CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 5-1-2011 11:03 AM | Show all posts
tengok tengok Dahlia kena perangkap dulu

...........................................................................................

“ Babah dah makan antibiotic? Doktor pesan jangan lupa makan 2 kali sehari.” kata Dahlia bila Hj Zul masuk ke dapur.

“ Ambilkan Babah air masak segelas. Lenguh pula tangan Babah”

“ Nak Lia picit? “ Segelas air di letak di meja dapur sebelah sekotak cupcakes yang di tempah oleh Azlin sempena harijadi  ke 3 anaknya Nazrul Haq.

“ Tak apa. Lia, semalam Lia pergi mana lepas melawat Babah di hospital?”

Ah-ha. Ini mesti DJ  Radio Kuala Kangsar. Baru tadi Usu menjenguk Babah. Mesti dia yang sampaikan topic hangit minggu ini.

“ Lia lepak kat tepi sungai dengan Cikgu Amir. Tak ada mood nak balik ke kedai. Kenapa?”

Hj Zul menggeleng kepala. Bertuah punya budak! Boleh pula tanya kenapa. Anak aku ni suka betul jadi bahan gossip. Cita cita terpendam nak jadi artis sensasi tak tercapai  kot.

“  Lia tunang orang. Kenapa pergi duduk berdua dengan Cikgu Amir tu? Tak elok tau. Lia tahu sajalah mulut mulut orang kat sini.”

“ Bukan Lia buat apa pun. Kami borak borak saja. Cerita pasal perangai Farid yang buruk. ” Selamba nada Dahlia. Sikit pun tak ada rasa bersalah.

“ Macam mana kalau Farid dapat tahu. Dia pergi KL, Lia bercengkarama dengan lelaki lain.” Leter Hj Zul.

“ Lagi bagus. Kalau nasib baik, dia putuskan pertunangan.” Dahlia tersengih menunjukkan gigi. Hj Zul mengetap rahang. Budak ni betul betul nak buat aku hilang sabar. Kesan jahitan di tangannya mula berdenyut.

“ Babah malu dekat Uncle Leman dengan Auntie Zu”

“ Malu? Lia lagi malu dapat tunang macam Farid. Mesti di belakang Lia, semua kawan kawan Farid gelakkan Lia. Kalau Babah tahu macam mana buruknya perangai Farid, Babah boleh pengsan tau. Uncle Leman dengan Auntie Zu pun malu nak keluar rumah agaknya.”

“ Kamu jangan nak menuduh kalau tak ada bukti. Fitnah namanya. Entah perempuan mana yang buat cerita pasal Farid tu. Agaknya dia suka kat Farid tapi Farid tak layan.”

“ Okay, fine. Lia cari bukti. Biar Uncle Leman dan Auntie Zu pun tahu siapa anak mereka sebenar. ” Dengan senyuman Dahlia meninggalkan Hj Zul yang masih tak puas hati.

“ Kamu nak ke mana tu?”

“ Lia nak  bersiap untuk ke rumah Wan Chor”

Wan Chor panggilan untuk kakak Babah dan ibu Kak Azlin. Pesta harijadi cucunya akan di adakan di sana. Slim cut jeans dan blaus tunik biru cair menjadi pilihannya.  Dia sedang menyisir rambut bila terdengar suara Puan Zurina dari pintu depan.

“ Zul, mana Lia? I nak cakap sikit. Ada benda mustahak. ”

“ Kejap lagi dia keluar lah. Apa halnya? Leman tak datang sekali?” Janganlah Zurina nak putuskan pertunangan. Hj Zul mengurut dada.

“ Leman sibuk. Ada banyak appointment. Dia suruh I datang seorang”

Dahlia terus ke depan. Harap harap Auntie Zu pun dah dapat siaran Radio KK. Cuma setahu aku Auntie Zu jenis yang tak suka jaga tepi kain orang. Dia bukan ahli sidang dapur macam Usu.

“ Assalamualaikum Auntie Zu.” Seperti biasa dia di peluk cium oleh bakal ibu mertuanya. Tapi kali ini Dahlia dapat rasa ada sesuatu yang menganggu wanita itu. Wajahnya risau. Apakah ada berita buruk tentang Farid?

“ Lia, Auntie dapat call dari Farid tadi. Dia terpilih untuk membuat attachment di Maybank Tokyo selama 3 bulan.  Habislah rancangan kita untuk buat majlis Lia dengan Farid bulan Ogos ni. Kita kena tukar plan sebab Farid kena bertolak tiga minggu lagi.”

Dahlia hampir tak percaya apa yang di dengar. Hooraaaayyyy! Hip hip hooray! Tak perlu aku susah hati. Minta minta Farid jatuh cinta dengan Michiko atau Hiroko atau Ajinomoto dan tak balik sini lagi. Ataupun kena pancung dengan pedang Samurai sebab mengorat bini orang. Yes… yes..yesss! Selamat aku.

“Oi.. jangan berangan. Orang tunggu jawapan kamu. Macam mana? Lia setuju tak?” Hj Zul meninggikan suara.

Dahlia terkebil sejenak “ Apa Babah tanya? Setuju apa? Kalau boss dia suruh dia pergi Tokyo, dia kenalah pergi. Apa pula kena tanya Lia?“

“ Hai, Lia ni mengelamun memanjang. Ornag tanya benda lain. Babah dengan Auntie Zu rasa baik kita nikahkan kamu dengan Farid sebelum dia ke Tokyo. Kamu boleh ikut dia pergi honeymoon di sana”

Rahang Dahlia terjatuh. Dia menggeleng. Hatinya yang terawang awang kembali merudum ke bumi. Suaranya meninggi.“ Tak.. mana boleh. Lia tak setuju. Kita tak siap apa apa lagi. Lia tak ready lagi. ”

“ Apa yang tak ready pula? Kita buat kenduri kecil saja. Jemput dalam 100 orang. Janji dah selamat nikah. Itu yang penting. Bila Farid balik nanti kita buat lah majlis besar besaran.”

