CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 8-12-2012 12:09 AM | Show all posts
wck7-2011 posted on 7-12-2012 07:37 PM
boleh bagi tip tapi berpada padalah sebab semua sudah termasuk semasa kita berurusan.
jiran say ...

ye betul... klu supir dah terbiasa dpt tips byk, tau2 je la kan nanti..
rasanye klu amik supir, semua dah termasuk.. tp klu TA, mmg dah awal diberitahu, perlu bagi tips pada driver.. cth rm5/day/person camtu..
just my 2 cents...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2012 12:55 AM | Show all posts
norim posted on 10-2-2012 07:25 PM
[/img]

Alamak.. nampak sikt je kereta kuda. Di sini kereta kuda merupakan kenderaan biasa untuk k ...

ya, biasa orang yang gunakan untuk pergi balik umah, jika tak dilalui bas awam, so jika nak try, ada kat jam gadang, sila tanya price dulu baru naik, 1 kereta kuda boleh muat 4 orang dewasa atau 5 orang budak kecil2

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 03:33 PM | Show all posts
assalamualaikum...ada yang baru balik dari padang bukittinggi x?...semua forumer pergi pakai service aldi jugak ke ada try yg lain?..klau ada share2 rr info...tQ
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 05:59 PM | Show all posts
ed.junaidi posted on 7-12-2012 12:36 AM
hy dfro tak jadi call ed ye,nape tu?

Hai Bang Ed, mintak maaf banyak2. Rupa2nya setelah ikut schedule, memang agak ketat, dan lepas dinner tu memang nak balik terus ke hotel. Sori ya bang.

Kepada yg lain2, saya akan post kan sedikit sebanyak nanti, tunggu ....

p/s Sampai rumah semalam pukul 1pm, lepas tu pagi tadi demam sekejap, ni dah OK sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 11:17 AM | Show all posts
hi.,kite nak tanyela macam mana keadaan hotel bunda padang tu yer? tgk dkt online macam banyak bad reviews je
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 01:37 PM | Show all posts
Hotel Review - Bunda Hotel Bukittinggi


Hotel ni masih baru, dibuka pada bulan awal Jun 2012. Kesemuanya ada 34 bilik dengan jenis Superior, Deluxe dan Executive di dalam bangunan 4 tingkat. Terdapat juga basement parking di bawahnya.


Klik untuk perbesarkan imej
Lokasinya di permulaan Jl. Panorama di antara Hotel Ambun Suri dan Hotel Imran, agak strategik dengan hanya jarak berjalan kaki ke Jam Gadang/Pasar Atas (250/300 meter) dan juga Panorama Ngarai Sianok/Lobang Jepang (400 meter).


Bilik-bilik di tingkat 3 dan ke atas (kalau tak silap jenis Deluxe dan Executive) menikmati pemandangan Gunung Singgalang atau Gunung Marapi.


Breakfast yang disediakan di tingkat 2 merangkumi makan pagi lokal dan toast & jam.


Bilik saya di atas ni jenis Executive. Asalnya saya beli bilik Deluxe secara online dari Gonla.com dan request kat hotel bilik dengan katil kelamin. Tapi masa check-in, bilik jenis ni dah penuh, lalu diberi upgrade secara gratis ke jenis Executive. Bilik ni memang sangat besar.


Plug yang digunakan di sini ialah jenis Euro/Indonesia 2 pin. Saya ada bawa adapter yang dibeli di eBay.com dengan harga USD0.99 yang disambung kepada extension supaya boleh guna beberapa device pada satu-satu masa.


Kebetulan pula WiFi antennanya terletak di tingkat 3 sebelah bilik saya (301), jadi signal WIFinya memang full dari dalam bilik.

Overall saya amat berpuashati dengan layanan dan fasiliti di Hotel Bunda Bukittinggi.
Last edited by dvpro on 16-12-2012 11:59 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2012 02:56 PM | Show all posts
gamba x leh nmpk la

ke sy jek yg x nmpk?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 03:26 PM | Show all posts
RM22++ jugak yer rate kat hotel ni..
Tgk agoda bilik stndrd pon dh RM200++
tp bilik ok la nk bndingkan ngn nikita tuh
Ada blcony tp bila bukak tu haa trpampang dinding hotel karisma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2012 03:34 PM | Show all posts
dvpro posted on 10-12-2012 01:37 PM
Hotel Review - Bunda Hotel Bukittinggi

TQ dvpro..
ok gak hotel ni , tak sabar nak stay sini nnt
aircond berfungsi tak?
lagi satu pernah baca kat satu blog ni mention klu nak
stay kat hotel ni kena tunjuk kad nikah klu lelaki n pompuan tu tinggal sebilik?
klu tak ada tak boleh check in sebilik betul ke?


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 03:40 PM | Show all posts
mirmo posted on 10-12-2012 11:17 AM
hi.,kite nak tanyela macam mana keadaan hotel bunda padang tu yer? tgk dkt online macam banyak bad r ...

masa saya stay dulu kat hotel bunda padang ni sgt2 ok, bilik selesa n bilik air bersih jer
pukul 5am bfast dah di sediakan..boleh r alas perut sebelum naik flight , utk yg balik flight pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 04:04 PM | Show all posts
ct39 posted on 10-12-2012 03:40 PM
masa saya stay dulu kat hotel bunda padang ni sgt2 ok, bilik selesa n bilik air bersih jer
pukul ...

ouh..yeke..lega sikit..ingatkan teruk sgt keadaan hotel tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 05:34 PM | Show all posts
ct39 posted on 10-12-2012 03:34 PM
TQ dvpro..
ok gak hotel ni , tak sabar nak stay sini nnt
aircond berfungsi tak?

