masukkk...
jc-hime...aku dah lama tak masuk sini...tup tup dh smpai page 60 ...
ibuKA Post at 26-10-2010 03:03 PM
ibuka-hime..kebizian melanda aku selepas JYJ.. x sempat wat FA laik.. aku tgh upload fancam yg amik sampai setengah ari baru lepas upload.. x tau la pesal lembabun sgt..
seronok.. tapi ada yg x puas ati gak la. hehehe!!
ko beklog la.. mcm2 ko dengar pasal cassie kat cni..
x puas ati sbb servis yg diberi x berbaloi dgn bayarannya..
JUSTcircle Post at 26-10-2010 22:41
takpelah jc-hime...nk wat camner...
kesian jugak dgr luahan perasaan cassies kat sinih... dahler jumpa sekejap...ishhh...
baru nk tnya ada amek gamba ngn JYJ ke tak...
Rancang konsert sulung di MalaysiaOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar ihsan REDSTAR PRESENTS
MENGHIBURKAN... Aksi kumpulan JYJ ketika membuat persembahan mempromosikan album sulung mereka, The Beginning di Stadium Negara, baru-baru ini.
BAGAIKAN konsert. Itulah yang boleh dikatakan tentang persembahan mini yang juga aksi pertama kumpulan popular Korea, JYJ (Kim Jaejung, Park Yuchun, Kim Junsu) apabila berjaya memukau lebih 4,000 peminat yang hadir.
Walaupun terpaksa membayar tiket antara RM100 hingga RM800, ternyata ia bukan kekangan bagi peminat setia JYJ. Mereka sanggup berpanas di perkarangan Stadium Negara, Kuala Lumpur seawal pukul 1 petang walaupun persembahan dijadualkan bermula pukul 3 petang.
Biarpun hanya dihiburkan dengan lima buah lagu namun, para peminat JYJ yang hadir mengenakan pakaian berwarna merah serta membawa belon merah dilihat seakan puas apabila dihiburkan dengan lagu-lagu popular kumpulan itu serta aksi tarian yang memukau.
Persembahan singkat yang dibawa oleh penganjurnya Redstar Presents Sdn. Bhd., itu adalah sebagai salah satu usaha mempromosikan album sulung kumpulan pop popular Korea itu, The Beginning di rantau Asia.
Lagu-lagu yang terkandung dalam album yang hanya memuatkan lima buah lagu itu termasuklah Ayyy Girl, Be My Girl, Still In Love, Chak-Ar-Da dan Be The One.
Tidak fasih berbahasa Inggeris sedikit mencacatkan komunikasi antara JYJ dengan para peminat yang hadir namun, itu bukanlah menjadi persoalan besar bagi mereka.
"Terima kasih kepada peminat yang sudi meluangkan masa menyaksikan persembahan kami. Kami sayang anda semua,
"Kami gembira berada di sini sambil mempromosikan album kami The Beginning. Kehadiran anda semua amat kami hargai," itu kata-kata yang diluahkan oleh Yuchun mewakili rakan-rakannya.
Biarpun ini merupakan persembahan pertama JYJ ke Malaysia namun trio kacak itu, kini sedang dalam perancangan untuk mengadakan sebuah konsert di negara ini tidak lama lagi.
"Kami akan kembali lagi nanti. Mungkin musim panas tahun depan," kata Yuchun.
Musim panas (summer) di Korea sekitar bulan Jun dan Julai tahun depan.
Enegetik, tidak sombong dan kacak mungkin menjadikan JYJ cukup mudah dikenali terutamanya di kalangan peminat wanita.
Buktinya, pada persembahan yang berlangsung di Stadium Negara tempoh hari, rata-rata ruang dipenuhi oleh peminat wanita.
Menyingkap serba ringkas tentang JYJ, ketiga-tiga mereka sebenarnya anggota asal kumpulan Dongbangshinki, juga dikenali sebagai TVXQ yang mula mencipta nama sejak tahun 2003 di negara itu.
Salah satu kejayaan terbesar yang pernah dicipta oleh tiga anak muda itu ialah dua tahun berturut-turut (2008 dan 2009) melakar nama di Guinness Book Of Records kerana mempunyai keanggotaan kelab peminat teramai di dunia menghampiri 100,000 (800K okeh) orang.
Kejayaan JYJ, kumpulan yang ditubuhkan sekitar 2009 itu cukup menyerlah apabila konsert sulung mereka yang dipentaskan di Tokyo Dome, Jun lalu berjaya menarik lebih 200,000 penonton.
