CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

[Dunia] Versi 7: Harimau Ganas Tempur Negara VS Anjing Liar Penceroboh Sulu

 Close [Copy link]
Post time 6-3-2013 01:49 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 6-3-2013 11:48 AM
cukuplah ko fitnah saya kritik ATM atau PDRM.

saya kritik BN yg bertanggungjawap ke atas ni.

hmm. aku rasa kau ni tak beberapa faham fungsi atm & pdrm..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 01:50 PM | Show all posts
macam ini lah..kita sapu semua suluk suluk..baru skrin satu satu...senang cerita...balai juga cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:50 PM | Show all posts
Simunggu posted on 6-3-2013 01:44 PM
jangan lah bagi idea bodoh ini kpd suluk suluk yang on line di forum ini...bahaya tu ...kalau tahu ...

aku rs polis pun dh tau.. alah mestilah diorg dah tau...

aku rasa 7 batalion pun mesti dh distribute kt tmpt2 lain gak.. sebagai perlindungan la..

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:50 PM | Show all posts
batmana posted on 6-3-2013 01:48 PM
ni jasa mahathir.. wat ic , bagi kt orang..

ada hati plak pertikai bagi IC sebelum merdeka.

Sebelum Merdeka, mana ada Malaysia. Rasis+pengkhianat adalah gelaran yg saya berikan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:50 PM | Show all posts
dauswq posted on 5-3-2013 10:54 PM
tak de ker org buat kronologi kt peta sabah terus event yg berlaku?

xsmpat nak compile sndiri...tidak kecukupan masa..
nak rempit ngejor thread ni lagi..

so..dpt copy paste je & kredit kepada:
http://www.aynoranur.com/2013/03/kronologi-kejadian-ceroboh-tentera.html
http://www.aynoranur.com/2013/03 ... umlah-kematian.html
http://www.aynoranur.com/2013/03 ... encerobohan-di.html

Kronologi Kejadian Ceroboh Tentera Sultan Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah

12 Februari 2013


1) Kumpulan bersenjata warga Filipina telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu.


2) Kumpulan terbabit memiliki seramai lebnih kurang 200 anggota dan antaranya terdapat lima orang wanita


3) Namun keadaan terkawal dan dikatakan tiada kekasaran dilakukan ataupun menganggu penduduk kampung.  


4) Penceroboh-penceroboh itu telah menyusup berlindung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kedatangan mereka dikatakan menyebabkan ramai penduduk kampung itu keluar melarikan diri menuju ke Tanjung Labian di Lahad Datu untuk berlindung.

5) Kesemua penceroboh lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan senjata api seperti M14, M16 dan .45mm dan juga beberapa senjata tajam.


  
15 Februari 2013


1) PDRM telah selesai berunding dengan ketua kumpulan bersenjata warga Filipina yang telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu pada 12 Februari 2013 yang lalu.



2) Sumber polis berkata sekitar jam 5 petang Khamis (14/2/2013), satu rundingan telah diadakan diantara Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Zulkifli Abd Aziz dengan ketua kumpulan bersenjata itu yang dikenali sebagai Datu Agbimudin Datu Kiram yang didakwa sebagai Raja Muda Sultan Sulu.


3) Hasil perbincangan akan diumumkan kemudian.


18 Februari 2013


1) Kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.



2) Kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal dan permintaan mereka sedang diusahakan.


3) Pihak polis Sabah rahsiakan siapakah gerangan personaliti rahsia terbabit tetapi berkata Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini (Sabah).

Siapakah personaliti terbabit???


22 Februari 2013
1) Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

2) Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, Lahad Datu, Sabah





3) Kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

4) Filipina akan membantu sekiranya ada konflik tetapi tidak dapat menolong mereka.

5) Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang.

6) Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan.

7) Mereka dilaporkan dalam keadaan siapsiaga untuk menghantar pulang kumpulan berkenaan namun mereka masih menunggu agar rundingan dapat diselesaikan tanpa sebarang pertumpuhan darah.

8) Dalam pada itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.

9) Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

10) Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.

1 Mac 2013



1) Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina juga turut terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Takziah kepada anggota keselamatan kita yang terkorban demi menyelamatkan negara. ANDA SEMUA WIRA BANGSA, PENYELAMAT MARUAH NEGARA MALAYSIA!

2) Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi. Juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

3) Pihak polis juga merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

4) Tiada perintah berkurung dilaksanakan di Lahad Datu kerana keadaan adalah terkawal.

