|
Piala Dunia dalam peti LV
Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
| Peti penyimpanan Piala Dunia mempunyai ciri-ciri peti-peti LV lain yang sememangnya berprestij sejak 1837 lagi.
|
SELEPAS 80 tahun dianjurkan iaitu sejak 1930, kejohanan Piala Dunia tahun ini menyaksikan pembabitan jenama tersohor, Louis Vuitton (LV) yang diberi kepercayaan oleh Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi menghasilkan ‘peti’ atau bekas penyimpanan piala berprestij itu.
Pemilihan LV sebagai pereka peti penyimpanan itu dilihat sebagai satu penghormatan besar kepada syarikat gergasi berkenaan kerana ia adalah kerjasama julung kali yang diadakan FIFA.
Peti penyimpanan berkenaan akan digunakan mulai Piala Dunia tahun ini untuk menyimpan dan melindungi piala kejohanan berkenaan yang diperbuat daripada emas 18 karat dengan ketinggian 36 sentimeter (sm) serta berat 6.17 kilogram (kg).
Ketua Komunikasi LV, Antoine Arnault berkata, LV amat berbangga kerana dipilih dan diberi kepercayaan oleh FIFA untuk mencipta peti penyimpanan Piala Dunia itu.
“Pemilihan ini sesuatu yang benar-benar membanggakan kami dan apa yang lebih membuatkan kami berbangga apabila FIFA memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk mencipta bekas ini mengikut kepakaran kami.
“Rekaan dan penghasilan peti penyimpanan piala itu dihasilkan pereka berpengalaman kami di kilang utama LV di Paris.
“Dilindungi kanvas dan logam dengan dikunci setiap penjurunya, peti ini mempunyai jaluran coklat gelap bagi melengkapkan lagi kehebatan piala berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
LV pada satu majlis mengumumkan ciptaan bekas penyimpanan itu awal bulan ini di Zurich turut mempamerkan hasil rekaan berkenaan.
Kepentingan menghasilkan peti penyimpanan itu dicetuskan Presiden FIFA, Joseph S. Blatter yang menganggap piala itu perlu disimpan dalam sebuah bekas bagi melindunginya ketika dibawa dari satu negara ke negara lain setiap kali penganjuran Piala Dunia.
Menurut Arnault, peti penyimpanan itu perlu dibuka di bahagian hadapan dan atas untuk memudahkan piala berkenaan dikeluarkan serta dipamerkan untuk tontonan jutaan orang ketika pertandingan akhir Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Johannesburg pada 11 Julai depan.
Selain itu, Pengarah Bahagian Pemasaran FIFA, Thierry Weil memberitahu, bekas penyimpanan itu perlu dihasilkan bagi menggambarkan betapa pentingnya Piala Dunia.
Ujarnya, dengan penghasilan beg penyimpanan itu, ia bukan sahaja menunjukkan ciri eksklusif dan personaliti Piala Dunia FIFA tetapi juga menjamin keselamatan serta melindungi piala berkenaan ketika dibawa mengelilingi dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply lkick2113
player slovakia ramai trade ka seria A tau...
lagi pon tak sesia si sabe ...
Nesta13 Post at 26-6-2010 14:59
lawan belanda tuuuuu...hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Di mana mereka tinggal?
Susunan ABD. HALIM HADI
[email protected]
PIALA Dunia bukan sekadar perlawanan bola sepak biasa. Peluang melayakkan diri ke kejohanan paling berprestij itu adalah medan pertarungan yang menentukan maruah bangsa dan negara.
Di dalam 'peperangan' itu, setiap pemain adalah wira yang bermati-matian berusaha untuk menjulang pasukan mereka ke peringkat tertinggi.
Sebagai pemain profesional mereka bukan sahaja dijanjikan habuan yang tinggi jika meraih kejayaan bahkan sepanjang temasya itu berlangsung, pasukan sudahpun menerima pelbagai layanan 'kelas bangsawan'.
Sempena Piala Dunia 2010, WOW! berkongsi penginapan pasukan-pasukan bola sepak terkemuka dunia di Afrika Selatan. Sukan yang sudah cukup sinonim dengan gaya hidup mewah.
ENGLAND
MENJADI antara pasukan paling kaya dan bergaya dengan kompleks sukan yang dibina khas sempena kejohanan Piala Dunia 2010.
Kompleks Sukan Bafokeng yang terletak di Rustenburg dibina di atas tapak seluas 150 ekar dengan kos mencecah £20.4 juta (RM98 juta).
Kem sukan itu menempatkan bilik-bilik penginapan, pusat perubatan dan kemudahan sukan bernilai kira-kira £8 juta. Ia dilengkapi padang latihan, gimnasium, kolam renang, gelanggang tenis dan tidak ketinggalan juga padang golf.
Lokasi penginapan dan latihan di resort pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut itu menempatkan vila pengurus pasukan, bilik penginapan pemain serta kakitangan pasukan yang dijaga rapi sepanjang masa.
Ketua Eksekutif Royal Bafokeng Sports, Georger Khunou berkata, kem sukan yang dilengkapi kemudahan dan keselesaan serba moden itu adalah hasil pelaburan paling mahal di antara 32 pasukan yang bertanding pada kejohanan kali ke-19 itu.
“Rekaan dan keselesaan penginapan yang menyamai vila mewah itu dibina mengikut perincian yang diminta pengurus pasukan.
