CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Presiden_Lanun

[Dunia] VOL19 MH370: SUDAH MELEPASI 370 JAM HILANG, DIMENSI KEARAH PERANG DUNIA KETIGA

 Close [Copy link]
Post time 24-3-2014 08:08 AM | Show all posts





Last edited by tongkatwaran75 on 24-3-2014 08:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 08:08 AM | Show all posts
antara sebab nya...

1. masalah keluarga, pencerian dan cara hidup
2. kerana nak duit pampasan utk keluarga
3. kerana ank tuntut wang insurance
4. melarikan diri tapi kantoi minyak habis
5. konsiprasi kuasa luar, terror, kumpulan luar
6. manggis + battery = bomb kot?...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 23-3-2014 11:58 PM
benda apakah tu?

pintu rumah cik kiah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:08 AM | Show all posts
'Lapan hari tidak jumpa daratan'

KUALA LUMPUR 23 Mac - Cabaran berliku terpaksa ditempuh dalam pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi yang disifatkan sebagai lautan yang tanpa sebarang daratan walaupun selepas lapan hari pelayaran.
Pengurus Royal Flying Doctor Service of Australia, Aaron Halstead berkata, pengalamannya berlayar dari Pulau Heard di Antartika ke Perth, Australia membuktikan betapa terpencilnya perairan yang menjadi kawasan pencarian pesawat itu.


"Apa yang kita sedang perkatakan sekarang adalah kawasan lautan yang tidak mempunyai apa-apa di antaranya walaupun dalam tempoh lapan hari, laut ini begitu luas dari barat sehingga timur," katanya dalam temu bual dengan agensi berita Australia, ABC News.
Menurut Halstead yang juga berpengalaman dalam operasi dan menyelamat, selatan Lautan Hindi itu boleh berubah keadaan cuacanya secara tiba-tiba serta menyukarkan sebarang usaha pencarian serpihan yang dipercayai pesawat MH370.


"Keadaan boleh menjadi daripada cuaca cerah bertukar menjadi ribut dan kemudiannya dalam tempoh beberapa jam, cuaca menjadi cerah kembali," katanya yang memberitahu cuaca di kawasan perairan itu dipengaruhi lilitan Antartik.
Berhubung penemuan beberapa objek terapung di kawasan pencarian, Halstead berkata, pencarian perlu mendapatkan objek yang benar-benar menonjol dan dapat dikaitkan dengan pesawat yang hilang itu.
"Saya pernah melihat bangkai bot terbalik sepanjang lima hingga enam meter, sampah-sampah dibuang di lautan oleh kapal-kapal nelayan serta bongkah kayu yang terapung di perairan.


"Apa yang mereka cari adalah objek yang besar dan menonjol tetapi mereka menemui petunjuk-petunjuk berkelompok yang perlu lebih pengesahan," katanya.
Beliau turut menjangkakan objek terapung di lautan itu boleh hanyut sehingga 200 kilometer (km) dalam tempoh empat hari tetapi bergantung kepada jenis dan saiz objek tersebut.


Jelasnya, tanggungjawab mencari objek di perairan daripada udara sememangnya amat mencabar dan masalah persepsi kedalaman boleh berlaku untuk pencarian yang mengambil tempoh berjam-jam.
"Seorang juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat telah memberi analogi yang mudah, bayangkan kita dalam penerbangan dari Los Angeles ke New York dan kita sedang mencari tiga orang di daratan," katanya.


Katanya, pencarian melalui kapal adalah efektif dan beliau yakin objek besar yang dikenal pasti satelit Australia akan ditemui selagi objek itu masih timbul.




Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:10 AM | Show all posts
MH370: Rakan, ahli keluarga sedih, kecewa spekulasi liar pelbagai pihak



