telur + pewarna kuning
Cara2
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak tggu sejuk buang kulit dan blend kering smpai hancur
2. Blend kering gula
3. Sekalikn tepung gandum + kacang + gula + soda bikarbonat dan gaul rata.
4. Masuk minyak mazola dan gaul smpai jd doh.
5. Tekap dgn acuan ( yg ni guna acuan tutup botol ja) dan sapu kuning telur.
6. Masuk oven bakar suhu 170°C msa lebih kurang 10 minit atau ikut jnis oven masing2.
|
|
|
|
|
|
|
|
dh banyak kali mama buat
rasa pn sikit lebih kurang je dgn yg beli tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tepek la
apa salahnya
lama sgt x masuk sana tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 23-12-2021 10:55 AM
morning nov
how r u today?
Hr ni mood cuti dah  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|