|
Selebriti
Tiada istilah tunggang populariti - Fattah
KUALA LUMPUR: Selepas bercerai dengan aktres Nur Fazura, nama aktor Fattah Amin bagaikan peluru berpandu, kembali meraih perhatian ramai.
Ia dapat dilihat apabila setiap siaran langsung dalam TikTok meraih tontonan tinggi. Malah, Fattah juga dikatakan menjadi buruan produksi dan jenama produk.
Namun, ada segelintir berpendapat kandungan dibuat oleh Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, kini tidak lagi bersesuaian.
Bagaimanapun, Fattah tidak melihat populariti dan kontroversi dilalui sebagai 'umpan' buat orang ramai membeli produk dipromosikan.
"Saya sebenarnya tidak minta kandungan saya 'fyp'. Ia berlaku dengan sendiri sekiranya orang ramai komen dan 'like'. Saya tak boleh kawal dan kalau 'fyp' itu benda yang baik, saya bersyukur. Sebabnya, ia adalah pemasaran baik untuk pelanggan saya.
"Sudah tentu pelanggan mahu jenama dilihat ramai. Kalau soal orang meluat, saya tidak boleh nak komen sebab itu persepsi masing-masing.
"Saya tak boleh nak kawal semua orang sukakan saya, pastinya ada yang suka dan tidak suka.
"Apa yang penting, saya jalankan tanggungjawab saya memenuhi permintaan pelanggan," katanya kepada BH Online.
Mengulas persepsi menggunakan populariti dan kisah perceraian untuk raih perhatian, Fattah berkata, ia bergantung pada penerimaan orang.
"Terpulang nak cakap apa sebab semua orang ada hak untuk bercakap. Saya tak boleh kawal apa orang nak komen. Biarlah orang cakap apapun, saya hanya buat kerja saya.
"Saya percaya semua yang saya terima adalah rezeki Allah. Saya mencari rezeki halal dan pelanggan hadir ketika mereka merasakan sesuai untuk guna khidmat saya.
"Ia bukannya istilah tunggang populariti. Bila ambil saya dan produk terjual, itulah saya mahukan. Saya lebih fokus kepada tanggungjawab promosi.
"Isu tunggang populariti ini saya tak mahu komen sebab rezeki sudah tertulis. Kita dapat rezeki, kita buat yang terbaik, itu sahaja," katanya.
Fattah tidak melihat populariti dan kontroversi dilalui sebagai ‘umpan’ buat orang ramai membeli produk dipromosikan. - Foto IG Fattah Amin
Fattah tidak melihat populariti dan kontroversi dilalui sebagai ‘umpan’ buat orang ramai membeli produk dipromosikan. - Foto IG Fattah Amin
Ada yang berpendapat untuk mendapatkannya sekarang bayaran agak mahal, Fattah berkata, masa adalah sangat 'crucial' sekarang memandangkan sudah nak berpuasa dan bakal sambut Aidilfitri.
"Semuanya nak kejar masa, jadi itu yang agak sukar untuk saya pilih. Tapi, dari segi pembayaran, saya tak boleh nak komen, ini semua rezeki, Alhamdulillah.
"Bila dapat rezeki, saya suka nak berkongsi dan bukannya saya bolot seorang diri. Saya ada anak dan keluarga.
"Saya cuba sibukkan diri. Saya tidak fikir sangat soal lain, tapi sudah tentu menikmati kerja sekarang. Tiada lagi hari yang saya tidak bekerja.
"Saya cuba fokus sebab tak mahu pelanggan kecewa dengan hasil kerja. Itu yang saya cuba elakkan.
"Kehidupan saya baik, Alhamdulillah. Terima kasih kepada rakan media yang banyak sokong dan tulis yang baik-baik. Saya sangat bersyukur," katanya.
Terdahulu, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan bercerai pada 7 Oktober lalu.
Fattah bakal tampil dengan drama berjudul Aku Cinta Dia arahan Erma Fatima bergandingan dengan pelakon, Sophia Albarakbah. Drama bakal menjalani penggambaran di Kota London.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|