5) Semua pihak dinasihatkan berjaga-jaga agar pertempuran sengit antara tentera kita dan polis dengan para penceroboh tentera sultan Sulu ini tidak melibatkan pertumpahan darah seterusnya. Pelajar-pelajar di UMS juga dalam keadaan yang terkawal dan selamat.

6) 2 anggota keselamatan yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

7) Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

2 Mac 2013
1) Melalui website Berita Harian, dilaporkan bahawa tepat jam 12.30 tengah hari tadi, pesawat Charlie 130 yang membawa dua jenazah anggota komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia dari Lahad Datu selamat sampai di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.



2) Jenazah kedua-dua anggota keselamatan yang terbunuh itu akan dimakamkan sebagaimana wira-wira negara yang pernah tumpas sebelum ini.   

3 Mac 2013

1) Daripada risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila.

2) Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak. Namun pihak anggota keselamatan sudah mempunyai rancangan dan mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera.

3) Sementara itu, di Semporna Sabah yang terletak beberapa kilometer dari Lahad Datu, 5 orang anggota polis kita terkorban ketika membuat penyiasatan tentang terdapat penceroboh bersenjata di kampung tersebut. Manakala, 2 orang penceroboh yang terkorban.



4) Nama 6 lagi anggota keselamatan yang terkorban setakat 3 Mac 2013 adalah:

  • Superintendent (SP) Ibrahim Lebar - SB Bukit Aman
  • Assistent SP (ASP) Michael - KCKD Semporna
  • Sarjan Ibrahim - SB
  • Sarjan Aziz - PGA Semporna
  • Koperal Salam - SB Tawau
  • Lans Koperal (L/Kpl) Azrul - PGA Semporna

   

5) Malam tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang tadi.

6) Pasukan anngota keselamatan berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota yang terkorban kepada enam orang.

7) Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah pihak musuh. Mengikut sumber beberapa akhbar, jumlah pihak musuh yang terkorban setakat ini adalah seramai 21 orang.
8) Serama 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain pangkat 21RAMDberpangkalan di Pengkalan Chepa diterbangkan terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia bagi membantu operasi di Lahad Datu.

9) 20 orang penduduk kampung Sri Jaya, Semporna membunuh lelaki sulu yang menawan mereka dan dijadikan tebusan selama beberapa jam.

4 Mac 2013

1) Selepas ATM mengetuai situasi krisis di Lahad Datu, Sabah. Kini Zon Merah telah diistihar di kawasan terbabit membabitkan Tanjung Labian dan Tanjung Batu.


2) Datuk Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) dalam twitternya menegaskan ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau.


"Takziah kepada para pejuang negara kita. Kepada para anggota keselamatan yang sedang di perbatasan, terima kasih dengan jasa-jasa anda!"


Senarai berita terkini yang terangkum daripada pelbagai portal media rasmi seperti Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Sinar Harian, Utusan Malaysia dan website PDRM, TV3 serta saluran berita  Bernama saya kongsikan untuk bacaan anda semua.

5/3/2013
1) LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin enggan mendedahkan senjata dan bahan letupan digunakan pihak keselamatan Malaysia dalam serangan terhadap penceroboh di Lahad Datu, pagi tadi sekitar jam 7:00 pagi kerana operasi masih berjalan. Untuk info, sekitar jam 7:00 pagi tadi pasukan tentera dengan kerjasama PDRMtelah memulakan operasi udara di Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah, dengan menggugurkan bom menggunakan jet juang. Gegaran dan dentuman boleh didengari sekitar beberapa kilometer dari tempat kejadian. (**Aset negara yang digunakan termasuklah 5 unit Hawk, 3 unit F18)

Akhbar Kosmo! melaporkan,

  • Gerakan pukul 7 pagi itu bermula dengan serangan bom MK81 seberat 113 kilogram sebutir itu berlangsung hampir 30 minit membabitkan lapan jet pejuang masing-masing tiga buah F/A-18D Hornet dan lima buah Hawk 208.
  • Sebaik serangan udara yang dibuat dalam lingkungan empat kilometer di kampung itu tamat, pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja pula melepaskan tembakan mortar untuk melumpuhkan saki-baki musuh.
  • Selepas itu, anggota komando Tentera Darat dan polis bersama kenderaan perisai Condor memasuki lokasi serangan untuk operasi penggeledahan kawasan yang diserang.

2) Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata serangan mencapai objektifdan menafikan laporan media Filipina bahawa bom digugurkan pasukan keselamatan Malaysia terkena kubu sendiri.

3) Pihak keselamatan memperketatkan kawalan keselamatan di zon merah selepas serangan ofensif yang dilancar ke atas penceroboh bersenjata di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo beberapa jam lalu.