Malah, rakaman konsert tersebut yang dijual dalam bentuk DVD mencipta satu lagi kejayaan iaitu antara jualan DVD terlaris di Jepun mencecah puluhan ribu unit.
aku tgk summer derang mcm lagik teruk dari mesia ade la....
tapi itu la..next time suh derang google mesia nie mcm mane..tade la kuar ayat klise tiap kali..
what do you think about malaysia ?
jawabnya - it's a little bit hot...
dari dulu..jawapan yg same aku dgr dari mane2 retis luar yg dtg sini...
amyhisashi Post at 22-10-2010 15:24
kelakar je baca komen a little bit hot...kalau tourist biasa mmg cakap sopan gitu..
tapi utk yg penah duduk kat mesia ngan penah dok negara 4 musim.. ni la ayat yg aku akan cakap "ANAS GILERRRR"
tapi panas cemane pon aku tetap nak dok mesia gak
[size=13.8889px]Malah tatkala tamat mini konsert, sebanyak RM35,000 dikutip peminat JYJ untuk disalurkan ke dalam tabung kebajikan World Vision atas nama JYJ yang turut disertai kumpulan itu. (eerr me xtau pape pun psl ni? o_o)
Zaheera Post at 24-10-2010 12:59
rasanya masa advertise showcase kat media byk kali mention yg beberapa % dari jualan tiket showcase akan disumbang ke tabung World Vision.. jadi jumlah yg dia nyatakan tu total dari jualan tiket X sumthing2 %..
FYI World Vision nih ala2 Christian emmissiary tapi fokus depa kat kanak2 yg memerlukan di negara dunia ke3 la..
sebenarnye mmg aku nak pegi fans gathering diorang... tapi malangnye 15hb, 18hb dan 19hb berderet-deret aku meeting...mmg tepuk dahi la gak...so nak tak nak terpaksalah aku cancelkan jek niat aku nak gi tgk fans gathering diorg...
tnp disedari air mata ku menitik baca fans account korang. JYJ please come back next yearrrrr!!!!!!!
Salam semua.. aku mintak mahap x dpt buat FA.. sgt2 busy yg teramat...
So, memandangkan aku pun dah upload fancam aku yg x baper nak cantik pemandangan.. aku tetap nak share ngan korg.. hehehe!! sila2.. sila.. khas tuk forumer CARI..
Video ni masa tgh tunggu semua fans masuk stadium and adalah beberapa cassie dah jerit2 nama DBSK, JYJ sesumer.. hehehe!
Ni bidiyo khas tok korg.. sbb korg pun dah kenal aku camner.. so, aku x kisah la nak secret2kan muka..
[Fancam] JYJ Showcase 101017 Malaysia - Waiting for showcase start - 00
Start2 jerk ni la lagu 1st.. mahaplah seat aku jauh.. so, ni jerk mampu. goyang2 semua pun aku mintak mahap.. maklumler pestime fancaming.. masa ni ati akiu x tau nak ckp apa dah.. mcm x caya JYJ tgh perf depan aku..dan seterusnya..
[Fancam] JYJ Showcase 101017 Malaysia - Empty - 01
[Fancam] JYJ Showcase 101017 Malaysia - Be The One - 02
[Fancam] JYJ Showcase 101017 Malaysia - The Journey - 03
[Fancam] JYJ Showcase 101017 Malaysia - Be My Girl - 04
[Fancam] JYJ Showcase 101017 Malaysia - Chanting - 05
SIla tengok interview nih.. walopun aku x dpt record full, tapi part dorg add "lah.." kat ayat tuh semua.. comel..
lagik sekali.. sila abaikan suara2 latar.. dan suara2 itu bukan suara aku sorg.. Momoko dan rere pun ada erk.. sbb dorg sebelah aku. ekekeke!! yg penting "Aku cinta padamu" tu mmg ayat aku.. hehehe!
[Fancam] JYJ Showcase 101017 Malaysia - Interview Session - 06
yg ni mmg giler gegar sbb aku sibuk nak wave chanting bagai.. mahapkan hamba yerk?
[Fancam] JYJ Showcase 101017 Malaysia - Chajatta - 07 last
credit to JandaChomot + JUSTcircle@YouTube
Mintak mahap.. lepas chajatta ada lagu Ayyy Girl ngan EMpty remix..aku x dpt rakam.. sb lepas jerk chajatta.. dan2 la plak aku nyer kamera nak mampuih plak bateri.. sajerk jerk.. tapi bagus la gak sb aku terus leh enjoy tanpa merakam apa2..
ni ler yg leh aku share.. yg lelain pasal stalking, semua x dpt nak cerita sgt sbb aku dah x sempat nak cerita/mianhe yorobun.. gomen ne minna..
Is there a thread for JYJ only in CARI?
lwyl Post at 21-11-2010 14:25
No. I don't want to open a thread for JYJ only >_<
All JYJ related news will be posted in DBSK thread ^^
I don't think there's anyone here who's willing to open one =X