CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] ✵•.¸,✰BENANG BORNEO VOL 2✰,¸.•✵

[Copy link]
Post time 15-9-2024 09:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 09:37 PM | Show all posts
Polis rampas ganja bernilai RM3.6 juta

MIRI, 15 Sept: Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri merampas dadah jenis ganja seberat 1.7 kilogram (kg) bernilai RM3.6 juta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, operasi tersebut menyaksikan dua lelaki tempatan turut ditangkap.

“Kedua-dua lelaki tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah Tetra Hydro Cannabinol (THC).

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas boleh digunakan oleh 32,084 penagih,” katanya.

Operasi tersebut turut menyaksikan sebuah kereta dan sebuah motosikal yang masing-masing bernilai RM20,000 serta RM4,500 disita.

Berdasarkan maklumat, suspek membeli benih pokok ganja dari luar negara secara dalam talian dan penghantaran dibuat melalui perkhidmatan kurier.

Sepeket benih ganja dianggarkan berharga USD$100 manakala ganja yang dihasilkan daripada pokok tersebut dijual di sekitar Miri dengan harga RM100 bagi setiap 100 gram (g).

Kesalahan menanam dan memiliki pokok ganja memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang enam sebatan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan mengedar dadah ganja, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 diperuntukkan dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.-TVS

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:38 PM | Show all posts


Polis Sarawak berjaya merampas 143 pokok dan 1.7 kilogram (kg) dadah jenis ganja di Miri pada Jumaat lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:41 PM | Show all posts
RM2 juta dikena ngemanah Tebing Tandang Sari di Pusa



BETONG, 15 Sept: Agih belanja sepenyampau RM2 juta deka disedia dikena ngemanah Tebing Tandang Sari, Pusa ditu.

Sapit Menteri Besai, Dato Sri Fadillah Yusof madah, penyampau nya deka dipasukka dalam rintai agih belanja taun baru dibaruh turu Sapit Menteri Besai.

“Nyadi nya ti deka dibantai tang nganti lebih agi perambu sida silik engga aku deka nganjung ngagai ICU ngambika dikemendarka perintah…naka tu sechara prinsip iya nya RM2 juta,” ku iya.

Iya mansutka pekara nya pengudah bejadika pengawa Nangguhka Regata Tandang Sari 2024 di Betong, sehari tu tadi.

Taja pia, Fadillah madah, penyampau ke amat agih belanja ungkup proses ngemanah tebing nya deka ditentuka pengudah raban sida bulih penerang silik nyengkaum kos tumu projek enggau konsep tempa tukuh projek nya.

Ku iya, semua penerang nya beguna ngambika ulih dianjung ngagai Unit Penyeraris Pengatur Pengawa (ICU) ngambika diperunding silik.-TVS




https://www.tvsarawak.my/2024/09 ... ndang-sari-di-pusa/
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:43 PM | Show all posts
ada rupanya versi bahasa Melayu

lepas post yg bahasa Iban baru jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:44 PM | Show all posts
RM2 juta untuk naik taraf Tebingan Tandang Sari


BETONG, 15 Sept: Peruntukan RM2 juta akan disediakan untuk kerja menaik taraf Tebingan Tandang Sari di Pusa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia akan dimasukkan dalam senarai tahun depan di bawah peruntukan Timbalan Perdana Menteri.

“Ini yang saya hendak kemukakan namun perlu menunggu cadangan dari segi perincian, saya akan hantar kepada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) untuk kelulusan kerajaan.

“Setakat ini secara prinsipnya peruntukan adalah berjumlah RM2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penangguhan Regata Tandang Sari 2024 di Betong pada Ahad.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya bagaimanapun menjelaskan, jumlah sebenar peruntukan untuk proses naik taraf tebingan tersebut akan ditentukan selepas mendapat butiran lengkap termasuk kos awalan projek dan konsep reka bentuk.

Menurutnya, semua butiran tersebut penting untuk dikemukakan kepada ICU.-TVS


https://www.tvsarawak.my/category/sarawak/page/2/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2024 09:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:47 PM | Show all posts
Tangani isu gelandangan secara holistik



Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Kembara KASIH KPWKM di Tebingan Kuching hari ini. Foto TVS


KUCHING, 15 Sept: Kerajaan Sarawak komited menyelesaikan isu gelandangan di kawasan bandar, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pihak berkaitan di peringkat negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menangani isu tersebut.