4) Tinjauan oleh wartawan Bernama mendapati pasukan keselamatan meletakkan zon penampan bagi membezakan kawasan perang dan ruangan untuk orang awam di laluan masuk ke Kampung Tanduo, Labian dan Tanjung Batu yang dikawal ketat oleh anggota keselamatan terdiri daripada tentera dan polis.

5) Sekitar jam 11:00 pagi, operasi serangan udara dihentikan dan pasukan anggota tentera di darat mengambil alih operasi.

6) Sehingga jam 1:30 tengahari tadi, operasi sedang berjalan dengan pasukan anggota tentera menggunakan kereta perisai disertai oleh anggota PDRM melakukan 'mopping up' - operasi menggeledah, mencari saki baki penceroboh dan menawan kemudiannya membersihkan terus kawasan yang terlibat daripada ancaman musuh.  


                                                ***Ralat - bukan 3 unit F15 tp F18
7) Kira-kira jam 3:55 petang tadi KPN buat sidang media dan menyelar laporan berita daripada Manila yang membuat laporan tidak tepat. Menurut laporan media Manila itu, serangan daripada anggota keselamatan menyebabkan pihak musuh dan anggota keselamatan kita ramai yang terkorban.


8) Operasi 'mopping & searching' sedang berjalan hingga kini. Kawasan yang luas menyebabkan operasi agak lambat untuk ditamatkan.

9) Melalui Buletin Utama pukul 8:00 malam tadi, melaporkan bahawa pengikut Sultan Sulu di Filipina mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan bangunan kedutaan malaysia di Filipina siang tadi. Namun tiada sebarang tindakan kekacauan yang dilakukan dan keadaan terkawal.

10) Sehingga artikel ini ditulis dan update terkini iaitu pada pukul 9:00 malam tiada sebarang perkembangan dan angka musuh yang terkorban yang diisytiharkan.

11) Berita terkini pukul 10:30 malam - Kira-kira 600 orang penduduk di kampung berdekatan dengan Kg Tanduo di pindahkan ke Dewan Embara bagi memberikan perlindungan dan keselamatan ekoran daripada operasi offensife yang di jalankan pada awal pagi tadi.

12) KL & Manila sama-sama berpendapat bahawa pengikut Sultan Sulu sebagai pengganas.

Tiada anggota keselamatan atau orang awam yang tercedera setakat artikel ini ditulis.

“Semoga usaha mempertahankan kedaulatan negara dan agama ini diterima oleh Allah sebagai satu jihad, maka doakan mereka mendapat ganjaran pahala yang sewajarnya di sisi Allah SWT."


Saya rangkumkan berita terkini daripada facebook PDRM, Berita Harian Online, Buletin Utama TV3, Sinar Harian, Kosmo!, Harian Metro dan lain2 lagi media rasmi yang diiktiraf.




6 Mac 2013

1) Sehingga kini, 'mopping up and searching' di kawasan operasi masih diteruskan oleh pihak PDRM dan ATM. Kemungkinan pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak ke satu lokasi yang lain.

2) Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

3) Pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi, seorang penceroboh telah ditembak mati selepas berbalas tembakan di kawasan operasi.

4) Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam.

5) KPN meminta orang ramai supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi.
6) Pasukan keselamatan akan menjelaskan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai dijalankan.

7) Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan bila operasi terbabit akan selesai berikutan operasi mencari dan menggeledah masih diteruskan.




Last edited by MissMamamia75 on 6-3-2013 02:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:51 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2013 01:51 PM | Show all posts
kittycomel posted on 6-3-2013 01:48 PM
najib ber ayam po you kehulu kehilir tu mmg aku setuju satu lgkah paling tak bijak utk di buat ole ...

aku ade teori.. ekceli penasihat bijan ni sbnrnye senyap2 ahli parti pembangkang..  tu sbb die selalu nasihatkan bijan wat la benda2 bodoh n kuarkan statement2 bodoh...

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:51 PM | Show all posts
teori konspirashit mencacatkan thread ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 01:52 PM | Show all posts
Manami posted on 6-3-2013 01:48 PM
See.. masa ni kemain LEMBUT gigi dari gusi pepuak Pinoy nih dok bekap lanun2 haprak nun... Pinoy ...

dulu ada yg ckp Malaysia supply senjata pada MORO. Sekarang ko ckp Filipina supply senjata pada Suluk.