UALA LUMPUR 23 Mac - Pelbagai spekulasi liar mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terutama yang melibatkan Kapten Zaharie Ahmad Shah menyedihkan pelbagai pihak khususnya ahli keluarga dan rakan-rakan.
Bekas rakan sekolah kepada juruterbang pesawat itu, Dr. Mohd. Ghouse Mohd. Noor berkata, beliau tidak menentang siasatan yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa namun berasa kecewa kerana walaupun proses itu belum berakhir, timbul pelbagai spekulasi yang cuba menggambarkan seolah-olah Zaharie mempunyai agenda di sebalik kehilangan MH370.
"Ini sangat mengecewakan. Menyakitkan kita semua, lebih-lebih lagi keluarga dan teman rapatnya. Semoga tuhan membuatkan kita lebih kuat setiap hari sementara menunggu berita yang baik pada hari-hari akan datang," katanya.
Dr. Mohd. Ghouse yang juga merupakan pengendali laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370' berkata demikian dalam salah satu entri yang dimasukkan ke dalam laman sosial itu semalam.
Sehingga pukul 7 petang ini, laman sosial tersebut yang diwujudkan pada 17 Mac lalu berjaya menarik 10,082 jumlah 'Like'.

Sementara itu, rakan kepada Fariq Ab. Hamid yang ingin dikenali sebagai Zul berkata, dia dan rakan-rakan lain yang pernah menuntut bersama Pembantu Juruterbang MH370 itu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping pada 2003 hingga 2004 masih mengharapkan Fariq dan penumpang lain pulang dengan selamat.
Katanya, mereka juga berharap orang ramai lebih sensitif terhadap perasaan ahli keluarga Fariq dengan tidak menyebarkan serta mempercayai spekulasi yang memburuk-burukkan beliau.
"Kami sebagai rakan pun sudah merasa sedih apabila kredibiliti Fariq sebagai pembantu juruterbang dipersoalkan, inikan pula ahli keluarganya.
"Saya kenal Fariq dan dia memang bersemangat dalam bidang penerbangan sehinggakan ketika saya dan rakan lain masih berfikir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang apa, dia sudah menetapkan matlamatnya untuk memasuki sekolah penerbangan sekali gus mencapai impian menjadi juruterbang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zul berkata, orang ramai perlu memberikan sokongan penuh kepada misi mencari pesawat MH370 kerana kerajaan sudah melakukan apa yang terbaik bagi mengesannya.

Sementara itu, abang kepada seorang penumpang pesawat MH370, Andrew Jee, 42, masih berharap agar objek yang baru ditemui oleh satelit China di Lautan Hindi adalah bukan serpihan MH370.
Dia juga masih berharap dan sentiasa yakin bahawa adiknya, Jee Jing Hang, 41, akan pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
"Saya percaya bahawa objek yang ditemui itu bukan serpihan MH370. Setelah hampir dua minggu pesawat itu hilang, saya dan keluarga masih menaruh harapan dan sentiasa berdoa agar pesawat itu ditemui dalam jangka masa terdekat," katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:12 AM | Show all posts
Ibu penumpang MH370 nafi dikasari polis

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ibu kepada salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 menafikan laporan kononnya beliau menerima layanan buruk daripada polis ketika cuba menyerbu masuk ke dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, Rabu lalu.
Wanita warga China, Liu Guiqui menyatakan perkara tersebut ketika ditemu bual secara eksklusif oleh wartawan penyiaran China Central Television (CCTV), James Chau berhubung dakwaan berkenaan.
Malah, tegas beliau, kehadirannya di hotel berkenaan sekadar mahu menanyakan mengenai nasib anaknya, Li Le dan pesawat MH370 yang ketika itu telah hilang selama 12 hari, kepada pemimpin Malaysia.
"Itu (layanan teruk oleh polis) tidak benar. Ketika itu saya dikelilingi oleh wartawan, tiba-tiba seorang anggota polis datang dan saya fikir dia mahu menarik saya.
"Pada mulanya, saya tidak faham apa yang berlaku tetapi seseorang memberitahu saya supaya jangan panik. Mereka mententeramkan saya selain memberitahu mereka berada di situ untuk melindungi saya," katanya dalam temu bual itu.
Rabu lalu, Guiqui bersama beberapa warga China yang mempunyai ahli keluarga dalam pesawat MH370 membawa kain rentang dan menangis di Pusat Media Hotel Sama-Sama, Sepang kerana mendakwa tidak mendapat maklumat sebenar berhubung nasib ahli keluarga mereka.
Kejadian tersebut yang berlaku kira-kira satu jam sebelum sidang akhbar diadakan telah menarik perhatian semua media yang sedang menunggu sejak awal pagi dan berita kekecohan tersebut turut dilaporkan secara langsung oleh kebanyakan media luar negara.
Walau bagaimanapun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan kerajaan memahami kekecewaan ahli keluarga tersebut dan telah mengambil tindakan proaktif termasuk menghantar satu pasukan terdiri daripada pegawai kanan ke China untuk menangani segala isu berbangkit.
Sementara itu, Guiqui memberitahu, beliau tidak peduli dengan dakwaan yang mengatakan kerajaan Malaysia tidak mendedahkan semua maklumat berhubung misteri kehilangan pesawat terbabit.
Jelasnya, apa yang penting ialah anaknya dan semua penumpang dalam pesawat itu dapat kembali dengan selamat.
Untuk itu, beliau berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.
"Saya juga tidak percaya perkara itu (dakwaan kerajaan tidak ambil berat keluarga penumpang). Saya percaya mereka juga tertekan. Saya faham mereka sibuk mencari pesawat terbabit.
"Memang patutlah mereka tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada keluarga yang terlibat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang terlibat dalam usaha mencari pesawat. Saya perlu berlutut untuk menunjukkan penghargaan kepada semua pihak," katanya.
Menjawab soalan mengenai anaknya, beliau berkata, Le yang mempunyai seorang anak perempuan memiliki perwatakan yang baik, murah hati, setia dan sentiasa menghormati orang lain.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2014 08:13 AM | Show all posts
'Transkrip' MH370 satu jenaka, dongeng

