CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chami

LOFA & STUFF in a Positive Environment

[Copy link]
Post time 27-2-2018 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 27-2-2018 12:32 AM
Bila Lofa aka Datin malisa dah marah dan tak kisah
'I want to do what I want to do, enough of pleas ...

Flip belofa je haters what cerca la sampai kiamat Tak kan habis punya,yg penting Hari ni shooting layan bts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ShiLiu replied at 27-2-2018 06:03 AM
Yeah that’s true. Cuma yg tak phm tu bila they constantly talk negative about people. Soklan KBAT ...

Biar je,buat mcm lofa gasak la apa org nak ckp,aku nak layan bts je Hari ni hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda kerja lain diorg ni..ingat apa la bising2 masuk rotikayap awal sgt..24 jam stalk lofa rupanya hidup diorg rupanya psl lokasi launching belofa tudung..ustazah2 pun pakat merayap kat Ig. Aku tgk balik Igs lofa..nothing much..klu ada benda besar dosa lofa buat pun bkn tanggungjwb aku..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 27-2-2018 07:05 AM
Takda kerja lain diorg ni..ingat apa la bising2 masuk rotikayap awal sgt..24 jam stalk lofa rupanya  ...

Tu lah psl. Igt psl apa la, rupanya psl tempat jer. Sejenis benda yg tak masuk akal utk diperbincangkan pun. NEXT plssss..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Cicisweets replied at 27-2-2018 06:45 AM
Biar je,buat mcm lofa gasak la apa org nak ckp,aku nak layan bts je Hari ni hehe

Yezza..aku pn tahap bila baca komen budak wechat ni dah blh gelak bukan marah or geram. Like “do i care”....gittewww
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
oi berentila mengidolakan penunggang agama!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2018 09:56 AM | Show all posts
sofiazara replied at 27-2-2018 09:12 AM
oi berentila mengidolakan penunggang agama!

Suka org la yg ko sebok pehal.ko gi je sokong wanita lindungan kabaah tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk da langau..bosan betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Melalak tak habis lagi ke? Dok kata done unfollow la; tak minat dah la kat Ig. Yg haters yg mcm mkn daging saudara sendiri tak usah ckp la. Tp yg herannya tak berambus2 juga ye. Lupa kalau berambus tak dak bahan nak mengeji. News pun mcm tak ada berita lain; event lain yg hebat gilang gemilang tak cover ka? Boleh buat contoh iktibar dan ikutan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah...raya sakan deme2 ye. I bet some of them didn't even follow the event. Baca dua tiga igs, dah komen berjela2 as if they were there. Is it okay to give comments when they do not know the real story. Hari tu ada yang komen, turban yang Lofa pakai tu fesyen, bukannya tudung. So, what's wrong kalau dia buat launching turban tu at that venue. Kalau dia launched telekong sembahyang tu lain cerita lah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yezza..i yg tgk event tu kat iglive pn rs mcm xde ape2 pn..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:53 PM | Show all posts

Gara-Gara Viral, BE LOFA TURBAN Sold Out Kurang 24 Jam! - Nona

http://www.nona.my/gara-gara-vir ... sold-kurang-24-jam/

suka cara artikel ni ditulis


For me, tidak pernah mengiyakan setiap apa yg Lofa buat,  tidak jg berdiam kerana tiada sensitiviti agama; tp kerana merasa kecewa dgn cara how people pick on her not only on this issue but on every single thing before this; the outrage has become very insane from all angles hingga kita lupa menjaga akhlak sendiri seolah2 syaitan sedang menguasai hati semasa menaip. Tentu sekali teguran terbuka yg berhikmah sangat dihargai, bukan yg menunggu peluang menghina sbb yg jatuh hina diri sendiri.   
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:59 PM | Show all posts
The 'mistake' is the venue

This reminds me a lot of family day /functon in hotels or mana2 yg melibatkan sesuatu jabatan atau syarikat , ada dikalangan kita yg biasa2 bukan artis ni bertudung tp excited hilang dah rasa malu atau terlupa semata2 nak menang hadiah dlm game  yg Lofa sendiri tak terjangka/terkawal it will happen or appear to people as offensive as such.....in between it just look like ordinary event...I know because pernah terlibat...itu je