“ Er… tak boleh tunggu sampai Farid balik dari Tokyo kah? Lia nak tempah baju pun tak sempat. Takkan nak pakai baju lama kot. Hantaran pun belum beli.  Kad jemputan pun tak ada. Macam kawin koboi saja. Nanti orang mengata… kita kahwin sebab terpaksa lah, sebab Lia dah pregnant lah. LIA TAK NAK!” Dahlia memuncungkan bibir. Puan Zurina terus memaut bahu bakal menantu nya

“ Lia, don’t worry. Kita pergi shopping di Ipoh. Auntie ada kawan yang ada butik pengantin di sana. Lia dapatkan baju dari dia. Seminggu pun boleh siap. Hantaran semua pun kita beli di sana  dan suruh dia gubah. Jimat masa, Auntie dengan Lia pun tak pening kepala. Jewellery dah lama Auntie beli untuk Lia. Your handbag and shoes, Auntie suruh saja Farid beli di KL. Dia pandai pilih barang barang perempuan.”

Dahlie tersenyum sinis sambil mengangkat kening pada Hj Zul. Mestilah pandai pilih, dah banyak experience. Kalau suruh beli pakaian dalam untuk perempuan pun dia mesti terror. Jantan keparat!

“ Jadi kalau macam tu semua dah settle lah. I pergi arrange dengan Tok Kadi dan orang masjid. Kita buat pagi  Sabtu dua minggu lagi.” Hj Zul memberi kata putus.

Alamak! Macam mana ni. Aku kena bagi tahu Cikgu Amir. OPTF ( Operasi Pecah Tembelang Farid) harus di percepatkan. Ya Allah , bantulah hamba Mu ini. Mata Dahlia mula berair. Sampai hati Babah. Berat sangatkah tanggungjawab dia menjaga aku sampai dia sanggup membiarkan aku kahwin dengan lelaki tak semenggah itu. Dia menyeka airmata.

“ Lia, kenapa sedih sayang? Jangan lah risau. We all love you very much. Sejak emak Lia sakit dulu, dia dah pesan suruh Uncle dan Auntie jaga Lia. Farid pun sayang sangat kat Lia. Cepat atau lambat, jodoh itu Allah yang tentukan. Kita berserah saja”

Senang saja semua orang cakap. Yang nak jadi isteri lelaki tak guna itu ialah aku. Macam mana kalau plan Cikgu Amir tak menjadi? Arghhhh… aku sanggup lari dari rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 11:14 AM | Show all posts
salam........

best la citer ni.....

sambung byk2 lagi yer........
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 11:15 AM | Show all posts
uwaaah lia yg kantoi... Farid lagi bijak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 1643# qimi08

itulah... jgn underestimate FB
dia terror selok belok menipu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 11:20 AM | Show all posts
sape yg nak mengena ngan terkena neeee.....ish..ish..ish
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 11:23 AM | Show all posts
ish! LIA ngan CIKGU AMIR cepat cari bukti tue...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2011 11:27 AM | Show all posts
kesiannya cik pai ayam...... cikgu amir cepatlah selamatkan dahlia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 11:28 AM | Show all posts
ishhh...janganla lia kawin dgn fb tu..tak suka..tak sukaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 11:33 AM | Show all posts
x nak la lia kawin dgn FB...
cekgu amir kena percepatkan mission nye..
x boleh tangguh2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:00 PM | Show all posts
Reply  qimi08

itulah... jgn underestimate FB
dia terror selok belok menipu
sang_arjuna Post at 5-1-2011 11:18



   
Oooo.. U sengaja ekkk... bikin hati kami haru-biru & kelabuu... hah..hah...
Time kasih Smiley... N3 baru lg hari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:08 PM | Show all posts
pnya la laju speed..
da lama xjenguk cni, ada cite baru..da byk page plk..
huhu..2ari abehkan smpai cni.. :-D

cepat2la bg CA n cik pai perangkap FB nu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:47 PM | Show all posts
amir.. oh amir..
cpt g kidnap cik pai ayam cpt..
sian dia kena kawin paksa.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:53 PM | Show all posts
wah..lagi 2 mggu kawin..fb lagi cepat bertindak..haha.ni mesti pompuan tu dah call dia ckp..ahhahha...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:55 PM | Show all posts
wah plan FB lagi pantas.. Cepat cikgu amir!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:59 PM | Show all posts
Cikgu Amir naik komuter;
Farid Boroi naik ERL...
memang tak terlawan kepantasannya;

macam tahu-tahu saja FB plan Amir tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 01:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by kaypo at 5-1-2011 13:30

adoi...FB..FB..lagi cepat ya...tak pe tak pe..cikgu amir...jalankan misi OPTF segera...

aku dah pening pusing pusing...cam lagu ni...kenangkan..FB ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 01:42 PM | Show all posts
ntah2, farid yg offer diri nak ke jepun tu...
tembelang dah pecah, terpaksalah cover balik...
farid  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 01:45 PM | Show all posts
lia ngn CA kena pantas lagi nie..!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 02:04 PM | Show all posts
cepat lah cikgu amir ngan dahlia atur
strategi utk perangkap fb....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 02:18 PM | Show all posts
Cikgu Amir cepat la...nanti lia dibaham buaya..........hiss Cikgu Zul ni percaya bebeno kat FB tu.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040320 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list