Tambahnya, bantuan dan sokongan seperti sesi kaunseling kepada golongan berkenaan perlu dipertingkatkan selain memastikan kebajikan mereka terjaga.

“Kita akan bantu gelandangan dengan membangunkan pusat untuk mereka mendapatkan bantuan. Kita perlu pastikan mereka tidak tidur di jalan raya.

“Mereka ini berjalan-jalan dan tidur di Tebingan Kuching, jadi orang ingat kita tidak menyediakan rumah.

“Oleh itu, aspek psikologi penting dan kementerian harus memperbanyakkan kaunseling untuk mengurangkan isu gelandangan ini. Kita di Sarawak akan memberi peruntukan dan sokongan sosial dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Kembara KASIH KPWKM di Tebingan Kuching hari ini.

Tambahnya, kebanyakan gelandangan mempunyai anak yang mahu membantu namun mereka sendiri menolak.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkaitan giat menjalankan kaunseling untuk membantu dari segi psikologi.-TVS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 09:49 PM | Show all posts
Tiga lelaki ditahan memandu bawah pengaruh alkohol dalam ‘Op Mabuk’

MIRI, 15 Sept: Tiga lelaki berusia 49 hingga 62 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi paras yang ditetapkan dalam ‘Op Mabuk’ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di Jalan Miri-Bintulu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, operasi yang disertai  seramai dua orang pegawai dan 10 orang anggota itu diadakan mulai jam 11 malam Jumaat dan tamat pada jam 4.30 pagi.

“Ketiga-tiga pemandu tersebut kemudian ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi paras yang ditetapkan, jika disabitkan kesalahan boleh di penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 hingga RM30,000 serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

“Hasil operasi ini sebanyak 62 buah kenderaan diperiksa dengan 49 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” ujarnya.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memandu semasa dalam pengaruh alkohol atau minuman yang boleh memabukkan kerana boleh membahayakan diri pemandu itu sendiri atau membahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. – TVS



https://www.tvsarawak.my/2024/09 ... hol-dalam-op-mabuk/
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:51 PM | Show all posts



Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menyerahkan replika cek kepada wakil Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Bestari Siburan sempena Kembara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2024 dan Majlis Perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak di Waterfront Sarawak hari ini. Foto Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:52 PM | Show all posts
Sematan-Lundu berpotensi sebagai tapak pelancaran satelit – Abang Johari


KUCHING, 15 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kawasan Sematan-Lundu yang terletak di selatan Sarawak berpotensi sebagai tapak pelancaran satelit.

Beliau berkata pemilihan lokasi itu mengambil kira kedudukan kawasan berkenaan yang lebih dekat dengan garisan Khatulistiwa serta ia sebagai hab industri aeroangkasa negara.

“Dalam mesyuarat pembangunan fizikal negara dipengerusikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) baru-baru ini, kita (Sarawak) telah dikenal pasti sebagai tempat melancarkan satelit kerana dekat dengan garisan Khatulistiwa.

“Jadi kita kenal pasti kawasannya mungkin (kawasan) dekat Lundu, Sematan kerananya lebih dekat dengan garisan Khatulistiwa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kembara KASIH Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2024 di Tebingan Kuching hari ini.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri giat bekerjasama antaranya dengan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia sebagai persediaan membangunkan tenaga kerja bagi inisiatif itu.

Abang Johari berkata Kolej Universiti i-CATS dan Universiti Teknologi Swinburne diberi mandat untuk menubuhkan pusat pengajian atau fakulti baharu dalam bidang berkaitan aeroangkasa.

“Selain itu, kita tahu satelit itu adalah merakam data, jadi kita berkerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor. Kita rakam data kajian geologi Jabatan Tanah dan Survei,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Sarawak dicadang sebagai hab industri aeroangkasa negara susulan potensi besar dalam industri itu terutamanya dalam mewujudkan tenaga mahir bidang berkenaan. -TVS

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:53 PM | Show all posts
Dua suspek diberkas kurang 24 jam selepas rompak kedai serbaneka di Bintulu


BINTULU, 15 Sept: Dua suspek lelaki berjaya diberkas pihak polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka di bandar ini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, dalam kejadian jam 2.25 pagi itu telah berlaku kejadian rompak terhadap seorang pekerja premis berkenaan.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa hanya seorang diri telah didatangi dua lelaki bertopi keledar sebelum salah seorang suspek mengacukan pisau mengakibatkan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian tangan.