The problem is it happened to Noor Neelofa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 07:00 AM | Show all posts
Neelofa’s turbans sold out after nightclub launch
BY YISWAREE PALANSAMY
KUALA LUMPUR, Feb 27 — Celebrity entrepreneur Noor Neelofa Mohd Noor has sold out her new turban line in less than 24 hours after launching it at a nightclub here last night.
All 45 colours of the “Be Lofa Turban” range featured in her [color=rgb(0, 51, 153) !important]online store, which is priced at RM73 each for West Malaysia, RM75 for East Malaysia and SG$36 for Brunei and Singapore, were recorded as having sold out. Neelofa, who turned 29 yesterday, celebrated her birthday with the release of her latest Be Lofa range that comprised “Be Lofa Turban” and headscarf range, “Be Lofa Shawl”. The “Be Lofa Shawl” was not retailed online.
The launch event was held at Zouk Kuala Lumpur that regularly hosts product launches, especially in the beauty and fashion industry.
Some Muslims and conservative Muslim group Isma had attacked Neelofa for holding her product launch in Zouk, with the latter shrugging off the criticism.
“I made the decision to ignore public criticism regarding any issue, what is important I know what is being done,” Neelofa was quoted saying by BH Online.
The owner of multi-million ringgit headscarf brand Naelofar Hijab, said the venue was chosen based on the budget and theme of the event.
“This will never end if I continue to respond to netizen’s anger. So this year, I choose not to take seriously what others say,” she added.


Read more at http://www.themalaymailonline.co ... vUF1mccBA5EuObOP.99





KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Neelofa mendakwa kontroversi majlis hari jadi dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di pusat hiburan Zouk di sini, malam semalam diperbesarkan oleh mereka yang tidak berada di lokasi berkenaan.

Neelofa berkata, tetamu acara itu lebih tahu situasi sebenar di mana premis terbabit berubah daripada sebuah kelab kepada ruang acara pelancaran produk.

"Saya tak apa-apa pun (dengan tohmahan) kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara.

"Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih," katanya ketika dihubungi hos gandingannya dalam rancangan Meletop, Nabil Ahmad pada siaran langsung program itu, malam ini.

Dalam program itu, perbualan Neelofa dan Nabil diperdengarkan kepada penonton.

Neelofa memberitahu, dia tidak dapat muncul dalam program itu disebabkan perlu menjalani suatu latihan. Tempatnya digantikan pelakon dan pelawak, Sherry Alhadad.

Sementara itu, strategi pemasaran koleksi tudung terbaharu Naelofar 'menjadi' apabila stok dikatakan kehabisan.

Tinjauan di laman web Naelofar Hijab mendapati, semua 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi yang dijual pada harga RM73 dan RM75 itu sudah habis terjual atau 'sold out'.

Satu lagi koleksi dilancarkan iaitu Be Lofa Shawl, bagaimanapun tidak dijual atas talian.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada turban itu masih boleh didapati di kedai atau stokis Naelofar Hijab di seluruh negara.





Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 27-2-2018 11:59 PM
The 'mistake' is the venue

This reminds me a lot of family day /functon in hotels or mana2 yg mel ...

Exactly..biasa lah nk menang hadiah mesti all out. For me, venue tu pn sbnrnya bukan issue besar. Dia Dh booked the whole thing and transform jadi center stage. Ada lg yg teruk, court badminton transform jadi bar.

Teringat my annual dinner kat hotel2, siap serve alkohol lagi. Tp tu lah, sbb i bkn Neelofa, org tak pndg la. Bila issue ni jadi, a reminder to all of us jugak, mcm mn kita nk react dgn issue ni dgn menjaga jari-jemari kita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 04:34 PM | Show all posts
Terima kasih Datuk Mufti
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Jutawan selebriti Noor Nelofa Mohd. Noor merakamkan ucapan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri atas nasihat dan pandangan ikhlas yang dibuat terhadap dirinya semalam.

Menurut Lofa, dia dengan rasa rendah diri menerima segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh agamawan itu dengan hati terbuka.

"Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang mendamaikan dari seorang pakar kepada saya. Saya sangat menghargainya.
"Saya dan team NH mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan oleh pihak Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri itu," katanya.
Menurut Lofa, sebagai insan biasa, dia juga akan berusaha untuk memperbetulkan setiap kekusutan dan kekeliruan dengan cara terbaik dalam meneruskan kerjaya sebagai ahli perniagaan dan sekaligus personaliti dalam bidang hiburan.
"Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa, memberikan kritikan dan cadangan dalam keadaan saya berhadapan dengan situasi tidak diduga sebegini.
"Setiap sokongan, teguran dan cadangan anda, saya hargai dan hanya ucapan terima kasih mampu saya hulurkan," katanya.
Majlis pelancaran koleksi tudung terbaru NH iaitu #BeLofa pada Isnin lalu mendapat kritikan hebat masyarakat apabila ia berlangsung di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.
Neelofa menjadi kecaman teruk sebahagian masyarakat yang menganggap selebriti itu kurang sensitif apabila melancarkan tudung versi terbaharu NH itu di lokasi yang tidak bersesuaian. - UTUSAN ONLINE




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/terima-kasih-datuk-mufti-1.618061#ixzz58OEqWpCn
© Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 04:43 PM | Show all posts


Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]

KONGSI ARTIKEL

Share


Tweet


Share






KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi majlis sambutan hari jadi ke-29 aktres dan pengacara popular, Neelofa serta pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk di sini, kelmarin.

Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

"Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

"Sepanjang majlis pada malam itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.

"Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan," katanya dalam kenyataan yang diterima BH Online, sebentar tadi.

Isnin lalu, majlis sambutan hari jadi Neelofa dan pelancaran koleksi tudung baharu Be Lofa yang dianjurkan NH Prima International di Zouk, dikecam netizen kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej pelakon dan pengacara popular itu yang bergelar Hajah.

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk mufti dan pertubuhan Islam menyuarakan pandangan serta nasihat kepada Neelofa termasuk memintanya bertaubat.

Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkata, syarikat turut mendapatkan khidmat katering untuk menyajikan makanan halal sepanjang majlis.

"Semua perkakas termasuk sudu, garpu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit," katanya.

Noor Nabila berkata, syarikat membuat keputusan mengadakan majlis pelancaran di Zouk kerana kemudahan yang ditawarkan di pusat hiburan itu.

"Mereka menawarkan ruang untuk disewa sebagai tempat acara pada setiap Ahad dan Isnin kerana premis berkenaan tidak dibuka untuk kunjungan umum.

"Selain itu, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED dan sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis itu.

"Semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan pihak terbabit," katanya.

Noor Nabila yang juga isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, pihaknya mengambil langkah segera bagi membetulkan keadaan sebaik kontroversi tercetus.

"Tiada yang lebih penting daripada mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

"Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini. Kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang," katanya.

Noor Nabila memberi jaminan syarikat akan memastikan isu keagamaan dan kebudayaan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa depan.

"Kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan," katanya.






Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Good for Noornabila. The launch was company's event. They shouldn't have attack Lofa personally.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Exactly..tp They still attack Lofa personally. Sbb tak blh pusing, So buat la Mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 09:42 AM | Show all posts
Edited by washere2 at 1-3-2018 09:46 AM



Repost from @nurqistinaraisah

sungguh indah bahasa dan cara beliau memberi pendapat . Penuh hemah dan beradab.Tidak seperti segelintir pihak yang memilih untuk memerli di ruangan media sosial daripada menasihati secara baik.Tq fynnjamal


lofatweet

repost Ig Neelofa

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Neelofa menjelaskan keputusan tidak menghadiri program Transformasi Nasional 2050 (TN50) di sini, malam ini disebabkan tidak mahu majlis itu 'terganggu' dengan kontroversi yang membabitkan dirinya sekarang.
Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, memberitahu, keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri dan perbincangan bersama penganjur.
"Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini," katanya kepada BH Online.


  • capriceofficial Proud of u @neelofa 👏

    Theres nothing wrong with showing humility and finally apologizing for things beyond your control. You've come a long long way from tv shows, drama, movies, building your own empire, Forbes Below 30, the United Nation, providing income for so many young entrepreneurs, Air Asia Director, damn the list goes on... Sometimes shit happens to remind us to stay grounded.

    In life no matter how far we rise, we will always be tested. It is OK to trip and fall sometimes. Nothing happens without HIS blessing. The good and the bad. But it is how we deal with the bad and the negatives that will make us better.
    Rise to every ocassion in celebration or defeat without a single loss of enthusiasm-- thats the true mark of a leader.

    God bless you and the family.
    Sincerely your day 1 fan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.409526 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list