|
Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]
[Copy link]
|
|
Ok, sambung balik ya kawan2.
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)
12:05 (semua waktu selepas ini adalah WIB)
Sampai sahaja di Pariaman kami terus singgah di salah sebuah Rumah Makan yang menghidangkan Nasi Sek di sepanjang pantai di Pariaman. Ada banyak cerita mengkisahkan bagaimana namanya sebegitu. Sebenarnya perkataan "Sek" itu adalah kependekan dari nama asalnya (sila Google untuk info lanjut). Lauk-pauknya adalah lebihkurang sama dengan masakan Padang, cuma ditambah lauk yang berasaskan makanan laut seperti ikan laut, udang dan sotong. Nasinya dibungkus kecil di dalam daun pisang.
RM Nasi Sek yang kami kunjungi ini dikatakan terkenal dengan Cumi/Sotong Gorengnya, namun ternyata kecewa kerana salutan tepung gorengnya agak keras/liat, di samping tidak dihidang panas (bukan baru digoreng, typical bagi masakan Padang).
Kami memilih untuk makan di lesehan, juga terdapat kerusi dan meja di bahagian utama kedai. Harga makanan di sini untuk 4 bungkus nasi + Cumi Goreng + Sambal Bilis + Udang (kecil) Masak Lemak + Kerabu + Sambal Ijo + 2 gelas Juice adalah Rp37,000.
Selesai makan, boleh juga berjalan ke pantai untuk mencuci mata.
12:55
Seterusnya perjalanan disambung dari Pariaman ke pekan Maninjau iaitu pekan kecil di Danau Maninjau (di persimpangan ke Kelok). Di perjalanan ini kami melewati beberapa pekan kecil seperti Tiku dan Basung.
Klik utk perbesarkan
Perjalanan dari Basung agak mendaki sedikit dari arah barat menghala ke Danau Maninjau, dan setelah itu melewati Danau Maninjau di sebelah utara tasik sehingga sampai ke pekan Maninjau (sila lihat peta di atas, boleh klik untuk diperbesarkan).
Sebelum sampai di Danau Maninjau, kelihatan sungai di tepi jalan dengan arus yang deras, kesan lepasan air dari Loji Janakuasa Hydroelectric Maninjau.
14:30
Di pekan Maninjau kami singgah membeli Palai Rinuak (Rp2,000/pc), sejenis pais berbungkus daun pisang yang dibakar, biasanya dimakan sebagai lauk bersama nasi. Rasanya ala2 Satar Terengganu, cuma ianya tidak banyak menggunakan kelapa seperti Satar, dan dari segi rasanya tidak semanis Satar. Gerai ini juga menjual produk2 lain yang dihasilkan dari kehidupan tasik di Danau Maninjau seperti Pensi dan Bilih. TIPS: Jika membeli Palai, pastikan beli dari gerai yang besar yang terdapat aktiviti membakar Palai di dalamnya untuk mendapatkan Palai yang baru dimasak.
14:40
Bermulalah pendakian Kelok 44 dengan bermula dari Kelok 1 di bawah.
Di sepanjang pendakian Kelok terdapat beberapa spot menarik untuk berfoto. Pastikan anda meminta dengan supir untuk berhenti di tempat2 sedemikian.
15:00
Juga terdapat banyak gerai2 untuk membasahkan tekak sambil berehat dengan panorama yang menarik. Kami singgah di gerai di Kelok 37.
Isteri saya sedang memegang sejenis apam yang diperbuat dari labu (lupa namanya). Rasanya lazat berkrim, sesuai dipadankan dengan segelas teh susu panas. Di sini juga boleh pit stop utk ke kamar kecil (jangan lupa masukkan wang Rp1,000 ke dalam tabung).
Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 3/3
Last edited by dvpro on 16-12-2012 12:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
sakura2503 posted on 5-12-2012 03:18 PM
alhamdulillah, telah selamat sampai di bumi malasyia. percutian di bkt tinggi/pdg selama 4 hari 3mlm ...
pakej yg ditawarkan ni ground kan? brp yer? camana nak hubungi TA ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak ke tasik maninjau melalui kelok2 yg advanture tu yg yg mana lebih takuttt,naik ke atas@turun ke bwh? |
|
|
|
|
|
|
|
amoyfazna posted on 12-12-2012 10:38 AM
Nak ke tasik maninjau melalui kelok2 yg advanture tu yg yg mana lebih takuttt,naik ke atas@turun ke ...