“Dalam kejadian tersebut, suspek hanya sempat mengambil seunit telefon bimbit milik mangsa dan tidak berjaya mengambil wang tunai.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah melancarkan Operasi Khas untuk mengesan dan menjejaki suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kira-kira jam 2.30 petang dua orang suspek berjaya ditangkap dalam tempoh kurang daripada 24 jam dari laporan polis dibuat.

“Dalam serbuan tersebut turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai rakan kepada suspek. Hasil soal siasat, pihak polis berjaya merampas seunit telefon bimbit milik mangsa, sebilah pisau, dua helai seluar jeans, dua pasang kasut, dua unit topi keledar, sehelai kemeja panjang dan sehelai t-shirt.

“Semakan ke atas rekod kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai 11 rekod pelbagai kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah yang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Katanya, kedua suspek akan dipohon reman dan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan. -TVS
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:54 PM | Show all posts
Suruhanjaya Cobbold tonggak pembentukan Gagasan Malaysia




KUCHING, 15 Sept: Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk pada tahun 1962 oleh kerajaan British dan Malaya memainkan peranan yang begitu signifikan dalam rentetan pembentukan Malaysia.

Penubuhan suruhanjaya yang diketuai bekas gabenor Bank England, Lord Cameron Cobbold itu, membolehkan suara rakyat di Sarawak dan Borneo Utara yang kini Sabah dan Labuan diperdengar kepada pihak berkepentingan.

Sejarawan Sarawak, Dr Loji Saibi menyifatkan penubuhan suruhanjaya itu juga menjadi bukti tanggungjawab kerajaan British dalam membantu memerdekakan negeri-negeri naungannya.

“Pihak British menganggap mereka ada tanggungjawab menjaga tanah naungan, mereka mengambil kira mesti melakukan yang terbaik untuk wilayah itu, maka ditubuhkan suruhanjaya tersebut.

“Mereka mahu memberi peluang kepada rakyat tempatan pribumi bersuara sama ada bersetuju atau tidak dengan gagasan itu,” katanya kepada TVS.

Jelas beliau, hasil penyiasatan mendapati sebahagian besar rakyat Sarawak dan Borneo Utara menyokong penubuhan gagasan itu.

Menurutnya, laporan menyimpulkan sepertiga menyokong penuh pembentukannya, manakala sepertiga menyokong dengan syarat perlindungan dan sebahagian lain ingin meraih kemerdekaan sebelum penggabungan.

Laporan itu juga katanya, memperoleh reaksi yang positif daripada pemimpin tempatan iaitu Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Barieng.

Menurutnya, Tun Jugah berpendapat hasrat untuk menyatukan empat wilayah iaitu Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara adalah satu harapan buat wilayah ini untuk mencapai kemerdekaan.

“Beliau berpendapat mereka sudah merasa kepedihan dan kesusahan semasa diperintah oleh Rajah Brooke yang tidak membawa kemajuan, diperintah Jepun dahsyat lagi.

“Ini harapan yang memang tersedia untuk rakyat tempatan menerima (keputusan itu),” ujarnya.

Jelasnya, tanpa penubuhan Suruhanjaya Cobbold impian untuk menubuhkan Malaysia tidak dapat direalisasikan. -TVS
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:56 PM | Show all posts
Sukan SEA 2027 berupaya promosi Sarawak di mata dunia – Abang Johari


KUCHING, 15 Sept: Pemilihan Sarawak sebagai hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027 berupaya mengangkat wilayah ini di mata dunia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, untuk tujuan itu, Sarawak sanggup menanggung kos penganjurannya yang tinggi dan bakal menaja sebanyak 50 peratus penganjurannya.

“(Sarawak) perlu bersedia untuk 2027 kerana acara itu (Sukan SEA) akan datang ke Sarawak. Maklumlah kita menaja lebih 50 peratus. Kos bagi penganjuran temasya itu adalah tinggi namun demi pembangunan anak muda, terutama sekali anak muda Sarawak, Kerajaan Sarawak sanggup menjadi hos bersama Sukan SEA 2027.

