CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] ✵•.¸,✰BENANG BORNEO VOL 2✰,¸.•✵

[Copy link]
Post time 15-9-2024 10:05 PM | Show all posts
Semangat patriotisme perlu disemat sepanjang masa, bukan hanya dalam Bulan Kebangsaan

KOTA KINABALU, 14 Sept: Semangat patriotisme bukan hanya dirasai dan dirai dalam Bulan Kebangsaan sahaja, tetapi juga perlu disemat sepanjang masa dalam hati setiap rakyat Malaysia yang merdeka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam merealisasikan hasrat itu, beliau berkata rakyat Malaysia wajar memahami dan menghayati makna sebenar Rukun Negara serta lagu Negaraku, dan bukan sekadar bangga memiliki kad pengenalan Malaysia.

“Perlu berusaha dengan lebih gigih dan di sini saya perlukan bantuan terutama rakan-rakan dalam Komuniti MADANI untuk memberi makna kepada Rukun Negara itu sendiri,” katanya berucap merasmikan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Kluster Keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Fahmi yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024 berkata satu daripada kekayaan yang dimiliki Malaysia ialah rakyatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mampu hidup aman dan harmoni serta merdeka dalam sebuah negara.

Beliau berkata perkara itu adalah hasil tinggalan generasi terdahulu, terutamanya pemimpin yang berusaha memerdekakan negara ini, yang perlu dipertahankan dan difahami demi masa depan negara ini.

Fahmi berkata keadaan ekonomi negara semakin positif, dengan persepsi pelabur terus meningkat dan lebih ramai pelancong datang ke negara ini.

“Dengan limpahan daripada hasil ini kepada rakyat, kita harap rakyat akan lebih gembira dengan keamanan yang kita nikmati ini,” katanya. -TVS

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 10:05 PM | Show all posts


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (kiri) mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu hari ini. Foto Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:30 AM | Show all posts
Hi
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:30 AM | Show all posts
Selamat bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2024 09:31 AM | Show all posts
Salam maulidur rasul semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:55 AM | Show all posts
selamat pagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2024 09:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:58 AM | Show all posts
dan
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:00 AM | Show all posts
44 rumah musnah dijilat api, lebih 150 penghuni hilang tempat berteduh

KINABATANGAN: Lebih 150 penduduk hilang tempat tinggal selepas 44 rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, sebahagian besar penghuni terbabit tinggal sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga, berikutan api marak dengan cepat serta kedudukan rumah yang rapat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 7.24 malam.
Susulan itu, katanya, sepasukan 13 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 174 kilometer.

Berdasarkan laporan setakat ini, beliau berkata, kebakaran itu membabitkan 44 rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal.

"Selain itu, sebuah kenderaan juga terbakar sepenuhnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau memaklumkan, api berjaya dikawal pada jam 2.30 pagi tadi tetapi pasukan bomba masih meneruskan kerja-kerja pemadaman sepenuhnya.

Setakat ini, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.


https://www.bharian.com.my/berit ... ang-tempat-berteduh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:02 AM | Show all posts


Api berjaya dikawal pada jam 2.30 pagi tadi tetapi pasukan bomba masih meneruskan kerja-kerja pemadaman sepenuhnya. - Foto FB APM Sabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2024 10:02 AM | Show all posts


Sepasukan 13 anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 174 kilometer. - Foto FB APM Telupid Page
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 03:04 PM | Show all posts
Bersatu hati pastikan Sarawak terus capai kejayaan

LIMBANG,16 Sept: Rakyat Sarawak perlu terus bersatu hati untuk memastikan wilayah ini terus mencapai kejayaan, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komuniti dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Beliau berkata, ia sekali gus membantu merealisasikan hasrat Sarawak menjadi wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menurutnya, bersempena Hari Malaysia, setiap lapisan masyarakat hendaklah mempertahankan semangat kebersamaan, perpaduan, toleransi dan keharmonian.

“Kita perlu berazam dan bersatu hati merealisasikan visi Sarawak sebagai wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Marilah kita berdiri teguh di belakang kepimpinan kerajaan dan menyokong segala usaha pembangunan yang dirancang untuk masa depan lebih terjamin,” katanya berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Limbang hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menjelaskan, pelbagai kejayaan dilakar Sarawak sehingga mendapat pengiktirafan dunia terutama dalam tenaga hijau.

“Pencapaian ini sebenarnya memacu pembangunan dan meningkatkan pendapatan Sarawak selain membawa kemakmuran,” ujarnya.

Menurutnya, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) memastikan Sarawak menjadi wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 menerusi inovasi serta data.

Sementara itu, lebih 3,000 umat Islam melibatkan 49 kontinjen menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Limbang.-TVS
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 03:05 PM | Show all posts


Datuk Dr Abdul Rahman dan tetamu lain berarak dari Masjid Baitul Iman ke Dewan Suarah Limbang. Foto TVS
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 03:05 PM | Show all posts
Mufti Sarawak terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024

PUTRAJAYA, 16 Sept: Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berkenaan kepada Kipli pada Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Pemilihan anak jati Kampung Selalang, Sarikei sebagai penerima anugerah berkenaan adalah berdasarkan sumbangan beliau dalam menyampaikan dakwah silang budaya kepada masyarakat pelbagai etnik.

Pengiktirafan diberikan kepada Kipli yang mula berkhidmat sebagai Mufti Sarawak pada 1 Mac 2010 kerana telah memartabatkan nilai marhabah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat MADANI.

Mengulas mengenai anugerah itu, Kipli berkata beliau memikul tugas berat dalam menyampaikan dakwah di Bumi Kenyalang yang masyarakatnya begitu majmuk dan perlu memelihara sensitiviti.

“Kita ambil sifat Rasulullah SAW dalam menyampaikan fatwa dan dakwah itu sendiri supaya masyarakat faham sekali gus dapat menerima keputusan-keputusan fatwa sebagai suatu yang perlu dipatuhi umat Islam.

“Keputusan seperti ini supaya orang bukan Islam juga memahami apa kita putuskan untuk orang Islam dan akhirnya mereka dapat menerima bahawa inilah kehidupan beragama yang ada sempadan masing-masing,” katanya pada sidang media di sini.

Kipli berkata menyampaikan syariah Islam merupakan asas penting bagi mengelakkan umat Islam di Malaysia daripada terjebak dalam perkara yang boleh merosakkan akidah.

“Mudah-mudahan dengan sambutan Maulidur Rasul inilah kita dapat mengambil, menggali dan meneroka sirah Nabi Muhammad SAW yang sangat hebat dalam erti kata menampilkan keindahan Islam itu sendiri,” katanya.

Majlis hari ini turut menyaksikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446H/2024 dikurniakan kepada Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Datin Aminah Zakaria, Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Ab Jamal Sakaran dan Pakar Mikrobiologi Datin Prof Dr Khatijah Mohamad Yusoff.

Turut menerima anugerah berkenaan, Bekas Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain, Presiden Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia Sariah Ibrahim dan Michael Tong Wai Siong atau lebih kenali ‘Uncle Mike’. – TVS

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.563812 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list