Bagi saya lebihkurang sama je naik atau turun, cuma kalau nak kena pilih salah satu, masa naik lebih selesa sebab kita tersandar di kerusi berbanding masa turun, kaki kena tekan berek.
Apapun jalannya yang berkelok-kelok tu tidaklah tersangat mencabar, cuma kalau menaiki kenderaan yang besar seperti bas, mungkin rasa kurang selesa sikit dengan suspensionnya yang membuatkan kenderaan bergoyang2, itu yang mencabar sikit kot. Tambahan pula dengan kenderaan yang lebar, jurang2 di tepi jalan tu nampak lebih mengancam.
Kalau ada pilihan, dan perlu turun atau naik sehingga selesai semua kelok2 tu, mungkin lebih sesuai kalau laluan itu dilalui sekali saja. Contohnya, macam perjalanan saya dari Padang melalui Pariaman ke Bukittinggi, ataupun mungkin masa pulang ke Padang nanti melalui Pariaman.
|
|
|
|
|
|
|
|
dvpro posted on 12-12-2012 10:56 AM
Bagi saya lebihkurang sama je naik atau turun, cuma kalau nak kena pilih salah satu, masa naik leb ...
hehe..itulah...sy dok pk nk lalu 1x je samada hari pegi mlalui pariaman mcm dvpro ataupun hari balik melalui pariaman gak.sbb kalau nk turun n naik balik rasa mcm x sanggup.alangkah jln ke genting n ke cameron melalui tapah sy dh kecut perut..inikan pulak review ke maninjau selekoh lipat siku
|
|
|
|
|
|
|
|
dvpro posted on 12-12-2012 12:49 AM
Ok, sambung balik ya kawan2.
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan se ...
just nak tanya rp37,000 tu harga makanan yg dilesehan, bagaimana harganya pula di RM nasi sek tu....
Last edited by wck7-2011 on 12-12-2012 12:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dvpro posted on 12-12-2012 12:49 AM
Ok, sambung balik ya kawan2.
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan se ...
Pemandangan pantai Pariaman memang menarik nampak masih kekal ciri2 tradisi. Art pun pernah cuba makan nasi sek ni tapi masa Art sampai tu dalam kul 11 pagi. Memang best sebab kebanyak lauknya baru je dimasak so dapat makan lauk panas2. Makan tepi laut ni boleh membangkitkan selera ala2 picnic je. |
|
|
|
|
|
|
|
wck7-2011 posted on 12-12-2012 12:40 PM
just nak tanya rp37,000 tu harga makanan yg dilesehan, bagaimana harganya pula di RM nasi sek tu.. ...
Makanan di lesehan tu dibawa dari RM Nasi Sek yang sama. Boleh pilih makan di dalam kedai atau pun di tepi pantai (lesehan/duduk beralaskan tikar).
Last edited by dvpro on 12-12-2012 01:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dvpro posted on 11-12-2012 03:57 AM
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 1/3
04:00 (Waktu Malaysia)
Art pun suka makan gorengan ni selain dari anak2 ikan dan anak ketam ada gak yang diperbuat dengan anak2 udang dan udang yang agak besar. Kadang2 masa tengah isi petrol kat petrol station pun ada penjaja jalanan jual benda ni terutama yang macam bola ping pong tu. Satu lagi kawasan yang banyak gerai jual gorengan ni kat area yang berdepan dengan Makam Sheikh Burhanuddin Helmi. |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa posted on 12-12-2012 01:00 PM
Art pun suka makan gorengan ni selain dari anak2 ikan dan anak ketam ada gak yang diperbuat dengan ...
Kalau buat kudapan, minum dengan Coke, lagi syok kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
dvpro posted on 12-12-2012 12:57 PM
Makanan di lesehan tu dibawa dari RM Nasi Sek yang sama. Boleh pilih makan di dalam kedai atau pun ...
so jadi kita tapau makan di rm nasi sek tu dan kita bawa makan di lesehan ya.. so depend on apa yg kta tapaulah harganya.
kan gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
dvpro posted on 12-12-2012 01:09 PM
Kalau buat kudapan, minum dengan Coke, lagi syok kan?
Memang terbaik nak2 yang baru keluar kuali wangi je bau ketamnya |
|
|
|
|
|
|
|
wck7-2011 posted on 12-12-2012 01:10 PM
so jadi kita tapau makan di rm nasi sek tu dan kita bawa makan di lesehan ya.. so depend on apa ...