“Jaminan keselamatan di resort sukan itu adalah rondaan pasukan polis berkuda yang berkawal 24 jam setiap hari,” katanya.
GHANA
PASUKAN Ghana memilih Penginapan Lembah Rhoode di luar Pretoria yang menampilkan landskap seperti 'tempat sendiri' sebagai kediaman dan tempat latihan sepanjang Piala Dunia 2010.
Resort sederhana mewah yang dibina di tepi sungai Pienaar berhampiran kawasan pergunungan Magaliesburg itu menyediakan penginapan yang jauh daripada kesibukan kota.
Ketenangan di dalam resort berkonsepkan kediaman tradisional masyarakat pemburu Afrika itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang luar rumah, pusat kecergasan, jakuzi dan sauna.
Tidak jauh dari Lembah Rhoode, tarikan seperti Taman Zoo Kebangsaan Afrika Selatan, Muzium Kesenian Pretoria, Rumah Kruger dan Taman Menlyn sedia menanti tetamu.
PERANCIS
WALAUPUN gagal melayakkan diri untuk mara ke peringkat lebih jauh, Perancis sebagai bekas juara dan antara pasukan kegemaran yang mendapat layanan diraja di resort peribadi paling mewah di Afrika Selatan.
Pezula Resort Hotel dan Spa di timur Knysna, Cape Town menempatkan 78 bilik vila yang setiap satunya dibina secara berasingan.
Sebagai tetamu kehormat, Pezula menyediakan pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang kepada pemain seperti gimnasium, spa, ruang istirehat, bilik persidangan dan bar.
Dari beranda, resort seluas 2,500 ekar itu menyajikan kehijauan padang golf 18 lubang dan pemandangan firus laut di lagon Knysna dan juga Lautan India.
Di luar waktu latihan, pemain boleh memilih pelbagai aktiviti seperti menunggang kuda, berkayak, mendaki dan bermain golf.
Pemain tengah pasukan itu, Alou Diarra berkata, padang bola resort yang dinaikkan taraf itu adalah antara medan latihan yang terbaik di negara itu.
“Pasukan kami cukup berbangga kerana berpeluang berlatih di sini. Ia semestinya menimbulkan rasa cemburu pasukan lain,” katanya.
AUSTRALIA
SELEPAS 10 hari menghabiskan masa berlibur di tengah bandar Sandton, pasukan Australia akhirnya beralih ke resort rimba di luar kota Johannesburg untuk memulakan latihan.
Resort Kloofzicht yang terletak di kawasan pergunungan Zwartkops itu merupakan sebahagian daripada kawasan hutan lindungan yang dipenuhi landskap alam semula jadi menarik.
Keistimewaan resort lima bintang milik kumpulan Guvon Hotel itu adalah 42 buah vila mengadap tasik yang mengalir keluar melalui Empangan Zwartkops.
Kawasan kering di sekeliling resort menjadi habitat kepada pelbagai spesies mamalia besar seperti kijang, rusa dan zirafah.
Keindahan Resort Kloofzicht disempurnakan lagi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dicuba oleh pemain-pemain Australia seperti belon udara panas, meredah hutan, melihat burung dan pancing terbang. |
|
|
|
|
|
|
|
along.... hang ada bagi pinjaman utk judi bolasepak werlkap tak???
kalau ada.. hang charge ber ...
Al Lebam Post at 26-6-2010 15:19
belum lagi pasal kerajaan tak luluskan lesen judi bola sepak.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawan belanda tuuuuu...hehehe....
lkick2113 Post at 26-6-2010 15:09
blanda bukan kuat pong..
sama je cam slovakia, tak pernah menang wcup |
|
|
|
|
|
|
|
ape punye ulasan la nih...
ryosakazaki Post at 26-6-2010 13:11
itu bukan ulasan itu komen.ulasan dgn komen pun tak reti nak beza..macam mana la hang tengok bola |
|
|
|
|
|
|
|
apasal brazil nie byk peluang sumbat gol terlepas camtue jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
USA ! USA ! USA !
|
|
|
|
|
|
|
|
ah ha kalau u faham dgn bola sepak u takkan sokong spain.aku perhatikan spain nie suka mai ...
amelya Post at 26-6-2010 12:55
ngko ni pengulas sukan stesen tibi mana ekk?  |
|
|
|
|
|
|
|
ngko ni pengulas sukan stesen tibi mana ekk?
guesswho09 Post at 26-6-2010 21:15
semua tb ai ulas .. |
|
|
|
|
|
|
|
yeahhhh !!!! the equalizer from Korea Republi |
|
|
|
|
|
|
|
uruguay 2-1 luis suarez
cian Korea |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan gak uruguay kali ni,
masuk WC ari tu pun pakai playoff.... |
|
|
|
|
|
|
|
last 60 secs
uruguay defend mati2an neh |
|
|
|
|
|
|
|
uruguay menang
pasni uruguay jumpa USA/Ghana...
aku teka semi: uruguay vs Ghana |
|
|
|
|
|
|
|
dong gook tu bru blaja sepak bola ke??:@
skrg tggl jepun jah...
brazilllll... |
|
|
|
|
|
|
|
tp gol ke 2 uruguay lawa giler...ai rasa gol paling lawa setakat ni..blh curve2 gitu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|