KUALA LUMPUR 23 Mac - Pendedahan transkrip komunikasi terakhir antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan menara kawalan sebelum terputus hubungan pada 8 Mac lalu yang disiar akhbar Daily Telegraph dianggap sebagai satu bahan jenaka, dongeng dan meragukan.
Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, tiada istilah seumpama itu digunakan oleh juruterbang untuk berkomunikasi dengan menara kawalan kerana terma yang digunakan adalah teratur, tepat dan padat mengikut perundangan.
Jelas beliau, dakwaan akhbar terbabit bahawa transkrip tersebut berdasarkan versi Mandarin daripada transkrip bahasa Inggeris itu juga adalah sesuatu yang ganjil dan menimbulkan persoalan mengapa mereka tidak mendedahkan salinan asal.

"Di sini dia guna istilah please, dalam komunikasi penerbangan, pertuturan secara beramah mesra tidak ada kerana banyak kapal terbang nak pakai radio, kalau cerita panjang-panjang jammed (tersekat) radio.
"Bahasa yang digunakan (menerusi transkrip ini) bukan bahasa juruterbang tetapi bahasa imaginasi orang yang nak jadi juruterbang tetapi tidak pernah jadi juruterbang sehingga masyarakat fikir inilah bahasa yang dipakai, sedangkan (sebenarnya) tidak," katanya seperti dipetik di portal www.astroawani.com hari ini.
Semalam, transkrip komunikasi 54 minit terakhir antara MH370 dengan menara kawalan pada awal pagi 8 Mac lalu telah disiarkan akhbar itu.
Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menyatakan bahawa transkrip yang disiarkan itu adalah tidak tepat dan maklumat tersebut juga tidak sepatutnya didedahkan.

Nik Ahmad Huzlan berkata, tindakan beberapa pihak yang cuba membuat kemungkinan berdasarkan komunikasi terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid All right, good night (baik, selamat malam) itu juga sengaja untuk mencetuskan tanda tanya dramatik.
Jelasnya, kata-kata terakhir seperti itu merupakan percakapan biasa dalam pesawat untuk memberi laporan kepada menara kawalan.
Sehubungan itu, katanya, perkara berkaitan transkrip itu hanya merupakan satu kisah dongeng kerana pihak DCA sahaja yang berhak memegang pita rakaman komunikasi itu.