“Apabila ini berlaku, negara yang akan datang (menyertai Sukan SEA) akan tahu mengenai Sarawak serta status kita,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia bersetuju menerima tawaran Anggota Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dengan Sarawak terpilih untuk menjadi penganjur bersama.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata, melalui penganjuran temasya terbesar di Asia Tenggara ini, mampu dijadikan platform untuk membangunkan lagi bakat anak Sarawak dalam sukan selain meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan atlet tempatan.

“Sarawak mempunyai atlet berbakat yang perlu didedahkan (kepada negara luar). Mereka perlu bersaing ke peringkat tinggi untuk meraih gelaran johan dunia,” jelasnya.

Untuk rekod, sebanyak RM1.83 juta telah dibelanjakan untuk pemberian insentif itu kepada kontinjen Sarawak yang berjaya meraih pingat emas pada SUKMA 2024 yang dianjurkan baru-baru ini.

Sarawak telah merangkul gelaran juara bagi SUKMA ke-21 2024 dengan meraih 76 pingat emas, 55 pingat perak dan 70 pingat gangsa. – TVS

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:57 PM | Show all posts


Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama atlet cemerlang di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sebuah hotel di Kuching, malam tadi. Foto TVS
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 09:59 PM | Show all posts
Jonah mahu guna wang insentif SUKMA sambung pengajian di universiti, fokus Sukan SEA


KUCHING, 15 Sept: Jonah Chang Rigan yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam acara olahraga temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 baru-baru ini selepas berjaya meraih tiga pingat emas serta berjaya memecah rekod kebangsaan dengan catatan 17.67 meter dalam sukan lontar peluru berhasrat menggunakan insentif dari Kerajaan Sarawak untuk menyambung pengajian di universiti.

Jonah merupakan antara lima atlet Sarawak yang menerima insentif terbanyak dan menerima keseluruhan RM46,000 (tiga pingat emas dan pecah rekod kejohanan).

Empat atlet lain ialah renang, Kelly Yao Teo yang menerima RM96,000 (6 pingat emas, satu pingat perak dan dua gangsa), atlet wushu Stephanie Ngu Chai Ern yang meraih 3 emas (RM45,000), atlet tenpin boling  Nur Hazirah Ramli yang menerima RM36,000 (4 pingat emas dan satu pingat gangsa) dan atlet terjun Dayang Nusyarzyra Awang Nasaruddin yang memperoleh RM35,000 (3 pingat emas, satu pingat perak).

Kerajaan Sarawak menjanjikan RM15,000 kepada atlet Sarawak yang meraih pingat emas dalam temasya itu.

Jonah yang kini berumur 21 tahun menyatakan, dia berasa amat bersyukur kerana insentif yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya akan menggunakan insentif ini untuk sambung belajar di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Pengurusan Sukan.

“Selepas ini (SUKMA) adalah Sukan SEA. Saya berharap untuk memperoleh pingat dalam Sukan SEA di Thailand tahun hadapan,” katanya ketika ditemui TVS selepas Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak SUKMA 2024 malam tadi.

Ditanya mengenai pemilihan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027, Jonah menyatakan ia adalah platform yang baik untuk atlet Sarawak mendedahkan bakat mereka di mata dunia.

“Ramai (atlet Sarawak) yang berpotensi di luar tetapi tidak mendedahkan diri mereka. Sekarang ini banyak yang menggunakan media sosial jadi mereka boleh mendedahkan diri mereka melaluinya. Kita tidak tahu, mungkin pihak seperti Majlis Sukan Negara (MSN) melihatnya,” ujar Jonah.

SUKMA 2024 menyaksikan kali terakhir atlet kelahiran Sarikei, Sarawak itu beraksi dalam temasya itu. – TVS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 10:00 PM | Show all posts


Jonah Chang Rigan ketika ditemui TVS di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sebuah hotel di Kuching, malam tadi. Foto TVS
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 10:01 PM | Show all posts
Komited pastikan tahap kesalinghubungan, Internet di Sabah pada tahap terbaik


SIPITANG, 15 Sept: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus komited untuk memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan Internet di Sabah berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.