Aircon sejuk. Masa check-in saya dah standby kad nikah tapi dia tak mintak pun akhirnya.

Lolen, semua bilik dia takde balkoni. Hanya tingkat3 dan 4 menjaminkan view yang baik. Kalau tingkat 1 dan 2 terutamanya bilik yg ke belakang bangunan maybe tak dapat view yang baik sbb tingkap berdepan dgn bangunan bersebelahan.

Masa saya beli voucher kat Gonla.com, harga bilik Deluxe termasuk tax adalah lebihkurang RM140/malam. Tapi sebab dia dah takde bilik Deluxe dgn katil kelamin, dia terpaksa upgrade bilik saya yang Executive tu. Harga bilik Superior kalau beli dgn TG lebihkurang RM100/malam. Cuma bilik2 Spr ni kat lantai bawah (1) dan maybe lantai 2 juga. Hanya bilik2 Dlx dan Exec di lantai 3 dan 4.

Lain2 info saya nak tambah, hot shower berfungsi dengan baik. Tekanan air juga baik. Ada TV LED dan cerek elektrik. Official websitenya: http://www.bundahotelbukittinggi.com/

p/s Memang semua forummer tak nampak ke gambar2 di atas tu? Kalau tak nampak, saya nak kena tukar image hosting site yg lain. Tolong kasi feedback. TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 06:34 PM | Show all posts
dvpro posted on 10-12-2012 05:34 PM
Aircon sejuk. Masa check-in saya dah standby kad nikah tapi dia tak mintak pun akhirnya.

Lolen, ...


ok nampak semuanya, thanks

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:18 PM | Show all posts
Hotel Review - Rocky Plaza Hotel Padang


Hotel ni merupakan hotel 4 bintang terletak di Jl. Permindo. Di sekitarnya terdapat banyak gerai2 makanan, restoran serta kedai2. Di dalam bangunannya sendiri terdapat sebuah department store dan supermarket (Suzuya). Kami memilih untuk tinggal di Padang sebab flight kami keesokan harinya bertolak pada pukul 8:30 pagi dan sebaiknya tiba di bandara pukul 6:30 pagi. Oleh kerana tidak mahu terlalu awal bertolak ke bandara sekiranya turun dari Bukittinggi, kami pun bersetuju untuk bermalam di Padang. Kami memilih untuk bermalam di Rocky Plaza Hotel kerana memikirkan hanya perlu berjalan untuk makan malam pada malamnya kerana terdapat banyak pilihan di sekitar hotel dan juga boleh menghabiskan Rupiah di deparment store dan supermarket yang ada di bangunan yang sama.


Bilik kami di atas adalah bilik Deluxe, vouchernya dibeli online di Agoda.com. Harga termasuk tax adalah lebihkurang RM170. Bilik2 lain yang ada adalah Superior, Superior Deluxe, Executive, Junior Suite dan Suite.


Kesemua amenitinya setaraf dengan hotel 4 bintang yang lain. Terdapat juga TV LCD, tea/coffee making facility, mini bar dan meja tulis.


Jenis plug di sini lebihkurang sama dengan di Malaysia.


Keesokan harinya kami bersarapan pukul 5:20 pagi (hanya berdua saja). Terdapat pelbagai pilihan makan pagi lokal dan sedikit pilihan makan pagi Barat. Juga terdapat pilihan bakery, cereal dan buah2an. Cuma kalau dibandingkan dengan sarapan pagi buffet di hotel 4 bintang di Malaysia, di sini kurang pilihan sarapan pagi Barat.


Dengan masa yang terhad, kami tidak dapat menikmati dan memberi review atas fasilitinya yang lain. Apapun kami berasa amat selesa tinggal di hotel ini. Pukul 5:40 pagi kami sudah berangkat ke bandara dan sampai di bandara pukul 6:15 pagi (35 minit perjalanan).

Last edited by dvpro on 24-12-2012 03:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 08:07 PM | Show all posts
Very nice review..seme hotel yg awk stay nmpk sgt memuaskan (compare sy punya )
Pasni kalo repeat lg...leh la stay kat cni pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 08:12 PM | Show all posts
lolen posted on 10-12-2012 08:07 PM
Very nice review..seme hotel yg awk stay nmpk sgt memuaskan (compare sy punya )
Pasni kalo repeat ...

Thanks. Next up, travel notes pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2012 08:45 PM | Show all posts
dvpro posted on 10-12-2012 05:34 PM
Aircon sejuk. Masa check-in saya dah standby kad nikah tapi dia tak mintak pun akhirnya.

Lolen, ...

gambar2 yg di post tadi sgt2 jelas ..TQ
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 08:49 PM | Show all posts
lolen posted on 10-12-2012 08:07 PM
Very nice review..seme hotel yg awk stay nmpk sgt memuaskan (compare sy punya )
Pasni kalo repeat ...

lolen
citer r sikit pengalaman kat sana, lagi pasal hotel yg kurang memuaskan tu..
bagi panduan utk forumer lain2 nak kesana..


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 09:01 PM | Show all posts
dvpro posted on 10-12-2012 08:12 PM
Thanks. Next up, travel notes pulak.

mcmana jadi tak ke equator di bonjol dan ke maninjau melalui pariaman?
guna TG sapa yer?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 09:51 PM | Show all posts
ct39 posted on 10-12-2012 09:01 PM
mcmana jadi tak ke equator di bonjol dan ke maninjau melalui pariaman?
guna TG sapa yer?

Jadi semua tu, saya guna khidmat Pak Kamal (Asia Tours). Tengah prepare notes ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.446744 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list