Macam rumah makan Padang yang lain, semua lauk akan dihidangkan di mana kita pilih utk duduk. Dan macam biasa bayar mana2 lauk yang kita usik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 3/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)
15:30
Selepas selesai berehat di Kelok 37, kami sambung perjalanan hingga ke Kelok 44 dan selepas itu detour ke kiri ke Puncak Lawang utk berfoto dari puncak yang lebih tinggi dan langsung terus menuju ke Bukittinggi melewati pekan Matur.
Perjalanan dari Padang ke Bukittinggi melalui route ni memang agak panjang, dan kami terpaksa memilih untuk tidak berhenti di beberapa lokasi seperti Gerai Bundo Kanduang di Matur untuk cepat sampai ke hotel. Itupun keseluruhan perjalanan termasuk berhenti di beberapa tempat (utk makan, berfoto, dsb) memakan masa 7 jam (untuk jarak hampir 200km)!
17:00
Kami check-in di Hotel Bunda Bukittinggi pukul 5:00 petang. Review tentang hotel ni saya sudah post di sini.
Selepas selesai urusan check-in, kami terus berehat di bilik kerana kepenatan setelah mengharungi perjalanan yang sangat panjang tadi.
18:40
Hanya selepas sejam lebih kemudian, kami mula berjalan kaki dari hotel ke arah Jam Gadang. Malam ni kami merencana makan nasi di Pizza Hut.
18:50
Di Pizza Hut, layanan pramusajinya sungguh bagus sekali. Kami memesan 2 menu dari pilihan Hot Rice dan (Beef) Pepperoni Cheese Rolls sebagai appetizer.
Clockwise from Top Left: Aqua, Cold Frappe, Fresh Avocado Float, (Beef) Pepperoni Cheese Rolls, Oriental Chicken Hot Rice, Black Pepper Chicken Ribs Hot Rice.
Komen: Cheese Rollsnya amat gurih dan nikmat, sangat sesuai jika mau makanan yang ringan tapi rasa seperti pizza. Manakala Hot Ricenya pula disajikan tidak berapa panas kerana digunakan pizza pan yang hanya memanaskan di bahagian bawah nasi. Rasanya boleh tahan sedap, sesuai kalau mau makan nasi selain Nasi Padang. Total kos termasuk dua minuman dan sebotol Aqua adalah Rp144,800.
20:00
Selepas makan malam, kami berjalan2 window shopping ke pusat perbelanjaan 3 lantai, Ramayana, satu2nya mall di Bukittinggi dan selepas itu ke Jam Gadang yang hanya berdepan dengan Ramayana.
Kelihatan Jam Gadang masih dalam proses pembaikan, terdapat kepingan zink memagari Jam Gadang di kawasan lantainya.
Namun pagar zink ini agak rendah, dan jika kena dengan anglenya, mungkin tidak akan mencacatkan foto yang diambil nanti.
Akhirnya kami berjalan kaki pulang ke hotel untuk menamatkan malam pertama kami di Bukittinggi. Harus juga dikomen bahawa walaupun pada waktu malamnya, cuacanya tidak begitu sejuk sehingga memerlukan pemakaian jaket dsb.
Pandangan sisi Hotel Bunda di waktu malam diambil dari perkarangan Hotel Ambun Suri.
Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 1/3 Last edited by dvpro on 16-12-2012 04:02 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kedai2 kat Pandai Sikek buka malam tak?sampai pukul brapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pukul 6 pm waktu indonesia cuacanya sama mcm kat malaysia @ dah gelap? |
|
|
|
|
|
|
|
amoyfazna posted on 12-12-2012 03:52 PM
Kalau pukul 6 pm waktu indonesia cuacanya sama mcm kat malaysia @ dah gelap?
Kalau pukul 6 ptg kat sana macam 7 malam kat Semenanjung Malaysia. Utk referens, waktu solat lewat dalam 5-10 minit saja dari KL (setelah tolak 1 jam). Contohnya Maghrib kat KL pukul 7:05pm Waktu Malaysia, kat Padang/Bukittinggi Maghribnya pukul 6:15pm WIB.
Last edited by dvpro on 12-12-2012 04:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kan gambar2 dvpro rasa mcm pegi melawat skali je..hehe..tq bro.. |
|
|
|
|
|
|
|
tukul posted on 12-12-2012 09:55 PM
Tgk kan gambar2 dvpro rasa mcm pegi melawat skali je..hehe..tq bro..
Sama2. Hehe... pembakar semangat tu sebenarnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|