"Tidak ada keperluan kepada DCA untuk memberikan pita rakaman itu kepada forensik antarabangsa untuk disiasat, namun bagi saya tidak perlu," katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:13 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 24-3-2014 08:08 AM

ada tak gambar family pilot & ko pilot.... agaknya ripoter ada try nk intebiu dorang tak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 08:14 AM | Show all posts
Operasi fokus pencarian secara visual

KUALA LUMPUR 23 Mac - Operasi di selatan Lautan Hindi hari ini untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, melibatkan usaha mencari secara visual objek yang dikenal pasti satelit China pada 18 Mac.
Pengurus besar Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) John Young berkata, walaupun usaha itu mengambil banyak masa dan menyulitkan, namun ia akan tetap diteruskan.
"Kami merancang untuk meneruskan usaha mencari secara visual objek yang telah dikenal pasti di dalam imej visual berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Canberra, Australia yang disiarkan secara langsung oleh CNN hari ini.
Pada Sabtu, sebuah satelit China menunjukkan satu objek berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar kira-kira 1,550km di barat daya Perth.
Objek itu dikesan satelit pencerapan bumi China 'Gaofen-1' kira-kira pada tengah malam 18 Mac (waktu Beijing).
Pada sidang akhbar sama, ketua Pusat Penyelarasan Menyelamat AMSA Mike Barton berkata usaha mencari secara visual itu merupakan suatu perubahan seratus peratus dan operasi itu memberi tumpuan di kawasan lebih khusus dengan berpandukan imej satelit tersebut.
Katanya lapan pesawat terdiri daripada empat pesawat tentera dan empat pesawat awam menggunakan khidmat sukarelawan kecemasan yang terlatih dalam kaedah pemerhatian, dihantar ke loksi yang dikenal pasti.
"Kawasan tumpuan sering berubah akibat perubahan pergerakan air dan kami terus menjejakinya dengan menggunakan boya datum khas serta mendapatkan pendapat pakar daripada organisasi tertentu...kami gabungkan semua maklumat yang ada dengan imej satelit dalam membuat pencarian di kawasan berkenaan.
"Malam ini, kami akan lakukannya sekali lagi serta pergi ke kawasan carian dan akan terus berbuat demikian sehinggalah kami mendapat sesuatu berkaitan objek yang dikesan di kawasan itu," katanya.
Barton berkata imej satelit terbaharu yang dikeluarkan China adalah sama dengan imej yang dikesan satelit Australia beberapa hari lepas di kawasan terbabit.
"Jadi, sekali lagi, fokus adalah kepada mencari secara visual untuk mengesan barangan berkenaan dan menentukan jenisnya...tapi ia amat sukar dilakukan dari atas (pesawat)," katanya.
Beliau berkata operasi itu akan berterusan hingga petang Waktu Siang Timur hari ini.
Sementara itu, Young menjangka jumlah aset yang digunakan dalam operasi SAR di selatan Lautan Hindi bertambah beberapa hari lagi. - BERNAMA




Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:15 AM | Show all posts
nitezen posted on 24-3-2014 08:13 AM
ada tak gambar family pilot & ko pilot.... agaknya ripoter ada try nk intebiu dorang tak...

family co pilot ada je wartawan sempat intebiu. siap masuk rumah lagi. tapi lepas tu tak dapat da
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:17 AM | Show all posts
NURMIMIE posted on 23-3-2014 09:03 PM
@scorpionkiki

dia nampak 8hb.. dia nak buat report terus.. tapi anak2 dia kata tak payah sebab ...

thanks for the clarification... unless anak anak dia bersekongkol, means dia mmg nampak something like that masa tu.. bukan selalu kita tengok kapal terbang terbakar ...ya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:18 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 23-3-2014 10:09 PM
aku kerja di situ?
bukanla dik. sepupu aku dlm flight yg hilang
waris da sedikit demi sedikit d ...

eh ingatkan kak melah, officer mana2 yg berada di situ memberi kaunseling kpd waris. sorry ye kak tak tau pulak akak adalah waris

so memang flight disembunyikan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:19 AM | Show all posts
lorelai posted on 24-3-2014 08:08 AM
pintu rumah cik kiah

kejap lagi kena lahar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:20 AM | Show all posts
MH370 PRESS STATEMENT
BY MINISTRY OF TRANSPORT, MALAYSIA
SUNDAY, 23 MARCH 2014, 5:30PM

1. Search and rescue operational update
a. The search and rescue operation remains an international effort, co-ordinated by Malaysia. A number of countries are leading in their respective search areas and all countries involved are displaying unprecedented levels of co-operation.
b. This morning, Malaysia received new satellite images from the French authorities showing potential objects in the vicinity of the southern corridor. Malaysia immediately relayed these images to the Australian rescue co-ordination centre.
c. Two Chinese Ilyushin IL-76s have arrived in Perth, and will depart for the search and rescue operation tomorrow at 05:00 and 06:00.
d. Two Japanese P3 Orions today left Subang airport for Perth.
e. The Australian rescue co-ordination centre will deploy eight aircraft (four military and four civilian) to the southern corridor today, to conduct visual searching.

