|
BBC Sanctuary ----- [untuk ahLiL saje]---PARTIII
[Copy link]
|
|
Salun, spa dan banglo 13 bilik
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Tiba masa Siti Nurhaliza manjakan diri, tidak lagi jadi hamba kerja
TANGGAL 21 Ogos nanti, genap dua tahun Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 29, dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 49, melayari bahtera rumah tangga.
Meskipun rumah tangga bersama Khalid masih belum dikurniakan kehadiran si kecil, Siti tetap kelihatan gembira dengan statusnya sebagai isteri. Namun, gejolak hati penyanyi nombor satu negara itu tiada siapa yang tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mendiami banglo besar 13 bilik yang tersergam indah di atas Bukit Antarabangsa, barangkali membuatkan Siti kesunyian tanpa si comel yang menceriakan istana indah miliknya dan Khalid.
Kata Siti, dia tidak pernah berasa kesunyian kerana mahligai indah itu tidak pernah sunyi. Selain mereka berdua, banglo berkenaan turut didiami ibu bapa mentuanya. Sesekali di hujung minggu, anak-anak tiri Khalid terutama yang bongsu, Mohd Azif datang bertandang. Adik-beradik dia dan suami juga saban minggu berkunjung tiba menyebabkan hidup Siti tidak pernah sunyi.
Jika tidak sibuk dengan undangan nyanyian pula, Siti akan ke spa dan salun untuk memanjakan diri. Katanya, dia tidak dapat berbuat demikian ketika zaman anak dara lantaran hidupnya dulu dihambakan pada kerja. Namun, sejak bergelar isteri dia dapat melakukan semua perkara itu kerana hanya menerima undangan di atas keizinan suami.
ANAK SENI: Siti Nurhaliza bersama Saerah dan Saidah pada Program Laman Santai di Istana Budaya, baru-baru ini.
Nampaknya, Siti kini menjalani gaya hidup seperti mak datin lain yang gemar berkunjung ke spa dan salun. Kala diusik dengan perkara itu, Siti malu-malu.
"Bagi Siti bukan mak datin saja yang boleh ke spa atau salun. Semua orang boleh melakukan perkara itu. Sebelum ini Siti teringin nak buat tetapi tidak ada waktu kerana terlalu sibuk dengan kerja. Lagipun sekarang Siti tidak terlalu terikat dengan kerja jadi bolehlah Siti luangkan waktu untuk memanjakan diri," katanya ketika ditemui di Laman Santai, Istana Budaya, Sabtu lalu.
Dalam acara yang bertemakan Suara Seniman, Siti yang mengenakan sepasang kurung moden berwarna biru mendendangkan beberapa buah lagu antaranya Ku Mahu dan Biarlah Rahsia.
Selain berkunjung ke spa dan salun, di waktu senggang penyanyi itu juga digunakan untuk berkaraoke. Sejak jarang menyanyi, kata Siti dia perlu berlatih sendiri di rumah untuk memantapkan lagi vokalnya. Semuanya kerana dia mendapati sukar untuk menyanyi jika agak lama tidak berbuat demikian.
Tak undur diri, album ketiga hujung tahun
AGAK lama cerita Siti tidak menghiasi dada akhbar, tapi itu tidak bermakna Siti bakal berundur dari arena seni suara. Jelas penyanyi itu, dia lebih senang berdiam diri jika tiada perkara yang ingin dikongsikan. Tetapi bagi peminat yang rindukan suara lunak penyanyi itu, Siti bakal muncul dengan album berkonsepkan fusion selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Siti akan mula sibuk di studio Julai nanti dan bakal merakamkan lagu daripada komposer tempatan antaranya Zubir Ali, S Atan, Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan dan ramai lagi.
Ditanya tidakkah dia bimbang lagu yang dihasilkan tidak sesuai dengan cita rasa pendengar masa kini, penyanyi itu berkata, dia percaya dengan kemampuan komposer berkenaan. Malah, Siti mengagumi kemampuan mereka mencipta lagu dalam masa tiga hari ketika Kem Cipta Ekspres anjuran MACP.
"Siti perlu menghargai mereka. Memang selepas mendengar lagu mereka malam itu, tidak dinafikan mereka bagus. Bayangkan dalam tempoh tiga hari mereka berjaya menghasilkan lagu yang baik. Siti ambil ke semua lagu yang dicipta dalam Kem Cipta Ekspres, cuma susunan muzik saja masih belum dibuat lagi.
"Siti juga kembali merakamkan lagu daripada Abang D (Adnan Abu Hassan). Siti mengakui dia seorang komposer yang hebat dan Siti masih menghormati dia serta tidak pernah mengenepikannya. Kadang kala Siti perlukan perubahan dari segi konsep album tetapi itu tidak bermaksud Siti mengenepikan dia," kata penyanyi itu yang merindui zaman diajukan soalan laser daripada wartawan.
Akui penyanyi itu, dia perlu menerima hakikat masa sudah berubah dan dia sendiri memerlukan perubahan dan kehidupan seimbang.
Selain album, Siti juga merancang untuk mengadakan sebuah persembahan eksklusif bagi mengisi tabung Yayasan Nurjiwa. Siti merancang untuk mengadakan konsert berkenaan sebelum Ramadan nanti. Manakala Ramadan nanti, penyanyi itu sekali lagi akan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah. |
|
|
|
|
|
|
|
Selain album, Siti juga merancang untuk mengadakan sebuah persembahan eksklusif bagi mengisi tabung Yayasan Nurjiwa. Siti merancang untuk mengadakan konsert berkenaan sebelum Ramadan nanti. Manakala Ramadan nanti, penyanyi itu sekali lagi akan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah.
Siti ni sukar buat keje haram sebelum pi mekah, tu yg balik dok lagutu jah, x de perubahan. nak cari duit wat tambang pi mekah ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tempek gambar ctzen dlm beritaharian hari ni, tapi tak reti lah....edling tolong tempek gmbar 3 mak dara pingitan taruddin... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by my_edlin at 24-6-2008 04:18 PM
suh Jason wat karangan ayat romantika bru lerr k.chik cayirrrr
nok ajok along tgk Maid of Honor ari ni kat KLCC.....k.chik nok pi dengan mama k.chik, along nok join sekali ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
cian siti, tudung makin melurut ke belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SQUIRREL at 25-6-2008 10:50 AM
sedapnya edling...meleleh ayer lior ambo....
sedapkan Squirrel.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|