|
UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
baru bercakap dgn ustaz, insyaAllah besok dapat dan tentukan flight selasa 10/6 samada 11.30am atau 3.30 ptg...
syukur sgt2..harap kawan2 yang tengah menunggu akan menerima sama khabar gembira ini |
|
|
|
|
|
|
|
Assalam sahabat benang ni..dah lama x jengah cni...dah susah sangat nak wat ibadah umrah sekarang ye...mujur kami sekeluarga dpt jemputan Allah pd awal feb 2014 ..alhamdulillah n syukur pd mu Ya Allah☺️☺️ |
|
|
|
|
|
|
|
sy pon xdpt pegi.....sedih sgt. visa x lulus |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum..baru je masuk forum..Alhamdulillah Allah izinkan saya,mak,pak buat umrah awal jan 2014..Allah permudahkan urusan kami.Syukur sgt2 Allah jemput kami ke sana..buat mereka yg diuji dgn masaalah visa...Pasti ada hikmahnya ..Mungkin masa ini x sesuai utk ke sana..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambanya |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum wbt
Terdahulu ada forumer bertanya tentang TA yg offer pakej murah RM3700.
Baru-baru ni heboh berita (keluar TV9) yg jemaah pakej murah terkandas di Madinah.
Kelmarin keluar berita jemaah yg terkandas tsbt akan dibawa balik atas arahan PM.
Kita bersimpati dgn jemaah yang terkandas. Tetapi sangsi juga dari mana sumber dana untuk bawa mereka pulang ke Malaysia?
Apa tindakan terhadap TA berkenaan? Mcm-mcm cerita dah dengar tentang TA ni - penangguhan berkali2 - ada yg sampai 5x tangguh. Esok nak pergi, hari ni baru inform boleh pegi dan suruh pegi KLIA. Sampai KLIA beritahu visa tak lulus.
Sekian, sekadar berkongsi maklumat untuk diambil pengajaran.
Kalau rajin baca berita selanjutnya kat bawah:
Copypaste dari blog Pisau Kedah
Ahad, 8 Jun 2014
@NajibRazak Arahkan @AzeezPutera Bawa Pulang 121 Jemaah Malaysia Terkandas Di Madinah
Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang menerusi penerbangan dari Jeddah malam esok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin ini.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata selepas mendapat maklumat lengkap pihaknya dengan kerjasama Konsulat Jeneral di Makkah telah menguruskan pembelian tiket penerbangan semua jemaah yang terkandas itu menerusi syarikat penerbangan Flynas.
Beliau berkata biro itu mendapat maklumat daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Makkah memaklumkan 268 jemaah dari Malaysia yang menunaikan umrah pada 21 Mei menerusi sebuah agensi pelancongan tempatan dan sepatutnya pulang 1 Jun lepas terkandas.
"Bagaimanapun sehingga semalam, masih terdapat 121 orang yang kebanyakannya dari Perak dan Pulau Pinang masih terkandas, 10 orang telah pulang pada 4 Jun lepas, manakala 137 orang berlepas dari Jeddah semalam dan tiba di KLIA2 pukul 10 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Azeez berkata kumpulan jemaah yang terkandas itu akan dibawa menaiki bas dari Madinah ke Jeddah pukul 10 pagi esok dan menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu tempatan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hubungi saya dan mengarahkan supaya Biro Kebajikan UMNO menguruskan segera untuk membawa pulang 121 rakyat Malaysia yang terkandas di sana.
"Jadi saya terus hubungi Flynas untuk membantu kita membawa pulang jemaah di sana menerusi peruntukan yang disediakan oleh Biro Kebajikan UMNO," katanya.
Abdul Azeez berkata anggota keluarga jemaah yangvterkandas di Madinah tidak perlu risau kerana mereka berada dalam keadaan selamat dan akan dibawavpulang segera.
Katanya siasatan awal mendapati agensi yang membawa jemaah berkenaan dengan menawarkan pakej umrah berharga RM3,999 hanya membeli tiket penerbangan pergi tanpa menempah tiket untuk penerbangan pulang.
Beliau telah menghubungi wakil syarikat dan pejabat agensi pelancongan berkenaan bagaimanapun tidak berjawab.
"Agensi yang berpejabat di Perak itu tidak menempah tiket pulang dan wakilnya yang bersama jemaah di Makkah telah pulang lebih awal serta meninggalkan mereka di sana tanpa sebarang maklumat.
"Saya juga difahamkan ada jemaah yang terkandas itu sakit, ada yang dibuang kerja kerana telah tujuh hari mereka tidak balik, ini satu perkara yang menyedihkan," katanya.
Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji menasihati orang ramai yang ingin menunaikan umrah supaya menyemak terlebih dahulu agensi pelancongan sama ada ia berdaftar dengan Tabung Haji atau tidak.
Beliau turut meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan agensi yang menawarkan pakej murah yang harganya di bawah RM4,000.
"Saya sudah cakap banyak kali, sekarang ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati
"Lagipun kejadian seperti ini (jemaah terkandas) bukan pertama kali berlaku dan kalau tidak salah saya dalam tahun ini sahaja sudah hampir empat kali berlaku," katanya.