SKMM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pemerkasaan itu dilaksanakan menerusi pembuktian konsep (POC) perkhidmatan jalur lebar Starlink di kawasan pedalaman dan terpencil.

Menurut kenyataan tersebut, turut diberikan keutamaan termasuk pemerkasaan peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan pembinaan menara telekomunikasi.

“Pemasangan peranti POC Starlink ini bagi menilai kebolehlaksanaan penyediaan perkhidmatan jalur lebar menggunakan satelit tersebut sebagai salah satu langkah untuk memenuhi pelbagai keperluan yang terangkum dalam Pelan JENDELA.

“Kewujudan NADI turut memberikan impak kepada kehidupan penduduk setempat. Setakat ini 118 NADI beroperasi di seluruh Sabah manakala 14 NADI baharu akan dibina sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di Sabah,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu peranti Starlink dipasang di Daerah Papar, Keningau, Tawau, Kudat, Ranau, Tuaran dan Nabawan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut mengadakan lawatan ke Kampung Mondikot, Papar, Sabah bagi meninjau perkembangan projek POC Starlink.

Beliau juga turut menghadiri program Hari Bersama Komuniti di NADI Mesapol, Sipitang serta meninjau perkembangan projek menara komunikasi JENDELA di Kampung Menengah Ulu Sipitang.

Sehubungan itu, MCMC turut memaklumkan program yang ditawarkan di NADI kini berpaksikan lima teras utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan.

Sementara itu, di bawah Pelan JENDELA, turut dilaksanakan kerja menaik taraf beberapa stesen pemancar di kawasan Sabah.

“Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada dinaik taraf manakala 303,569 premis akan dilengkapi sambungan gentian optik.

“Perkhidmatan jalur lebar melalui satelit Broadband Wireless Access (BWA) turut dilaksanakan di 138 lokasi di negeri berkenaan,” menurut kenyataan tersebut. – TVS
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 10:02 PM | Show all posts
Semua pihak terlibat pastikan SDG tercapai



KUCHING, 15 Sept: Kerajaan Pusat akan memastikan kerajaan negeri, agensi kerajaan dan swasta seluruh negara terlibat dalam memastikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang hanya tinggal enam tahun dari sekarang tercapai.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, pusat SDG negara sedia ada menjalankan beberapa inisiatif dan merangka pendekatan baharu bagi meningkatkan tindakan penyelarasan SDG di peringkat kebangsaan.

Menurutnya, ia secara tidak langsung menambah baik pencapaian SDG negara dan meningkatkan kesedaran dalam pelaksanaan dan penerimagunaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kita akan berbincang bersama dan bertukar maklum balas dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan, badan korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai input SDG.

“Ini kerana jalan penyelesaian akan mempunyai keputusan berbeza dan ini dipengaruhi pelbagai faktor termasuk lokasi serta perbandingan kekurangan atau kelebihan yang ada selain perlu dibezakan dengan keperluan indikator SDG negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Larian Amal Half Marathon PERKIM 2024 di sini, hari ini.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah menjelaskan, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi lain di negara ini menerusi kaedah soal selidik bagi pengumpulan data.

“Kita juga mempunyai cara memperoleh data SDG menerusi ulasan tempatan secara sukarela. Menerusi kaedah ini, kami akan mendapat ulasan dan maklum balas diperlukan untuk menambah baik inisiatif SDG.

“Pada masa sama, kami akan memberikan input sewajarnya dalam perkara melibatkan SDG,” ujarnya.

Persidangan SDG 2024 bakal berlangsung 17 hingga 18 September di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Hanifah menyifatkan Larian Amal Half Marathon PERKIM 2024 anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sarawak sebagai salah satu komponen SDG.

“Larian ini boleh dikaitkan dengan SDG 11 iaitu kelestarian kehidupan dan gaya hidup sihat,” jelasnya.

Larian yang bermula seawal jam 4 pagi itu disertai lebih 1,500 peserta tempatan dan luar negara.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri – Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Pengerusi Penganjur Larian Amal Half Marathon PERKIM 2024 Datin Azerina Mohd Arip dan Ahli Majlis PERKIM Kebangsaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim.-TVS
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 10:02 PM | Show all posts


Dato Hanifah Hajar Taib menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Larian Amal Half Marathon PERKIM 2024 di Kuching pada Ahad. Foto TVS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.221831 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list