Mana yg betul nih? Atau kedua2 pun betul sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:52 PM | Show all posts
akughi posted on 6-3-2013 01:48 PM
pendatang asing datang malaysia la tuk rebut peluang pekerjaan yg melayu melayu ...

kerja buruh, nk antar rombongan minang anak dara org, agak2 bakal mak mentua terima ke?
dorg lebih terima bakal menantu keje kilang, dari keje buruh..

yelah, keje buruh, gaji bawah paras minima, kalu snggup kongsi rumah 10 orang dlm 1 rumah, laki bini cmpur, makan 1 dulang, tu bolehla...

tu yg ramai org indon wat sbb nk jimatkn kos..

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:52 PM | Show all posts


Sultan Kiram Param Pam sedang melakukan Upacara memperasapkan Kemenyan dan menyeru Jin untuk 'kemenangan' anak buahnya di Sabah.




selingan di tengahari..
siapa yang kata nak santau bagai semalam..

source: PengeRindu.com
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:52 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 6-3-2013 01:51 PM
teori konspirashit mencacatkan thread ni....

Madey pon kata 9/11 adalah konspirashit
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:53 PM | Show all posts
Off topic jap..aku ada frenlist ngan lawyer bersih si fadiah nadwa fikri tu..dia ni schoolmate  aku dulu2...sejak kes sabah ni takde pulak dia terpekik terlolong nak pertahankan facts on sovereignity of sabah...2 hari lpas rasanya aku nampak dia update kat fb pasal dia g singapore, pasal apa pun aku x cek pulak..alih2 arini aku tengok profile dia da deactivate pilak..sesuatu sungguh mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:53 PM | Show all posts
gogo2 posted on 6-3-2013 01:45 PM
Filipina kata pencerobohan Sulu bukan pengganas Sulu walaupun keganasan dibuat oleh penceroboh itu.
...

cakap berbelit, kalau commit terroristic acts tu terrorist la namanya. bengap punya pinoy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:54 PM | Show all posts
annehuda posted on 6-3-2013 01:51 PM
aku ade teori.. ekceli penasihat bijan ni sbnrnye senyap2 ahli parti pembangkang..  tu sbb die sel ...

pembangkang ke team lain dalam parti yang sama?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:54 PM | Show all posts
ellZack posted on 6-3-2013 01:52 PM
selingan di tengahari..
siapa yang kata nak santau bagai semalam..

mmg betul kata Madey.... Suluk bukan Islam sebenaq..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 01:55 PM | Show all posts
Santeira posted on 6-3-2013 01:53 PM
cakap berbelit, kalau commit terroristic acts tu terrorist la namanya. bengap punya pinoy.

Menurut TV3suku, mereka ini adalah pejuang kebebasan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:56 PM | Show all posts
Santeira posted on 6-3-2013 01:53 PM
cakap berbelit, kalau commit terroristic acts tu terrorist la namanya. bengap punya pinoy.

Eh, sebenarnya I nak taw sape2 yg ngok TV3, diaorang kata Suluk ni pengganas ka atau penceroboh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:56 PM | Show all posts
akughi posted on 6-3-2013 12:45 PM
bagi aku...aku salahkn org kite dulu....sbb kite la paling dekat dgn reality kehidupan....kerajaan ...

kata2 ko ada betulnya...
apapun berbalik pd diri kita sendiri...
pemerintah buat la cemana pun...kalau kita sendiri takmo buat mmg takkan ke mana pun...

setiap bulan aku duk pandang kiraan wages, tu aku akan bercakap sendiri...kalaulah anak watan sendiri yg dpt pegang duit ni!
tp itu hanya mampu aku lepaskan dengan keluhan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:57 PM | Show all posts
Sgt saspisyes senornya dgn k'jaan Pinoy nih.. tetiber Bangsa Moro dok berbaik dgn depa yg menaikkan Najib sbg 'HERO' kerana berjaya mendamaikan kekdahnya.. Dan tetiber lanun2 Suluk ni serang Mesia... Bukan k'jaan Pinoy yg depa serang?? Mmg terbayang isu 'MINYAK' dlm hal ni.. Memasing nak mengail 'habuan' dgn serampang 2 mata.. Mesia pulak tgh havoc Sabah bakal jatuh ke tgn pembangkang.. Dah hampir nak chk-mate... PRU pon dah dekat...  Kemelut ni semua boleh dijadikan alasan utk menangguhkan PRU...Dan Anwart pulak telah PR cadangkan sbg next PM.. Owh.. Semuanya saling kait mengait.. semuanya ada merit utk masing2.. Yg pasti, MANGSANYA ADALAH RAKYAT!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 1.436897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list