AstroAwani
Pisau Kedah di 8:20 PG
Last edited by msaadhamid on 9-6-2014 08:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 9-6-2014 07:53 AM
Assalamu'alaikum wbt
Terdahulu ada forumer bertanya tentang TA yg offer pakej murah RM3700.
Sy pun nak tau gak duit dari mana depa guna utk bawa blk Jemaah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
flynas nih sapa punya ya?? |
|
|
|
|
|
|
|
sy pun diberitahu malam tadi oleh abg ipar bahawa visa kami yg tak lulus utk terbang pd 7hb akhirnya dapat lulus pd 14 hb mcm mimpi pulak dpt pergi.Alhamdullilah cuma airlines bertukar dari Saudi Air kepada Air Asia. Tak pernah lagi ke KLIA 2 harapnya dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup posted on 9-6-2014 11:28 AM
sy pun diberitahu malam tadi oleh abg ipar bahawa visa kami yg tak lulus utk terbang pd 7hb akhirnya ...
alhamdulillah..saya masih menunggu visa utk penerbangan 14 June 2014. Insyallah semoga dipermudahkan urusan kita semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup posted on 9-6-2014 11:28 AM
sy pun diberitahu malam tadi oleh abg ipar bahawa visa kami yg tak lulus utk terbang pd 7hb akhirnya ...
menitis air mata saya baca..insyAllah jgn putus berdoa..kalo di tunda ke 14hb .kemungkinan kita sama flight..
saya pun baru aje dapat panggilan, ditunda ke Sabtu 14hb flight 12.45 tengahari, naik MAS..
|
|
|
|
|
|
|
|
kerang_busuk posted on 9-6-2014 11:32 AM
alhamdulillah..saya masih menunggu visa utk penerbangan 14 June 2014. Insyallah semoga dipermudah ...
semuga kita sama2 dapat pergi..ya Allah besarnya kuasa Mu...
kalo mAS 14hb flight 12.45 kemungkinan sama saya..
|
|
|
|
|
|
|
|
tehbunga posted on 9-6-2014 12:24 PM
menitis air mata saya baca..insyAllah jgn putus berdoa..kalo di tunda ke 14hb .kemungkinan kita sa ...
Hati teh sedang berbunga dengan harapan yg menggunung. Insya Allah dpt pergi, Amin |
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup posted on 9-6-2014 11:28 AM
sy pun diberitahu malam tadi oleh abg ipar bahawa visa kami yg tak lulus utk terbang pd 7hb akhirnya ...
Dlm hal mcm ni saya tabik Andalusia, tapi ... hotelnya jauh buuk. Hampir 700 meter. Kena redha yer. |
|
|
|
|
|
|
|
adnil posted on 9-6-2014 10:28 AM
flynas nih sapa punya ya??
ITU FLYNAS BUKAN KO YANG PUNYA!
ITU FLYNAS AHMAD ALBAB YANG PUNYA!
Soli ma. Itu Flynas = Low Cost Carrier syarikat Saudi. |
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 9-6-2014 12:32 PM
Dlm hal mcm ni saya tabik Andalusia, tapi ... hotelnya jauh buuk. Hampir 700 meter. Kena redha yer ...
takpelah tn Haji sy redha aje sebab tmpt beribadat cuma nak tanya Tuan Hj elok tukar duit kat sini atau di Jeddah? Air Asia flight dia selalu ok ke atau ada delay ye? Tak pernah lagi jejak kaki ke KLIA2 berdebar juga.Sy x cari lagi transport utk ke KLIA2.
|
|
|
|
|
|
|
|
tehbunga posted on 9-6-2014 12:24 PM
menitis air mata saya baca..insyAllah jgn putus berdoa..kalo di tunda ke 14hb .kemungkinan kita sa ...
Betul ke MAS dia kata Air Asia flight pukul 12.00 tgh. Mcm mana nak tahu pengesahan lanjut ye? Kan best kalau jumpa tehbunga
|
|
|
|
|
|
|
|
kerang_busuk posted on 9-6-2014 11:32 AM
alhamdulillah..saya masih menunggu visa utk penerbangan 14 June 2014. Insyallah semoga dipermudah ...
Insyallah nanti war2 lah kat sini ye!
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 9-6-2014 12:37 PM
ITU FLYNAS BUKAN KO YANG PUNYA!
ITU FLYNAS AHMAD ALBAB YANG PUNYA!
ahahaha buat lawak lak haji yea..... hati manyak senang aaaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup posted on 9-6-2014 01:06 PM
takpelah tn Haji sy redha aje sebab tmpt beribadat cuma nak tanya Tuan Hj elok tukar duit kat sini ...
Tukar sikit kat sini dalam RM100 nanti boleh beli SIMCARD kalau ada orang jual kat airport atau air kalau singgah di 'R&R' kalau masuk Madinah dulu.
Maaf, saya tak pernah naik XAsia - should be ok. Makanan provided or not saya x tahu.
KLIA2 tu besar. Elok dtg awal.
Last edited by msaadhamid on 9-6-2014 01:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup posted on 9-6-2014 01:09 PM
Insyallah nanti war2 lah kat sini ye!
insyallah, tlg doakan ya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|