f. The Australian Defence Vessel ‘Ocean Shield’, which has a sub-sea remotely operated vehicle, is currently en route to the southern corridor.
g. As of 2:30pm Malaysia time, Australian officials have informed us that they have not made any new sightings regarding MH370.
h. One Indian Navy P8 Poseidon and one Indian Air Force C130 left Subang airport today to join the search and rescue operation in the northern part of the southern corridor, which is being led by Indonesia.
i. A number of other sorties from Subang airport to the southern corridor were cancelled today due to bad weather caused by tropical cyclone Gillian.

j. Australia, China and France have now released satellite images that show potential objects, which may be related to MH370, in the vicinity of the southern corridor. All this information has been forwarded to Australia, as the lead country in the area of concern.
2. Family briefing
a. The Malaysian high level team started a briefing in Beijing this morning for relatives of those on board MH370. The meeting lasted more than 6 hours. This is the third such meeting that has been held. The team presented information to the relatives and answered questions. The Government wishes to reiterate its commitment and continued engagement with the relatives of those on board MH370.
3. Update on ACARS transmission
a. The last ACARS transmission, sent at 1.07am, showed nothing unusual. The 1.07am transmission showed a normal routing all the way to Beijing.

-ENDS-


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:21 AM | Show all posts
zorrro_03 posted on 24-3-2014 08:02 AM
Cuba letak diri kita dlm situasi tu. Apa harapan yg kita minta dr semua manusia dan Tuhan?

klu i dld kdaan ttunggu2 ni i bg sad ending je



Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:22 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 24-3-2014 06:07 AM
Fofular betul pakcik Selamat omar nih?

duduk 1/2 jam depan TV, muka dia jer kuar...

sape dia....nape dia leh glemer plak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 08:24 AM | Show all posts
tinker_bell posted on 23-3-2014 09:50 PM
aku rasa thread ni mkn teruk sejak rumah 17..sbelum2 tu kurang jugak merapu..thread 18 plg kelaut. ...

yelah...dah makin kelaut thread ini...boring....

mari spekulit lebih kencang,

1. kapal memang telah terhempas di laut hindi....
2. penumpang mati sbb kapal terhempas 1 biji dan tengelam 7km 1 bijik...semua trap inside..
3. ada penumpang hidup naik raft boat hanyut ikut ombak entah kemana...
4. ada penumpang hanyut tapi dah lebih >13 hari...mati dehydrated sdh...
5. kapal landing bagus bagus...dah diletupkan dgn penumpang tak berkenaan dan dibuang di laut hindi..konon konon terhempas..bbox kompom tak jumpa....

akhir sekali org yg plan ini nak duit pampasan dari MAS utk anak bini dan keluarga...kalau bunuh diri tak dpt apa apa....ini insurance pun bayar.....
Last edited by Simunggu on 24-3-2014 08:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:27 AM | Show all posts
MinnieNini posted on 23-3-2014 09:42 PM
dapat jugak rasanya.. tapi share utk keluarga ni lebih patut di beri kpd isteri & anak yakni menan ...

Anak dia dah kawin bukan... kalau dah kawin, anak lelaki ada tak... kalau tak ada, kira pak selamat dapat portion pampasan banyak la  sbb ikut faraid.

Nanti boleh la bagi alasan, saya paling banyak meluangkan masa untuk cari anak saya yg hilang... menantu saya tk tunggu pun kat hotel... kalau tak percaya, sila rujuk segala kenyataan saya di hotel  sewaktu mencari MH370


Pagi pagi ni aku dah buat dosa buruk sangka kat pak selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 24-3-2014 12:19 AM
kejap lagi kena lahar...

i sabar klu dilahar..

tp

http://m.aljazeera.com/story/201432316489513331
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:33 AM | Show all posts
Magika posted on 23-3-2014 11:18 PM
Malaysia Airlines: World's only three Abyss submarines readied for plane search                         Germany and the U ...

Kalau german masuk... rasa teruja sikit... engineering diaorang kan superb... people of action... bukan talk bullshit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.101798 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list